Sunday, 31 January 2016

Penyakit Aneh: Sindrom Manusia Pokok

Assalammualikum dan selamat malam..
Tiba-tiba malam ni tertarik nak buat entry tentang Sindrom manusia pokok selepas TERTENGOK buletin TV3...Bila Dylah google,tiada entry tentang sindrom manusia pokok ni pun lagi.

              Buat masa ni dah 3 orang yang kena sindrom manusia pokok ni.Di indonesia,Bangladesh dan seorang lagi tidak pasti..Malangnya ,penawar tidak dijumpai lagi..Seorang dah meninggal dunia semalam(30/1/2016) mengikut sumber tv3 yang TERTENGOK tadi ni..Tubuh badan yang terkena sindrom manusia pokok ni akan tumbuh seakan pokok..Seperti seorang bangladesh tumbuh pokok di kedua belah tangannya..Setiap orang berlainan ,seperti dimuka,kaki,tangan....ada tempat-tempat tertentu di anggota badan...Kesian memang kesian..tapi KEKUASAAN ALLAH ..pasti ada hikmah disebaliknya.. ^_^

Note:Bersyukurlah kita kerana Allah telah mencipta kita dengan cukup sempurna.. :)

BYE//

IOPE


Assalammualikum dan selamat malam ..Malam ni nak cerita sedikit tentang IOPE...mungkin ramai lagi yang tak tahu..Dylah bukan nak berbussines cuma nak cerita je..ONLY.
Iope adalah jenama produk yang diiktiraf atarabangsa.Iope ni lain daripada foundation ataupun concealer.IOPE ni lebih ringan.






  • Melindungi kulit kita dari sinar matahari (dengan SPF yang tinggi seperti cushion lainnya iaitu SPF 50+/PA+++)
  • Sweet-Proof (tahan terhadap peluh)
  • Telah diuji oleh pakar klinikal .
  • Dibuat  dari 30% Hydro-Mineral Water.
  • Mencerahkan wajah (mengandungi 30% essence pencerah+pelembab).
  • Kesan penyejuk.


Kelebihan IOPE:
1.Menutup cela parut jerawat/jerawat besar.
2.Menutup kesan jeragat yang tebal.
3.SPF 50+/PA+++
4.Anda lebih  berkeyakinan.
5.Tekstur yang sangat ringan.
6.Wajah nampak glowing dan gebu.
7.Warna natural.
8.Gerenti puashati!


Okaylah,bye


Pilih Gincu(lipstick) yang sesuai.

Assalammualikum dan selamat pagi..Hye readers!hye girls! sihat?As usual aku yang dah digelar 'kaki blog' oleh kawan baik aku ni,nak  ajarkan cara  pemilihan gincu yang sesuai untuk anda.

Gincu Merah Jambu:
Kulit kuning langsat anda seharusnya mengelakkan daripada menggunakan lipstick  merah jambu ..sebab..nampak muka anda pucat nanti.Kulit gelap ,warna ni sesuai untuk anda,nampak lebih menawan dan  berkilat.Untuk kulit sawo matang yang senonim dengan kulit Malaysia..girls boleh mengenakan gincu dengan merah jambu yang kelihatan seperti kecoklatan atau warna pasir?.

Gincu coklat:
Kulit putih bolehlah gunakan gincu coklat..nak nampak lebih cantik gabungkan dengan warna coklat.Kulit sawo matang gunakan gincu yang berwarna seakan kopi..agar..nampak lebih elegan.Untuk kulit gelap pula pilih warna coklat,sesuaikan dengan kulit anda

Gincu merah:
Okay yang  ni nak komen sikit,warna merah memang terang..memang menojol..so ,macam kulit putih  anda bertuah..warna apapun sesuai untuk anda asalkan pandai pilih je.Kulit kuning langsat pilih gincu merah tua dengan sedikit warna lain seperti  unggu.Kulit gelap sesuai menggunakan  gincu berwarna coklat dan red mahogani.

Gincu unggu:
Kalau anda berani anda boleh je gunakan warna lain tetapi mengikut kulitlah..

Okay itu  jer,pilihlah warna yang sesuai untuk anda..
oklah bye ^_^

Resepi Tiramisu

 Assalammualikum dan selamat pagi..ni resepi dari sis Ruhaiza Bunyamin.


































Bahan-bahan:
Kek swiss roll@chiffon.Tak kisah perasa apa pun.Selalu saya gunakan mocha,choc,pandan dan coffee.
Bancuhan 1 sudu besar nescafe dengan  air panas
250g creamcheese
50g gula castor
1/2 cawan whipping cream

Bahan hiasan:
Buahan-strawberi@anggur@kiwi@peach.
serbuk koko@ milo.

Cara-cara:
1.Pukul creamchese+gula+whipping cream.
2.Potong nipis kek(+-1cm)
3.Susun kek dalam bekas.
4.Siramkan sikit-sikit bancuhan nescafe  atas kek.
5.Tuang adunan cheese atas kek dan ratakan
6.Lapiskan lagi satu kek dan lakukan step 4 dan 5 semula
7.Taburkan serbuk koko@milo gunakan penapis kopi.
8.Susun buah dan chill overnight ...


Ok,dah jadi..jangan lupa share yup ^_^
bye..


Saturday, 30 January 2016

Sahabat ku terindu..

NOTE:Ni blog peribadi dan perkongsian  aku..Kalau tak suka tak payah baca..sikit pun tak kisah..Tak payah cakap belakang..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sunyi tanpamu sahabat.
Rindu nak bahan kau..
Rindu nak kenakan kau
Rindu nak over dengan kau.
Rindu nak ejek kau busuk.
Rindu nak kenakan kambing
Rindu nak dengar khabar kau.
Rindu nak dengar panggilan kau.
Rindu nak dengar call kau.
Rindu nak tengok kau poyo.
Rindu nak tengok kau merajuk.
Rindu nak tengok kau sentap.
Rindu nak tengok kecomelan kau.
Rindu nak tengok kebusukan kau
Rindu nak tengok kau gembira.
Rindu nak dengar cerita kau.
Rindu nak tengok kau perasan
Rindu nak tengok kau kata nak hidup dengan aku.
Rindu nak tengok kau pujuk aku.
Rindu nak tengok kau ego ..
Rindu nak tengok kau jadi gila..
Ke aku yang dah gila?
Kau kat mana Dafist..nape hilangkan diri..hp rosak lagi? hahahhaha

Sekali kita kawan,
selamanya tetap kawan..


bye!

Minuman Sedap-Resepi Melon Sago Dessert

Assalammualikum dan selamat malam..
Malam ni ajar buat Honey Melon Sago Dessert..

Bahan-bahan:

1 kg honey melon,dipotong kiub 70g sagu,direndam 5 minit 500ml susu rendah lemak.

Cara penyediaan:

Kisar honey melon menjadi puri.
Masakkan sagu  dalam air mendidih selama 2 hingga 3 minit.
Biarkan sejuk selama 10 minit.
Campurkan puri honey melon dan susu rendah lemak ke dalam bekas yang besar.
Masukkan sagu dan kacau.
Hidangkan dalam mangkuk  kecil dan tambahkan satu skop  ais krim untuk lebih kelazatan.

Dah jadi..jangan lupa share entry ni yup^_^



Panaskan Badan Di Musim Hujan Dengan Resipi Hot Chocolate Yang 'Extra' Sedap Ni!

Mengapa Memilih Move On?

Assalammualikum dan selamat malam..
Okay..tengah patah hati ker tu?huhu sabar jer lah ea..Mari move on..buat apa nak bersedih-sedih lama..Hidup ni singkat..

Move on ni terbahagi kepada dua

1.Cari pengganti
-Wow!mudahnya awak ye cari pengganti..tak takut ker perkara dulu terulang kembali? pengganti ni ibarat sebuah kek kalau dimakan habis kita kenyang dia kelaparan..Apa aku mengarut..huhu.Boleh jer nak cari penggantii pastu terus kahwen..Tak da la hampiri maksiat..


2.Pendam atau Tunggu orang masuk minang.
-Ni aku setuju..tapi..ibarat dah putus asa lah pulak..haha...sabar sajalah..doakan yang baik-baik sahaja ^_^ Solat istikarah ye ...Tiada kebahagiaan sebelum penderitaan?ye ke? Couple SELEPAS  Nikah ibarat kulit dengan tandan..semuanya manis..sebab HALAL...errr


oklah bye

Nak Buat Apa selepas SPM?

Assalammualikum dan selamat malam..
Apa  yang nak dibuat lepas SPM?Okay meh Dylah request sikit.

1.Kerja/kerja  sambilan
-Banyak  sebenarnya majikan yang memerlukan khidmat pekerja.So,jangan malas cari .Contoh:Kedai makan,pusat beli-belah,Kilang dan banyak lagi.
-Kerja secara online pun boleh .Makanan okay jugak..Kalau ada modal jual lah barang.Jual yang menarik minat orang beli.Tudung  dan pakaian macam-macam permintaan sekarang sebagai contoh.
-Kalau tak mampu jadi dropship.Tahu tak dropship ni apa?Dropship ni kita tolong promote kan barang .Sebagai contoh harga tudung RM15 korang kena upkan ikut suka hati korang..Contoh korang up RM5 ..Maknanya jual RM20 lah..Ikut sesebuah agent jugak..ada agent yang memang dah tetapkan..banyak kot ..kalau nak jadi dropship boleh ikuti group FB ni AGENT DROPSHIP ONLINE
-Hakikatnya cari kerja zaman sekarang memang susah tanpa sijil ibarat tidur asyik makan.Aik

2.Belajar
-Time cuti panjang tu bolehlah belajar sesuatu yang bermanfaat .Banyak tawaran di Giatmara,Kolej komuniti *tu je tahu*.Tawaran automotif,jahitan,kerohanian ,masak dan lain..Kalau Kolej Komuniti di tempat Dylah.. 1 Jam=RM1...okay?mampu?
-Sekurangnya tak da lah buang masa..Cuba fikir bila korang dah sambung belajar ada masa ke nak belajar menjahit? Kalau dah belajar menjahit bila dah graduate dan dapat kerja,bolehlah buat 2 kerja.Jadikan kerja menjahit sebagai sambilan untuk diri sendiri pun berguna..

3.Ambil lesen .
-Haaa...yang ni banyak  yang buat..Bagus memang bagus..tapi..jangan menangis-nangis kalau tak da duit mak ayah tak nak tanggung.Relax dulu ...santai dah..Ni siap ada nangis..Kerja dulu sementara cari duit ke apa..Tak kesian ke mak ayah awak?Dari kecik sampai umur 17 dah tanggung..Ni minta lagi..Bukan nak kata apa cuma nasihat..Berdiri dengan kaki sendiri sikit.Jangan jadi manja sangat.
*Padahal cerita lesen je huhu*
-Ambil lah lesen..kalau sambung belajar atau kerja senang..tak da lah penat naik bas/jalan kaki kan..

4.Berehat.
-Yes yang ni ramai orang suka.Mana tidaknya dah penat belajar..dah jawab SPM..Inilah masanya untuk merehatkan minda..pergilah jalan-jalan ke melancong ke..bawak lah keluarga atau kawan-kawan...Siapa ajak kekasih aku tumbuk!

5.Tolong-menolong.
-Kalau tak nak pergi mana-mana means duduk rumah je..Jangan asyik membungkang jer..bangun dah nak senja malam jadi kelawar...Tolonglah mak ayah kat rumah.Belajar memasak dari mak tu lagi-lagi perempuan.Jangan dah nak kahwen baru terkial-kial nak belajar..tolonglah Jaga adik ke,kemas rumah,masak ke?Ni tak asyik dengan gadget je masing-masing.

6.Hafaz.
-Okay,korang yang Islam bolehlah hafal surah-surah..Dylah cadangkan korang hafal Doa Haikal..tujuh-tujuh tu hafalkan..Banyak khasiatnya..Insyaallah dibawah lindungan Allah.

7.Prepared your mind.(siap sedia minda kamu)
-Tak lama lagi dapat result! Tak lama lagi insyaallah kalau ada rezeki nak sambung belajar atau kerja kan?
-Siap sedia lah minda korang untuk terima kenyataan.Banyakkan buat perkara sunat..Bila dah belajar /kerja...akan banyak masalah..waktu,masa,...jadual semua akan berubah..Stress kan?So prepared..

Okay...cukuplah tu..huhu Hope,bermanfaat..Goodluck candidate SPM 2016 ..

bye ^_^

Minuman berkhasiat: Jus pegaga dan Serai

Assalammualikum dan selamat petang..Macam mana?dah jadi belum JUS JAMBU BATU STRAWBERI Yesss! Nak ajar buat JUS khasiat..JUS PEGAGA DAN SERAI..Okay?Pegaga ni banyak khasiatnya..Antaranya menyegarkan tubuh badan,awet muda,dan banyak lagi..




Bahan-bahan:
2 Biji epal
200gm pegaga
3 batang serai= amik belah bawah yew  je..jangan amik akar sekali pulak
50gm gula melaka=sagat tau
5-6 ketul kiub ais(tak nak lotak  letak ais pun tak pe)
Sedikit air mineral (secukupnya untuk 2 gelas)

Cara penyediaan:
Buang tembuluh epal dan potong kecil,masukkan epal,pegaga,serai(hiriskan),gula melaka,kiub ais dan air mineral didalam pengisar.Kisar sehingga lumat dan hidangkan tanpa ditapis.

Ok,faham?
bye.. *_*

Air minuman sedap : Jus Jambu Batu Strawberi

Assalammualikum dan selamat petang.Wah !hari tu macam mana dah cuba belum buat NASI GORENG DAN AYAM MASAK MERAH  dan  BUBUR KACANG...Now,nak ajar buat Jus Jambu Batu Strawberi.


Bahan-bahan:
1  biji jambu batu
1/2 cawan  strawberi
1 biji buah delima
Ais

Cara penyediaan :
Kisar jambu batu ,strawberi dan buah delima bersama ais selama dua minit .Hidangkan untuk pencuci mulut.

Info: Gula tidak digunakan untuk mengurangi kandungan kalori.Jus tidak ditapis  agar dapat menambah kandungan serat dalam resepi ini,Jus ini juga tinggi vitamin C.
1 hidangan:105 kcal
Karbohidrat: 26 g
Protein : 0 g
Lemak: 0 g

Oklah..byee ^_^


Panaskan Badan Di Musim Hujan Dengan Resipi Hot Chocolate Yang 'Extra' Sedap Ni!

Luahan untuk Kawan

Assalammualikum dan selamat pagi.

Wahai kawan  ku..
Usahlah berkecil hati denganku
Perkara lama jangan diungkit
Perkara baru kita bina..
Mungkin kau terasa dengan ku
Aku minta maaf.
Andai ingin menjauhi dari ku
aku mengerti
silakan sahaja

Cuma tolong..
Jangan layan seperti sampah
Bila perlu kau terbang
Bila senang kau buang
Mungkin post kali ni pun kau terasa

Tapi..
Aku mengerti
Aku tak seperti orang lain
Yang kau mahukan..
Usahlah telefon aku lagii..
Kerna itu sakit untukku..
Kau hanya mempermainkan
Sebuah persahabatan.

Sekali kita kawan ,
selamanya tetap akan jadi kawan..

To:Dafist..

Tak dapat upload..

Friday, 29 January 2016

Maharaja Lawak Mega 2016 -Minggu Pertama

Assalammualikum dan selamat malam.
Maharaja Lawak Mega 2016 ..Memang banyak orang yang baru..huhu.Layan jer la yup ^_^

Seramai 15 peserta agent
Ini jer yang sempat
Kumpulan Joras=Rahim,Joey, dan Syuk.
Kumpulan Bochey=abam,fad,achey
Kumpulan LOL
Kumpulan Cham
Kumpulan Awok
Kumpulann Enjen
Kumpulan Shake.
Kumpulan JIRO
Kumpulan Xola
Kumpulan Puteh
Kumpulan Bos
Kumpulan  dari Singapura Bora.
Kumpulan dari Indonesia SayWho.
Solo=Rayza
Solo=Kavin

Pembukaan persembahan dari Alamak Dance Troopers .Kemudian, persembahan dari  Indah .
Pengacaranya masih sama iaitu Datuk AC Mizal .
Menggunakan meter ha ha ha ha ha

Jurinya:
1.Ziana Zain
2.Najib Ali
3.Bunga Cinta Lestari(seksi giler =,=)*ni malaysia kau tahu*
4.Shaheizy sam

Serba sedikit Persembahan
Peserta pertama yang membuat persembahan ialah XOLA yang mengisahkan anak murid dan guru.Ziana Zain komen menghiburkan,tak berbelit..dan banyak lagi.Mendapat 4 Ha.

Peserta Kedua Puteh dari  projek komedia .Mengisahkan anak tiri memberi makan ikan.Anak tirinya dimarahi oleh Bapanya .Anaknya diejek orang Somalia kerana kulitnya.Bapanya ternampak kuda belang ketika di Somalia.Anaknya  meminta bapanya menciumnya sebagai bukti sayang kepadanya.Najib Ali komen  dan memberi 3 Ha.

Peserta Ketiga Bora dari naib juara di projek komedi warna.Persembahannya tentang orang gaji leman dan seorang kawannya yang  rindu dengan bini.Cerita pasal sampah .Mak encik kena buang..
Orang gajinya yang ingin meminta cuti.Bunga memberikan 3 Ha.

Peserta Keempat oleh Shake.Persembahannya tentang Amir yang duduk atas bumbung ingin bunuh diri .Bomba ingin menyelamatkannya.Kemudian,bomba tersebut suruh  kawan masuk menyelamatkan punchline..Sam beri 4 Ha.

Peserta Kelima dari Saywho..Mengisahkan perompak yang ingin merompak seorang mak cik.Ziana Zain beri 4 Ha.

Peserta keenam dari Cham.Persembahannya tentang Along menyerupai sedikit denngan Apek.Mengisahkan tentang ponteng sekolah.Memerli sedikit tentang kisah amirah athirah yang membuat panggilan palsu..huhu..Perli baju seksi sekali..haha..Najib Ali memberi  3 Ha.

Peserta ketujuh solo oleh Kavin.Cerita tentang MLM ...mendisiplinkan anak.dan banyak lagi.Bunga memberi 3 Ha.

Peserta kelapan BOS .Mengisahkan tentang artis Malaysia.Shaheizysam dengan photographer.Bestlah jugak.. :) Sam beri 4 Ha.

Peserta kesembilan Enjen.Mengisahkan  Pak Long nya yang dah tua.Mengajak masuk MLM dan perlu membayar RM3000.Ziana Zain memberi 3Ha.

Peserta kesepuluh Bocey.Memilih ketua dalam kumpulan dan mengangihkan tugas.ajib Ali memberi 3 setengah Ha Ha Ha.

Peserta kesebelas Chilok.Cerita tentang bola sepak...Sarcasm.Kaw2 giler.. Bunga memberi 3 Ha.

Peserta Kedua belas Awok.Cerita orang gaji menjaga majikannya yang tidak terdaya.Sam memberi
 3 Ha.

Peserta ketiga belas Joras.Tengoklahh kalau nak tahu ^_^ Ziana Zain memberi 3Ha

Peserta ke empat belas Rayza..Cerita tentang nama.Kucing/... .Najib Ali memberi 4Ha

Peserta kelima belas LOL.Sahabat selamanya.Bunga memberi  4 Ha


Undian terendah:
1.Kumpulan Enjen
2.Kumpulan Bora
3.Kumpulan Awok
#tiada penyingkiran

#Penutup,lagu olah bola.

Tengoklah untuk mengetahui lebih lanjut ^_^ bye ,assalammualikum :D






Resepi Nasi Goreng dan Ayam masak merah yang Enak

Assalammualikum dan selamat malam..
Jum masak!Barulah jimat..hehe

Nasi Goreng

Bahan-bahannya:

Nasi
Ikan bilis
Lada api(cili api)
Garam
Kunyit
bawang merah
bawang putih(potong dadu)
halia
sayur(kobis/lobak)
Belacann

Cara penyediannya:
1.Tumbuk ikan bilis , bawang merah dan cili api  bersama didalam lesung.
2.Gorengkan bahan tadi +bawang putih dan letakkan sayur.
3.Kemudian,masukkan nasi kedalam kuali dan gaulkan sehingga sebati.
4.Letakkan secubit garam.
5.Gaulkan dan tutup api.


Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
Ayam
Lada besar
Bawang merah
Bawang putih
Garam
Gula
sos.

Cara  penyediaannya:
1.Gorengkan ayam terlebih dahulu.
2.Blender(proses) kan  lada besar,bawang merah dan bawang putih.Gorengkan bahan tadi hingga mendidih.
3Letakkan ayam ke bahan tadi dan gaulkan sebati.
4Masukkan secubit garam  dan gulasecukup rasa.
5.Campurkan dengan sos dan tunggu hingga masak.

Okaylah..tu jer.erm..bye

Panaskan Badan Di Musim Hujan Dengan Resipi Hot Chocolate Yang 'Extra' Sedap Ni!

Resepi Bubur Kacang Yang Enak

Assalammualikum dan selamat malam.Malam yang serba indah ini.Dylah nak kongsi resepi Bubur Kacang yang sedap..haha

Bahan:


  • 250ml Santan
  • Kacang hijau/kacang merah
  • Gula merah(kira-kira 2cm)
  • Gula pasir
  • Garam
  • Daun pandan
  • Air


Cara-caranya:

1.Rendamkan kacang .Kira-kira 1 jam ataupun semalaman pun boleh.
2.Kemudian,rebuskan kacang  sehingga  kembang.
3.Letakkan santan dan daun pandan lalu gaul sehingga sebati.
4.Masukkan gula melaka  dan kacau sehingga hancur.
5.Masukkan gula pasir secukup rasa dan letakkan sedikit garam..

Okay,mudahkan?haha bye.. ^_^

Panaskan Badan Di Musim Hujan Dengan Resipi Hot Chocolate Yang 'Extra' Sedap Ni!

Tanda-tanda Orang Suka Kita

Assalammualikum dan selamat pagi..
Hasil melalui pembacaan aku dan pengalaman..
Jangan mempercayai 100%  ...

☏ Sentiasa contact anda walaupun sesibuk mana pun dia.

Melayan  anda lain daripada orang lain .Contohnya,selalu gaduh-gaduh dengan anda padahal dengan kawan anda dia layan okay je..huhu

Suka pandang curi-curi.Bila ada kesempatan emas dia akan pandang anda .Tak kisahlah rupa korang macam mana pun pasti ada sesuatu yang membuatkan dia  suka  pada anda.

Ingat hari-hari penting anda seperti hari lahir anda ,tentang diri dan keluarga anda.

Gembira walaupun kita balas hanyalah simbol senyum.

Sentiasa ingin disamping anda.

Lebih Matang bila bersama anda.

Memberi hadiah kepada anda .

Sentiasa menyenangi anda.

 Membuatkan hidup anda terasa lengkap.

Mengajak anda keluar.Contoh,Pergi masjid*huhu

Diingatkan ya COUPLE itu HARAM!
syaitan itu REJAM
Binasa HATI dan BADAN!

Tiada istilah COUPLE ISLAMIK
BERCINTA selepas NIKAH
Itu amatlah INDAH...
PERJUANGAN yang sudah BERSUDAH..

Ok,bye..。◕‿ ◕。










Senggugut(Cara kurangkan sakit senggugut)

Assalammualikum dan selamat pagi..
Hye girlss!Hye suami orang!mungkin nak tolong isteri kat rumah yang tengah senggugut sakit perut ker ..mana tahu kan..Okay berbalik pada tajuk asal..
Senggugut ni biasanya kena seminggu sebelum haid dan bila hari pertama akan menjadi sakit yang amat sangat..Sesetengah wanita juga ada yang sepanjang haidnya sakit  tak berkurang...bergantung kepada hormon  dan ketidakstabilan  organ pembiakan seseorang..Senggugut teruk biasanya dialami oleh remaja yang baru meningkat dewasa..anggaran 20-45 tahun..Mereka membuat pilihan dengan makan ubat doktor ataupun makan ubat ''pil killer'' .Tahukah anda,ubat-ubat ini semua ada effectnya sendiri..Antaranya mandul,sakit buah pinggang dan gastritis..
         Tapii! Andai kata memang dah tak tahan  yang ada sampai pitam tu boleh jer lah ambil..Bak kata guru sains aku .
''Ada sorang kawan cikgu aku time asrama dulu..sampai pitam dalam tandas .Tak sapa pun sedar,dah petang kawan cikgu aku baru sedar.Bila dah kahwen,tak da anak ''
In Islam,senggugut ni  kesan dari cakaran iblis..Cuba korang tengok,selalu kena senggugut wanita Islam ..kan? Iblis laknatullah tak nak umat Islam berkembang sebab tu dia paling suka dekat RAHIM perempuan.Aku tak tahu kesasihannya..

Nak ajar sikit untuk rawatan alternatif Islam
Ambil Madu yang original dan letak di atas sejadah , buat solat hajat 2 rakaat.
Kemudian,bacakan surah Al-Fatihah sekali,ayat kursi sekali, dan surah an Nahl ayat 69 sebanyak 21 kali(rujuk al-quran)
Setiap hari letakkan sesudu sudu  dan campur degan air suam.Minum.

Antara simptom senggugut ni:
Sakit rasa ditarik-tarik/perot rasa membuai/perot rasa dicengkam.
Hilang selera makan
Sakit melarat ke pinggang dan paha
Sakit sampingan seperti lemah,pening kepala ,loya,mual,sembelit,cirit birit,sakit dan rasa macam bengkak di payudara dan abdomen.

Senggugut ni biasa sakit dalam 1 hari-3 hari..ikut hormon seseoranglah..

Petua Elakkan Senggugut

Banyakkan minum air suam.Nak bagus lagi campur dengan air panas untuk pecahkan angin dalam perut.

Makan sayur-sayuran dan buahan.Elakkan juga sayuran yang berangin seperti kobis dan  terung.

Elakkan minum air teh,kopi,berkarbonat,alkohol(bukan Islam),milo.

Banyakkan bersenam.Berjalan 15 minit sekurangnya  time haid(majalah mana entah aku baca)

Banyakkan makanan berserat dan berkabohidrat.Elakkan diet yang salah..


Okay,itu jer yang serba sedikit boleh aku bantu...Selamat menempuh TPPA ^◕‿◕^
bye, ^_^

                       ⓢ   ⓣⓤ  


Thursday, 28 January 2016

Telefon

Assalammualikum dan selamat malam..
Aduhaii! Apalah kena dengan kawan aku sorang si Dafist ni..Telefon orang malam pagi buta..adududu..main-main je kerjanya..*rindu Dylah  ler tuh  haha
Banyak kali jugak dia telefon.Malam tadi pukul 1.06am..haritu pukul 11 ade..pukul 10 lebih dan aku takk ingat..banyak sangat..Baru tadi pun ada..Nak menunjukkan dia hidup lagi ? ke adik dia main??haha*Lantaklah* Keyboard Dylah ni suka sangat rosak..geram..
Kalau telefon tu jawablah ni nak dengar suara orang lah tu..suka sangat ker kena marah hari tu?nak lagi??haha

Oklah bubye..

Penyakit Mata

Assalammualikum dan selamat petang..Harini Cik Dylah nak jadi doktor mata..kihkih..
Okay..Macam Dylah dari form 4 lagi dah sakit mata tapi buat-buat diam jer sebab anggapan dari migraine.Dylah kalau dah kena migraine sampai seminggu pun ada tapi tak sepanjang masalah..selalunya kena tengah hari..sebab balik sekolah kadang tengah panas ..jalan kaki..kena cahaya matahari kat kepala tu menangkap..Tulah anggapan Dylah..rupanya ada sakit mata..Doktor mata tu kata retina jauh dari kornea mata..Kadang nampak kadang tak nampak..sebab mata cepat nampak.Actually aku dah cukup penat pakai spect ni..Cuma migraine Dylah jer dah berkurang..mata sama jugak bersilau..huh..Tak pelah tunggulah dalam bulan 9 check balik..


Semua simptom melalui pengalaman Dylah sendiri..Memang terganggu lah jugak pembelajaran..lebih lagi bila subjek mengira..

Simptom sakit mata(bersilau):
1.Pening kepala
2.Sakit kepala.
3.Mata berair
4.Pandangan berlapis
5.Kabur pandangan jauh dan dekat.
6.mata cepat letih.
7Bila nampak cahaya matahari tak nampak apa2.
8.Waktu malam,cahaya kereta suluh mata pening kepala(migraine)
9.Mata tak selesa.

Okay itu jer sikit dapat kongsikan.Kalau rasa sakit mata tu baik cepat jumpa doktor mata..takot ada selaput ke ..kan dah susah ..tak pasal cacat kekal nanti....tengah geram dengan servis astro ni..nak bahan jap..huhu tak puas lagi..erm.

HIV(Peringkat Jangkitan HIV)

Assalammualikum dan selamat tengahari..Ok entry aku yang lalu dah ceritakan tentang HIV  dan cara jangkitannya.Kali ni nak tulis  tentang Peringkat Jangkitan HIV pulak yupp..*.*

Peringkat Jangkitan HIV terbahagi kepada 3:


  • Peringkat Windows
  • Peringkat tiada tanda (pembawa HIV)
  • Peringkat Akhir


Peringkat Jangkitan Window
Pesakit nampak sihat.

Ujian HIV adalah negatif(antibody terhadap virus HIV masih belum dapat dikesan.)

Virus HIV membiak dengan cepat

Jumlah HIV dalam darah sangat tinggi dan mudah untuk menjangkiti orang lain.


Peringkat Tiada Tanda HIV
Pembawa HIV kebiasaannya nampak sihat walaupun HIV adalah positif

Virus HIV akan mengurangkan keupayaan sistem pertahanan dalam badan pembawa HIV

Hampir kesemua pesakit HIV akan menunjukkan tanda-tanda AIDS selepas 10 tahun.

Jangkamasa tersebut mungkin lebih pedek jika tahap kesihatan dan pemakanan tidak dijaga degan baik.

Peringkat Akhir Jangkitan HIV/AIDS
Peringkat yang biasa berkait dengan AIDS.

KANDIDIASIS
Jangkitan kulat kandida yang menunjukkan tanda-tandanya keputihan yang sakit di bahagian mulut dan sakit tekak semasa menelan .

Jangkitan boleh mengenai orang lain seperti usus ,hati,saraf pusat dan sistem pernafasan.

KAPOSI SARCOMA
Sejenis barah  saluran darah.

Biasanya tertumpu di bahagian kaki.

Bagi mangsa AIDS barah ini merata ke seluruh badan termasuk kulit dan organ lain seperti paru-paru.

TB(TUBERCULOSIS)
Penyakit TB disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis.

Kebiasaannya bakteria TB ini menyerang paru-paru.

Kuman TB akan tersebar melalui udara apabila pesakit batuk atau bersin.

Tanda penyakit TB antaranya batuk berpanjangan,sakit dada ,kurang berat badan,ellemah ,bengkak,kelenjar pada leher.


PCP(PNEUMOCYTIS CARINI PNEUMONIA)
Penyakit paru-paru akibat jangkitan protozoa(parasit atau sel).

Tanda penyakit termasuk batuk tanpa kahak lebih 5 hari,sesak nafas bertambah teruk pernafasan cepat dan mula bertukar menjadi lebam.

Oklah,tu je buat masa ni.Bye ~ ^◕‿◕^

Annoying

Assalammualikum dan selamat pagi..
Perghh apahal lah bila laki ajak kenal aku cepat panas..mungkin sebab penat dah kot..Pagi ni pun dah berapa kali kena maki dengan aku..Siapa yang aku tak kenal chat dengan aku baik hati-hati ea..Aku ni memang pantang kalau laki yang tak faham bahasa..Aku sanggup mengaku dah ada suami ..Dulu pernah ada orang nak kenal dengan aku..Amik kau pinjam gambar kawan kata tu suami aku..kihkih..terus dah tak mesej sampai sekarang....Lagi panas bila baru kenal mintak nombor..kau ingat aku ni PROSTITUE! Pantang betul..lainlah kalau aku kenal kau..umur pun tak tahu..sesuka hati jer tanya macam-macam..Jangan percayakan lelaki dengan melihat Quiet Eyes!
Okay ni untuk pagi ni.









Ergh malas layan orang gnie..orang dah tak sudi..blah arh..
bye..

HIV (Pengenalan dan Cara Jangkitan)

Assalammualikum dan selamat pagi.Readers semua sehat?Ke tak bangun tidur lagi tu?hehe

HIV/AIDS

Poster masa sekolah dulu.. dapat no.2 
Tentang HIV

HIV(Human Immunodeficiency Virus) adalah sejenis virus daripada kumpulan retrovirus yang menyebabkan jangkitan sepanjang hayat.

Virus ini boleh menyebabkan kerosakan sistem daya tahan tubuh melawan penyakit  secara perlahan-lahan.

Aids merupakan peringkat akhir jangkitan HIV dimana system daya ketahanan badan melawan  penyakit telah dilumpuhkan.

Mereka yag telah dijangkiti oleh Virus HIV juga digelar pembawa HIV jika menunjukkan tanda-tanda AIDS.

Cara HIV berjangkit:

  • Hubungan seks
  • Perpindahan  Darah dan Hasil Darah.
  • Ibu kepada Anak dalam Kandungan.

Jangkitan HIV/AIDS melalui hubungan seks?
Virus HIV berjangkit melalui hubungan seks tidak selamat dengan pembawa HIV atau pesakit AIDS.
Hubunga seks secara rambang dan bertukar-tukar  pasangan adalah berisiko tinggi untuk dijangkiti Virus HIV .
Kebanyakan penyakit HIV di dunia medapat jangkitan melalui hubungan seks.

Jangkitan HIV/AIDS melalui darah
Virus HIV yang   terdapat dalam darah  pesakit HIV.AIDS dipindahkan melalui:

Perkongsian jarum suntikan   dikalangan penagih dadah.
Menerima  darah atau hasil yang tidak disaring,
Menerima organ yang tidak disaring,

Jangkitan HIV/AIDS melalui ibu Kepada Anak
Semasa dalam kandungan.
Semasa melahirkan.
Melalui penyusuan ibu selepas dilahirkan.

Semoga bermanfaat yup..   ^◕‿◕^ .bye  

Wednesday, 27 January 2016

Tutorial Edit Gambar Unik(Photoscape)

Assalammualikum dan selamat malam...
Okay anyway Dylah tak tahu nak buat tajuk apa,so buat jerlah nama tu..huhu..
Dylah guna software photoxcape..,mana yang guna adobe photoshope atau picsart graphic design lebih kurang jer rasannya..kann??cuma kedudukan je lain..

 Ni gambar yang dah siap dicapacity kan..Aduhaiii!Rosak bahasa..huhu

klik object.Then,klik  photo.
Pilih gambar korang nak letak tu dan ubat capaciity ikut suka hati korang..
Aku basic guna habeskan teruskan ..




kALAU TAK FAHAM SILAKAN BERTANYA..OK BYE



CONTOH LAIN

KARANGAN KEPENTINGAN SUKAN

Assalammualikum dan selamat petang..Contoh jawapan karangan..Ni buku time dylah sekolah dulu..Cikgu tak sempat nak check.so,check betul-betul sebelum nak jadikan contoh yup..



Kalau tak nampak cakap ea..nanti dylah taip satu-satu :p


Tulisan buruk..buat-buat tak nampak dah ler :3

~BYE~




Learning English Kids!

Assalammualikum dan selamat petang..Ok lets learning the english kids!Anyway i get all the question in my nephew's book ^_^

Answer the question..

HOSPITAL

1.Why do we need the hospital?
A.For us the doctors to treat us when we are unwell.
B.For us to go for a walk.

2.How do people get sick?
A.They may have exercised too much.
B.People may get sick due to bad bacteria or catching a virus.

3.What would happen to us if we got sick but did  not go to the hospital?
A.We would be able to get well faster
B.Our condition  could get worse.

POST OFFICE.

1.Why do we need a post office?
A.So that we can borrow books from the post office.
B.that we can send letters and packages  to people who are far away.

2.Who delivers our letters and packages ?
A.The postman delivers our letters and packages.
B.The doctor delivers our letters and packages.

3.How is the letter or package delivered from place to place?
A.The postman picks it up from the post office and delivers it on his motorcycle or truck.
B.The police officer picks it up from the police station  and deliveres it in the police car.

POLICE STATION

1.Why do we need a police station?
A.So that we can go there to report a crime
B.So that we can learn about maths

2.What do police officers do?
A.Police officers delivers our letters
B.Police officers keeps people safe by enforcing laws,patrolling the streets and solving crimes.

3.Where do the police put bad people after they arrest them?
A.They send them to the hospital.
B.They put them in jail.

Suami vs Ayah

Assalammualikum dan selamat tengahari


sumber:FACEBOOK

Budaya apakah ini?Dah bersuami baru nak menutup aurat..time mak ayah berbuih-buih nasihat..tak nak pula dengar..Memang betullah manusia ni pilih kasih..penat lelah mak ayah sikit pun tak hiraukan ke?Bangunlah wahai remaja..jangan jadi seperti kera busuk..tak malu ke pada masyarakat? Okay memanglah tak malu kalau tak masakan sewenangnya melanggar peraturan agama..Bukannya nak condemed sesiapa..cuma fikirlah..
#bye

Langkah Mudah untuk menjaga kesihatan Payudara

Assalammualikum dan selamat pagi..

2 4  Minggu yang lalu...Ada satu program Semarak Kasih Felda di Palong ompek 4 tak salah..banyak sangat palong..sampai  keliru..Aku pergi dengan 2 orang kawan aku yang comel lagikan bergaya tu iaitu cik ahi wien  dan cik chi minh..haha *poyo* ditemani dengan drive yang gatal..terasa nak hempok jugak..Okay berbalik pada tajuk asal..Program tu ada selitkan tentang kesihatan..

Sebenarnya aku pun malu nak post entry ni tapi tak pe kan..mana tahu berguna untuk kaum sejenis aku ni..Purata penyakit ni bukan untuk 30an keatas malah peingkat remaja pun dah ramai yang kena..

Tips nak tahu payudara ok atau tak..

1.Lihat
 BAGAIMANA MELIHAT PERUBAHAN  PAYUDARA ANDA?
Sepanjang pemeriksaan anda hendaklah berpusing ke kiri  dan ke kanan sambil melihat payudara di cemin.
Letakkan tangan disisi

Angkat kedua tangan ke atas kepala anda.

Letakkan tangan anda di pinggang dan tolakkan siku ke hadapan.

2.Rasa
BAGAIMANA MERASA PERUBAHAN PADA PAYUDARA?

Rasa setiap payu dara (jari)
Gunakan tapak jari-jari untuk memeiksa benjolan atau penebalan.
Gerakkan jari ke seluruh payu dara termasuk puting dan ketiak.
Ia boleh dilakukan sambil berbaring atau bersabun ketika mandi.

3.Respon.
Dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda-tanda penyakit payudara.

perubahan warna dan tekstur
perubahan bentuk saiz dan payudara
lelehan yang tidak normal dari puting
Sakit payudara yang berterusan
Terasa ketumbuhan/ketulan di payudara

Ok,sebenarnya ada gambar stepnya..tapi aku segan nak post..siapa yang nak gambar..meh pm aku..kihkih2..
note:seandainya sepanjang aku post ada typo..keyboard aku ni rosak..mitak kena hentak..
OK! bye..



ape2

Assalammualikum dan selamat pagi buta..Jam menunjukkan 1.25 am...haha mak saya dah bising suruh tidur..almaklumlah saya ni insomnia kadang-kadang..suka buat aktiiviti berfaedah apabila terluang..Ehem,terpuji diri sendiri pula..Padahal kerja aku ..ader arhhhhh
Erm..nak cakap pe erk..hahhh bekas senior aku tegur kat fb..rindu aku la tuu..kiki *perasan
bye.

Tuesday, 26 January 2016

Erm

Yess!Tak nak makan..tak da mood..
Nak taip pun tak da mood.
Semua tak da mood!!!!!!

Off nanti.

Assalammualikum dan selamat petang..
Tak lama lagi abang nak balik dah..Its mean dah tak dapat nak update..Nak isi borang apa2 pergi cc nanti..Pergi sorang-sorang jerlah malas nak ajak kawan..nanti menyusahkan pulak ^_^
I can take care myself..Apa guna belajar pertahankan diri kalau tak gunakan..
Oklah bye..ermm

Makanan!main langgar!

Assalammualikum dan selamat pagi..
Huhu...Aku kena pantang dalam makanan..sebab ada penyakit..kadang bosan jugak..ada la aku langgar pantang jugak sekali selalu hahaha..

Ikan sup cendawan..


Siap minum air sejuk lagi (air epal kotak)


Langgar pantang..makan meggi haha..amik yang kurang sikit MSG nya >.<

Oklah..sapa yang pantang tu teruskan pantang...jangan ikut cara saya yang langgar pantang ni..nasib tak da papa terjadi..kihkih..
~bye~

Sunday, 24 January 2016

Design


Assalammualikum dan selamat petang..
Ambil lah kalau nak..kalau da pape masalah pm yupp ^_^









Kalau nak request pon boleh ^_^
Free je..
~bye~

Kos pendidikan sejarah,ambil apa?

Assalammualikum dan selamat pagi..
Tak lama lagi nak ambil result..cepatnya masa berlalu..
Takot rasanya..huhu...
Kalau ok alhamdulillah..kalau mengecewakan???haha kena kahwen la aku..TAK NAK!!!!!
Aku lebih rela kerja angkat batu daripada kahwen!Aku masih muda..mentah..serba serbi tak tahu...Aku harap result tu okaylah..Kalau tak dapat 10 A's pun..dapat 6A's kira ok dah..
Time ambil result nanti perkara pertama yang aku akan buat adalah ambil result kalau okay stay lama-lama..kalau tak okay ajak member pergi lepak mana-mana..Kalau balik takot kena kahwen..hahaha!



Sumber:Google

Ni baru-baru ni isi UPU..untuk ambil kos pendidikan sejarah/kemanusiaan tak da...Ada tak sesiapa yang tahu selain kos tu yang boleh menjerumus untuk aku jadi  bakal cikgu sejarah??Bukannya apa...aku memang minat gila sejarah..Kalau boleh aku nak contohi cikgu sejarah aku..Cara dia mengajar memang best giler..Budak tak mengantuk walaupun ada yang tak fokus
Hari tu 2  orang kawan aku tanya kenapa tak minta kos seni sebab pandai melukis..Aku jawablah..nanti aku stress..Kalau aku stress kan macam-macam penyakit datang..
Tapi series aku takot giler nak ambil result nanti..sampai terbawa dalam mimpi..
Soalan aku tadi siapa tahu tolong jawab yup ^_^ tq..
~bye~

Saturday, 23 January 2016

Free New Design



Assalammualikum dan selamat datang!!.Haha sempat lagi Dylah tidur time nak upload..see??line slow sangat..siapa nak ambil jer la..Caranya:
1.pm
2.tarik gambar tersebut ke new tab
3.Guna URL tu..salin..

file:///C:/Users/user/Documents/Bluetooth%20Folder/kad/im.jpg

file:///C:/Users/user/Documents/Bluetooth%20Folder/kad/kuning.jpg

file:///C:/Users/user/Documents/Bluetooth%20Folder/kad/purple.jpg

file:///C:/Users/user/Documents/Bluetooth%20Folder/kad/grey.jpg

file:///C:/Users/user/Documents/Bluetooth%20Folder/kad/mi.jpg

file:///C:/Users/user/Documents/Bluetooth%20Folder/kad/red.jpg

file:///C:/Users/user/Documents/Bluetooth%20Folder/kad/peach.jpg



ok lah..kalau ada pape masalah..cakap la ye ..
bye ^_^

Gila kuasa

Assalammualikum dan selamat pagi..
Mungkinkah disebabkan lelaki membaca doa,menjadi pemimpin wanita ..si wanita perlu menurut segala kemahuan si lelaki?Dia bukan suami!Dia bukan berdakwah pada kita!Dia bukan pemimpin negara!Dia bukan ketua dalam keluarga! Ya Harini!pagi! yang cukup membuatkan rasa diri ini hairan.Si lelaki igin berkenalan dengan wanita dengan menggunakan Islam..tetapi sejauh mana logiknya perbalahan perbincangan tersebut.Rasanya budak mentah je ni..
I can respect the people but oncee they rude...i Don't  know what i can do!









Friday, 22 January 2016

Design Simple

Assalammualikum dan selamat malam.Disini saya selitkan sedikit design ..siapa nak ambil..ambil jerlah ^_^



                                   










Any request for colour??hehe simple.. ^_^ Nak minta..sebab dah private kan.
~bye~

"Giveaway by Yanieninie"

Assalamualaikum wb,Salam sejahtera. Jom join .Klik banner dibawah.