Thursday, 1 June 2017

Menjadi wanita kedua bukan pilihan dan bukan juga kebetulan.

Assalamualaikum wb,salam sejahtera,
Sebelum readers meneruskan pembacaan,dy minta maaf .Andaikata penulisan kali ini akan mengguris hati mana-mana pihak.

Salahkah menjadi isteri nombor dua? perampas?penganggu rumahtangga dan memusnahkan kebahagiaan orang lain?

Tapi..

bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyikan?

Ada pelbagai kisah kalau kita dengar bab poli ni. Ada yang isteri pertama sendiri  carikan isteri baru untuk suami.Sebab tak boleh mengandung,ada sebab tu lagi dahsyat.Sebab nak ada kawan.Boleh buat kerja rumah sama-ii dan sebagainya. Kalau dapat isteri pertama yang okay,Alhamdulillah kalian kan para suami? tapi kalau dapat yang ..hehe tak payahlah cakap.


Wahai para suami/bakal suami ..baca dari ayat dibawah..

''Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengahwininya),maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi:2 ,3 atau 4.Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil,maka kahwinilah seorang sahaja,atau budak-budak yang kamu miliki.Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak  berbuat aniaya.

  [An Nisa'(4):3]


Cuba fahami dari ayat al-Quran tersebut.

ADIL.

Tak salah berpoligami.Namun adilkah kalian? 
Ramai yang menegakkan benang yang basah.Bila mengatakan , dah bosan dengan isteri pertama.
Kalian tak kasihan dengan isteri pertama kalian?
Penat menjaga makan pakai..melahirkan zuriat kalian.
Tupp..tupp.. kebahagiaannya akan berkongsi dengan wanita lain..
Tetapi diingatkan,Kebahagiaan didunia hanya pinjaman..

Bicara kalian..Poligami itu suatu SUNNAH . Ya , Dy tidak menidakkan . 

Namun,
Amal-amal lain kalian dah buat?
 Cukup solat? 
Mampu melayan kerenah para isteri?
Mampu membimbing mereka?
bersedia segi mental dan fizikal?
dan seumpamanya..

Jika kalian rasa tak mampu bersikap adil.Silakanlah berkahwin seorang wanita sahaja.😣

Buat wanita nombor dua..
Aku faham perasaan kalian.Tak pernah terlintas cita-ii kalian ingin hidup bermadu.dan aku tahu Bukan semua yang bersikap jahat.Ramai je yang bersikap baik.Sanggup melihat suami melebihkan isteri pertama.. melayan dengan baik dan menghormati madu pertamanya..
Sebelum kalian  berkahwin dengan suami orang.Korang faham tak apa yang aku rasa? Bila kita rasakan mungkin hati wanita lain akan terluka,hati akan lebih kuat mengatakan jangan teruskan hubungan tersebut.Apalah guna  jika kita bahagia diatas penderitaan wanita lain kan?kita sama wanita.Pasti faham...Seandainya kalian memang Allah dah tetapkan jodoh,terimalah takdir dengan terbuka.Ketahuilah,jika kalian berlapang dada..Semuanya akan manis walau kadang terasa pahit.

Tipulahkan isteri tak cemburukan? Namun,sentiasalah bersikap tolak ansur.Lama-kelamaan pasti reda tu datang.Jangan berhenti berdoa kepada Allah.
Si suami pun kenalah bijak memainkan peranan.. Berlakulah ADIL..


Sebelum kalian ingin berkahwin ..Mintalah petunjuk dari Allah.Lakukan solat istikarah,Insyaallah..ia sebaik-baik jawapan.

Nak kata banyak cabaran hidup bermadu? setiap rumahtangga memang banyak cabaran walau tidak bermadu sekalipun.

~Aku tidak menolak poligami tetapi tidak pula mengharapkan ia berlaku~

P/s Sekali lagi dy meminta maaf,jika ada mana-ii pihak terguris hati..

No comments:

Post a Comment

Game

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ada yang rindu Dy tak?huhu..almakalumlah dah sebulan lebih tak update blog. Dy tengah final se...