Pages

Thursday 24 November 2016

Cara nak buat header blog guna photoscape.

Assalamualikum wb
salam sejahtera
salam maghrib..

Cara-ii nak buat header guna Photoscape.
Step1: klik menu>new  photo>tentukan saiz header yang korang nak.. dy guna width=600,height=300.berubah ikut kesesuaian huhuhu 

yang highlight kuning untuk masukkan gambar
Bulat merah untuk tulisan.

gambar yang korang masukkan boleh kurangkan kapasiti dia tau..pandai2
la korang ejas.

        http://simplehijab.co/?id=chyn
dah siap ..save as.. contoh simple.
Senang je kannnnn!! huhu

bye.

Wednesday 23 November 2016

Header blog

Assalamualikum wb
selamat senja..
Meh nak share header blog sikit..










acah je ni huhu 

Siapa nak header ni boleh pm  ,kalau nak yang lain boleh tempah ya..

k,bye

Tuesday 22 November 2016

Cara nak hilangkan kepala guna ps

Assalamualikum..
selamat malam ..
bila malam menjelma..dy hanya ditemani laptop dan ps sahaja.. tahu tak ps tu apa? bukan play station tau.. ps tu Photoshop.. yang edit2 tu..Meh nak tuto tutorial sikit cara nak hilangkan kepala . tutorial ni khas dibuat untuk kegunaan yang baik sahaja.. jangan menyalahi undang2 atau mencuri gambar orang.. SKM sentiasa menjalankan peranannya ..faham?

Step 1:
-Buka photoshop
-File>open>klik gambar>jadi macam gambar bawah ni




Step2:
-right click>duplicate layer
-As:tulislah nama apa korang nak den klik ok


keluar gnie nanti.klik kat mata tu,biar hilang. so,focus pada copy.


Step3: klik bendealah tu

Step4: ikut bentuk muka , then tekan  kat keyboard korang button delete

Step5: tengok kat ps korang, klik bende ni.. untuk cover muka yang dah hilang tu
tekan  Alt+right click kat background.. cukup sekali

step 6: then,tampal kat muka yang hilang tu.. nak hilangkan garis tu ?right click>click deselect
gambar yang dy buat ni nak cepat tu nampak pelik hehehe

Okay, siap.. 
EVENTUALLY, SAYANGILAH KEPALA ANDA bhahahahaha
Jangan salahgunakan tau.. dosa!!  kalau yang ambil seni tu ,cuba amik seni teknologi dekat u nanti...besttt.. *padahal tak da amik pun .. but i think seni teknologi best sesangat..

okay,bye.

Kebaikan dan keburukkan couple! ada ke baiknya??

Assalamualikum wb.
selamat malam all readers!!

''Hal kau ,hal kau..hal aku hal aku''
wuishh cari gaduh ke apa? no comment..

Atas ni tak da mengena dengan tajuk dy nak buat kali ni tau..huhu

Dy ada tanya dengan seorang kawan dy ni.. dy tanya..

 ''apa yang bestnya couple''
 Jawapannya,normal seperti orang lain..

Bila dy senaraikan kebaikan dan keburukan couple ni..  dy hanya mampu menyenaraikan satu kebaikannya dan lebih daripada 10 keburukkannya..

Kebaikan Couple:

*Duniawi yang tidak bermanfaat.  (so???ada ke baiknya hahhaha)

Keburukkan Couple:

#mengundang maksiat.
#pelajaran terganggu
#membuang masa
#hati tak tenteram
#menghabiskan duit
#mengabaikan keluarga
#berkongsi masalah (padahal Allah kan ada)
#membunuh(dah cemburu dia ada orang lain ,pastu terjadilah kes macam2 bergaduh-->bunuh-->nyesal x sudahhh)
#seronok laku .. (padahal jualan murah ,sapa tak nak kan.)
#sakit hati(acah2 heart broken)
#cepat boring
#membuat dosa(x jaga pandangan/bergaul bebas/dating *tu banyak anak luar nikah  tu* )
#hidup tidak tenang
#couple lama2,macam dia jodoh kau.
#kalah dgn nafsu
#banyak lagi sebenarnya tapi cukupla tu .. macam korang sedar huhu..

Akhir sekali ,ingatlah! couple ni tidak ada pun baiknya ..

Jangan sesekali menghampiri maksiat,jika hampir pun tak boleh ...apatah lagi bila korang  masuk kedalamnya..Segeralah bertaubat.Sesungguhnya Allah maha pengampun  dan pemaaf :)

Kadang bila nak buat penulisan tentang ni rasa bersalah, sebab kawan sendiri ramai je yang couple.. Semoga yang tak pernah couple teruskan,dan siapa yang sedang single menjanda tu teruskan.. dekatkan diri kepada Allah..

Maaf jika ada yang terasa hati.. sesungguhnya dy manusia biasa .. bye .. :D

Monday 21 November 2016

ps time!

Assalamualaikum.. huhu bila dah bosan apa lagi masa untuk ps..hahahhahha

lega exam dah habes.. lepas ni mestii ada yang bosankan cuti..dy takkan  pernah bosan..selagi ps jadi peneman hahaha

Sunday 20 November 2016

Kisah hantu realiti yang aku alami yang tak pernah sudah!

Assalamualikum..
selamat petang semua..

Hmm,sebenarnya dah lama nak buat entry tajuk ni..cuma selalu  buka blog malam... jadi seperti ada yang memerhati pulak huhu..
Dibawah ini adalah kisah benar dan pengalaman sendiri.



Kisah 1
Jam menunjukkan hampir pukul 1 lebih..tapi dy macam biasa.. duk insomnia tak boleh tidur.. so,dy  carilah perkataan susah dlm suratkhabar oamputeh buta english sebenarnya huhu.. Alrightt!!!! masa duk syok2 buka dictionary.. dy terasa macam ada satu benda sedang memerhati dari arah dapur.. laluan dapur dy memang nampak dari ruang tamu.. huhu benda tu macam sekali lintas je.. kalau tak salah benda tu pakai baju putih  ..kaki rasa mcm x de.. ngeh3.. lepas tu dy buat2 x nampak.. sekali dia kat tempat saterika ..dekat jugak dengan ruang tamu.. perghhh dia bawakkk genggg..  tapi time tu dy boleh relax la lagi.. Tak lama tu hehehe..  tempat dy duduk ni memang dekat dengan tingkap... dy dengar suara bayi menangis dengan mak2 dia sekali nangis.. bunyi tu betul2 dekat  luar tingkap.. dy pon apa lagi bukak lah,bacaan ayat suci al-quran dalam laptop..sekali makin kuat suara tu... dy tak tahan,dy panggil mak . mak dy  pon tanya'' kenapa'' .. dy ckplah ''mak dengar tak suara orang menangis''  mak dy diam lalu  mak dy kata tak da pun. Pastu mak suruh dy tidur..

Kisah2
Cerita ni masih dalam rumah..
Waktu ni tengahari ,dy tertidur kat bilik akak dy.. tetiba ternampak suatu benda,rambut panjang mata terbeliak...tengah cekik dy...dy cepat2 baca ayat2 tapi tetap tak dilepaskan...tk lama tu...terlepas..benda tu datang sewaktu dy tidur.. mungkin sesetengah orang akan cakap dy mimpi.. sungguh tu bukan mimpi..kalau tak,takkan berdenyut leher dy lepas kena cekik tu.. sebelum tu abg dy,pernah tidur situ jugak.. dia cakap masa dia tidur,ada satu tangan nak tekup muka dia..bila dia bangun tangan tu hilang..


Kisah 3
Jam menunjukkan 4.30 pagi...masa ni dy form5... dy memang suka mandi awal2 pagi..semua orag tengah tidur,mak dy tak da kat rumah.. masa dy mandi dalam bilik air..tiba2 rasa meremang pulak... bila dy pusing belakang dy ternampak kat celah pintu ada tangan hitam dan kuku tajam panjang..sedang menjalar kat pintu tu.. dy terkejut lalu apa lagi..terjerit panggil ayahhhh.. agaknya jiran2 pon mesti dengar tu huhuhu.. dy bukannya takot sgt tapi cuma terkejuttt.. huhu ...

Kisah 4
Masa ni kat sekolah(form 5) , ada tusyen ...dy dengan sorang kawan baik dy...kitorg memang suka dtg awal...habitsss ahhahaha   so,kitorang jalan2 lah kat sekitar kawasan sekolah..sampai satu kelas ni.. kat tuuuuuutttttt dirahsiakan  ... dy terpandang seorang perempuan ,dy nampak belakang dia je ...tengah duduk pakai baju sekolah.. dy peliklah,takkan dia sorang je pelajar kat situ,mana pelajar lain.. dy tak cakap pon kat kawan dy tu,sebab dia lemah semngat...perghh bila dy pandang balik,budak tu dah tak ada... dy baru teringat agaknya budak perempuan yang dy pernah nampak kat atas bumbung sekolah  yang sedang berdiri tu dia.. dan... baru2 ni adik dy ,yang  teman dy tu kena rasukkk.. dia cerita dia nampak perempuan ,baju sekolah tu.. dy pon terfikir..dan cerita kat kawan dy tu apa yang dy nampak setahun lebih yang lalu sebeluma dik dia kena..
alhamdulillah la,aku tak kena apa2..


Kisah 5
Masa ni sekolah rendah,dy memang kena awal dtg sekolah sbb ayah dy nak pergi kebun..jam baru pukul 6 pagi.. dy duduk la kat luar balkoni sekolah sambil melihat pemandangan yang indah...memang dy sorang je kat atas kawasan blok tu.. ada 2,3 orang dekat tingkat bawah.. dy memang jenis tak tahulah nak kata berani tak la kot, x de perasaan lagi la tak.. dy duk usha2 tengok pokok kat bawah.. sekali terpandang dekat bumbung..nak tahu apa beb?? gila mantap benda tu lending atas bumbung tu.. dia duk tenung dy ,mcm nak terkam.. baju putih, rambut panjang tak la serabai  *g rebonding kot*   serius dy tak faham kenapa dy tak takut langsung time tu... dy tenung dia balik.. then,tetiba dia hilang..dah hilang tu dy bukannya nak pergi tempat orang ramai ke apa..elok sambung tgk pemandangan situ keh3... memang sampai sekarang ingat lagi muka malaun tu.. benda tu selalu ada kat atas bumbung bilik sains dan bilik engglish  lupa nama bilik tu.. budak2 lain pun pernah nampak.. dy pernah nampak sekali kat atas bumbung bilik sains..masa tusyen malam..sbb dy suka jalan sorg2.. lepas tu yang belakang sekali lak tu.. tengok muka dia sama macam dy nampak haritu..budak2 lain pun pernah jugak ada yang nampak...

Kisah 6
Dy cukup tak tahu lah,enapa la benda2 gnie suka ganggu dy.. time ni dy ikut mak pergi rumah akak dy.. . tolong akak pindah rumah baru.. dy duduk la kat bilik orang gaji belah dapur sambil lipat baju akak dy... tiba2 dy ternampak dekat  tingkap ada benda putih tengah jalan...tak lama tu atas kepala dy benda putih tu.. tak da la bertengkek..cuma terpaung je.. dy buat tak tahu je.. serius time tu hati kental beb...  mak dy pon pergi dapur..sambil tu nak tengok dy.. mak tanya banyak lagi ke nak lipat tu...kalau penat sambung esok.. dy kata tak penat pon... pastu dy cakapla apa yang dy nampak  tadi.. mak mula tak percaya bila diorg alami sendiri baru percaya..mak suruh dy naik,pergi tidur..  nak tahu apa yang diorang alami? ahhaha tak payah diceritakan disini..


Kisah 7
Masa ni kat rumah akak dy lagi.. dy nak mandi time tu..lampu bilik air situ rosak..malas nak turun pergi bilik air bawah.. mak dgn ayah dy ada kat ruang tamu..tengah best mandi, pintu bilik air bergegar2 .. amboiiiii bergurau pulak maghrib2 gnie benda ni eaaa haha..
pastu dy macam nampak kelibat warna putih dekat sebelah mangkuk tandas..haha aduiii.. kelakar gila time tu.. cepat2 dy mandi masuk bilik.. malam tu dy tidur sebelah mak.. baru mamai2 nak tertidur.. ada benda macam nak peluk perut dy.. dy tersentak ..benda tu hilang.. dan banyak lagi sebenarnya cerita lain yang dy alami ..

Kisah 8
Kisah ni masa aku kat dalam bilik.. aku tidur dalam bilik aku.. masa tu tengah hari.. aku baru bangun2 nak mamai.. sekali aku dah bukak mata.. dengar bunyi binatang buas dekat atas syiling..dy diam je,lama2 suara tu hilang.. benda tu baru balik semalam kalau tak salah kacau mak dy.. macam ni ceritanya.. aku bangun kul 4 pagi.. tengok mak aku tengah membaca ayat al-quran dalam surah.. pastu dy baca buku...dekat nak pukul 5 mak aku tidur lah balik..dy lak pergi mandi... dah subuh..mak dy bangun macam terkejut.. tanya dy dah mandi belum.. dy jawab je lah dah... okayyyy ,time tu mak dy tak cakap lagi.. dy  dah balik sekolah tu..petang tu mak dy cerita..

Mak dy cakap.. mak dy ternampak seekor binatang buas macam kinkong/beruk...besar sangat2.. bulu banyak. baru benda tu nak cekik mak dy..mak dy memang ada amalkan satu surah ni...mak dy baca yat tu terus benda tu lari jauh.. tapi itu dalam mimpi.. mak dy cakap..insyaallah benda tu takkan kacau lagi..tapi tak tahulah sejauh mana dan berapa lama.. dy pon cuba nak hafal ayat tu..sebab ayat kursi tak semua benda macam tu takut..

#banyak lagi kisah2 yang tak diceritakan oleh dy... so,setakat ni jelah ea cerita dy... semoga kita semua dilindungi oleh Allah dan terhindar dari hasutan syaitan dan pengeniayaan manusia..amin...


jika kisah ini ditulis dan disiarkan ketahuilah *beratus kali  tengkukk dan badan dy meremang, benda macam mengetuk di tingkap,tengkuk tak berani nak pusing ke kiri kanan dan kebelakang.. dan ..hahaha dah la..

okay,maaf salah silap jika entry ini menyinggung perasaan dan hati mana2 pihak..
sekian,wasalam.

Sunday 13 November 2016

Tulis Artikel ?dapat duit.

Assalamualikum,
Selamat malam..

Nak kerja?tapi masih tak dapat kerja? mengapa korang  tak nak  cuba  kerja dari internet . Antaranya, '' Tulis artikel,cerpen,novel,puisi  dan sbgnya  ''
Banyak peluang-peluang korang boleh dapat melalui penulisan ni.. Kerja ni  pun boleh dari rumah,sesambil makan nasi pun boleh huhu..Mungkin sesetengah  tempat korang nak hantar tu tak terima..so,jangan putus asa..cuba dan cuba lagi..

Antara  tempat2 boleh hantar karya korang:

1. Hantarkan /nyatakan korang berminat nak join terebih dahulu,karang penat2 korang buat  dah penuh ,x terima plak... hantarkan email di  : kekerucom@gmail.com  / mycarijodoh@gmail.com

klik untuk zoom




2.Penulisan untuk blog di cun.my.

3.mingguan wanita

4.majalah tunas

5.Pertandingan menulis cerpen di SINI


Banyak lagi tempat karya penulisan  boleh hantar.Sebelum nak tulis,baca syarat2 / kehendak dan sbgnya..

Goodluckkk!

Thursday 10 November 2016

Selepas SPM

Assalamualikum w.b.
salam sejahtera
selamat petang..

Hi !!you allssss ...dah lama Dy tak update blog kan..rindu tak?rindu???? hehehe.. You alls sehatt??
Alhamdulillah bulan 5 hari tu dy dah sambung belajar ..Dy ambil form 6. :) Sekarang dah bulan 11..So, minggu depan ,hari rabu dy ade exam stpm penggal 1..doakan ya..
Btw. dy ambil subjek Pengajian Am,Pengajian Perniagaan, Sejarah dan Bahasa Melayu.
Harap2 dapatlah baiki pointer.. aminn..
Semoga kawan2 dalam kelas mahupun satu sekolah dapat berjaya bersama2 dengan cemerlang... itu baru namanya kejayaan..

Hope,support together to get  successfully in life...-english broken huhu-

okay lah ,,banyak keje..nanti dy update ag ya... bye asalamualikum..

6 Cara menguruskan tekanan yang boleh dicuba

 Assalamualaikum wb. Hai korang. Hari ni Dy nak kongsikan beberapa tips yang boleh dicuba untuk menguruskan tekanan.       Dalam mengelola t...