Pages

Wednesday 28 December 2016

Cuti dah nak habis. Have fun readers :)

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera.

Sedar tak sedar,  lagi 6 hari akan naik ke sem2.Aish,tapi esok(29hb -1hb) dy terpaksa keluar negeri jap..Malaslah,dahla lagi berapa hari je tinggal cuti.Serius,selalu kita rasa Cepat je  masa berlalu kan Macam air disungai tapi masih tak putus2 kecuali sampah telah  dipenuhi disungai tersebut .Apa aku mengarut Haiiihhh..

Tak lama lagi dy sem 2.Agak-ii boleh ke dy bawak,dy bukan budak pandai.Dah la tak pandai ,pemalas pula tu..kah3 ..Kerja nak baca komik dan tonton anime je.. Rindu nak tengok Tokyo Ghoul ๐Ÿ˜”
So,disebabkan tak lama lagi dah nak habis cuti,dy kurang sikit lah memblogging .Oleh itu, Bacalah entry lama dulu yupp..heee ..

Dy dah siapkan dah jadual  tapi dy memang selalu tak ikut pun .. Korang ikut ke jadual korag buat tu???Taniah lah ya..huuu

Preparation untuk naik cuti nanti,dy memang tak beli apa-ii pun.Malaslah nak beli.. Nak berjimat hee.. Mesti nanti banyak duit kena guna.So,kena prepared awal-ii.Pakai je baju kurung lama-ii tu, Beg pakai masa zaman PMR dulu, boleh jahit lagi yang mana koyak. kasut pun okay lagi tu ,tapak terkeluar nanti gamlah apa lagi.macam tak biasa ๐Ÿ˜‹
Kalau mak nampak gerenti marah keh3. ''selekeh!!!'' bru tahu ke? haha..


Okay bab keperluan sendiri semua dah settle.Buku,alat tulis, pensil case?tahun ni guna getah je boleh tak..Hahah terlebih jimat ni...Harap-ii murahla rezeki tahun ni..


Harapan: Semoga ,dy tak lah sakit apa-ii .. harap sangat. Risau juga kalau jadi macam tahun(2016) ni..Kadang dy ingat demam je rupanya sakit tu datang balik.. Tak nak la ganggu pelajaran lagi ,dahlah pil besar..kesian tengkorok aku haha..
Insyaallah tak da apa-ii.....Amin.. *Think Positive ๐Ÿ˜€
Agak-ii doktor tu marah tak ,aku tak pergi jumpa dia ..fuhhh

Readers,dah sedia ke nak belajar?? Kalau belum ada masa lagi 6 hari ni..heehehe
Belajar bukan setakat untuk nak duduki ujian tetapi belajar mestilah niat kerana Allah dan ingin menuntut Ilmu.Baru semuanya  yang baik-ii akan kembali kepada kita.

Malasnyaaa nak pergi esokkkkk.. 

Semoga yang masih belajar terus bersemangat untuk mencapai kejayaan ,
Mana yang bekerja teruskan kehidupan dengan kerjaya yang halal ,
Manakala ,mana yang belajar dan  kerja pada satu masa semoga sentiasa  hidup dengan kejayaan.

Dy tinggalkan dengan ayat dy:

''Kekadang hidup ni bukan seindah yang kita bayangkan.Tetapi lebih baik membayangkan yang indah sekurangnya tak lah rasa resah dan payah .''

Akhir kata,doalakan agar sekelas dy++keluarga dy+guru-ii +satu sekolah...Berjaya dunia dan Akhirat.

Insyaallah..para readers juga semoga berjaya dunia dan akhirat.. Aminn.. Jangan risau,jangan lemah !Allah kan ada ๐Ÿ˜Š


Sekian,

[HOLIDAY PROMO] Enjoy RM300 OFF on Samsung Galaxy S7 and S7 edge!

Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi 2017

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera.

Para bloggers sekalian jum join GA ni. Admin blog tersebut sedang mencari 5 Blogger lelaki dan 5 Blogger perempuan untuk di Bloglist kan. GA ini bermula dari 19 Dec 2016 sehingga 31 Dec 2016.Klik banner dibawah ni yup untuk join dan maklumat lanjut  ๐Ÿ˜€


Anniversary GiveAway

Assalamualaikum wb
salam sejahtera.

Hi bloggers!!Jum meriahkan lagi GA dari pemilik sis sofia kita sempena kelahirannya .GA ini bermula dari 23 Nov 2016 sehingga 30 Disember 2016. Maknanya ada 3 hari lagi.Cepat!! hehe.Nak join klik banner dibawah ni yup. ๐Ÿ˜€


Giveaway Untuk Bloggers #2

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera.
Jom join GA dari  blogger #safirulamar + Abe Jaq

Tamat 4 Januari nanti.
Cepat-ii,klik banner dibawah untuk join.๐Ÿ˜Š


6 Cara menghilangkan Mengantuk

Assalamualaikum wb,
salam sejahtera.

Cara nak menghilangkan ngantuk:

1.Basuh muka


2.Bersenam

Seperti kita tahu,bersenam dapat melancarkan peredaran darah.Oleh itu otak kita akan lebih cerdas.Lakukanlah senaman beberapa minit.EX:Berlari,melompat-ii,ambil nafas dalam-ii. Then,berhenti sambung kerja.Rasa mengantuk lagi buat perkara sama. Kalau macam dy,dy tampar je muka haha

3Minum  air daun betik+peria.

Gerenti tak tidur hahahaha

4..Fikir banyak kerja perlu disiapkan

Bila otak kita memikirkan kerja yang banyak dan perlu dihantar dengan segera.Secara tidak langsung,Tetapi awak kemungkinan korang akan stress dan tidak dapat menyelesaikann semua kerja dengan sempurna. But,cara ni,dy selalu guna...Tak lah stress seronok je,esok buat last minute lagi heee..

5.Banyakkan bergerak.
Contohnya:naik turun tangga dan  berjalan dari Malaysia ke Singapura๐Ÿ˜ 

6.Minum air suam.

Okay itu jer..,semoga bermanfaat ya ๐Ÿ˜€

[Holiday Promo] Enjoy 300 Off on Samsung Galaxy S7 and S7 edge 

Tuesday 27 December 2016

Kawan fb boleh ubat Amnesia?

Assalamualaikum
Salam sejahtera


Baru tadi ada seorang mesej dy di fb.. Then,dia mengaku dia tunang kawan Dy.So, dy memang suka buruk sangka(waswas) .Kita sebagai perempuan kena hati-ii. Dulu dy tak lah macam ni sangat ,tetapi..disebabkan tertetu dy lebih berhati-ii dengan sebarang orang yang tak kenal.


Cerita dia macam ni,kawan dy excident dan hilang ingatan.So,semua akaun laman sosial dia deactive.Kawan dy perempuan ok.So,dah dekat 2 tahun rasanya dia sakit.Tiba-ii muncul seseorang mengaku tunang dia.. Aishh pelik..selama ni lakonan ke?atau penyakit amnesia memang  boleh  dengan merapatkan balik kawan walau hanya di fb??
Sesiapa pakar jawablah ea..

NOTE:
Hitam=tunang kawan
Kelabu=Dy
Merah=sensor





























Kadang dy rasa serba salah,sama ada nak percaya atau tak. So,ada tak sesiapa yang mahir bab ni..Tolong ada ke perkara gnie?
Sila buat-ii tak nampak,mana yang tak disensored tu.. hmm tak faham tak pe la..


Reasons Why You Should Travel To Countries Beyond The More Popular Destinations

[HOLIDAY PROMO] Enjoy RM300 OFF on Samsung Galaxy S7 and S7 edge!

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera.

Hi!dy nak tanya Ada tak pengguna Samsung? Dy juga salah satu pengguna Samsung Galaxy Tab 3  Elite.

Namun,,

Samsung tengah buat offer Galaxy S7 edge/S7.

Bermula dari 19thDec 2016 hingga19th February 2017

Limited hanya 20,000 unit.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dijemput para readers ke [HOLIDAY PROMO] Enjoy RM300 OFF on Samsung Galaxy S7 and S7 edge!

Siapa guna engine turbo,dialah dapat.. Don't say i not warning okay..


Lagu Alda Risma Menanti Kekasih .

Assalamualaikum,salam sejahtera..

Firstly, dy baru je lepas dengar lagu tersebut dengan mak...Haha mak relax jer,dy tak pernah menggeletar..tiba-ii menggeletar.. Aishhh.. Ada sesiapa pernah dengar lagu tersebut??

Mak nak sangat dengar,menyesal pula pergi bukak..nasib bukan malam.

5 Cara kenal lelaki gay(kemungkinan)

Assalamualaikum,salam sejahtera.

Tiba-ii nak buat entry mengarut sikit..  Di Malaysia Alhamdulillah tak da LGBT ni . Namun,mungkin kalau korang ada tengok di laman sosial seperti wechat dan FB atau disekeliling korang sekalipun ada yang suka sama sejenis.Ingat!!!  Allah melaknat golongan LGBT ni!

Ada dua kejadian yang dy alami.

Kisah 1:
Ini tak da lah teruk sangat, BELIAU warga asing(Bangladesh) .Kerja dekat sebuah pasaraya dot dot dot. Sesiapa kenal dy mesti tahu kot siapa yang dy maksudkan.Cara pandangannya memang lain macam. Dy cakap lah kat abang dy ''Kenapa orang tu macam gay je'' Abang dy gelak je.Sebab ,dia pun perasan juga . Tapi,tak nak la expect lebih. But,,lelaki gay still tengok perempuan? tu lebih gerun.

Kisah 2:
Kali ni memang nyata gila. Dekat stesen bas time ni. Sorag laki(c) duduk usha lelaki warga asing(nepal rasanya). Warga asing tu garu-ii tangan dia. Lelaki(c) tu pun pandang warga asing tu atas bawah-ii.Kalau perempuan dah lama blah dari situ agaknya.. Lelaki (c) tu pegang-ii tangan warga asing tu sambil senyum2.Senyum lain macam pula tu..faham lain macam mana?tak faham sudah.
Lelaki(c) tu pandang abg dy sambil senyum2. Dy ajak abang pergi tempat lain.. lain macam kott..hahaha ..

Antara Kemungkinan lelaki tersebut adalah gay:

1.Tidak memandang perempuan.
Ya: Mana boleh pandang perempuan,nanti pakwe marah.
Tidak:Kemungkinan saja,nantah lelaki tu memang jenis jaga ikhtilat ke apa. Jangan menuduh secara membuta tuli pula.

2.Tiap minggu hilang.
Ya:Hahhh mesti nak jumpa sugar daddy la tu.Lepas tu nanti sugar daddy tanggung yuran,kos pengajian,makan  minum ,pakaian and everything. ''Demi duit maruah tergadai''
Tidak:Tak baik fikir bukan-ii, tiap minggu balik kampung jumpa mak ayah/pergi kerja sambilan cuci pinggan/pergi melancong ke bla bla bla..

3.Korang tanyalah topik gay dan tengok reaksi.

-Contohnya , '' Si dot dot kahwen dengan si dot dot dekat London. Diorang tak tahu ke kaum Luth dulu  diterbalikkan  bumi oleh Allah''

-So,kalau reaksi lelaki tersebut membincangkan hak-ii sebagai gay/kemanusiaan . So,dah nampak sangatlah kan?
Kemanusiaan ?contoh ayat dia '' Gay tu perkara biasalah,sedangkan binatang pun boleh bebas.Apa salahnya kalau gay pun bebas nak pilih pasangan masing-ii.''
Tak tahu nak jawab apa? jawab jer gnie '' so, kau binatang''

4. Cara lelaki tersebut bergaul dengan lelaki lain.
Kalau korang hebat , dengan bercakap,perbuatan dan perilaku dia pun korang boleh kenal.
Kalau dulu-ii ada sebab kenapa orang tak bagi lelaki pakai baju ketat,baju warna pilihan perempuan, rambut style (bojeng). Inilah salah satu sebabnya.

But,zaman sekarang semua style tu dah biasa,janganlah buruk sangka. Ini kemungkinan saja.

5.Mengambil perhatian lelaki yang dia suka.
Contohnya, lelaki tersebut tengah berborak dengan seorang perempuan. Dia pun sibuklah time tu nak tanya semalam tengok movie apa,pinjam tulah pinjam ni lah. Baru korang fokus dekat dia.. Aishh macam2 zaman sekarang ni.

Kepada lelaki gay diluar sana semoga anda segera insaf dan bertaubat kepada Allah.

Amaran: Jangan ada buat cerita ''suami aku gay''  takut-ii  ramai perempuan suka lelaki gay pula lepas ni.

maaf jika tidak membantu anda dan menyinggung mana-ii pihak.



Dapatkan 10GB Facebook + 10GB Basic Internet Dengan Sim Terbaru Xpax #NoKelentong

Dapatkan 10GB Facebook + 10GB Basic Internet Dengan Sim Terbaru Xpax #NoKelentong

Promosi Suratkhabar Harian Metro

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera





Sumber twitter +Harian Metro

Cerita hantu(doppelganger)

Assalamualaikum wb.
Salam sejahtera.

*Sebelum tu,dy tak berapa ingat sama ada dy dah cerita ataupun tak cerita hantu kali ni.*

Apa yang dy tahu orang selalu memanggil hantu ini ''doppelganger'' betul tak ejaan tu huhu.Menjelma dengan rupa yang sama dengan seseorang.Ada orang kata hantu raya,ada orang kata syaitan yang suka menjelma dengan rupa yang sama bagi menakutkan manusia dan sebagainya.

Time ni,dy tinggal dengan abang dy. Yang lain pergi mana ntah tak ingat. Taklah seram mana,sebab bukan dy yang nampak.Masa tu,dy keluar dengan kawan.Hahaha

Abang dy yang sorang ni,berborak dengan kawan dia dekat halaman rumah/beranda. Rumah dy pintu utama tak selalu buka sebab susah sikit..lecehhh haha.

Okay,kat pintu utama pintu belah dalam terselak sikit.Abang dy lupa yang abang dy lagi sorang tu tak da pun kat rumah.Ikut mak ayah.. Abang dy nampak dia sedang berjalan dekat pintu tu(mundar-mandir). Abang dy yang kat halaman rumah tu siap tegur lagi dia.Rasanya ayat gnie ''*** tak pergi ikut mak ngan ayah ke?'' Tapi,tak jawab pun.Tiba-ii hilang.. Kawan abang dy bapak la kejam. Dia boleh nak cepat-ii balik.Kesian abang dy.Tak lama tu dy pun balik. Abang dy cerita kat dy. Mula macam pelik juga...tapi pernah terbaca pasal doppelganger ni.

So biasalah syaitan nak takutkan manusia. Jadi berhati-hatilah korang. Tak semestinya apa yang korang nampak itu sebenarnya orang yang korang kenal ๐Ÿ˜…

Untuk cerita doppelganger yang lain korang boleh pergi ke twitter Seramshah.Dia pernah post juga pasal benda ni.

Tengah tengok cerita Shin Chan hahaahaha

Bye.

Sunday 25 December 2016

Tertembak rakan sendiri

Assalamualaikum,salam sejahtera..

Dy nak tanya...korang suka memburu?buru apa?burung?kijang?landak? okay nevermind...yang peliknya  asyik dy  atau korang ada dengar Pemburu TERtembak rakan sendiri. Baru beberapa hari yang lepas pula dy ada dengar kejadian tersebut lagi .Mangsa merupakan Kawan sekampung mak ayah dulu.Kesian memang kesian.. Al-Fatihah.


So, dy ada dengar bila nak pergi memburu ,diorang ada menggunakan jam pengesan.(tak tahulah macam mana bentuknya) So, mungkin kesalahan teknikal.

Jadi, berhati-hatilah..




20 Senarai antara KEMUNGKINAN hadiah perempuan suka . .

Assalamualaikum,

Apa perkara yang perempuan suka untuk  terima hadiah? Ini hanyalah pemandangan dy saja yang dapat dari sumber rakan ,TV,Rancangan dan sebagainya.Malangnya,dy yang tulis tapi semua senarai dibawah tak sama dengan jiwa dy.hahaha poyo 


p/s:Khas untuk orang yang dah berkahwin atau untuk ibu,adik perempuan,akak,kawan perempuan atau sbgnya

1.Coklat

2.Bunga

3.Handbag

4.Bungalow

5.Teddy Bear(patung)

6.Pakej percutian kerumah sendiri

7.Minyak wangi

8.Alat makeup

9.Kasut/Selipar

10.Novel cinta

11.Kereta

12.Belanja makan

13.Aiskrim

14.Set skincare percuma

15.Kotak Tisu ,WHY? HAAHAHA

EX:Bertuah perempuan tersebut,boleh standby kalau Buntat Meninggal ke, tengok scene drama korea ke atau korang tinggalkan dia ke..senang kan? agak2 sikit nak mainkan pompuan..hempuk kepala kau kang !

16.Handphone

17.Barang kemas

18.Keyboard Warrior. masuk sekali?? haha

Ex. Korang upload foto dekat laman sosial ,then ada user lain kutuk korang.Penuh bangganya laki tu jadi KW mempertahankan perempuan tu..hahaha . Wowww.. sungguh mengarut.

19.Tengok Wayang.

20.telekung..


Cukuplah 20 tu dulu,ada apa-ii tambahan ..komenlah yup


Cara Mengambil Hati BAKAL Bapa dan ibu Mertua( Jika korang perempuan)

Assalamualaikum w.b..
Terlebih dahulu terima kasih kepada yang menyokong artikel dy yang lalu,bertajuk   Ayat yang boleh digunakan untuk bersembang dengan org berumur (old)


Pagi yang indah lagikan permai ini, dy akan  mencuba menulis artikel yang dy memang tak pernah terfikir selama ni iaitu  Cara Mengambil Hati BAKAL Bapa dan ibu Mertua. Tahu kenapa dy tulis? nanti-ii lah kita cerita huhuhu

Okay dah ready ?? lets go!

Jika anda seorang wanita:

Cara 1: Pandai memasak! Perkara wajib ni.. memang dah jadi kebiasaannya bakal mak mertua suka bakal menantu yang pandai masak.Barulah anak dia tak kebuluran. Kalau korang nak datang rumah bakal mertua  tu,bawalah  masakkan dari air tangan  korang. Tulis sikit atas kertas, from: menantu yang rajin.

Cara 2:Sopan santun,lemah lembut,hormat orang tua (Nilai Murni) .Perkara yang penting ni. Korang  perlu anggap keluarga dia,keluarga kita juga. Baru aman sentosa,keluarga bahagia

Cara 3:Bukan materialistik(mata duitan). Bakal mertua ni hebat.Kadang dia boleh tahu melalui dengan perbuatan,cara,lidah,lisan dan hati korang.So,jaga-ii.Jadilah wanita yang solehah yang hanya bersederhana.

Cara 4:Jangan guna makeup heavy masa jumpa bakal mertua.Okay,kadang rasa tak masuk dek akal kan. Tapi nak tahu kenapa dy kata jangan.Meh dy kupas sedikit.

➤Nampak sangat korang ni suka beli benda-ii tak berfaedah.Bagi sesetengah bakal mertua akan berfikir.Korang akan menghabiskan sebilangan gaji hanya untuk alat solek je. Foundation,dari kaler light hingga dark, minimum hingga max,Concealer semua jenama ada, blushing,brushes ..pergh semua ada.Habis semua  jenama yang dijual kat Malaysia ni. Haha tu contoh andaian saja.Namun biasalah perempuan nak nampak cantik je kan, so korang tu muda lagi.Pakai je makeup nipis/biasa .''Baru nampak seri kalau kahwin nanti'' - orang cakaplah.

➤Jangan guna makeup heavy silap-ii bakal mak mertua korang cemburu. Hahhhh ni paling legend. Tengok kat TV banyak kan. Bapak mertua kahwin dengan bakal menantu.Hahah sekali bapak mertua korang terkesima cinta pandang kedua. Fuhh.. Kesian bakal suami kau!lalalala

➤Selain itu,bakal mak mertua korang merupakan bekas jurusolek profesional di dunia. Time tu korang tak lahir lagi.So tak tahu lah.. hebat tak aku mengarut . Sekali korang pakai makeup heavy-ii, bakal mak mertua korang akan menjadi pengkritik profesional. Antaranya : ''Makeup eyeliner tu salah ,bukannya lebihkan bahagian tu..kurangkan sikit''  '' Kening tu kenapa  lukis !Tahu tak Allah tak suka?''  ''Merahnya lipstik patutnya gunalah yang shine2 sikit'' dan bla bla bla bla.. Hahaha contoh saja.



Cara 5:Sabar.Korang perlu bersabar dengan menghadapi pelbagai kerenah mertua korang. Ada yang jenis cerewet,ada yang siap suruh  jawab soalan  ujian bertulis,lisan dan sebagainya.Hahaha..penting berdoalah supaya lembut hati mertua korang.

Sedikit Tips nak jumpa bakal mertua:

→Kalau nak  bersalaman dengan  bakal mak mertua , bakal mertua boleh kenal korang ni macam mana.So, Korang rajin-ii lah kan diri mengemas  rumah, basuh pinggan, basuh kain guna tangan, lap tingkap,mop lantai dan sebagainya dari sekarang ya. Barulah masa korang salam tu tangan kasar/kesat.Nampak lah buat kerja rumah. Namun, losyen sekarang ni dah banyak ,jadi bakal mertua diluar sana jangan buruk sangka pula ya.
-Tips ni untuk orang yang memerlukan  .Bukan yang pemalas ,membungkang jer kat rumah.Understand? -



Saturday 24 December 2016

Cerpen:Barang Yang Tertinggal.

Assalamualikum wb.
Selamat Malam semua ๐Ÿ˜ƒ

Hak milik 100% dari dy.
. maaf jika terlalu banyak kesalahan tatabahasa dan sebagainya.Jemputlah baca.


              Pagi itu bermulalah semester baru buat  Taufiq dan rakan seperjuangannya  setelah 3 bulan bercuti   dihalaman kampung sama ada menziarahi   keluarga ,ibu bapa,bertunang dan ada juga yang pulang untuk  berkahwin. Memang  cukup bersemangat  untuknya memulakan semula pelajarannya dengan  azam yang baru.Rakan-rakannya  masuk ke kelas masing-masing supaya tidak terlambat  kerana tidak mahu mendengar omelan pensyarah mereka. Taufik  dan dua orang rakannya Suffian  dan Saiful yang  mengambil jurusan  seni ingin menjadi pelukis terkenal suatu hari nanti  dengan  menjual karyanya dengan harga yang  mahal sesuai dengan hasil kerja mereka.Ketika  mereka  berjalan  ingin   masuk ke kelasnya  banyak mata-mata memandang  lebih-lebih lagi kearah Taufik. Memang  wajah Taufik yang tampan  menjadi idaman  gadis-gadis   di universiti tersebut tidak kiralah junior ataupun senior .Dia juga agak rimas  dengan sikap gadis  yang meminatinya  ,setiap hari pasti ada  sampulan surat ataupun hadiah buat dirinya.Adakalanya ada  yang tergedik-gedik mengoratnya secara terang-terangan.  Seperti  5 bulan lepas, Taufik melarikan diri dari  tiga orang gadis  yang ingin memberikannya surat .Terpaksalah dia menyorok di tandas selama 3 jam setelah keadaan reda baru dia pulang ke biliknya.

Ketika dia ingin pulang kebiliknya dia ternampak seorang wanita sedang memerhatikannya di bawah pohon.Hatinya berkata barangkali perempuan itu meminatinya juga.Anehnya perempuan itu memegang kapak ditangan kirinya sambil berbicara sendirian.
Dia ingin mendekati perempuan itu tetapi tiba-tiba sahaja perempuan itu menghilangkan diri.


             ''Taufik!!!!!!!!!'' jerit Sufian sambil menepuk  bahu rakannya itu.
              ''Erghhhh ..terkejut aku  .kau nak ape??''tanya Taufik setelah  terhenti dari lamunannya.
              ''Kau tak dengar ker pensyarah panggil kau tu''kata Sufian.
               ''Alamak!!!!!!!! aku tak perasan la'' ungkap Taufik.
Taufik  berjalan kearah  meja pensyarahnya sambil  tersipu malu.Adakah dia akan dimarahi kerana tidak menyahut  panggilan pensyarahnya itu tadi.Biarlah masa menentukan.Kata Taufik dalam hati.

 ''Taufik, ambil borang  fail  kamu ni dan perbaiki semula..''kata pensyarahnya itu.
''Baik Puan''kata  Taufik kepada pensyarahnya itu.Mujurlah dia tidak dimarahi atau disindir. Mungkin mood  pensyarahnya hari ini baik  agaknya.kata Taufik dalam hati.Taufik menuju semua ke tempat duduknya  dan memulakan sesi pembelajarannya.Dia kembali tenang dan mula mengeluarkan nota kecil untuk menulis ucapan yang diajarkan oleh pensyarahnya itu.


 Jam menunjukkan pukul 3.20 pagi tetapi Taufik masih  membuat assignmentnya yang melambak  yang diberikan oleh pensyarahnya . Suffian memanggil   Taufik yang asyik membuat kerjanya sahaja dari tadi  sehinggakan  tidak tidur.Suffian menyuruhnya  tidur kerana esok kelas tiada .Namun,Taufik tidak mengendahkannya.
Ketika leka  menaip sesuatu dilaptopnya,Taufik terasa lain macam .Dia terasa seperti ada yang sedang memerhatinya dari arah belakang.Segera dia menghapuskan perasaannya itu.Berbekalkan lampu belajar dia meneruskan menaip dengan gigih sekali.

‘’Praaakkkkkkkkkkkkk’’
Bunyi sesuatu diluar pintu seakan bunyi  kayu patah.
Taufik memusingkan badannya kebelakang .
‘’Kau rupanya Suffian aku ingat sapa lah tadi.Hahahaaha’’
Suffian hanya mendiamkan diri.Tidak senyum tidak pula berbicara.
Taufik melihat kearah Suffian lain macam betul dia pagi ni.
Taufik menyambung semula kerjanya.Tiba-tiba dia teringat sesuatu.
‘’Eh,bukannya Suffian tengah tidur kat atas katil ke tadi?’’bisik hatinya.
Dia memalingkan semula kearah belakang dan terlihat lagi jelmaan Suffian sedang menundukkan kepalanya.Dia memandang kearah katil pula,sekujur tubuh  mirip Suffian juga kelihatan.
‘’Astaghfirullahalazim...’’
Taufik semakin takut namun dia kuatkan hatinya.
Mulutnya tidak berhenti terkumat-kamit membaca surah yang dihafalnya.
Taufik berasa keliru.Mengapa ada dua kujur tubuh yang sama mirip Suffian.
Dia menutup mukanya dengan tangan.Sedar-sedar je dah subuh.Dia tertidur diatas kerusi sambil mendongak kelangit.

Saiful dari bilik sebelah mengejutkan Taufik yang tidur di kerusi agar bersiap
kesurau untuk solat subuh secara berjemaah.Taufik bangun dan menjerit.

‘’Pergiiiiiii!!!jagan  kacau akuuuuuuu’’
‘’Wei,bangun aku ni Saiful’’Kata Saiful sambil mengoncangkan bahu Taufik.
‘’Hah,kau ke wei’’
‘’Dah cepat siap.’’
Taufik tergamam.
Tanpa berlengah lagi  Taufik  mandi dan bersiap-siap. Mereka pun menuju bersama ke surau  dan solat bersama-sama .Taufik merasakan seperti  hatinya tidak sedap dan akan terjadi  suatu perkara aneh.Dia cepat-cepat membuang prasangka buruknya dan menganggap itu semuanya   kerja syaitan yang ingin menyesatkan umat Nabi Muhammad S.A.W.  .Ketika mereka ingin pulang ke biliknya,  
Taufik mendengar suara  memanggil namanya bersama dengan gelak tawa yang amat menakutkan.

            ''Saiful, kau dengar tak apa yang aku dengar??'' tanya  Taufik  kepada Siful.
             ''Apa bende aku tak dengar apa-apa pon ''sahut Saiful.
             ''hmm tak de pape la.Lupakan jer.''kata Taufik.

Suffian yang  dari tadi  asyik berdiam diri dan tidak berkata sepatah haram pun,tetiba  menanyakan kepada Taufik apa yang didengarnya .Taufik  berbisik  kepada Suffian  lalu  Suffian  ketawa  seakan tidak percaya kata-kata rakannya itu.Tapiiiii...kenapa Sufian..........Dia menghentikan lamunannya. Memang tidak dinafikan ,mungkin itu  perasaan aku sahaja .Bisik hati Taufik.Mereka masuk ke dalam bilik ingin bersarapan lalu  bersiap-siap ke  kelas .Taufik pula menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.


''Hai.''Terdengar satu sapaan  ternginyang di telinga Taufik sementara 
terbau wangian  menusuk hidung Taufik  .Taufik memalingkan muka kearah si penyapa  tersebut lalu terpandang seorang wanita  cantik lengkap berpakaian  berbaju kurung dan bertudung . Setelah  diperhatikan agak lama oleh Taufik, dia baru teringat rupa wanita itu seiras  yang dilihatnya tempoh hari di pohon tersebut.
Taufik memulakan perbicaraannya. 

''Hmm  . Hai, Kamu ni  bukan ker yang saya jumpa  tempoh hari tu.'' tanya Taufik kepada gadis itu.
 ''Tidaklah , saya baru jer  nak start  study kat sini harini. Itu yang saya nak tanya  dekat mana kelas Seni kelas 3.Saya tak tahu sangat tempat ni'' Jawab gadis itu pula.
''Oh, kebetulan  kita kelas yang sama . Jomla saya  tunjukkan.'' Jawab  Taufik  selepas beberapa minit tergamam .
Mereka pon berlalu dari situ. 
Aku tak salah . Aku yakin    yang aku nampak itu mirip seperti dia. Erghhh !. Bisik hati kecil Taufik bersama kotak fikirannya yang  kian kusut.


Malam itu,Taufik sendirian di tepi tingkap.Kawan-kawannya yang lain berseronok pergi ke kampong kecuali Suffian yang sedang  membaca nota kecil di atas katilnya.Hatinya tergerak untuk menceritakan kisah semalam yang dialaminya.

‘’Suffian,aku nak cakap sikit dengan kau ni’’
‘’Hmm apa dia?’’
‘’Semalam ada kejadian pelik ,aku ternampak...’’
‘’Kau nampak apa?’’ potong Suffian.
‘’Aku nampak kau ada dua orang’’
‘’Hah?Aku tak faham.Cuba cerita betul-betul’’tanya Suffian sambil meletakkan nota yang dipegangnya.Dia lebih fokuskan kearah Taufik.
‘’Okay,macam ni.Aku kan leka semalam buat kerja.Time aku busy tu  ada benda pelik terjadi.Aku nampak mirip kau dekat pintu .Kau pulak ada kat atas katil.’’
‘’Ishh..jangan mengarutlah’’
‘’Aku dah agak kau tak percaya.’’
‘’Kalau macam tu jom siasat.Aku betul-betul tak percaya.’’
‘’Okay.fine!’’

Taufik agak geram kerana Suffian tidak mempercayainya.Kalau Saiful ada pasti  dia pun tidak percaya.

Malam itu mereka berdua berjaga.Mana tahu hantu mirip Suffian tu muncul lagi.Namun andaian Taufik meleset.Suffian yang duduk sebelah Taufik menundukkan kepalanya keatas lantai.Taufik terasa seriau semacam.
‘’Suf..suuf..fian’’ Panggil Taufik.
Tiba-tiba Suffian bangun  dan pergi kearah pintu.Dia berhenti dan memandang kearah Taufik.Taufik hanya tergamam.Badannya terasa kaku.Dia cukup keliru.
Suffian berjalan semula keluar dari pintu.Hati Taufik tergerak   untuk mengekori Suffian.

Taufik hanya memerhatikan Suffian dari jauh.Tiba disuatu bilik Suffian berhenti  lalu hilang.
Taufik berasa takut,mahu sahaja dia ingin lari.tapi dia kuatkan hati .Dia sudah berada diluar pintu tersebut,kelihatan tertulis STOR .Dia beranikan diri untuk masuk.
‘’Gelap sungguh’’bisik hatinya.
Dia terbau sesuatu yang amat busuk sekali disebuah kotak.Dia mengambil pemetik api diatas meja yang ada di stor tersebut.Air liur nya sudah beberapa kali ditelannya dengan payah.Dia memberanikan membuka  kotak itu.Dia sungguh terperanjat  terlihat sekujur tubuh manusia yang sudah berulat.Dia ingin keluar dari tempat itu,malangnya pintu itu tidak dapat dibuka.
‘’Nak lari mana tu’’ terdengar suara wanita dibelakangnya.
Dia memandang kearah wanita itu. Tak salah lagi perempuan tu yang dia jumpa di bawah pohon dan menegurnya tu.
‘’Awak,awak buat apa kat sini.’’kata Taufik dengan mengeletar.
‘’Saya tunggu awaklah.’’Perempuan itu tersenyum sinis sambil memegang kapak ditangan kirinya.
‘’Hah,awak ada kunci bilik stor ni ke?’’Taufik dah sedar sesuatu namun dia mendapat suatu taktik.
‘’Kunci tu ada ni, ’Awak  tak sudi ke temankan saya’’kata perempuan tu sambil menunjukkan kunci STOR itu.
 Perempuan  tersebut memandang kearahnya dan ingin mengangkat kapak kearah badannya .Taufik segera mempertahankan dirinya.Mujurlah dia mahir silat kalau tak mahu terbelah usus perutnya.Perempuan tersebut mengacu-acukan kapak tersebut kearahnya.
‘’Apa masalah awak sebenarnya ni.Siapa mayat dalam kotak tu!’’
‘’Awak nak tahu siapa tu?’’tanya perempuan tu dengan ketawanya yang menakutkan.
‘’Bawak mengucap.Ingat Allah .’’kata Taufik sambil menenangkan wanita tersebut.
‘’Itu Suffian,kekasih hati saya.Dia dah janji nak tanggungjawab tapi....dia tidur pulak dalam kotak tu.hmm’’jawab perempuan itu sambil menangis .
Taufik amat terkejut.
‘’Tanggungjawab?maksud awak’’
‘’Dalam perut ni anak dia.Dia tak nak ke tengok baby ni nanti.Kejutlakan dia.’’
‘’Awak pembunuh!awak dah bunuh kawan saya!’’
‘’Apa kau cakap!aku pembunuh?’’
Wanita itu tiba-tiba meradang dan ingin mendekati untuk membunuh Taufik.
Namun wanita itu terhenti .
‘’Kau..kau dengar tak? Suffian panggil aku’’Wanita itu tersenyum dan segera membuka pintu stor tu dan berlari keluar.

Taufik segera keluar dari stor itu dan mencari bantuan.
Mujur pengawal keselamatan ada melewati jalan itu .
Dia menelefon polis.
Sebilangan pelajar lain dan warden  mencari wanita itu.
Polis mengambil mayat didalam kotak itu.

Taufik mendekati mayat Suffian yang sudah hancur itu.Hanya kepalanya sahaja yang lengkap namun ada tompok darah.
Taufik memegang pipi Suffian.
Orang ramai hanya memerhati sahaja.
‘’Kau tidur dengan tenang ya.Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kau .Kaulah kawan ,kaulah abang aku dan kaulah sahabatku.’’menitis air mata Taufik buat kali pertamanya yang selama ini tidak pernah ditayangkan.
Polis juga memaklumkan Suffian sudah 3 bulan meninggal dunia. wanita yang membunuh Suffian itu telah dijumpai mati tergantung dibilik air .
Menurut saksi wanita itu telah membunuh kandungannya menggunakan kapak sebelum dia menggantungkan diri.

 ‘’Sungguh aku tak sangka Taufik,Suffian yang baik tu boleh terjebak dengan perbuatan keji  tu’’kata Saiful sambil menangis.
Taufik hanya mendiamkan diri sahaja.
Dimindanya memang sedang berserabut.Selama 3 bulan ini dia hidup dengan  orang yang tidak wujud namun dia reda.
‘’Semoga bersemadi dengan tenang sahabatku’’bisik hatinya.
Setelah 5 bulan kemudian,semester akhir buat Taufik dan rakannya yang lain.
Dia teringat kembali kejadian yang menyanyat hati buat dirinya dan rakannya yang lain.Dia  melihat atas katil Suffian,kini telah ada penggantinya.

‘’Taufik...ooo..taufik.Tolong aku.Barang aku hilang ni’’ kata Suffian sambil menangis.
‘’Barang?barang apa Suffian?’’
Rupanya Taufik bermimpi,dia teringat kembali akan mimpinya.
Dia berasa tidak sedap hati akan mimpinya.Dia bangun dan pergi semula ke STOR yang memang sunyi dan tiada sesiapa berani pergi ke situ lagi.
Dia menguatkan diri kerana dia tahu ALLAH pasti akan melindunginya.
Dia mencari-cari sesuatu di STOR tersebut tetapi tidak ada apa-apa.Taufik khuatir seandainya pihak polis tidak perasan sesuatu.Malangnya,tiada apa-apa .Dia keluar semula  dari STOR tersebut.

Ketika dia ingin berjalan kebiliknya ,dia terdengar suara bayi menangis di sebuah bilik elektrik.
‘’Ah sudah,anak siapa pulak tu’’bisik hatinya.
Dia membuka pintu tersebut dan mencari suara tangisan  bayi tersebut.Dia terlihat   janin yang sudah berulat di baluti dengan kain batik.

Sekarang baru dia faham .Inilah barang yang tertinggal itu.
Sekian,
~Penulisan yang pertama ,memeningkan,maaf lah ya . ^_^ ~




Note:Penulisan ini tidak mempunyai  sangkut paut terhadap mana-ii individu sama  ada masih hidup atau meninggal dunia.

Baca juga cerita pendek :Hilangnya perpisahan ini

About dy!

Assalamualaikum wb,Salam sejahtera..selamat petang.

Okay,ada yang tanya dy.. Meh dy jawab soalan basic tu ea,soalan dari pelbagai laman sosial dan juga alam realiti..setengah je dy publish.. ahhaha

.Reader's ada soalan tak?  jangan tanya math dah la.. fuh

soalan dan jawapan Maaflah kalau jawapan diatas,jawapan skema n clishe. jeng jeng.
:

''Kahwin?''
 Belum! Bagi mak ayah  merasa gaji pertama dulu kalau boleh (bawa mak ayah pergi haji dulu ke kalau mampu )

''Kerja?''
Dy kerja sambilan je. kerja apa? korang rasa?? huhu

''Dah ada BF?''
BF tu apa? Benefit friends? Best friends? Book Fast? or whattt!''  lalalala

''Belajar lagi?kat mana?''
Ya,dy belajar lagi.
Kat mana?Ok,belajar menulis,membaca,melukis, belajar tentang kehidupan dimana-ii sahaja. di rumah,sekolah,kawan-ii,adik beradik serta bumi Allah  yang sangat meluas ini .Maksud dy: selagi kita bernama manusia,kita akan sentiasa belajar.

''Umur berapa?''
Perangai budak-ii lagi,berhingus  ni hah..berapa ea?lupa pulak huhu

''Minat cerita apa?''
Hahhh,,ini yang suka cerita ni...Tokyo Ghoul, Keluang Man,Shin Chan,Get Backers,Shaman King, Ben 10 ,  banyak lagi.. boleh klik sini dan sini

''Cita-ii?''

Sebut cita-ii .. Masa dy sekolah rendah dalam umur  9 tahun gitu   dah besar nanti dy nak jadi paranormal.Sebabnya.. memang dari kecil dy kena ganggu benda makhluk halus,tapi time tu tak lah takut.
Masa darjah 6 pulak dy nak jadi penulis..Penulis yang menulis tentang Novel hantu/pembunuhan/seram/psycho dan juga penulis motivasi.

Tingkatan 1  berubah pula tiba cita-ii tu, dy nak jadi Pereka Fesyen,pelukis komik,pelukis.Dy terbayang ada galeri sendiri..Lepas tu dapat Jumpa dengan Latiff Mohidden dan juga Amron Omar (Favourite pelukis dy  ๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–) Sampailah tingkatan 3 ,berubah lagi  cita-ii dy ni hahaha

Dy nak jadi paranormal balik. Sebab banyak sangat menganggu fikiran dan nak kaji apa sebenarnya!Kemudian nak jadi  doktor psikiatri. Nasiblah masa naik form 4 tak ambil aliran sains .So,lantaklah tak dapat jadi doktor pun.. sebab bukan minat sangat ngeh3..

Naik form 4 , nak jadi ahli arkeologi,cikgu,pensyarah,pelukis !, '' (memang otak pelukis..makna otak disini --->minat melukis.. dy lukis buruk je haha)

Naik form 5, masih kekal nak jadi  pelukis  atau ahli arkeologi.

Habis SPM, bukan cita-ii dah.. tetapi perkara yang perlu direbut bukan setakat angan-ii..
dy dapat tawaran  belajar ubat-ii(farmasi) tapi dy tak pergi.. haha.. Gila kau, dy dah tak da hati menjurus kepada perubatan.

So,sekarang dy pun dah K.O tak tahu nak jadi apa. Subjek sekarang dy tak ambil pun seni.Sebabnya.... ada lah sebabnya ๐Ÿ˜›๐Ÿ˜›๐Ÿ˜›   banyak sangat pula cerita ..huhu
-Allah sebaik-baik perancang-

''Hobi?''
Macam-ii, Antaranya:

Makan,kacau orang ,loya buruk,buat lawak bodoh...huhu gurau je..

Melukis,baca komik,baca buku,tonton anime,design lukisan,Menulis dan macam-ii lagi.

''Dy ada minat sesiapa tak?''
Ada, Tokyo Ghoullll!!! dann... Amron omar..cantikkk wuuu  lukisan dia.Setiap lukisan dia ada makna.Perfect and so gifted.

''Kurangkan loya buruk boleh?''
Loya buruk tu apa? nak muntah jadi bagus ke?


Tak faham dengan apa dy tulis?dy lagi tak faham apa yang dy buat ni..sekian

Bye!๐Ÿ˜ถ

Video Baru Matlutfi: GPS dengan Suara Ahli Politik

Assalamualaikum wb.

Memang terbaiklah mesej-ii dari vlog  Matlutfi ni ,lebih-ii lagi video terbaru dia ni GPS dengan Suara Ahli Politik ..


Bloglist Januari Tahun 2017

Assalamualikum wb
Salam sejahtera
Salam 1 Malaysia.

Klik banner diatas untuk join yup. ๐Ÿ˜€

Coklat Daim Toblerone tidak memperoleh sijil halal.

Assalamualaikum,salam sejahtera.

Artikel ini dy ss dari astroawani.



Friday 23 December 2016

Promosi Bookcafe: Diskaun Tinggi !Peluang Terakhir.

Assalamualaikum wb.
Salam sejahtera,

Bookcafe sekarang ni ada membuat potongan harga bagi jualan setiap buku tertentu . Memang murah-murah dan menarik bagi peminat buku.Orang yang tak suka membaca pun boleh jadi tertarik lepas tengok buku-ii dan harga di bookcafe ini..Hahh ajaib tak?hehehe

Kalian masih mempunyai peluang lagi jangan risau,Ada 4 hari lagi yang akan tamat pada 26 Disember ini tau!!!.Nak tunggu apa lagi? dah  tak do diskaun jangan nangis lak eaaaa.. dy dah ingatkan awal-ii.




Mula-ii mula dy tak percaya dengan harga buku disini.Takkan lah RM5?Sekali tengok dan tengok sekali lagiiii!!Perghhhh...Memang bestlahhhh..ini bukan mimpi dan khayalan tetapi kenyataan!
Berbagai buku-ii yang menarik boleh korang grab tauuu. Memang syoklah kalau dapat selalu gniekan.Eleh selalu?jarang diskaun ni pun belum tentu korang nak rebut peluang. Semuanya berharga RM5.00 sahaja tau



 Selain daripada buku RM5.OO,terdapat juga pelbagai potongan harga /diskaun yang sangat menarik bagi buku-ii lain. Boleh klik setiap banner atau klik sini  untuk maklumat lanjut..





Okay..amacam best tak? bukan selalu dapat macam ni tau.
Diingatkan semula lagi  hanya tinggal 4 hari je tau. 26 Disember 2016.

Sekian,terima kasih ๐Ÿ˜

Thursday 22 December 2016

Ayat yang boleh mulakan dan bersembang dengan orang yang berumur(old)

Assalamualikum wb.
Salam sejahtera.

Ada sesetengah orang(termasuk aku kot ntahlah haha)  lebih lagi yang muda segan nak memulakan bicara atau tidak ada ayat untuk mulakan bicara dengan orang yang berumur.

Disini dy nak share kan ayat yang biasa sangat digunakan .

''Apa khabar mak cik/pak cik?''

''Mak cik/pak cik, pergi mana tadi? dah lama sampai ?''

''Jemputlah minum air bujang dengan biskut mayat ni yang tak seberapa ni'' sambil buat senyum penyapu.

So now change to tips

Antara tips yang boleh dy bagi:

๐Ÿ”€Salam yang mana boleh salam je.Silap-ii mak cik tu taichi kau  berani salam laki dia yang bukan mahram korang tu.
๐Ÿ”€Cakap tu bersopan,jangan ''lu gua''...'' lu gua'',macam borak dengan member korang .Guna bahasa yang sopan dan baik ok .Kalau boleh senyum dan maniskan muka korang yang memang dah comel tu .
Tak boleh maniskan/senyum muka ke?Nah  dy bagi tips sikit:
๐Ÿ”Cuba senyum dekat cermin.Kalau boleh buat senyum biasa-ii jer.Jangan senyum menggoda bahaya beb!
๐Ÿ”Fikir yang kau perlu senyum!
๐Ÿ”Cuba senyum walau susah.
๐Ÿ”ƒMakan gula 5 kotak besar(jgn ikut kencing manih nanti hahaha) kejam!

Cakap je sakit gigi ..tak tahu tak boleh nak senyum..huhu kejam tak?

Tetapi..kalau tiba-ii mak cik/pak cik tu  sembang  anak kepada lelaki belah nenek kawan ayah kepada ibu angkat merangkap sebelah sepupu nenek mak cik sebelah jiran yang belakang rumah bapak mertua dia baru meninggal dunia.Kau jangan tersenyum lagi.Buat muka biasa dah la kalau tak boleh buat muka sedih.Kekadang ada jenis orang yang tidak boleh buat reaksi muka bukan bermakna dia tidak ada perasaan ok.

So,reaksi tu akan berubah dengan sendiri.

Berceloteh panjang satu ilmu pun korang tak masuk ? huhu sorry la bro2 dan sis2 sekalian.

Okay, supaya penyembangan antara korang dengan mak cik/pak cik korang tu tak bosan.
Cerita lah isu semasa yang terkini ke,best ke.Tapi,jangan loya buruk sangat te takut mak cik/pak cik tu lebih loya buruk lagi pada hang! hahaha

Contohnya:

''Mak cik,ada  tak dengar kes merompak  sebelah rumah mak cik semalam.Geram je saya tengok.Rasa nak pukul-ii je perompak tu.''

Contoh mak cik tu pun jawab ''Aik  mak cik tak de pulak dengar   sedangkan sebelah rumah mak cik je ni.''

''Memanglah perompak masuk mak cik tapi masuk dalam TV.Hahaha gurau je mak cik, Jangan marah eah.''

''Ye ke dalam TV setahu mak cik rumah  jiran mak cik tak de TV.''

Amik kau. Mulalah cerita hantu mak cik tersebut.

Korang jangan loya buruk, kenakan pulak. Menyampah pulak orang tu nanti.Lainlah kalau kau dah kenal kamcing.Tengok juga.Ada mak cik/pak cik jenis rock2 punya. Jenis jiwa muda. berkawan je tanpa peringkat umur.So,hak koranglah tapi batas tu tetap ada tau.


So,apa yang penting:
➤Jaga adab
➤Tak tahu nak mulakan bicara dengan apa?Tidak mengapa.belajar dan mencuba.
➤Hormat orang yang lebih tua.

Okay,thank you for reading.Maaf jika terdapat kesalahan dan tidak membantu anda.Jika ada sebarang tambahan  atau nak kongsi apa-apa bolehlah komen dibawah ya.

Assalamualikum.๐Ÿ˜Š

Jom baca ni jugak : 5 Idea Hebat Untuk Sesiapa Yang Nak Up-kan 'Self Defense Skill' Mereka Masuk 2017 Ini

END YEAR MINI GIVEAWAY BY MELLYA & FRIENDS

Assalamualikum,salam sejahtera.
Jom join GA ni.Klik banner dibawah yup.๐Ÿ˜Š







Salad Sayuran

Bahan-Bahan:

Bahan A:
1 Mangkuk kecil isi ayam bakar/rebus (disiat-siat)
1/2 mangkuk kecil hirisan daun salad.
1/2 mangkuk kecil cincangan daun wild rocket.
1 batang  lobak merah(disagat kasar)
Perahan lemon/limau secukupnya (pilihan)

Bahan-ii dressing /sos:
1 sudu makan sos mustard
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh minyak zaitun
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara Membuatnya:
1.Satukan bahan-ii dressing/sos didalam mangkuk lalu kacau sebati.Sesuaikan rasanya.
2.Didalam mangkuk lain ,satukan bahan-ii A dan gaul rata.
3.Tuang dressing /sos ke dalam  mangkuk berisi bahan-ii A tadi.
4.Jika suka ,tambah perahan lemon/limau secukupnya.Gaul hingga sebati dan hidangkan segera.



Panaskan Badan Di Musim Hujan Dengan Resipi Hot Chocolate Yang 'Extra' Sedap Ni!

Wednesday 21 December 2016

Jari mengecut AKIBAT Sindrom Raynaud

Assalamualikum wb
Salam sejahtera

Sindrom ini merupakan gangguan vasospatik iaitu pembuluh darah  terkecil di jari tangan  dan kaki mula mengecut.

Kesannya ,jari akan menjadi rapuh dan bertukarr kehitam-hitaman secara perlahan-lahan.

Sebab:
➣Suhu dingin yang melampau
➣ Emosi yang tidak stabil hingga menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit.
➢Perokok
➣Bekerja dengan mesin bergetar


Apabila berlaku kebas  berulang-ulang boleh berisiko:

  • jari mengalami kerosakan pada saraf.
  • Kerosakan saraf  pergelangan tangan
  • Kerosakan saraf Lengan atau leher
Simptomnya:
➥Sejuk melampau
➥Migrain dan tekanan darah tinggi.
➥Kekejangan pada arteri.
➥jari jemari menjadi keras dan terasa seperti ditusuk dengan jarum  atau rasa terbakar.
➥Hilang rasa sentuhan
➥Bengkak di bahagian sendi-sendi
➥Kulit  menjadi  sangat tegang dan keras
➥Selain kehitam-hitaman ,ia juga boleh bertukar warna putih(pucat)
➥Bintik-bintik tumbuh pada jari yang bertukar pucat.


Pencegahan:
➤Hindari keadaan sejuk yang melampau.
➤Amalkan  bersenam dan mengatur diet dengan seimbang.
➤Lakukan aktiviti berjalan kaki antara 15 ke 30 minit.
➤Jika terlalu sejuk ,rendamkan  jari ke dalam air suam.
➤Sarungkan  baju panas bagi mengurangkan rasa sejuk keterlaluan.
➤Elakkan  mengambil ubat-ubatan yang boleh  membuatkan  salur darah menjadi sempit.
➤Tenangkan  diri dan elak situasi yang boleh memberi tekanan.
➤Berhenti merokok.



Sumber:Majalah  Rapi

Lebih baik,jika terdapat sebarang masalah kesihatan berjumpa dengan doktor dan meceritakan masalah anda agar tidak menjadi semakin PARAH!


Anda juga mungkin mengemari artikel ini:

Tuesday 20 December 2016

Yahudi, Kristian, Hindu, dan Buddha Berasal Daripada Islam?

Assalamualikum wb.Selamat sejahtera.





Buku ni tengah  panas tau!Nak tahu sebab apa?Pelbagai kandungan yang boleh terdapat didalam buku ni.Bolehlah menambah ilmu yang kita tidak tahu.Pelajar  yang nak buat asignment ke/belajar/tambah ilmu lagi pun akan lebih mudah  .



Ada beberapa perkara yang menjadi persoalan:
  • Mengapa dalam agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. terdapat kisah-kisah nabi terdahulu? Apa kaitan Baginda dengan nabi-nabi terdahulu?
  • Nabi Muhammad s.a.w. adalah berbangsa Arab, namun kenapa Al-Quran harus bercakap mengenai bangsa lain terutama sekali bangsa Yahudi?
  • Mengapa Al-Quran mengakui kitab-kitab terdahulu, malah terdapat banyak persamaan hukum di dalamnya?
  • Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. tahu mengenai kisah para nabi bangsa Yahudi, sedangkan dalam sejarah hidup Baginda tidak pernah belajar mengenai agama Yahudi dan tidak pernah membaca Taurat dan Injil.

Jawapan kepada empat soalan ini hanyalah satu. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah agama yang telah 

dibawa oleh nabi-nabi terdahulu, yang diturunkan melalui wahyu oleh Tuhan yang satu. Sekiranya Nabi Muhammad s.a.w. 

itu membawa agama baru, sudah tidak ada kepentingan baginya untuk menceritakan kisah nabi terdahulu dan tidak perlu 

mengakui bahawa kitab Taurat dan Injil itu adalah kitab yang diturunkan oleh Tuhan. Sekiranya agama Islam ini tidak ada 

kaitan dengan nabi terdahulu, Baginda tidak perlu bersusah payah untuk mengkhabarkan mengenai orang Yahudi, Nasrani, 

Sabien, dan Majusi kerana Baginda berbangsa Arab, manakala kesemua kelompok itu 

bukanlah daripada kalangan bangsa Arab



Harganya nak tahu berapa?Hanya RM25.00 sahaja tau.
Halaman pun banyak. nak tahu lebih lanjut boleh klik sini 

Hahhhh,korang tunggu apa lagi.

Boleh dapatkan disini  atau klik saja banner/gambar tu ya. ๐Ÿ˜

Rahsia Kecantikkan

Assalamualikum wb,salam sejahtera.
Kecantikan merupakan perkara yang diidamkan oleh para wanita. Tahukah anda terdapat pelbagai sumber semulajadi yang boleh kita amalkan jika dilakukan berterusan dan tidak berputus asa.Manfaatnya juga banyak,selain dari dapat mengurangkan kos dari membeli produk kosmetik malahan dapat mengelakkan sebarang bahan kimia .

4 hal kamu boleh lakukan untuk kekal  cantik dengan menggunakan sumber alami

Rawat kulit kendur dengan lobak merah

1.Parut sebatang lobak merah yang telah bersih.
2.Campurkan parutan dengan sesudu tepung dan sebiji kuning telur.
3.Sebatikan dan sapu bancuhan  ini secara merata ke kulit.
4.Amalkan sehingga anda berpuas hati dengannya


Merahkan bibir hitam.

1.Ambil 3 helai daun sirih  dan perah hingga keluar airnya.
2.Sapukan air tersebut pada bibir korang.
3.Lakukan pada waktu malam lebih baik.
4.Khasiat air sirih ini dipercayai mampu mengembalikan  bibir yang semulajadi merah.


Licinkan kulit wajah

1.Ambil 1sm kunyit hidup,setengah sudu  asam jawa dan sedikit bedak sejuk.
2.Gaul rata  dan sapukannya ke wajah.
3.Biarkan ia kering sendiri.
4.Amalkan cara ini sebelum tidur dan pada tiap-ii hari.


Asam keping  ratakan perut.

1.Ambil satu atau dua keping  asam keping dan rendam dalam secawan air  panas.
2.Biarkan  beberapa jam  sehingga asam keping ini kembang  dan air bertukar  menjadi suam.
3.Minumlah  setiap pagi  dan malam.
4. Kesannya perut anda akan mulai kempis.
5.Namun cara ini perlu diikuti dengan amalan pemakanan yang sihat.

Hah macam mana?mudah kan. cubalah .

Villa Nabila

Sumber gambar Berita Harian: Foto Mohamad Shahril Badril Saali. Villa Nabila merupakan sebuah vila mewah yang terletak di Johor Bahru, Malay...