Pages

Tuesday 18 August 2020

Ujian.

Assalammualaikum wb

Salam sejahtera.


Bila kita rasa sedih dan berduka disebabkan sesuatu perkara yang menghempap diri kita.Kita pasti jatuh buat seketika.

Terasa kehilangan,

Fikiran mengusut

Bermuram duka

Menangis sedih

Jiwa kosong

                  dan 

                     tiada makna.

Namun,kita perlu ingat.Setiap manusia diuji .Diuji  dengan pada dasarnya baik atau pada kebenarannya pahit.Ia tetap diuji.Pada orang lain,ditempiaskan atau pada diri sendiri  dilimpahkan.

Ujian akan membuatkan kita lebih menjadi seorang yang kuat,kental dan berusaha memusnahkan kesedihan dengan kesabaran . Kesabaran walau sukar melawan kesedihan  padahal dia masih boleh dikurangkan dengan sebatian tentang apa  yang dilalui diri kita.

Adakala, manusia akan mengherdik,

                                             mentertawakan,mengungkit dan memandang rendah.

Tetapi,kita jangan lupa masih ada diri kita yang berpegang kepada Agama yang takkan pernah mudah luntur dengan perilaku makhluk yang bakal musnah sama seperti kita.


Ujian..

Ia boleh datang dengan tiba-ii 

Menghampiri sesiapa tanpa mengenalinya

Juga,tentang  bagaimana dan apa  .

Ia tetap akan  menghempap kita

Tanpa mengetahui berapa kuantitinya.


Bersabarlah :')



Saturday 8 August 2020

Pengalaman Seram: Pekerjaan Security vs Makhluk Halus II

 Assalammualaikum wb @Hai.

Sebelum tu, bagi yang tidak membaca PART I boleh tekan link ni  Pengalaman Seram:Pekerjaan Security vs Makhluk Halus I .


PART II

Cerita 2 : Post sama sebelum ni di Labour Room.

Kisah ni masa aku shift malam pulak,sebelum ni aku cerita pada waktu siangkan.Ingat tak?Tak ingat baca balik okay hikhiks.Okay,aku kerja waktu malam  dari pukul 7 petang sampai 7 pagi.Masa aku  baru lepas solat maghrib ,aku pergi tandas.Masa ni aku kat sink n dengar suara dalam tandas. Then aku dengar bunyi pump ada orang flush,adalah bunyi  air keluar .Tapi aku lalu,tak da pon orang.Tu,biasa je kan dengar ganggu manja gitu.Yang suka jaga kebersihan la tu.So,dh guna jangan lupa flush k kang ada pulak yang tolong flushkan ... ehemmm

Okay next berhenti mengarut haha...

Masa malam tu lagi,anggaran dalam pukul 10 malam aku duduk kat sofa belakang post aku tu.Betul-betul kat belakang kerusi aku duduk tu.(ruangan menunggu waris/Pelawat).Ketika tu ,akak nurse tu ada lagi dalam tu,tapi sebelum pukul 12 malam atau awal lagi selalu diorang akan pindah ke wad sebelah.

Aku duduk kat sofa  n terdengar suara bunyi tiupan angin kat belah tingkap belakang dekat dengan aku duduk tu.Suara tu macam kat sebelah aku jer.Bunyi suara sekan sedang menangis.Pastu bunyi lagi suara bisikkan tapi tak jelas dia sebut apa.Nak berkenalan la tu,pantang nampak orang baru panas dia tengokk aihh...

Dekat LR memang dekat dengan bilik mayat,sebelah bawah tu je.Senang la dia nak hai2,bye2 kan kita yang kat atas nii..auchh puih ahhahahah.So,tak pelik sangat kenapa kena ganggu gtu.Bila kak tu dah pindah pergi ke wad  sebelah.Rasa kosongnya jiwa  ahhahaha tak da la.Aku kena tinggal sorang  kat post tu. (Memanglah sorang kan,takkan  kau teman aku lak 🙊

Tak lama tu,bunyi lagi kat dalam bilik LR tu.Aku pelik bunyi apa la tuh,ada buka TV tak tutup ko atau aircond dah pandai bersuara . Yelah,kerja guard kena la tahu apa yang berlaku sekeliling .Then aku buka pintu kunci tu n masuk check.Tak da pon apa-ii.Agaknya suara kucing kat luar tengah  main lari-lari dengan  anak jin kot ehhh anak patung ehh anak kucing  hmm....Pastu aku duduk balik kat  tempat aku .Tak lama tu bunyi tingkap  menggedik2 duk ketuk2,bunyi barang jatuh berkali2 kat dalam bilik LR tu (dasar tak sayang barang la tuu )n yang paling haru bila masa aku nampak ada sebuah kelibat yang sangat anggun lagikan jelita😏berbaju putih ditompoki hitam2 bajunya  bukan merah tau,mukanya garang memandang disamping wajahnya yang hitam legam kalah belakang kuali.Korang panggil tu ponti eah?aku tak belajar lagi nama-ii hantu hekhek... Sorang  ke sekor ni nak panggil si gadis jelita tu ? huhu ,satu lagi diluar pintu .Berbaju merah memakai cheongsam,muka dia cantik (maksud cantik disini tak macam sekor lagi tu)

Aku tak tahulah kenapa aku masa tu,tergamam tak,takut tak cuma pandang pelik kot.Mungkin sifat paranormal ada lagi hekhek.Sambungan aku dah nampak 2 insan tu tadi aku bangun dari tempat aku duduk n bawak jalan round kulu kilir .Bila aku datang balik benda tu dah tak de.Hahhh baru dia tahu,dia ingat aku nak minta autograf dia 😏Aku rasa diaorang tu saja je nak tengok-ii kan aku.Sweet sungguh tapi next time x perlu la hahaha..

Then ,akak sama aras borak dengan aku,dia kata ada kes perempuan cina melahirkan baby tapi anak dia meninggal.tapi yang aku tengok tu perempuan dewasa .Mungkin kes lain kot .maybe.

Cerita 3:

Masa ni hari lain,aku jaga kawasan lain jugak. Masa ni aku jaga dalam kawasan stor ubat n farmasi yang aku jaga kawasan  .Pada waktu siang aku jaga bahagian luar,bila malam aku masuk duduk tepi balkoni belah dalam.Berhadapan dengan dinding yang sangat cantik dengan kesunyian malam hakhak. Masa ni aku kerja 24 jam.dari pagi bawa ke pagi ..Yeahhh..

Aku duduk sebelah stor ubat,bila pukul 8 malam baru pindah sebelah farmasi.Masa aku duduk stor ubat tu dengar ada suara bunyi jatuh,bunyi tolak barang (lebih kurang je kena kacaunya,dah tak da idea taktik ganggu org  la tu hukhuk) .Tapi mula-mula aku ingatkan ada orang dalam tu tengah buat kerja. Aku pergi tengok kat pintu tu tapi cermin gelap pulak.Bila aku tunggu punya tunggu tak da orang pon yang keluar.Rasanya,benda tu la tu duk mengemas..aishh rajin sungguh .Buat kerja ikhlas tak payah bayar gaji erk.hahahah

Then aku dah duduk pulak kat sebelah farmasi,memang sunyi.lepas pukul 10 lebih lagi sunyi kawasan tu.Nasib juga ada yang teman hikhiks siapa yang teman agak-ii?😓Yes tepat sekali korang salahhhhh hahah.Akak farmasi tu lalu situ nak pergi ambil barang n keluar balik.Dia tegur n borak dengan aku kejap  sebab tak pernah nampak kan. (dia tak terfikir ke nantah aku sebenarnya hantu n menjelma jadi security masa tu hakhakhak) Pastu dia tanya tak takut ke duduk sorang-ii sini.Beraninya.Hmmm dalam hati gue,dia lupa ke aku kerja sebagai apa 😭hehehe pastu dia dah pergi balik tempat lain.Aku alone balik ahhahahah.

Hahh   lepas tu bunyi suara lift seakan ada yang menekan  n seakan ada yang keluar then naik balik,banyak kali. turun naik .Shift diorang dah habis jugak la tu.Baru tahu  erk penat  kemas-ii ahhahaha...hmmm

Pagi buta tu pulak ,aku ada nampak satu kelibat  kat sebelah lift tu ,dia x cecah lantai kaki eah .Pakai tali la tu  takkan hantu pandai terbang ahahhahahah *gurau.Aku rasa sama macam gadis jelita aku pernah tengok sebelum ni.Dia bosan kot duduk atas sana je,Aku pon bosan sorang-ii .Tu dia teman tu.Lagipun,.Orang barukan ,nak test dulu bertahan ke tak kan.Kuat bergurau insan2 kat situ  .Hakhak..


                                                                                                                                      -TAMAT PART II


Lebih banyak 'keseraman' boleh dapatkan disini 



Friday 7 August 2020

List Pemenang Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy

 Assalamualaikum wb.

Baru perasan ada dalam senarai nama 

Pemenang Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy

Umum bulan 06,aku muncul bulan 08 hahaha adoii..

bukan kali ni je  terlepas,banyak kali dah sebelum ni 😆

Apapun, taniah kepada semua pemenang  dan menyertai hehe.

Happy blogging ^_^


Pengalaman Seram :Pekerjaan Security Vs Makhluk Halus PART I

Assalamualaikum wb, hari ini aku akan menceritakan sebuah pengalaman 'manissssss' haha yang pernah aku lalui.

Iklan jap ha :Aku menghabiskan masa hampir satu jam,dapatkan balik account blog ni .😂Kenapa kalian tak beritahu,dah ubah semua setting  hukhukhuk😢


               Selepas STPM, seperti ada sesetengah yang tahu,dulu aku pernah bekerja di sebuah Hospital sebagai Security Guard. Seperti yang kita tahu , Hospital terdapat banyak darah, bilik mayat dan ramai juga yang tewas meninggal dunia dengan pelbagai penyakit. Belum lagi yang sememangnya bukan hanya sakit fizikal luaran  sahaja dan hanya boleh dikesan dengan mata batin. Aku ada jaga beberapa post (jaga kawasan) . 2 post perempuan dan 4 post lelaki. It mean , ada 6 post kesemua yang pernah aku merasai kehadirannya keh keh .

Jadi waktu malam,Hospital aku kerja ni,dia agak sunyi sikit.Ada orang meriah sikit kat ruang kecemasan je.tu pon kalau dah masuk 1-5 pagi,dalam 2 atau 3 orang je yang ada pesakit datang,kadang tak da langsung.


CERITA 1:

Masa ni hari  pertama aku kerja kat sini tau.(ni kerja pertama aku selepas STPM).Hari pertama tu aku kena jaga di post Labour Room/wad bersalin *tak ingat nombor dah hehe.masa ni kekok lagi  dengan rasa awkward sorang-sorang ,dengan ramai pekerja lelakinya .Huhu pekerja perempuan hanya 2 orang setiap shift sahaja ya hehe. Aku paling termuda kat situ  hikhiks.Nasib masa first day ,keje shift waktu siang masa tu. Kalau malam tak tahulah lagi hehe.Tapi kau jangan ingat aku tak kena ganggu pulak..hmm tapi tak seteruk  yang lain la kot *rasa sama je ngeh2*

Masa aku duduk kat post aku tu,ada nurse tu borak dengan aku.Dia tanya macam-macam .Dari berkenalan ke seakan menakutkan aku huhu.Then,dia masuk balik ke dalam bilik LR.Aku jaga luar pintu tau ,pintu utama LR.

Tak lama tu,aku dengar bunyi kat bilik LR tu. Bunyi suara  orang borak-borak, tapi tak berapa jelas apa yang dibualkannya.Selalunya kalau orang kat dalam,jarang dengar suara kat luar.Melainkan suara menjerit atau menangis.Tiba-tiba,akak nurse tu buka pintu luas2 ,Bukan pintu pesakit selalu masuk tu,Tapi pintu kecil berhadapan  dengan kaunter aku duduk ,Menghadap aku je pintu tu.

Dia duduk depan pintu tu.Aku tak tanya pon apa-apa kat dia.Aku rasa faham dah tengok muka akak nurse tu pon rasa macam sesuatu sangat.muka dia takut pucat.huhu.Tapi,aku pelik dia duduk ramai-ramai dalam tu takkan  takut jugak kan.Akak tu buat keje lagi kat pintu tu .tulis apa ntah ada la tu kerja dia hehe.

Tiba terlintas lak hati aku nak tanya ; 

                               ''Kak nurse,kawan akak ada pesakit ke kat  dalam tu?''

Dia geleng-geleng jer,buat muka pelik sambil takut sikit dia pandang aku huhu.Jahat nau aku pergi tanya lagi...adoiii ahahaha.Aku tak tahulah aku positif atau lurus masa tu ahahaha.

Pukul 2 petang tu ( tak silap),ada akak nurse sorang lagi masuk kerja dalam LR. Aku pelik sebab  ingatkan dia yang kat dalam akak tu borak . Rupanya bukan suara  akak  yang baru datang tu atau suara  akak yang ada dengan aku tu. So,faham-faham jela hehe

Jadi aku dah faham dah kenapa  akak tu takut  sangat sampai duduk tarik kerusi kat pintu, dengan aku tanya kawan dia kat dalam  dia buat muka cuak .macam lawak pon ada,positif sangat aku masa tu ngeh3.


-PART I TAMAT-


SAMBUNGAN PART II

6 Cara menguruskan tekanan yang boleh dicuba

 Assalamualaikum wb. Hai korang. Hari ni Dy nak kongsikan beberapa tips yang boleh dicuba untuk menguruskan tekanan.       Dalam mengelola t...