Pages

Tuesday 31 January 2017

Mengapa kita perlu berdoa?

Assalamualaikum wb


Mengapa kita perlu berdoa?
Berdoa ertinya bermohon dan Allah s.w.t. menggalakkan kita sentiasa berdoa kepadaNYA .Tetapi bagi orang yang sombong dan bongkak jarang sekali hendak berdoa .Dia akan berdoa ketika kesempitan ,lupa dia hendak berdoa apatah agi bersyukur kepada Allah s.w.t. .

Orang yang mahu berdoa ertinya orang yang mahu menjalankan perintah Allah s.w.t. ,kerana amalan berdoa itu sebagai satu usaha manusia dalam bentuk yang tidak nampak oleh mata yang zahir.Sebaliknya usaha-usaha yang dikerjakan tanpa berdoa kepada Allah s.w.t. dianggap sia-sia saja, sementara berdoa saja tanpa usaha ,merupakan roh tanpa badan .

Sesungguhnya doa mempunyai kekuatan dan keajaiban tersendiri , dan pada saat-saat tertentu doa berperanan lebih jauh dari amalan nyata....

Khasiat surah Al-Falaq dan surah An-Naas

Assalamualaikum wb.

Khasiatnya:

1.Aisyah r.a. menerangkan: Bahawa Rasulullah s.a.w.  pada setiap malam  apabila   hendak  tidur, beliau membaca  surah Al-Ikhlas,surah Al-Falaq  dan surah An-Naas.Ditiupkan  pada  kedua  tapak tangan kemudian  disapukan ke seluruh tubuh  dan  kepala.

2. Sayyidina Ali r.a.  menerangkan :Pernah Rasulullah  s.a.w. digigit    kala,kemudian  beliau mengambil air garam .Dibacakan  surah Al-Falaq   dan surah An-Naas  lalu disapukan  pada anggota yang digigit  kala tadi.

3.Uqbab bin Amir menerangkan :ketika saya sesat di jalan dalam suatu perjalanan bersama  dengan Rasulullah s.a.w. beliau membaca surah Al-Falaq dan An-Naas dan akupun disuruh beliau juga membacanya.

4.Barangsiapa  terkena penyakit  kerana perbuatan syaitan  atau manusia ,hendaklah  membaca Al-Falaq dan An-Naas  sebanyak 41 kali .Tiga , lima hari ,atau tujuh  hari berturut-turut .

5. Siapa takut  akan godaan  syaitan  atau manusia  atau takut  dalam kegelapan ,malam ,atau takut  kekejaman Raja ,bacalah surah Al-Falaq  dan surah An-Naas  sebanyak 100 kali.

6. Uqbab menerangkan ,Rasulullah  s.a.w.  berkata kepada daku :Mahukah kuajarkan kepadamu dua buah  surah tidak  terdapat  bandingannya  dalam  Zabur,Taurat dan Injil?'' Saya menjawab :''Baiklah  ya Rasulullah .'' Kemudian  Rasulullah  s.a.w.  membaca  surah Al-Falaq dan surah An-Naas.

sumber:blog lama Dy

Lirik Unravel Tokyo Ghoul(Translate Indonesian)

Assalamualaikum wb..salam sejahtera..
Okay,pagi buta ni dy nak taip lirik untuk lagu unravel Tokyo Ghoul translate Indonesian..Favourite dy ni,Japan pun ada..huhu

Lirik Unravel Tokyo Ghoul(Indonesian)

Oh Katakanlah
Katakan 
Bagaimana Caranya

Siapa Gerangan di dalam diriku?

Ku telah hancur
Di dunia ini

Namun kau tetap tersenyum 
tiada peduli


Ku hentikan 
Nafasku ini
Karena ku telah hancur

Tak bisa ku ungkap
Tak bisa ku ungkap lagi
Bahkan kenyataan

Freeze

Bersetai-setai
Tak bersepai
Sesat akal tak menggila
Lalu ku  menemukanmu

Di dalam dunia yang penuh distrosi
ku membayang bahkan tak pecari
Kehadiranku janganlah kau cari 
Jangan kau cari

Hanya didunia yang penuh imaji
Ku tak ingin engkau
ku  sakiti
Ingatlah aku,sejelas yang dulu

Sejelas yang dulu

Kesepian membalutku nan meruak 
Tanpa batas
Nostalgia sederhana merasuk dalam diriku
Tak berawak Tak terlepas
Tak berawak Tak terlepas
Tak berawak dan tak berawak

Unravel Ghoul

Kini Aku telah berubah
Ku tak bisa memindanya
Keduanya di jalinkan
Lambat laut dilumatkan
Bersetai-setai
Tak bersepai
Sesat akal tak menggila
ku  tak bisa mencemarimu


Di dalam dunia yang penuh distrosi
ku membayang bahkan tak pecari
Kehadiranku janganlah kau cari 
Jangan kau cari

Perangkap kesian yang imaji
Sebelum masa depan terurai
Ingatlah aku,sejelas yang dulu
Sejelas yang dulu

 Ingatlah aku,Ingatlah aku
Ingatlah aku,Ingatlah aku

Dilumpuhkan alterasiku
Dalam nirwana yag membelenggu
Ingatlah aku,Sejelas yang dulu

Katakanlah
Katakanlah

Siapa gerangan di dalam diriku?


Boleh dengarkan di You tube:

Unravel Tokyo Ghoul (Indonesian)
Unravel Tokyo Ghoul (Japan) -original


Beg comel tokyo ghoul  boleh dapatkan disini




Monday 30 January 2017

Cara nak pindahkan memori ke SD Card

Assalamualaikum wb..
Salam sejahtera..

Cara nak pindahkan memori ke SD Card.

Ikut Step berserta gambar dibawah ni yupp..

1.Pergi ke setting .Klik application/aplikasi.

Cth:pilih massenger..
Klik Storage.

Klik ''Change''
Klik SD CARD

Klik MOVE
 Tunggu,sehingga proses selesai ..
Mudah je kan?hee
Tak faham silalah bertanya..

K,bye..

Laminate dengan menggunakan SATERIKA.

Assalamualaikum wb,Salam sejahtera..

Banyak cara nak laminate TANPA menggunakan mesin laminate sebenarnya. Antara cara yang paling mudah dengan menggunakan saterika(iron).
Ikut step dibawah. Maaf gambar tak da,tak sempat nak snap.

1.Plastik laminate boleh didapati di kedai-ii buku.Cari yang murah dan berkualiti..ngeh3.. Rasanya,kebanyakannya semua sama.

2.Letakkan kertas yang korang nak laminate tu ke dalam plastik. Faham tak? plastik tu kan kena bukak kan.. masuk jer kan.. then,tutup semula.

3.Ambil Plastik laminate yang dah siap letak kertas tu..dan letak di atas tempat saterika.

4.Jangan terus saterika je,terbakar nanti huhu..

5. letakkan kain diatas plastik laminate tu..

6.Then saterika kan.rata ke dok?mestilah buat sampai rata.

 Mudah je kan?Kalau susah, sebab penulisan dy ni je huhu..

Siapa pernah cuba? bolehlah bukak kedai laminate lepas ni..huhuhu


GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..
Terlebih dahulu thank you kepada blogger  Nikainaa sudi invite dy untuk join Giveaway ni..
Jum ramai-ii meriahkan jugak GA ni. Klik banner dibawah untuk maklumat lanjut dan jangan lupa untuk join tau.๐Ÿ˜€




Sunday 29 January 2017

Cara Screenshort Hp Samsung Galaxy j2

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera.

Mula-mula dapat hp ni,puas dy godek-ii utuk ss macam mana.Permulaannya menjadi tetapi semalam tak boleh pulak.Pelik juga lah..
Rupanya cara dy tu salah.Dy tekan tombol yang ada anak panah lelama..

SS yang betul:
Tekan/tahan  butang power(ada belah tepi kanan hp ) dan tahan butang home(tengah-ii tu) serentak.Jeng..jeng..ok dah settle.

mudahkan?dy jer buta hp..huhu

kbye.


Note:SS=Screenshort

Cara Berhadapan dengan HATERS!

Assalamualaikum wb,salam sejahtera..
Selmat petang semua,sungguh baik cuaca hari ni ...Alhamdulillah..

Apa nak buat untuk berhadapan dengan HATERS?

Disini Dy akan senaraikan beberapa cadangan .

1.Diam.
Perkara yang paling hebat apabila korang dapat mendiamkan diri walaupun dihina,dicaci,dikeji,dimaki,ditenyeh,dipijak..Eh dah melampau tu... huhu
Apabila korang memilih untuk mendiamkan diri,si haters pasti muak untuk menghina korang.Silap-ii dia yang hilang arah  apabila melihat korang buat bodoh je..
Diam tandanya korang menahan sabar dan bersabar.Sabarkan separuh daripada iman ๐Ÿ˜€

2.Psycho/sentap pun boleh kot
Psycho ibarat 2 watak dalam satu jiwa. Its mean, korang membalas kata-kata dengan menggunakan ayat yang lebih halus but mukan menghina. Jika mereka rasa sakit hati itu masalah mereka,bukan masalah anda. Anda hanya mengatakan sesuatu yang betul.
Mungkin ada yang tak faham,so..dy bagi beberapa contoh.

Contoh 1:
 '' Eh ,kenapa baju kau ni kolot sangat,macam nenek-ii lah''

'' Eh,kau ni macam tahu2 je baju nenek aku.Memang pun,semalam hujan ,habis basah baju aku. Lagipun baju nenek aku ni sesuai dengan aku daripada ada baju orang tu macam sarung nangka. Eh jangan terasa,tu baju adik aku yang 2 tahun tu.''

Contoh 2:
''Dasar lembab,cikgu ajar benda senang pun kau tak boleh nak tangkap. Agak-ii kau ni perlu ke pusat pemulihan lah''

''Memanglah aku slow sikit, tapi aku dah cuba buat kat rumah tetap tak boleh nak tangkap. Tapi,mak aku pernah cakap biar  tak pandai tapi jangan biadap. Agaknya aku terlupa nak ambik yang pandai tu tak''


Okay,faham tak?kalau tak faham jugak.Maaflah yup..

3. Buktikan.

Buktikan kata-ii haters kamu  tu bahawasanya salah.Jadikan mereka sebagai penguat agr korang lebih berjaya pada masa akan datang.

4.Usah difikirkan.

Jangan fikir sangatlah tentang haters korang tu.Paling tak pun,buang masa jer.. Mereka hanya tahu sakitkan hati korang je.So teruskan kehidupan korang dengan lebih yakin.Mereka jadi sebegitupun,sebab kehidupan mereka tak bahagia seperti kamu.So,dia nak kamu alami apa yang dia rasa.

Okay itu jerlah tips dari dy.Harap bergunalah..

 Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah,yang buruk itu daripada dy sendiri.Andai ada cadangan atau komen bolehlah tinggalkan diruangan komen dibawah ini.

Sekian,wasalam.





Saturday 28 January 2017

Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com




Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 17 Januari 2017 hingga 11.59 malam 31 Januari 2017Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. Senarai hadiah ada di SINI...

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
2. Wajib Like Fanpage Sponsor 

3. Wajib Follow Instagram Sponsor
4. Tambah Google Plus Sponsor
 | AerillHassan | Belogs JM |

5. Buat entri bertajuk Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com

 6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

9 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 2 Februari 2017
Good Luck !!


Friday 27 January 2017

Awas! 9 Jenis syaitan..

Assalamualaikum wb..salam sejahtera..

Sumber daripada Aplikasi '' CERITA SERAM''

1.Murrah

Merosakkan dan melalaikan orang  yang suka mendengar muzik sehingga lupa kepada Allah.Mereka  ini tenggelam dalam kemewahan,kemasyhuran dan kegemilangan.

2.Masuud

Duduk di bibir manusia supaya melahirkan fitnah ,gosip,umpatan dan apa sahaja penyakit yang keluar kesan daripada kata-kata.

3.Lakhuus

Ia adalah sejenis syaitan yang adalah merupakan  sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

4.Haffaf

Syaitan yang suka  sangat berkawan dengan kaki botol.Ia juga suka menghampiri orang yang berada di tempat-ii maksiat seperti disko,kelab malam da tempat yang ada minuman keras.

5.Zalituun.

Syaitan jenis ini suka duduk dipasar atau kedai-kedai .Ia juga suka untuk menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-ii yang tidak perlu.

6.A'awan

Jenis syaitan yang suka menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat mereka. Mereka juga akan memastikan pemerintah itu terlena dengan kedudukan/kekayaan hingga mengabaikan kebajikan  rakyat dan tidak mahu langsung mendengar nasihat para ulama.

7.Wathiin

Syaitan jenis ini akan pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya mereka bersangka buruk terhadap Allah tentang segala permasalahan yang mereka hadapi.

8.Walahaan

Syaitan ini suka menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat serta ibadat-ibadat yang lain.

9.Daasim

Syaitan ini duduk di pintu rumah kita.Jika kita tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumah tangga (Suami isteri bercerai-berai,suami bertindak ganas,memukul isteri,isteri hilang pertimbangan menuntut cerai ,anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi)

Bloglist Februari by Irazulkeffele

Assalamualaikum wb.Salam sejahtera..
Jom ramai-ii  kita meriahkan  segmen bloglist dari blog Irazulkeffele.
Mudah je syarat-ii nya..Klik banner dibawah ni yup untuk maklumat lanjut dan jangan lupa untuk join .๐Ÿ˜€




5 Tips temuramah responden/orang ternama/atlet dan sebagainya.

Assalamualaikum wb,salam sejahtera..

Hari ni dy nak bagi sedikit tips tentang ''Tips temuramah responden/orang ternama/atlet dan sebagainya.'' Dy dapat dari sumber tertentu..

1.  Rapikan diri
Pastikan kalian memakai pakaian yang sopan ,nak lebih bagus pakaian formal.Gosok gigi,pakai deoderont ..barulah responden selesa menjawab tanpa tutup hidung huhu.Bagi perempuan,Jangan menggunakan makeup secara berlebih-lebihan .Cukup sekadar menghilangkan mayat bernyawa di muka anda.

2.Tahu apa yang ingin di soal.
Jangan datang tanpa soalan-ii yang ingin ditanya.Silap-ii awak balik ditanya. Jangan kosongkan minda. Tulis soalan-soalan yang ingin disoal diatas kertas bagi memudahkan awak bertanya dan lebih memudahkan responden untuk menjawab. Jangan mengelirukan responden. Huhuhu.

3.Bercakap sopan.
Sila bahasakan diri anda dengan betul.Contoh ''saya'' .Jika responden merupakan guru  pula ,bolehlah panggil cikgu,jika responden merupakan pegawai ..bolehlah panggil Tuan/Encik dan Puan. Perkenalkan diri anda ..Sila meminta izin terlebih dahulu,sebelum anda ingin merakam suara atau video responden.

4.Selidik dahulu tentang responden.
Kalian boleh mengetahui serba sedikit tentangresponden sama ada di blog,website,facebook dan sebagainya. Dapatlahsoalan tambahan untuk kajian korang nanti.

5.Tamat.
Sebelum mengundur diri tu..ucapkanlah Terima kasih dan sebagainya..

Contoh, jika si responden seorang penjual kerepek pisang,belilah kerepek tu.Barulah nampak ''orang berbudi kita berbahasa''

Jika ada info tambahan bolehlah tinggalkan di ruangan komen dibawah.




Thursday 26 January 2017

Promotion from Gempak Starz

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..



 Klik salah satu cara untuk pembelian..gambar atas atau bawah ini ..  


Boleh rujuk di Fb page:Gempak Starz





Wednesday 25 January 2017

Movie Tokyo Ghoul. Cominggg!!!

Assalamualaikum wb..salam sejahtera..

Dah lama dy tunggu-ii movie daripada Tokyo Ghoul. Kebanyakkan cerita ada movie yang baru seperti Ninja Boy, Detective conan,Fulmetal Alachemist,Shaman dan banyak lagi.Tokyo Ghoul kalau teater nya ada kalau tak salah..Tapi,tulah jauh sangat di Jepun ..hahaha..

Tak lama lagi, adalah movie Tokyo Ghoul yang baru kalau betul lah sumber orang yang dy dapat ni.. ... Tunggu jerlahh dari you tube atau tayangan online haha.. kalau tak betul.. melingkup je la kat bawah katil ornag tu huhu..

Review sikit tentang sinopsis Tokyo Ghoul.

Korang tahu tak apa tu Tokyo Ghoul? Tokyo Ghoul ni  hantu sebenarnya ..lebih kuranglah. Sebelum jadi Ghoul,ken merupakan manusia biasa tetapi disebabkan suatu kejadian dia berubah...Nama TG .. ken keneki (ken pun comel huhu) ..Ghoul?? nyawakan dalam bahasa melayu? so, keneki ni  akan makan daging manusia untuk teruskan hidup.Ada setengah babak korang boleh skip ..



Takut Kahwen?Faktornya..

Assalamualaikum wb,salam sejahtera..

Penyakit takut untuk berkahwin ini kebanyakkannya dihadapi oleh sesetengah  perempuan.Lebih lagi wanita yang bekerjaya.Namun, Lelaki ada juga tetapi tidak banyak bilangannya.Ini disebabkan pelbagai faktor. Antara faktornya:

๐ŸŒธPutus cinta
Si wanita tidak mempercayai lagi tentang perhubungan. Rasa berputus asa,mengalah dan rasa tertipu.Sehingga menganggap perkahwinan suatu yang membebankan. Malah,ada setengah perempuan sanggup menukar fitrah disebabkan patah hati ini.

๐ŸŒธTrauma dengan kejadian  yang pernah menimpa
Contohnya, pernah kena gangguan seksual daripada si lelaki yang durjana.

๐ŸŒธFaktor persekitaran
Persekitaran seringkali berlaku dalam masalah keluarga.Ini juga merupakan penyebab utama ramai yang takut untuk berkahwin.Barangkali,anak/remaja melihat penderaan fizikal/bergaduh/perselisihan ibu bapa. Contoh lain,bakal   suami terlalu mengongkong/cemburu buta kepada bakal  isteri sehingga mendesak untuk bakal isteri berhenti kerja, berhenti belajar dan sebagainya.

๐ŸŒธTakut untuk mengandung,bersalin dan membesarkan anak-anak.
Come on beb!! Allah pilih kita(wanita) sebab  kesabaran terhadap wanita.normal lah kadang rasa takut,seram  tetapi itulah namanya tanggungjawab.Percayalah,Anak  yang solehah/soleh dapat bantu kita kan? So, ''put trust at Allah''

๐ŸŒธBanyak lagi faktornya sebenarnya..๐ŸŒธ

๐ŸŒธKesimpulannya,walaupun apa alasan korang beri disebabkan korang takut untuk berkahwin..korang perlu percaya bahawa

 ''Andai ditakdirkan korang berjodoh didunia, silalah bersyukur''

Doa supaya dapat jodoh yang baik .


Pengalaman mengambil SPM ulangan

Monday 23 January 2017

Penyertaan Bloglist Blog by Farhana Jafri.

Assalamualaikum wb. Salam sejahtera semua.. hujan pejar je dari pagi tadi.. Kepada negeri yang banjir semoga kalian tabah.

Baiklah,terlebih dahulu terima kasih diucapkan kepada Farhanajafri yang sudi pelawa dy join GA ni..
korang pun boleh join..KLIK JER BANNER DIBAWAH NI YUP๐Ÿ˜€




2.Perjalanan sebagai seorang Blogger
   Mula sekali dy memblogging,masa 2013 kalau tak silap ,Time tu dy buat banyak blog.Last-last berbalik kepada blog ni jugak . Dy pun dah banyak padam blog lama. Kalau ada blog not found tu mesti salah satunya adalah blog Dy huhu...Perjalanan sebagai seorang blogger tak lah sehebat blogger lain ..Malah,banyak kekurangan daripada aspek penulisan,kekemasan,struktur,sintaksis,pengimbuhan,pengejaan,pengakroniman ,cagna dan sebagainya ..huhu terover pulak   Mula dy buat blog sekadar untuk luahan perasaan dan berkongsi ilmu jer. Namun ,dy dah banyak join perkara lain yang boleh menjana pendapatan.So, dy hanyalah seorang blogger lebih kepada cerita,pengalaman dan berkongsi pendapatan pasif dari blog. Walau tak sehebat blogger lain,dy akan tetap  memperbaiki blogger dy dari masa ke semasa...Insyaallah.


Sunday 22 January 2017

Petua Menghilangkan jeragat dan jerawat . (Tradisional+Moden)

Assalamualaikum wb..Salam sejahtera.. Korang sihat x?
-Kepada negeri2 yang banjir tu..semoga kalian tabah.. hmm-
Sejuk je petang-petang ni kan.. Semakin bersemangatlah dy nak tulis blog ni..


Petang ni dy nak tulis sedikit petua ,tentang ''cara-cara nak hilangkan jeragat dan jerawat''

1.Putih Telur.
Dy baru je buat tadi,nak buat senang je caranya..
Kalau pemalas macam dy, dy ambil telur ayam yang memang ada di rumah .. kalau nak ambil dekat belakang rumah boleh je...tapi kesian ke ayam tu.. nak mengeram,dy pergi kacau pulak huhuhu..
Okay, selepas tu korang basuh dulu telur ayam tu.Kemudian baru pisahkan putih telur dan kuning telur tersebut. Kuning telur tu janganlah buang. Goreng,cicah sos pon sodappp ni..huhu.

Ada dua cara untuk korang letak putih telur tu di muka korang.
a) Guna je tangan dan sapukan ke semua muka korang.
b) Rendamkan tisu ke dalam putih telur tersebut.. Dan lekatkan dimuka korang..

Biarkan sehingga 20-30 minit lalu bilas dengan air bersih.Ada tak rasa macam dy rasa? kulit rasa tegang,licin walaupun ada jeragat lagi huhu..
Cuba korang amalkan selalu.. Insyaallah, boleh mencegah jerawat dan jeragat malah boleh mencerahkan wajah.Tambahan,Minum air suam banyak-ii jangan lupa tau.

2.Sireh muda.
Mula-mula korang ambillah dalam 3/4 helai sireh muda..sesiapa rumah kampung senanglah ..boleh petik je kan..heee..
Simpan sireh tu di peti ais rumah korang yang gedabak tu.
Kemudian, setiap pagi sapukan/tenyehkan sireh tersebut di kawasan jeragat korang. Amalkan selalu/setiap hari.Insyaallah.

-------------------------------------------------------------------------
Petua ni overall memang susah lah nak buatkan .. Disebabkan tak da masa..Almaklumlah dengan kerja dan belajar.Masa menjadi ,rasa sangat singkat dan padat.
So,dy akan mencadangkan produk yang boleh korang guna.


Okay,dalam beberapa minggu ni,dy ade ternampak kawan masa dy sekolah dekat facebook jual satu produk ni. Dy ada lah tengok-tengok agent-ii yang lain dan terbukti produk ni memang dapat respond yang bagus. Korang kena cuba dulu karang cakap dy cerita gebang pula...

Antara Khasiatnya:
๐Ÿ’Menghilangkan parut ,jerawat dan jeragat
๐Ÿ’Melembabkan kulit dan menghilangkan minyak di muka
๐Ÿ’Mengurangkan resdung dan ekzema
๐Ÿ’Kulit menjadi tegang
๐Ÿ’merawat kulit kusam
๐Ÿ’Membantu tona kulit tidak sekata(belang-ii)
-Banyak lagi khasiat DV ni-

Cara pengambilan DV:

๐Ÿ€Ditelan,kunyah ataupun hisap.
๐Ÿ€Minum air suam yang banyak

Testimoni Dianz Vitamin:


Sesiapa yang ada masalah seperti tertera diatas  tu bolehlah cuba produk Dianz Vitamin..
Harga pun cukup berpatutan.. Jika dah berkenan tu..

Bolehlah korang lapor diri pada Nur Ezaidah dan sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang Dianz Vitamin ni.
Akhir kata,memang tak rugi !!!


Thursday 19 January 2017

Thomas Town Giveaway by Zai Zamree

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..
Storymoryluahanku.blogspot.my ada buat GA tau .. 
Tarikh tamat  20 Februari 2017 ini..

Klik banner dibawah untuk maklumat dan jangan lupa untuk  join yup..๐Ÿ˜€


Jom meriahkan GA ni..

Wednesday 18 January 2017

#10 5 Lagu cinta kegemaran

Assalamualaikum wb,
Salam sejahtera..

Sebenarnya dy tak berapa minat dengar lagu.
Tapi, tajuk cabaran 25 hari blogging  kali ni  ''5 lagu cinta kegemaran''
Apa yang dy senaraikan bukanlah dikatakan kegemaran..kategori asal boleh je huhu .. boleh kira dalam setahun berapa kali je  dy dengar lagu.



Antaranya:

1.Reda (Irfan Harris )

2.We don't talk anymore (charlie puth &salena gomez)

3.Luluh (Khai Bahar)

4.

5.

Puas dy fikir,tak mampu nak senaraikan huhu..

Meemang dy bukan pencinta lagu huhu

Monday 16 January 2017

Planner & Calendar Giveaway

Assalamualaikum wb,๐Ÿ˜
salam sejahtera.

Ha..ni Dy nak kasi tahu blogger sis Shahida Dzulkifi ada  buat GA.Jom lah ramai-ii join. Mudah je syaratnya. Tamat pada 23.1.2017 .. 
Klik banner dibawah ni yup ๐Ÿ˜Š


Kau terlalu sempurna?

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatu.
Salam sejahtera.

Benar atau tidak ''orang lembab selalu kena marah" ?

Agak pelik tajuk tersebut, tetapi secara puratanya,kebiasaan  orang bila berjumpa dengan seseorang atau  berhubung dengan seorang yang ''lembab'' suka marah2.
Kenapa? sebab kamu rasa kamu terlalu SEMPURNA. Jawapan yang ringkas.
Sesetengah orang yang merasakan dia terlalu SEMPURNA sehinggakan sanggup mencaci ,menghina,menyepak seorang yang kau tuduh ''lembab''

Jangan sakiti mereka, mereka insan yang lemah.
Berikan perhatian yang lebih kepada insan seperti mereka.
Kalau kamu rasa betapa sakitnya bila kena marah,begitu juga lah sakit apabila seseorang tu kena marah dari kamu. Itu adalah sebuah kisah seseorang yang merasakan SEMPURNA sehinggakan mencaci seorang yang 'lembab'

Bukan,mereka nak jadi begitu,jangan perlakukan mereka macam tu sekali. Kesian. ''mereka manusia,bukan binatang!''

Mereka, ada hati dan perasaan.Kesimpulannya, Mereka lebih mulia.. dari kamu yang suka menghina orang lain.Mereka lebih bijak dari kamu yang  hanya tahu mendera hati mereka.

Kasihanilah mereka.

Sunday 15 January 2017

Pengalaman Mengambil SPM Ulangan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatu..
Selamat sejahtera..
Selamat malam semua ๐Ÿ˜

Tahun lepas (2016) Dy ada amik spm ulangan.Dy daftar bulan 4,hampir2 nak tamat  tarikhnya.. huhu.. Alhamdulillah,semua berjalan lancar.. dy ambil subjek ulangan matematik..Maklumlah,dy ni sukar nak terima apa-ii dalam otak kalau berunsurkan nombor ni hahaa...

Dy ambil ujian SPMU jauh gak lah dari rumah,Padahal,ada yang dekat..saja ambil yang jauh. Sekolah tempat dy nak ambil ujian tu memang besar. Dy masuk sorang-ii dalam sekolah tu, signboard tak da.. huhu alamak..Tak tahu nak pergi mana, so,nampak la seorang pelajar perempuan  ni...form 6 rasanya.. Dy tanya je lah dia.. Lah dekat situ je.. Memang dah dekat sangat huhu..

So, dy masuk dewan kul 8.Lambat lagi. You know what? dy tak study langsung pun selama 4 bulan tu .. nampak tak sia-ii je ambil subjek ulangan>?hahaha.Dy, dapatlah kenalan dengan seorang ni perempuan ni..sebaya dy.. Sempatlah jugak ajar dia bab dia tak tahu. Dia ambil 2 subjek..math dan sejarah.. Dalam dewan dy tengok ada 4 orang je.. Sepatutnya 6 orang.Dua lagi dah lesap lah tu..tak jadi amik huhuhu.. hebat tak andaian aku 


Ayat pertama   dari pemeriksa selepas bagi penerangan sikit adalah ''jagan stress-ii''
Maybe, muka  dy stress sangat kot keh3.. Maklum lerrr.. dy tak study apa.. kerja sibuk sangat..cehhh..

Nak tak nak,jawab jer lah.. Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Wah kertas 1 pun dy dah stress,masuk paper 2.. Memang migraine la.. So, dah tahu kenapa dy tak suka angka-ii ni..Dy cepat migraine kah3..

Result pun dah keluar.. In my heart asking..Although dy ambil 1000 kali pun ujian math .. Tetap tak berubah makna.. Lebih baik tak payah ambil..Spm lebih better dari exam spmu dy.. hehe

Mungkin sebab dy tak study..tu jer..korang don't worry..Bila korang usaha bersungguh-ii ...tak kisahlah subjek apa yang korang amik..ada rezeki..pasti bertemuuu..huhuhu

Before dy lupa.. nak balik pun masalah.. dy,nak ikut pagar mula-ii dy masuk tu..dah la jauh jalan kaki.. siap kena usha dengan budak sekolah rendah..ceh jumpa kat keluar siap budak ni.. Tutup pula pagar tu,terpaksa pusing ikut pintu satu tu.. nak jalan ke kereta..jauh sangat.. so, dy nampak pondok telefon..tapi ada abam telefon tu betulkan apa ntah..Dy tanyalah boleh guna dop telefon tu..Nasib boleh..tapi seram la.. dy sorang je kat situ..


Pengalaman ambil spm u ke pengalaman apa dy cerita ni haha

k bye

#7 Apa yang saya baca

Assalamualaikum wb.Salam sejahtera.




Apa yang dy baca? dy takla  banyak sangat membaca macam korang peminat Novel tu hee...
Antara senarai apa yang dy baca:

1.Kategori buku

a) Komik
-Antara komik2 dy   baca keluaran gempak starz ,peminat anime mesti boleh agak kan  tajuk apa? haha lawak kampus lah..under 18(elite),user. Selain tu,shin chan,doraemon, Junk Food ..kreko ( kawan abang bagi)  mangga . Teringat , sanggup tak beli topup,tak makan, semata-mata nak beli mangga.. hee.

b)History/sejarah.
-Antara buku dy baca , Perang Salib,Salatus Salatin,Hittler,Hamka dan lain-ii..

c)Novel
Jujur dy bukan peminat novel lebih lagi novel unsur cintan cintun ni huhu..Seram ke bolehlah..Tak tahu kenapa boleh baca..hee  .

d) English
-Pirates of the carribean.Straits Times,Star



2.Kategori Blog:

a)Rnadia Sabrina

b)Blogger lelaki

c) HasrulHassan

d)Lea Azleeya.

e)Abam Kie

f)Shahida Dzulkifli

g)Cikgu Kacamata

Nak senaraikan semua ke?haha.. banyak lagi ni ..


Selain dari senarai diatas,dy juga ada baca 100 cerita seram di google play.. internet.. twitter dan banyak lagi.

-Sekian,terima kasih-

Make it Yours Giveaway

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera.

Jom beramai-ramai meriahkan Giveaway dari blog Luqman zakaria
Tarikh tamat:23 January 2017
Klik banner dibawah untuk join yup ๐Ÿ˜Š



Saturday 14 January 2017

Novel: Awak Semanis Red Velvet

Assalamualaikum wb,Salam sejahtera.

Boleh baca testimoni bookcafe di sini terlebih dahulu. Boleh baca review Novel Red Velvet di goodread

Sinopsis

Izzul Iskandar ,jejaka yang serba tahu dan mahir membuat pelbagai jenis kek.Dia dipertemukan dengan Aireen,perancang perkahwinan yang cerewet.

Bekerjasama dengan Aireen bagi  menyediakan tempahan pelanggan membuat kepala Izzul Iskandar pusing.

Kerjasama yang terjalin  antara mereka penuh cabaran!Namun tanpa mereka  sedari,cabaran itu menyatukan mereka.


Boleh dapatkan Novel ini serendah  RM17.50 di Bookcafe ..

#6 My love

Assalamualaikum wb. Huhu tajuk keenam..''my love''


My love?who? okay .. tak pe Dy try  menaip ea..hoho

1.My family.
Ofcourse,my parents,my family,my brother and sister..
Dioranglah nyawa dy.. tanpa diorang tak mungkin dy boleh teruskan kehidupan selepas.. haha.

2.My bestfriends
Terima kasih sudi jadi rakan karib dy selama ni dan terima kekurangan dy yang memang terlalu banyak..But,don't worry,dy dah tak kejam macam dulu hehe.. bila nak makan  cendol lagi?hahaha

3.My friends
Anyway, wahai rakan-ii lama dy, rindu dy tak? haha .. ofcourse lah not kan? hehe.. kalau terserempak dengan dy although dy pakai spect at that time, tak semestinya dy perasan korang tau.. haha.. mata kena bedah dulu kot..seram.

4.My teacher..
I'm really miss , cikgu yang mengajar dy sejarah,bm,seni , and semua guru kat sekolah lama.. Cikgu seni membuka minda dan fikiran dy .. Always, nasihatkan kami.. Cikgu sejarah, memahami..penuh sifat keibuan..tetapi dy tak pandai meluahkan  perasaan ni kat mereka..cukuplah mendoakan mereka..Terima kasih cikgu2 ๐Ÿ˜Š

5. MHF
Haha, kau pun bolehlah masuk sekali dalam ni.. Belajar elok-ii ea.. walaupun jauh disana, aku tetap tak ingat kau ..kah3


Itu jerlah,yang dapat dy senaraikan.. maaf salah silap..terguris hati,kaki,semua sekali..merepek mende ๐Ÿ˜”

5# Apa dalam bag saya

Assalamualaikum wb..salam sejahtera..selamat malam semua readers ๐Ÿ˜€

Okay ,bag apa tu?bag sekolah?bag jalan?bag packers huhu??

Haha handbag la kan?kan?

Dalam bag dy tak da apa yang best.. only phone and wallet.Dalam dompet pulak ic ,kad dan duit sikit.. oppss lupa..minyak angin and komik...haha ..thats all..simple kan !

#4 Tips kemas rumah

Assalamualaikum ,salam sejahtera..

hari ni dy akan buat 4 artikel untuk cabaran 25 Hari blogging .Terlalu sibuk sampai tak sempat nak buka blog..hehe..poyo dok?? ๐Ÿ˜‚


Okay, kemas rumah memang normallah untuk hidup seharian kita kan..
Bangun pagi je ,dah terus kemas tilam/toto  narita bagai..huhu..
Kalau dalam rumah..anak perempuan sorang je lagi  dahsyat..semua kerja dia kena buat kan?kan? haha aku tahulah! Bagi perempuan malas,jangan lah malas-ii..kesian mak ayah korang..sekali sekala cuti-ii tu..petang2 tak da kerja ..curi lah masa sikit..

1.bangun awal pagi -macam dy, dy bangun tak tentu kadang kul 3 pagi, kul 4,kul 5 atau memang tak tidur malam tu (insomnia) . Selalunya,memang tak lari dari waktu tu..  Bolehlah , kemas-kemas dulu yang mana patut.. sapu sampah , masak ke.. awal? why!.. sebab esoknya dy kerja dan sekolah..so,tak da masa nanti.

2.Buat jadual yang berlainan -baru tak boring.. Contohnya macam kat bawah ni ..contoh saja:




3. Mop lantai  2 minggu sekali dan bila perlu - Kalau rasa berat sangat, sebulan sekali pun ok.. Normal kalau dy rajin, dy buat seminggu sekali..paling malas 2 minggu muehehe..

4.Saterika baju tu,nak jimat elektrik buat sekali terus untuk seminggu.. huhu..

Okay ,tu jerlah.. tiba2 idea dah jem..huhu


Friday 13 January 2017

Letak Jejak Follow anda

Assalamualaikum wb..

Sesiapa yang ada Follow blog dy,tapi dy tak follow back ..tolong letakkan url anda di komen ini atau di cbox..takut dy tak perasan ...

Maaf diatas kesulitan ini


Welcoming January Giveaway


Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..

Hai semua,jom ramai-ii meriahkan GA dari blog  ecadwinkyasha ni..

Bermula dari 7 Januari hingga 17 januari ni tau..Syarat yang mudah je..cepat-ii sementara masa ada lagi.
Klik banner dibawah untuk join yup ๐Ÿ˜

Tuesday 10 January 2017

#3 Tempat makan best

Assalamualaikum wb..
Huhu hari ni lewat update .. sempat lagi..lagi 10 minit pukul 12 ๐Ÿ˜œ


Okay,tempat makan best.. rasanya dy memang jarang, memang boleh kira berapa kali pergi kedai makan..So,dy memang tak tahu mana-ii tempat makan yang best. Rasanya tempat makan palig best kat rumah lah..jimat pun jimat..huahuahua.. orait tu jer lah.. buat kerja lu ... bye..

Monday 9 January 2017

#2 Resepi (25 hari Blogging )

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..



   Tajuk blogging yang kedua adalah resepi.Buat masa ni Dy tak sempat nak buat resepi terbaru..Bolehlah baca artikel resepi lama dari  Dy. Resepi 

Kalau nak lebih best nah disini --> Resepi di Bookcafe

Pendek kan??huhu maklum nak cepat, banyak kerja kena siapkan..

Alhamdulillah sempat..


Sunday 8 January 2017

Cabaran 25 Hari Blogging

Assalamualaikum wb. Salam Sejahtera..

Hahhh,hari ni...buat pertama kalinya dy nak join Cabaran 25 Hari Blogging.Kalau korang nak join pun silalahkan..  Sekadar suka-ii ..Mana yang tak da idea nak update apa lagilah dialukan..Agak-ii dy boleh ke lengkapkan cabaran ni hahaha..Kalau ada yang nak join klik je banner bawah ni..







#1 Siapa saya (Cabaran 25 Hari Blogging)

Assalamualaikum wb,salam sejahtera..


1#Siapa Saya

                  Siapa dy?ada ke sesiapa yang kenal dy?haha mestilah ada kan...Kalau tak da,sedih ar gnie ๐Ÿ˜›๐Ÿ˜›๐Ÿ˜›Tercetusnya nama Dylah memang dah lama... Mana yang rapat dengan Dy memang ramai yang panggil dengan nama tu cuma tukarkan 'y' tu ke ' i' yupp..haha..Tapi gelaran dy memang banyak jugaklah .. Cikgu Dy sorang ni pun panggil dengan gelaran Dylah..Lebih mesra kot dengan gelaran Dylah tu.. Kawan Dy sebenarnya yang suka panggil atau jadi rakan pena gelarkan Cik Dylah.
Padahal duduk sebelah meja pun hahaha (sekolah lama) .

Bila dah buat blog rasa nama Cik Dylah cun gak tu.. Melalui perkataan Dylah pun mesti dah ramai dapat agak kan  nama penuh Dy.. Hehe


Sedikit tentang dy:

Dy merupakan seorang  anak kepada mak dan ayah Dy,pelajar  dan pekerja.Bukanlah dari keluarga yang senang. Berusaha untuk menjadi insan berguna lebih lagi terhadap mak ayah  Dy.

Sifat dy memang agak pelik.Selalu berubah mengikut persekitaran huhu.

Okay,kalau sesiapa yang dapat cam..sebenarnya dy merupakan PENGASAS beberapa blog yang lain..Namun,sebab-ii tertentu dy dah banyak delete  blog.Dy kurang selesa sikit nak bercerita tentang diri sendiri. korang tahu penulisan Dy  yang tak da kualiti ni pun dah rasa bersyukur sangat ... haha ,kena banyak belajar lagi

Cukuplah tu je dari Dy,kang lebih-ii makin menyampah pula korang hee

Menang poster PIDM #Throwback

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..

Okay tiba-ii nak TB semula masa 2014 dulu,  dy masuk pertandingan Doodle di PIDM MONEY SMART

Dy dapat tahu ada pertandingan doodle di PIDM sebab ada seorang penceramah,ceramah/taklimat sikit tentang PIDM kat sekolah ..so,dy checklah dalam fb..Ada pertandingan doodle..Wah bestnya..Tapi dy  memang tak expect  pun untuk menang sebab dy tahu,dy memang bukan tangan seni..Masuk pun sekadar suka-ii jer.


Ini doodle yang dy hantar..



Bila hari pengumuman (2015)  ,dy tak da dekat rumah. Kesian pihak PIDM telefon dy,tapi tak pela abang dy yang angkat. Dah berapa hari berlalu baru  dy balik dan orang tu call. Suruh buka email...
Alhamdulillah dy tersenarai dalam nama pemenang ..


Dy terkejut gila,nama dy tersenarai dalam kategori poster terbaik.




Dy dapat hadiah kamera (FujiFilm) .. Memang bestlah kamera ni..Heee,Memang ada sampai sekarang.Kualiti bagus, hasil bagus,semuanya bagus-ii belaka.

Gambar kabur sebab hp tak canggih.Amik gambar lama kat fb


Ahamdulillah..

Kesimpulannya :

1.Kita perlu mencuba tanpa mengharapkan apa-ii imbalan..Mungkin ia akan menjadi pengalaman yang sangat menarik jika  mengenangkan/mengimbau ia semula..

2.Hobi memang dapat menghilangkan stress lebih lagi melukis tetapi seringkali orang stress dengan melukis. Maksud dy, lukis dengan santai dan praktis,bukannya lukis untuk mendaptkan nama ..Silap-ii semua tak dapat ...

3.Kalau peluang itu sekadar semut,mengapa tak ingin melihatnya seperti alam?


Okay mungkin ada yang tak faham maksud dy kan??hehe buat2 faham jelah..

Semoga,korang berjaya dengan apa yang ingin digapai.

Give Away by ASTraveler - 6 Jan 2017- 6 Feb 2017

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..

                      Terlebih dahulu dy nak ucapkan Terima Kasih kepada blogger http://www.akuseorangtraveler.com/ sudi invite Dy untuk turut serta GA ini.
Syaratnya mudah je tau.Melalui 3 langkah saja. Klik banner dibawah ini untuk ketahui lebih lanjut.Jangan lupa join .



Dy tak tahu nak tag siapa,so siapa yang kena tag ni jangan marah yup ..heee๐Ÿ˜ƒ

Tag: 1.Muhammad Aril Azriq
        2.Shahida DZulkifli
        3.Farah

Jom meriahkan GA ini..๐Ÿ˜€

Giveaway:MENANGI PERCUTIAN KE SURIA RESORT

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera
Nak menang percutian ke Suria Resort??Jum join GA dari blogger http://www.syahirahvaliant.com/ ni,mana tahu  ada rezeki untuk korang ๐Ÿ˜€
Ikuti beberapa langkah-ii/syarat ..
Ketahui lebih lanjut dengan meng 'klik' banner di bawah ini.


4.Kenapa anda nak bercuti ke Suria Resort?

         Dy nak bercuti ke Suria Resort kerana nak merasai sendiri percutian yang menarik dengan menghayati alam ciptaan Allah. Lebih lagi dy tak pernah bercuti ke mana-ii beberapa tahun ni huhu .Dy,ingin merasai sendiri pengalaman  menarik di Suria Resort.

        Oleh itu,dy ada mendengar dan membaca tentang Suria Resort .Rasa sendiri tak pernah lah huhu..Antaranya, harganya sangat berpatutan dengan pelbagai  kemudahan dan kelengkapannya. Selain itu,pemandangan dan persekitaran   yang  cantik memberikan peluang untuk merehatkan minda sementara melepaskan tekanan penat belajar dan bekerja.Memang sangat sesuai untuk seisi keluarga  untuk meluangkan masa bersama.

-Jom memeriahkan GA ni ๐Ÿ˜€
       

Komen lukisan time!

Assalamualikum wb,Salam sejahtera.

Yeayy, masa untuk suruh orang kritik lukisan dy.Hahaha sebab duduk rumah,tak tahu nak buat apa.U see?betapa bosannya wa!!

Terima kasih yang komen ya ๐Ÿ˜€Memang perlu amat banyak penambahbaikan yang menjunam .

Konsep asal siap ๐Ÿ˜„







 Antara komen yang membina:

















Bloggers sekalian nak kritik silakan ye,,, heehehhe
thank you 

1st GA by BAJETciputseleraBESAR

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera,
Hi semua..blogger-2s sekalian.Jom kita meriahkan lagi GA dari BCSB buat pertama kalinya ,sepanjang  BCSB memblogger. Cepat-ii tau,jangan bertangguh kang ada bas yang tertinggal huhu..Klik banner dibawah untuk maklumat lanjut .Join jangan tak join tau..๐Ÿ˜„



Jom memeriahkan lagi GA ni..tak rugi tau ๐Ÿ˜†

Giveaway 12-12 by SharkBurn Malaysia


Assalamualaikum wb,salam sejahtera.
Okay,kali ni GA dari Blogger mohdnoorshawal  yang bertajuk seperti tertera iaitu ''Giveaway 12-12 By Sharkburn Malaysia'' 
Hanya 6 langkah mudah.. syarat yang mesti korang buat..senang je..Hehe,mesti  dah biasa dah kann???? kan??kan? Ketahui lebih lanjut dengan meng 'klik' banner dibawah ini..



Jom meriahkan GA ni ๐Ÿ˜€

Giveaway India & Tahun Baru by Dyllarezan


Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..

Jom rakan blogger sekalian,kita meriahkan lagi GA dari blog Dyllarezan.Syaratnya mudah je tau..Klik banner dibawah untuk maklumat lanjut ..



6 Cara menguruskan tekanan yang boleh dicuba

 Assalamualaikum wb. Hai korang. Hari ni Dy nak kongsikan beberapa tips yang boleh dicuba untuk menguruskan tekanan.       Dalam mengelola t...