Pages

Tuesday 8 September 2020

Kenapa rasa lapar?walau dah makan?Baca ni..

 Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh...salam sejahtera dan hye....

Warghh tenang jer pagi ni kan hikhik....Okla korang pernah tak rasa  lapar waktu malam.Ni disebabkan korang mengambil makanan berlemak  tinggi sepanjang hari tu...Pemerhati dari Northwestern University dan Evanston Northwestern Healthcare,Amerika Syarikat menjelaskan pengambilan  makanan berlemak menganggu rutin tubuh.Inilah punca korang berasa lapar pada waktu tengah malam dan cenderung untuk makan snek...

Kredit:google
Nikmati telur secara sihat...
Siapa yang akan menolak hidangan telur?Ia sedap dan sihat.Namun begitu,pengambilan kuning telur harus dikurangkan.Satu tip untuk menikmati hidangan telur  hancur adalah dengan menggunakan  2 biji putih  telur dan 1 biji kuning telur...Putih telur tiada kandungan kolesterol ,manakala kuning telur tiada kandungan kolesterol.Mengurangkan sebiji kuning telur dapat mengurangkan  sehingga 59 cal kalori.Cubalah :D


Makan Salad untuk kurus
Puas  sudah berdiet tetapi masih gagal menurunkan berat badan? Cara terbaik adalah  dengan mengamalkan salad.Menurut American Journal of Clinical Nutrition ,berat badan seseorang itu boleh turun sehingga 33 peratus  lebih banyak jika  mengambil makanan rendah kalori  seperti sayur dan buah-buahan .Cara diet ini lebih berkesan daripada diet yang fokus kepada pengurangan jumlah  lemak dalam makanan.



kredit:google
Buah-buahan ganti gula
Untuk membantu menurunkan berat badan tanpa memberi mudarat pada tubuh .ambillah buah-buahan .Ia dapat  mengantikan gula dan memberi tenaga  secara semulajadi kepada tubuh .Tambahan lagi,tubuh memberi respon positif  terhadap kemasukan gula natural daripada buah-buahan.Makanlah nenas ,epal,lemon atau pic  untuk membantu menurunkan berat badan.


kredit:google

Kurangkan Garam
Sebuah kajian yang dijalankan oleh Consensus Action on Salt and Health di Britain,jumlah garam  dalam sepotong  piza adalah 12.3 gram! Jumlahnya dua kali melebihi kadar pengambilan  yang dibolehkan  untuk orang dewasa.Bayangkan pula jika kanak-kanak  yang mengambilnya?Oh,tidak! segeralah kurangkan pengambilan makanan segera :)



Sihat dengan makanan laut
kredit:google
Ikan dan udang adalah antara makanan terbaik untuk membantu tubuh mengahadam protein,lemak  tidak tepu dan omega-3.Sebelum memasak makanna laut  ini,pastikan ia datang dari sumber yang bersih.Ketika memilih udang atau ikan di pasar,belilah yang berada di atas timbunan ais  dan bukannya dalam ais yang telah cair.Jika mata ikan sudah merah ,ia bermakna ikan tersebut sudah tidak segar lagi.Bijaklah membuat pilihan!....


kredit:google
Snek Terbaik
Ada sejenis snek yang boleh diamalkan  untuk kekal sehat.Pilihlah snek  mentega kacang kerana ia merupakan cara yang efektif untuk mengawal rasa lapar  tanpa menambah  berat badan kerana ia memberi rasa kenyang lebih lama berbanding snek yang lain.






Sihat dan Langsing cara Jepun
kredit:google
Tahukah anda masyarakat Jepun mempunyai peratusan paling rendah bagi penghidap obesiti berbanding  negara-negara lain ?Sebuah buku  kesihatan berjudul ''Japanese Women  Don't Get Old Fat'',mendedahkan rahsia mengapa mereka boleh hidup sehat.Sudah menjadi amalan mereka untuk makan sepotong ikan,sayur rebus dan semangkuk nasi  sebagai hidangan berat mereka..Sepotong 
buah diambil untuk pencuci mulut,Paling tidak mereka akan berasa kenyang dengan hanya mengambil shushi.Mereka juga makan dalam kuantiti sedikit.Sebab itulah  mereka langsing dan sihat!...

Okela bye..semoga bermanfaat ^_^

Sunday 6 September 2020

Kisah Benar:Pemanggil Misteri Dialami oleh Pengacara Radio

 

 Assalamualaikum ,Hi!

Dy ada godek-ii kat internet tentang kisah-ii mistik yang pernah berlaku dulu-ii punya. Dy tertarik dengan satu kisah  pemanggil misteri dalam sebuah stesen radio  (THR ) yang dialami DJ Isma Halil Hamzah pada 1990 an. Ada yang pernah dengar tak kisah ni?? Ada macam-ii versi cerita ni. Dy pon confuse mana satu paling tepat.Makin banyak buat research makin banyak versi...Huhu.

Kisah yang dialami oleh DJ Isma Halil  dan semua pendengar yang dengar ketika itu  kerana stesen radio ini membuat siaran secara  langsung detik 12 malam . Memutarkan lagu diiringi  dengan pemanggil akan bercerita.

Versi Pemanggil Lelaki.

Pemanggil itu membuat panggilan dan disahut oleh DJ Halil,pemanggil itu bercerita ;Saya sedang memandu pada waktu malam  disatu Lebuhraya Karak Bersama isteri ,anak dan kedua  ibu bapanya.Semuanya sedang tidur dan cuma dia sahaja yang belum tidur .Pemanggil mengatakan dia sangat mengantuk .

Tiba-tiba ada satu lori yang  hanya mempunyai  1 lampu setentang dengan keretanya .Tapi menghairankan lori tersebut dalam Lorong songsang .Pemanggil tersebut sangat panik dan takut sehingga  tidak menyedari ada 1 lori lagi muncul dihadapan keretanya sehingga terbabas ke dalam gaung.

Pemanggil itu mengatakan dia sangat sedih kerana kedua ibu bapanya meninggal dunia , anaknya juga diikuti isterinya.Akhir sekali , pemanggil tersebut  mengatakan dia juga mati ditempat kejadian .Bunyi hilaian tawa mengakhiri panggilan tersebut. Panggilan tersebut terus terputus dan DJ tersebut tidak dapat menyambungkan semula.Semua yang mendengar termasuk DJ tersebut berfikiran ada panggilan nakal yang saja mengusik mereka.

Keesokkan harinya,sebuah artikel akhbar menceritakan sebuah kisah mengenai berita kemalangan  di kawasan yang sama seperti diceritakan oleh pemanggil radio  malam semalam itu. Mangsa yang mati sama dengan gambaran yang diceritakan  iaitu seorang lelaki  dan seorang perempuan ,seorang kanak-ii dan dua orang warga emas.

Ini amat mengejutkan pendengar live semalam apabila mengetahui berita tersebut termasuklah DJ Isma Halil.Dia mencari semula rakaman pemanggil tersebut tetapi apabila diputarkan ia kosong,seperti tiada apa yang berlaku.


Versi Pemanggil Perempuan.

Lebih kurang sahaja dengan kisah diatas cuma pemanggil ingin meminta tolong  supaya  menyelamatkan mereka.Tetapi, apa yang mengejutkan pemanggil perempuan tersebut ditemui tertusuk sejurus kereta keluarganya masuk didalam gaung.Jadi,siapa yang membuat panggilan misteri tersebut?Tahun 1990 an kot mana canggih sangat. Laluan karak tu ada public phone ke hekhek

Kalau korang tengok kat youtube dah tersebar video panggilan.Tetapi yang peliknya apa yang Dy research rakaman tu kosong.Mungkin juga dulu tak nak  rakaman tu tersebar.Mungkin juga rakaman tu dilakonkan semula.Huhu, so ada tak yang berada disituasi tersebut semasa panggilan dj radio tersebut? Atau ada kisah sebenarnya yang paling tepat? Dy memang nak tahu sangat.huhu

 Al Fatihah untuk semua mangsa kemalangan tersebut

 note:Lepas habis research, baru tahu kisah ni dah viral semula,hahah lambatkan gue..

Okay,akhir kata Dy nak ingatkan dimana jua anda berada jangan lupa baca doa dulu sebelum melakukan apa-ii atleast 3 Qul okay.

Heee stay safe guys..Assalammualaikum wb.

 

 Pengalaman Seram Pekerjaan Security Part I

Pengalaman Seram Pekerjaan Part II

 

Saturday 5 September 2020

Apa yang Best Art Grip Aquarelle Anime Art College jenama Faber Castell.


Assalamualaikum wb.Hi

 

Masa awal PKP hari tu,Dy ada beli Art Grip Aquarelle Anime Art College jenama Faber Castell .Ada potongan harga masa tu .

Dy apa lagi,mana boleh tengok alat-alat tulis lagi berkaitan seni. Kadang beli je,gunanya tak pon hahahah. So,hari ni barulah rasa nak cuba. 

Dy beli yang gambar abang hensem ketak2 ni,ada satu set lagi gambar perempuan anime cekci hakhakhak. 

Minta perhatian dulu,Dy memang tak suka mewarna tau ahahaha sebab tak pandai ngeh ngeh.

Tanpa membuang masa lagi meh  Dy bawak korang jalan-ii tengok sikit warna apa ada dalam ni.cehh




Dalam kotak ni ada :
8 Art Grip Aquarelle
1 PITT artist pen S (0.3mm)
1 GRIP 2001
1 Pinsel Brush.

Sampai-ii je dy pelik,eh ada brush pulak. Nampak kan ,duk suka-ii beli hehe.Padahal dah terang kata cat air hahahah.

''Pensil cat air Art Grip Aquarelle sepenuhnya larut dalam air: Sapukan kuas cat basah dan buat kesan cat air yang hebat pada setiap motif atau corak yang disusun dengan pensil Art Grip Aquarelle. Ia sesuai untuk lukisan tepat dan lebih unggul daripada cat cat air standard yang terdapat dalam tiub atau kuali dan cenderung mengering atau meninggalkan noda atau tanda yang tidak diingini di atas kertas anda. Tidak kira sama ada anda mengusahakan kertas cerah, berwarna atau gelap - tahap pigmen yang tinggi akan menghidupkan idea kreatif anda! '' -Translate dari laman web dia .
Memang best,tekstur dia smooth je n pemegang dia mencengkam sebab ada dot2 pokaldot timbul kat batang pensil ni tau. Comel je pulak tu hekhek.Cara kawalan tekanan pensil ni menentukan  korang nak terangkan ke pekat ke. Terasa berbeza juga dari colour pensil biasa tu.Khas untuk anime kotak pon tulis gtu heheh




Ni antara warna yang ada dalam set ni.Warna hijau gelap dengan kelabu sukar sikit nak bezakan hahha mungkin mata dy problem.hukhuk




Sketch2 dulu,kita tiru abam ketak2 kat kotak tu je la ahhahaha.

Mulanya,Dy tak tengok hari tu  1 PITT ni macam mana dia punya ketajaman macam marker ke  macam mana kan. Dia sama macam pen art drawing yang ada size tu.Tapi mestilah ada specialnya juga kan.Tryla dulu baru korang tahu ahhaha. 1 PITT ni banyak size  yang Dy dapat dalam kotak ni size S.Rasanya yang paling kecikla kot ehehe.


Nak buat warna tone skin,mula Dy guna code 187-  coklat pekat  tapi tak menjadi so bila conteng dulu kat kertas warna  oren -code 111 baru betul.Dy gabungkan untuk gelap guna coklat,kecerahan guna oren.

Rasa macam tak kena warna baju ni,not sure kat kotak tu hijau ke kelabu .so bedal je dua2 hahah. Code 172+273.

Elok dia ketak2 hensem,jadi ketak2 silikon aku buat ahhahahah. 




 Ok siap!so ada yang dah cuba ??

Ada ke yang pernah guna  Anime Art Set Collegue ni?Untuk pengetahuan korang Faber Castell ada buat potongan harga tau. Sekarang RM18,  harga asal RM50 pergi je kat laman web dia .Ni dy sertakan link Faber castell,Huwaa ,rugi pulak beli awal hekhek .Kali ni,potongan lagi kaw2. Its okayyyyy nanti kita try yang lain pulak .

OKAY HAVE FUN .STAY SAFE ^_^


6 Cara menguruskan tekanan yang boleh dicuba

 Assalamualaikum wb. Hai korang. Hari ni Dy nak kongsikan beberapa tips yang boleh dicuba untuk menguruskan tekanan.       Dalam mengelola t...