Pages

Monday 21 May 2018

Pengalaman Temuduga Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah

Assalamualaikum w.b
Selamat berpuasa bagi Umat Islam😊

Hari sabtu kelmarin, Dy dapat temuduga  seperti kos tertera ditajuk atas ni. First time di iv ni. So,Dy kongsi sikit ...

Nak kata nervous,tak delah nervous mana pun.Datang je , parking kereta ,beratur.Haha,salah beratur pulak kalau tak mesti no giliran 10 kebawah.Nasib tanya orang depan, ''Ni bukan barisan PB&W ke?''  Heee sebab diorang beratur betul2 depan kos dy tu ingatkan barisan tu.Pastu beralih la kat barisan satu lagi.Tanya orang depan lagi,nak kepastian.Then,he said  yes.Betul jugak akhirnya ahahahaha...

Ingatkan,ada melukis..mungkin sebab ramai..dia hanya ada sesi iv je. So,penat je la berlatih miahahaha..Baru nak tunjuk skill *acah je😉

Sesi iv dy,campur2.Ikutlah,kalau interviewer tu dalam bm,cakap bm.Kalau dalam bi,ckp bi.Kadang dalam Bm dan kadang Bi sahaja .Jangan risau tak de bahasa spain ok😜

Antara soalan yang ditanya pada Dy:

1.Tell me about Yourself?
Macam biasalah,korang boleh perkenalkan diri.Jangan mengarut2 sangat okay hee.


2.How many brothers and sister that you have?
Hee,jawab jelah .Senang je kan.


3.Kenapa pilihan kos ke-3 sedangkan pilihan 1 dan kedua you is ***** ,so sebenarnya you tak berminat dengan town planning ni?
Korang yakinkan jelah interviewer tu dengan jawapan idea korang sendiri.Janji konpiden dan berjawab.


4.Apa yang you tahu tentang kos ni?
Boleh research2 tentang kos ni kat google.Contohnya dy rujuk  kat blog Bual Pacak Malaya


5.Apa perancangan you tentang perancangan bandar dan wilayah? (lebih kuranglah ayat dia)
Dy tak pasti sama ada jawapan dy betul ke tak..Janji konpiden je la erk ahahha..Dy kaitkan  dengan sesuatu tempat yang kurang pembangunan (nama tempat dia) dan apa yang dy nak buat dalam tempat tu .Hee maaf ayat belit2 haha..


Bagi yang ada iv nanti,Dy ucapkan Goodluck ya.Allah Yuftah Alaikum.Moga berjaya.
Doakan Dy jugak ya 😀

#keyboard rosak tapi gua gagahkan jugak heee



6 Cara menguruskan tekanan yang boleh dicuba

 Assalamualaikum wb. Hai korang. Hari ni Dy nak kongsikan beberapa tips yang boleh dicuba untuk menguruskan tekanan.       Dalam mengelola t...