Pages

Thursday 14 September 2023

6 Cara menguruskan tekanan yang boleh dicuba

 Assalamualaikum wb. Hai korang. Hari ni Dy nak kongsikan beberapa tips yang boleh dicuba untuk menguruskan tekanan. 

    Dalam mengelola tekanan, kesimpulan yang dapat diambil adalah bahwa mengatasi tekanan adalah proses yang penting untuk kesejahteraan mental dan fizik kita. Berikut adalah beberapa tips dalam pengurusan tekanan:

1.Mengenali punca stress

Pertama sekali ketahui punca stress.Ya lah, ada orang stress dengan kewangan.Ada orang bermasalah dengan kerja. Setiap orang mempunyai masalah berbeza.Jadinya kalian cuba mengetahui punca tekanan korang tu dari mana. Ada tekanan yang boleh dielakkan ,ada kes perlu menghadapi masalah tersebut.Oleh itu,selidik apa masalah punca tekanan itu terlebih dahulu ya,


2.Mendekatkan diri kepada Tuhan.

Menguruskan tekanan dengan mendekatkan diri kepada Tuhan adalah salah satu cara yang banyak dianjurkan oleh banyak agama dan keyakinan spiritual. Cara ini dapat membantu individu mengatasi stres, kecemasan, dan tekanan dalam kehidupan mereka dengan mencari sokongan dari dimensi spiritual mereka. Berdoa adalah cara yang umum digunakan untuk berkomunikasi dengan Tuhan. Melalui doa, seseorang dapat mencurahkan perasaan, kekhawatiran, dan harapan mereka kepada Tuhan. Doa juga dapat memberikan perasaan kedamaian dan kenyamanan.


3.Bercuti dan menenangkan fikiran buat sementara waktu.

Rancang percutian  singkat, bahkan jika hanya untuk beberapa hari, dapat memberikan kesempatan untuk melepaskan diri dari tugas dan kewajiban sehari-hari. Tenangkan diri dengan menghabiskan waktu di tempat yang indah dan menikmati aktiviti yang menyenangkan. Bataskan penggunaan alat teknologi selama bercuti. Ini dapat membantu  benar-benar menyenangkan  diri dari pekerjaan, media sosial, dan mesej yang mungkin menjadi sumber tekanan.


4.Hadapi masalah

Menghadapi masalah secara langsung adalah salah satu cara yang sihat untuk mengurangi tekanan dan stres. Ini melibatkan pendekatan yang proaktif terhadap masalah-masalah yang Anda hadapi daripada menghindarinya atau menunda penyelesaiannya. Saat Anda menghadapi masalah, sangat normal untuk merasa cemas, marah, atau frustrasi. Terimalah emosi ini sebagai bagian alami dari proses menghadapi masalah. Cubalah untuk tetap tenang dan tidak terburu-buru dalam mengambil keputusan. Fikirkan secara rasional dan jangan biarkan emosi mengambil alih. Oleh itu,jalan penyelesaian akan mudah diperoleh dan diselesaikan.


5.Bersenam atau beriadah

Bersenam atau beriadah adalah salah satu cara yang sangat berkesan untuk menguruskan tekanan. Aktiviti fizik dapat memiliki impak positif pada kesejahteraan mental dan emosi. Olahraga meningkatkan pelepasan endorfin dalam tubuh, yang merupakan hormon yang dapat meningkatkan suasana hati dan mengurangi perasaan stres. Menjaga keadaan fizik yang baik melalui berolahraga dapat membuat  merasa lebih bertenaga dan lebih mampu menghadapi tugas-tugas sehari-hari dengan lebih baik.

6.Mendapatkan sokongan sosial.

Membangun hubungan sosial yang kuat dapat memberikan sumber sokongan dalam jangka masa panjang. Ini boleh menjadi teman-teman yang memahami seperti  rakan kerja yang menyokong atau anggota keluarga yang peduli. Teman, keluarga atau rakan kerja yang baik dapat memberikan sokongan emosi yang sangat penting. Sokongan sosial dapat mengurangi perasaan ini dengan memberikan  kesempatan untuk berbicara dengan orang lain dan merasa didengar. Mereka dapat mendengarkan masalah dan memberikan nasihat, atau hanya memberikan perasaan bahwa  tidak sendirian dalam menghadapi masalah.


Itu sahaja perkongsian dari Dy,mudahan bermanfaat. Terima kasih

Sunday 23 January 2022

Lirik Lagu Kepingan Hati ST12

LIRIK LAGU KEPINGAN HATI -ST12

Hapuslah air matamu

Jangan pernah kau sesali aku
Memang bukanlah yang terbaik tuk dirimu
Pergi dariku, jauh dariku
Sakit bukanlah derita
Kujalani dengan lapang dada
Kurasakan memanglah ada terasa hampa
Batin menangis, hati tak bicara
Hatiku hancur berkeping-keping
Tubuh lemah yang sedang berbaring
Terlintas tentang cerita diri
Aku pun menangis
Tak sanggup ku tinggalkan
Kasih sayang dunia
Hatiku remuk berkeping-keping
Tubuh lemah yang sedang berbaring
Terlintas tentang cerita diri
Aku pun menangis
Tak sanggup ku tinggalkan
Kasih sayang dunia
Hatiku hancur berkeping-keping
Tubuh lemah yang sedang berbaring
Terlintas tentang cerita diri
Aku pun menangis
Tak sanggup kutinggalkan
Kasih sayang dunia
Tubuh lemah yang sedang berbaring
Terlintas tentang cerita diri
Aku pun menangis
Tak sanggup kutinggalkan
Kasih sayang dunia

Tuesday 8 September 2020

Kenapa rasa lapar?walau dah makan?Baca ni..

 Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh...salam sejahtera dan hye....

Warghh tenang jer pagi ni kan hikhik....Okla korang pernah tak rasa  lapar waktu malam.Ni disebabkan korang mengambil makanan berlemak  tinggi sepanjang hari tu...Pemerhati dari Northwestern University dan Evanston Northwestern Healthcare,Amerika Syarikat menjelaskan pengambilan  makanan berlemak menganggu rutin tubuh.Inilah punca korang berasa lapar pada waktu tengah malam dan cenderung untuk makan snek...

Kredit:google
Nikmati telur secara sihat...
Siapa yang akan menolak hidangan telur?Ia sedap dan sihat.Namun begitu,pengambilan kuning telur harus dikurangkan.Satu tip untuk menikmati hidangan telur  hancur adalah dengan menggunakan  2 biji putih  telur dan 1 biji kuning telur...Putih telur tiada kandungan kolesterol ,manakala kuning telur tiada kandungan kolesterol.Mengurangkan sebiji kuning telur dapat mengurangkan  sehingga 59 cal kalori.Cubalah :D


Makan Salad untuk kurus
Puas  sudah berdiet tetapi masih gagal menurunkan berat badan? Cara terbaik adalah  dengan mengamalkan salad.Menurut American Journal of Clinical Nutrition ,berat badan seseorang itu boleh turun sehingga 33 peratus  lebih banyak jika  mengambil makanan rendah kalori  seperti sayur dan buah-buahan .Cara diet ini lebih berkesan daripada diet yang fokus kepada pengurangan jumlah  lemak dalam makanan.



kredit:google
Buah-buahan ganti gula
Untuk membantu menurunkan berat badan tanpa memberi mudarat pada tubuh .ambillah buah-buahan .Ia dapat  mengantikan gula dan memberi tenaga  secara semulajadi kepada tubuh .Tambahan lagi,tubuh memberi respon positif  terhadap kemasukan gula natural daripada buah-buahan.Makanlah nenas ,epal,lemon atau pic  untuk membantu menurunkan berat badan.


kredit:google

Kurangkan Garam
Sebuah kajian yang dijalankan oleh Consensus Action on Salt and Health di Britain,jumlah garam  dalam sepotong  piza adalah 12.3 gram! Jumlahnya dua kali melebihi kadar pengambilan  yang dibolehkan  untuk orang dewasa.Bayangkan pula jika kanak-kanak  yang mengambilnya?Oh,tidak! segeralah kurangkan pengambilan makanan segera :)



Sihat dengan makanan laut
kredit:google
Ikan dan udang adalah antara makanan terbaik untuk membantu tubuh mengahadam protein,lemak  tidak tepu dan omega-3.Sebelum memasak makanna laut  ini,pastikan ia datang dari sumber yang bersih.Ketika memilih udang atau ikan di pasar,belilah yang berada di atas timbunan ais  dan bukannya dalam ais yang telah cair.Jika mata ikan sudah merah ,ia bermakna ikan tersebut sudah tidak segar lagi.Bijaklah membuat pilihan!....


kredit:google
Snek Terbaik
Ada sejenis snek yang boleh diamalkan  untuk kekal sehat.Pilihlah snek  mentega kacang kerana ia merupakan cara yang efektif untuk mengawal rasa lapar  tanpa menambah  berat badan kerana ia memberi rasa kenyang lebih lama berbanding snek yang lain.






Sihat dan Langsing cara Jepun
kredit:google
Tahukah anda masyarakat Jepun mempunyai peratusan paling rendah bagi penghidap obesiti berbanding  negara-negara lain ?Sebuah buku  kesihatan berjudul ''Japanese Women  Don't Get Old Fat'',mendedahkan rahsia mengapa mereka boleh hidup sehat.Sudah menjadi amalan mereka untuk makan sepotong ikan,sayur rebus dan semangkuk nasi  sebagai hidangan berat mereka..Sepotong 
buah diambil untuk pencuci mulut,Paling tidak mereka akan berasa kenyang dengan hanya mengambil shushi.Mereka juga makan dalam kuantiti sedikit.Sebab itulah  mereka langsing dan sihat!...

Okela bye..semoga bermanfaat ^_^

Sunday 6 September 2020

Kisah Benar:Pemanggil Misteri Dialami oleh Pengacara Radio

 

 Assalamualaikum ,Hi!

Dy ada godek-ii kat internet tentang kisah-ii mistik yang pernah berlaku dulu-ii punya. Dy tertarik dengan satu kisah  pemanggil misteri dalam sebuah stesen radio  (THR ) yang dialami DJ Isma Halil Hamzah pada 1990 an. Ada yang pernah dengar tak kisah ni?? Ada macam-ii versi cerita ni. Dy pon confuse mana satu paling tepat.Makin banyak buat research makin banyak versi...Huhu.

Kisah yang dialami oleh DJ Isma Halil  dan semua pendengar yang dengar ketika itu  kerana stesen radio ini membuat siaran secara  langsung detik 12 malam . Memutarkan lagu diiringi  dengan pemanggil akan bercerita.

Versi Pemanggil Lelaki.

Pemanggil itu membuat panggilan dan disahut oleh DJ Halil,pemanggil itu bercerita ;Saya sedang memandu pada waktu malam  disatu Lebuhraya Karak Bersama isteri ,anak dan kedua  ibu bapanya.Semuanya sedang tidur dan cuma dia sahaja yang belum tidur .Pemanggil mengatakan dia sangat mengantuk .

Tiba-tiba ada satu lori yang  hanya mempunyai  1 lampu setentang dengan keretanya .Tapi menghairankan lori tersebut dalam Lorong songsang .Pemanggil tersebut sangat panik dan takut sehingga  tidak menyedari ada 1 lori lagi muncul dihadapan keretanya sehingga terbabas ke dalam gaung.

Pemanggil itu mengatakan dia sangat sedih kerana kedua ibu bapanya meninggal dunia , anaknya juga diikuti isterinya.Akhir sekali , pemanggil tersebut  mengatakan dia juga mati ditempat kejadian .Bunyi hilaian tawa mengakhiri panggilan tersebut. Panggilan tersebut terus terputus dan DJ tersebut tidak dapat menyambungkan semula.Semua yang mendengar termasuk DJ tersebut berfikiran ada panggilan nakal yang saja mengusik mereka.

Keesokkan harinya,sebuah artikel akhbar menceritakan sebuah kisah mengenai berita kemalangan  di kawasan yang sama seperti diceritakan oleh pemanggil radio  malam semalam itu. Mangsa yang mati sama dengan gambaran yang diceritakan  iaitu seorang lelaki  dan seorang perempuan ,seorang kanak-ii dan dua orang warga emas.

Ini amat mengejutkan pendengar live semalam apabila mengetahui berita tersebut termasuklah DJ Isma Halil.Dia mencari semula rakaman pemanggil tersebut tetapi apabila diputarkan ia kosong,seperti tiada apa yang berlaku.


Versi Pemanggil Perempuan.

Lebih kurang sahaja dengan kisah diatas cuma pemanggil ingin meminta tolong  supaya  menyelamatkan mereka.Tetapi, apa yang mengejutkan pemanggil perempuan tersebut ditemui tertusuk sejurus kereta keluarganya masuk didalam gaung.Jadi,siapa yang membuat panggilan misteri tersebut?Tahun 1990 an kot mana canggih sangat. Laluan karak tu ada public phone ke hekhek

Kalau korang tengok kat youtube dah tersebar video panggilan.Tetapi yang peliknya apa yang Dy research rakaman tu kosong.Mungkin juga dulu tak nak  rakaman tu tersebar.Mungkin juga rakaman tu dilakonkan semula.Huhu, so ada tak yang berada disituasi tersebut semasa panggilan dj radio tersebut? Atau ada kisah sebenarnya yang paling tepat? Dy memang nak tahu sangat.huhu

 Al Fatihah untuk semua mangsa kemalangan tersebut

 note:Lepas habis research, baru tahu kisah ni dah viral semula,hahah lambatkan gue..

Okay,akhir kata Dy nak ingatkan dimana jua anda berada jangan lupa baca doa dulu sebelum melakukan apa-ii atleast 3 Qul okay.

Heee stay safe guys..Assalammualaikum wb.

 

 Pengalaman Seram Pekerjaan Security Part I

Pengalaman Seram Pekerjaan Part II

 

Saturday 5 September 2020

Apa yang Best Art Grip Aquarelle Anime Art College jenama Faber Castell.


Assalamualaikum wb.Hi

 

Masa awal PKP hari tu,Dy ada beli Art Grip Aquarelle Anime Art College jenama Faber Castell .Ada potongan harga masa tu .

Dy apa lagi,mana boleh tengok alat-alat tulis lagi berkaitan seni. Kadang beli je,gunanya tak pon hahahah. So,hari ni barulah rasa nak cuba. 

Dy beli yang gambar abang hensem ketak2 ni,ada satu set lagi gambar perempuan anime cekci hakhakhak. 

Minta perhatian dulu,Dy memang tak suka mewarna tau ahahaha sebab tak pandai ngeh ngeh.

Tanpa membuang masa lagi meh  Dy bawak korang jalan-ii tengok sikit warna apa ada dalam ni.cehh




Dalam kotak ni ada :
8 Art Grip Aquarelle
1 PITT artist pen S (0.3mm)
1 GRIP 2001
1 Pinsel Brush.

Sampai-ii je dy pelik,eh ada brush pulak. Nampak kan ,duk suka-ii beli hehe.Padahal dah terang kata cat air hahahah.

''Pensil cat air Art Grip Aquarelle sepenuhnya larut dalam air: Sapukan kuas cat basah dan buat kesan cat air yang hebat pada setiap motif atau corak yang disusun dengan pensil Art Grip Aquarelle. Ia sesuai untuk lukisan tepat dan lebih unggul daripada cat cat air standard yang terdapat dalam tiub atau kuali dan cenderung mengering atau meninggalkan noda atau tanda yang tidak diingini di atas kertas anda. Tidak kira sama ada anda mengusahakan kertas cerah, berwarna atau gelap - tahap pigmen yang tinggi akan menghidupkan idea kreatif anda! '' -Translate dari laman web dia .
Memang best,tekstur dia smooth je n pemegang dia mencengkam sebab ada dot2 pokaldot timbul kat batang pensil ni tau. Comel je pulak tu hekhek.Cara kawalan tekanan pensil ni menentukan  korang nak terangkan ke pekat ke. Terasa berbeza juga dari colour pensil biasa tu.Khas untuk anime kotak pon tulis gtu heheh




Ni antara warna yang ada dalam set ni.Warna hijau gelap dengan kelabu sukar sikit nak bezakan hahha mungkin mata dy problem.hukhuk




Sketch2 dulu,kita tiru abam ketak2 kat kotak tu je la ahhahaha.

Mulanya,Dy tak tengok hari tu  1 PITT ni macam mana dia punya ketajaman macam marker ke  macam mana kan. Dia sama macam pen art drawing yang ada size tu.Tapi mestilah ada specialnya juga kan.Tryla dulu baru korang tahu ahhaha. 1 PITT ni banyak size  yang Dy dapat dalam kotak ni size S.Rasanya yang paling kecikla kot ehehe.


Nak buat warna tone skin,mula Dy guna code 187-  coklat pekat  tapi tak menjadi so bila conteng dulu kat kertas warna  oren -code 111 baru betul.Dy gabungkan untuk gelap guna coklat,kecerahan guna oren.

Rasa macam tak kena warna baju ni,not sure kat kotak tu hijau ke kelabu .so bedal je dua2 hahah. Code 172+273.

Elok dia ketak2 hensem,jadi ketak2 silikon aku buat ahhahahah. 




 Ok siap!so ada yang dah cuba ??

Ada ke yang pernah guna  Anime Art Set Collegue ni?Untuk pengetahuan korang Faber Castell ada buat potongan harga tau. Sekarang RM18,  harga asal RM50 pergi je kat laman web dia .Ni dy sertakan link Faber castell,Huwaa ,rugi pulak beli awal hekhek .Kali ni,potongan lagi kaw2. Its okayyyyy nanti kita try yang lain pulak .

OKAY HAVE FUN .STAY SAFE ^_^


Tuesday 18 August 2020

Ujian.

Assalammualaikum wb

Salam sejahtera.


Bila kita rasa sedih dan berduka disebabkan sesuatu perkara yang menghempap diri kita.Kita pasti jatuh buat seketika.

Terasa kehilangan,

Fikiran mengusut

Bermuram duka

Menangis sedih

Jiwa kosong

                  dan 

                     tiada makna.

Namun,kita perlu ingat.Setiap manusia diuji .Diuji  dengan pada dasarnya baik atau pada kebenarannya pahit.Ia tetap diuji.Pada orang lain,ditempiaskan atau pada diri sendiri  dilimpahkan.

Ujian akan membuatkan kita lebih menjadi seorang yang kuat,kental dan berusaha memusnahkan kesedihan dengan kesabaran . Kesabaran walau sukar melawan kesedihan  padahal dia masih boleh dikurangkan dengan sebatian tentang apa  yang dilalui diri kita.

Adakala, manusia akan mengherdik,

                                             mentertawakan,mengungkit dan memandang rendah.

Tetapi,kita jangan lupa masih ada diri kita yang berpegang kepada Agama yang takkan pernah mudah luntur dengan perilaku makhluk yang bakal musnah sama seperti kita.


Ujian..

Ia boleh datang dengan tiba-ii 

Menghampiri sesiapa tanpa mengenalinya

Juga,tentang  bagaimana dan apa  .

Ia tetap akan  menghempap kita

Tanpa mengetahui berapa kuantitinya.


Bersabarlah :')



Saturday 8 August 2020

Pengalaman Seram: Pekerjaan Security vs Makhluk Halus II

 Assalammualaikum wb @Hai.

Sebelum tu, bagi yang tidak membaca PART I boleh tekan link ni  Pengalaman Seram:Pekerjaan Security vs Makhluk Halus I .


PART II

Cerita 2 : Post sama sebelum ni di Labour Room.

Kisah ni masa aku shift malam pulak,sebelum ni aku cerita pada waktu siangkan.Ingat tak?Tak ingat baca balik okay hikhiks.Okay,aku kerja waktu malam  dari pukul 7 petang sampai 7 pagi.Masa aku  baru lepas solat maghrib ,aku pergi tandas.Masa ni aku kat sink n dengar suara dalam tandas. Then aku dengar bunyi pump ada orang flush,adalah bunyi  air keluar .Tapi aku lalu,tak da pon orang.Tu,biasa je kan dengar ganggu manja gitu.Yang suka jaga kebersihan la tu.So,dh guna jangan lupa flush k kang ada pulak yang tolong flushkan ... ehemmm

Okay next berhenti mengarut haha...

Masa malam tu lagi,anggaran dalam pukul 10 malam aku duduk kat sofa belakang post aku tu.Betul-betul kat belakang kerusi aku duduk tu.(ruangan menunggu waris/Pelawat).Ketika tu ,akak nurse tu ada lagi dalam tu,tapi sebelum pukul 12 malam atau awal lagi selalu diorang akan pindah ke wad sebelah.

Aku duduk kat sofa  n terdengar suara bunyi tiupan angin kat belah tingkap belakang dekat dengan aku duduk tu.Suara tu macam kat sebelah aku jer.Bunyi suara sekan sedang menangis.Pastu bunyi lagi suara bisikkan tapi tak jelas dia sebut apa.Nak berkenalan la tu,pantang nampak orang baru panas dia tengokk aihh...

Dekat LR memang dekat dengan bilik mayat,sebelah bawah tu je.Senang la dia nak hai2,bye2 kan kita yang kat atas nii..auchh puih ahhahahah.So,tak pelik sangat kenapa kena ganggu gtu.Bila kak tu dah pindah pergi ke wad  sebelah.Rasa kosongnya jiwa  ahhahaha tak da la.Aku kena tinggal sorang  kat post tu. (Memanglah sorang kan,takkan  kau teman aku lak 🙊

Tak lama tu,bunyi lagi kat dalam bilik LR tu.Aku pelik bunyi apa la tuh,ada buka TV tak tutup ko atau aircond dah pandai bersuara . Yelah,kerja guard kena la tahu apa yang berlaku sekeliling .Then aku buka pintu kunci tu n masuk check.Tak da pon apa-ii.Agaknya suara kucing kat luar tengah  main lari-lari dengan  anak jin kot ehhh anak patung ehh anak kucing  hmm....Pastu aku duduk balik kat  tempat aku .Tak lama tu bunyi tingkap  menggedik2 duk ketuk2,bunyi barang jatuh berkali2 kat dalam bilik LR tu (dasar tak sayang barang la tuu )n yang paling haru bila masa aku nampak ada sebuah kelibat yang sangat anggun lagikan jelita😏berbaju putih ditompoki hitam2 bajunya  bukan merah tau,mukanya garang memandang disamping wajahnya yang hitam legam kalah belakang kuali.Korang panggil tu ponti eah?aku tak belajar lagi nama-ii hantu hekhek... Sorang  ke sekor ni nak panggil si gadis jelita tu ? huhu ,satu lagi diluar pintu .Berbaju merah memakai cheongsam,muka dia cantik (maksud cantik disini tak macam sekor lagi tu)

Aku tak tahulah kenapa aku masa tu,tergamam tak,takut tak cuma pandang pelik kot.Mungkin sifat paranormal ada lagi hekhek.Sambungan aku dah nampak 2 insan tu tadi aku bangun dari tempat aku duduk n bawak jalan round kulu kilir .Bila aku datang balik benda tu dah tak de.Hahhh baru dia tahu,dia ingat aku nak minta autograf dia 😏Aku rasa diaorang tu saja je nak tengok-ii kan aku.Sweet sungguh tapi next time x perlu la hahaha..

Then ,akak sama aras borak dengan aku,dia kata ada kes perempuan cina melahirkan baby tapi anak dia meninggal.tapi yang aku tengok tu perempuan dewasa .Mungkin kes lain kot .maybe.

Cerita 3:

Masa ni hari lain,aku jaga kawasan lain jugak. Masa ni aku jaga dalam kawasan stor ubat n farmasi yang aku jaga kawasan  .Pada waktu siang aku jaga bahagian luar,bila malam aku masuk duduk tepi balkoni belah dalam.Berhadapan dengan dinding yang sangat cantik dengan kesunyian malam hakhak. Masa ni aku kerja 24 jam.dari pagi bawa ke pagi ..Yeahhh..

Aku duduk sebelah stor ubat,bila pukul 8 malam baru pindah sebelah farmasi.Masa aku duduk stor ubat tu dengar ada suara bunyi jatuh,bunyi tolak barang (lebih kurang je kena kacaunya,dah tak da idea taktik ganggu org  la tu hukhuk) .Tapi mula-mula aku ingatkan ada orang dalam tu tengah buat kerja. Aku pergi tengok kat pintu tu tapi cermin gelap pulak.Bila aku tunggu punya tunggu tak da orang pon yang keluar.Rasanya,benda tu la tu duk mengemas..aishh rajin sungguh .Buat kerja ikhlas tak payah bayar gaji erk.hahahah

Then aku dah duduk pulak kat sebelah farmasi,memang sunyi.lepas pukul 10 lebih lagi sunyi kawasan tu.Nasib juga ada yang teman hikhiks siapa yang teman agak-ii?😓Yes tepat sekali korang salahhhhh hahah.Akak farmasi tu lalu situ nak pergi ambil barang n keluar balik.Dia tegur n borak dengan aku kejap  sebab tak pernah nampak kan. (dia tak terfikir ke nantah aku sebenarnya hantu n menjelma jadi security masa tu hakhakhak) Pastu dia tanya tak takut ke duduk sorang-ii sini.Beraninya.Hmmm dalam hati gue,dia lupa ke aku kerja sebagai apa 😭hehehe pastu dia dah pergi balik tempat lain.Aku alone balik ahhahahah.

Hahh   lepas tu bunyi suara lift seakan ada yang menekan  n seakan ada yang keluar then naik balik,banyak kali. turun naik .Shift diorang dah habis jugak la tu.Baru tahu  erk penat  kemas-ii ahhahaha...hmmm

Pagi buta tu pulak ,aku ada nampak satu kelibat  kat sebelah lift tu ,dia x cecah lantai kaki eah .Pakai tali la tu  takkan hantu pandai terbang ahahhahahah *gurau.Aku rasa sama macam gadis jelita aku pernah tengok sebelum ni.Dia bosan kot duduk atas sana je,Aku pon bosan sorang-ii .Tu dia teman tu.Lagipun,.Orang barukan ,nak test dulu bertahan ke tak kan.Kuat bergurau insan2 kat situ  .Hakhak..


                                                                                                                                      -TAMAT PART II


Lebih banyak 'keseraman' boleh dapatkan disini 



Friday 7 August 2020

List Pemenang Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy

 Assalamualaikum wb.

Baru perasan ada dalam senarai nama 

Pemenang Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy

Umum bulan 06,aku muncul bulan 08 hahaha adoii..

bukan kali ni je  terlepas,banyak kali dah sebelum ni 😆

Apapun, taniah kepada semua pemenang  dan menyertai hehe.

Happy blogging ^_^


Pengalaman Seram :Pekerjaan Security Vs Makhluk Halus PART I

Assalamualaikum wb, hari ini aku akan menceritakan sebuah pengalaman 'manissssss' haha yang pernah aku lalui.

Iklan jap ha :Aku menghabiskan masa hampir satu jam,dapatkan balik account blog ni .😂Kenapa kalian tak beritahu,dah ubah semua setting  hukhukhuk😢


               Selepas STPM, seperti ada sesetengah yang tahu,dulu aku pernah bekerja di sebuah Hospital sebagai Security Guard. Seperti yang kita tahu , Hospital terdapat banyak darah, bilik mayat dan ramai juga yang tewas meninggal dunia dengan pelbagai penyakit. Belum lagi yang sememangnya bukan hanya sakit fizikal luaran  sahaja dan hanya boleh dikesan dengan mata batin. Aku ada jaga beberapa post (jaga kawasan) . 2 post perempuan dan 4 post lelaki. It mean , ada 6 post kesemua yang pernah aku merasai kehadirannya keh keh .

Jadi waktu malam,Hospital aku kerja ni,dia agak sunyi sikit.Ada orang meriah sikit kat ruang kecemasan je.tu pon kalau dah masuk 1-5 pagi,dalam 2 atau 3 orang je yang ada pesakit datang,kadang tak da langsung.


CERITA 1:

Masa ni hari  pertama aku kerja kat sini tau.(ni kerja pertama aku selepas STPM).Hari pertama tu aku kena jaga di post Labour Room/wad bersalin *tak ingat nombor dah hehe.masa ni kekok lagi  dengan rasa awkward sorang-sorang ,dengan ramai pekerja lelakinya .Huhu pekerja perempuan hanya 2 orang setiap shift sahaja ya hehe. Aku paling termuda kat situ  hikhiks.Nasib masa first day ,keje shift waktu siang masa tu. Kalau malam tak tahulah lagi hehe.Tapi kau jangan ingat aku tak kena ganggu pulak..hmm tapi tak seteruk  yang lain la kot *rasa sama je ngeh2*

Masa aku duduk kat post aku tu,ada nurse tu borak dengan aku.Dia tanya macam-macam .Dari berkenalan ke seakan menakutkan aku huhu.Then,dia masuk balik ke dalam bilik LR.Aku jaga luar pintu tau ,pintu utama LR.

Tak lama tu,aku dengar bunyi kat bilik LR tu. Bunyi suara  orang borak-borak, tapi tak berapa jelas apa yang dibualkannya.Selalunya kalau orang kat dalam,jarang dengar suara kat luar.Melainkan suara menjerit atau menangis.Tiba-tiba,akak nurse tu buka pintu luas2 ,Bukan pintu pesakit selalu masuk tu,Tapi pintu kecil berhadapan  dengan kaunter aku duduk ,Menghadap aku je pintu tu.

Dia duduk depan pintu tu.Aku tak tanya pon apa-apa kat dia.Aku rasa faham dah tengok muka akak nurse tu pon rasa macam sesuatu sangat.muka dia takut pucat.huhu.Tapi,aku pelik dia duduk ramai-ramai dalam tu takkan  takut jugak kan.Akak tu buat keje lagi kat pintu tu .tulis apa ntah ada la tu kerja dia hehe.

Tiba terlintas lak hati aku nak tanya ; 

                               ''Kak nurse,kawan akak ada pesakit ke kat  dalam tu?''

Dia geleng-geleng jer,buat muka pelik sambil takut sikit dia pandang aku huhu.Jahat nau aku pergi tanya lagi...adoiii ahahaha.Aku tak tahulah aku positif atau lurus masa tu ahahaha.

Pukul 2 petang tu ( tak silap),ada akak nurse sorang lagi masuk kerja dalam LR. Aku pelik sebab  ingatkan dia yang kat dalam akak tu borak . Rupanya bukan suara  akak  yang baru datang tu atau suara  akak yang ada dengan aku tu. So,faham-faham jela hehe

Jadi aku dah faham dah kenapa  akak tu takut  sangat sampai duduk tarik kerusi kat pintu, dengan aku tanya kawan dia kat dalam  dia buat muka cuak .macam lawak pon ada,positif sangat aku masa tu ngeh3.


-PART I TAMAT-


SAMBUNGAN PART II

Saturday 23 May 2020

Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy



Jempot join guys.selamat bersegmen.


Berlalu ramadan

Alhamdulillah,setelah 30 hari umat Islam berpuasa  tak terasa esok sudah  bulan Syawal.
Esok hari raya planning apa?
Jangan lupa mandi sunat hari raya esok okay.
Jangan sedih2 mana yang tak dapat balik kampung tu.Insyaallah lepas berakhirnya covid ni  bolehlah jumpa keluarga,sanak saudara .Doakan kay.

Selamat Hari Raya.Maaf zahir dan batin.
Mana yang nak bagi duit raya tu boleh minta no akaun kay heheheheh *gurau dimalam hari raya*



Akhir kata,
Jaga Jarak.
Stay At Home.
Makan rendang banyak2 k,hihiks.

💓SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI💓

6 Cara menguruskan tekanan yang boleh dicuba

 Assalamualaikum wb. Hai korang. Hari ni Dy nak kongsikan beberapa tips yang boleh dicuba untuk menguruskan tekanan.       Dalam mengelola t...