Tuesday, 25 November 2014

Mengapa Memilih Bunuh diri.?

Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh,salam sejahtera dan hye..
Title..pergh seramm.......huhu..Korang pernah tak rasa sampai satu tahap masalah tu hanya akan mampu diselesaikan apabila korang BUNUH DIRI! Oh no dear...Tahu tak tu bukan satu cara nak settlekann tapi nak cepat masuk neraka adalah..Bunuh diri ni kan salah satu dosa besar dan terus mati dalam keadaan kafir..Sesiapa rasa nak bunuh diri tu...Cepat-cepat lah taubat hendaknya...janganlah terlalu ikut perasaan ...Kisah benar ..Tak bagitahu sesiapa pun...erm..






  Mulanya ingat nak ambik pisau tikam jer kat perut ker atau kat pergelangan tangan.Time tu dah pegang dah pisau....Tapi Alhamdulillah Allah telah membuka akal fikiranya..tak lama  tu hati  rasa nak bunuh diri lagi.dia amatlah bodoh...Ambik pil2 ubat nak telan banyak-ii ,dia  memang ada penyakit..so ingatkan nak telan sume ubat tu biar overdose...Tapi  lagi sekali dia tak berjaya..Syukur pada Allah..Time tu  dia teringat yang dia masih ada parents ...Macam mana lah perasaan diorang bila tengok dia mati dalam cara tu...Masalah tu takkan pernah settle sampai sekarang...selama dia hidup ni..Tapi kita kena kuat semangat..biarlah kenangan pahit itu terus mendera ..
Banyakkan mendekatkan diri kepada Allah Maha Esa...

Mati dalam keadaan kafir sesiapa yang bunuh diri...Allah tu sebaik-baik perancang.. ^_^

        Ya Allah,Ya Tuhanku ,Ampunkanlah kesalahan kami..Kami banyak melakukan kesalahan terhadapmu..Tetapi lindungilah kami daripada masuk dalam api neraka..Sesungguhnya hanya padaMu mampu kami bermohon...Aminn..

~Luahan Hati seorang sahabat~~

Jangan bunuh diri tau...walau sebesar dunia masalahh tu ^_^
                                            Mengapa Memilih Bunuh Diri? Allahuakhbar


Ok bye :)

Cerita pendek:Hilangnya perpisahan ini.

Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh..Herm memandangkan sekejap lagi aku kena pergi jugak..Kena la sediakan plastik...Aku nak buat story  separuh rekaan dan separuh betul sikit kat entry kali ni kay...hahah mestilah cerita hantu/pembunuh..aku kan minat citer gitu...Okey  just reading...perhatian:aku tak menggunakan bahasa melayu yang betul...

''Anita,Mira, Ajim...petang nanti jangan lupa seperti yang dijanjikan ok?''kata Nas kepada sahabat karibnya.
''Kami tak lupa pun,cuma kau tu jer la. Jangan bawak barang macam nak pergi setahun lak.'' sindir Ajim .
''Hahaha''.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seperti yang telah dijanjikan mereka pun pergi ke tempat yang ingin dituju.Sebenarnya  ini untuk kajian sains mereka.Mereka terpaksa mengkaji tentang hidupan yang jarang ditemui sekarang ini.Mereka terpaksa berjalan kaki masuk ke dalam hutan berdekatan kampung mereka kira-kira 25 minit baru mereka sampai.Dalam perjalanan Si Nas terlihat kawasan perkuburan cina lalu dia  bertanya  ''Mira ,kat sini memang dah lama ker ada perkuburan cina tu?''

''Apa lah yang kau merepek ni,Mana la ada,Orang cina pun tak da kat kawasan ni ..macam mana  pulak jirat ada..ishh'' kata Mira pula.

''Oh ye ka,tak pelah''Nas terus berdiam diri dan berpaling kebelakang lalu kawasan jirat  itu sudah tiada lagi.. Nas berkata dalam hati''Perasaan aku jer kut,erm''

''Kenapa kau tanya Nas?''Tanya Mira pula.
''Saja jer.hehe''

Anita dan Ajim sudah lama jauh berjalan kehadapan sehinggakan mereka berdua tertinggal dibelakang.
''Weii,mana diorang ni .''tanya Mira.
''Ada la kut kat depan tu''
''Nantah kan kita dah sesat..tidakkkkkkkkkkkkk!''
''Apa pulak nak sesatnya,ni kan kampung kau.Takkan jalan ni pun tak hafal''.herdik Nas.
''Mana lah pernah aku masuk dalam hutan ni la..Aduhai hari dah la nak makin gelap ni''tangan Mira mula berasa menggeletar.
''Eh,kau ok tak ni.?''
''Tak tahulah.''
''Tak pe,kita duduk bawah pohon tu dulu.Kat sana tu ada sungai .Pergi lah ambik air sembahyang.''Kata Nas.
''Kau jerlah sembahyang.''Kata Mira pula.
Nas terus pergi mengambil wudhuk dan solat .Sesudah dia solat dia melihat Mira sedang menekup mukanya ke lutut sambil menangis .Nas menegur dengan memanggil nama Mira beberapa kali tetapi tidak pun dia menyahut.Nas berasa hairan dan cuba menghampiri Mira.
''Mira...Mira...kau kenapa nangis?''
Tidak semena-mena Mira terus memeluk Nas.Nas menolak bahu Mira lalu berkata .''Astaghirullahalazim,kau kenapa ni?''
Muka Mira pucat dan seakan mula ditumbuhi kesan parut,matanya lebam,biji matanya merah menyala   dan  mulutnya penuh dengan darah...Barulah Nas faham bahawa Mira telah dirasuk.
Mira mula ketawa dan mengilai..Nas pada mulanya tergamam terus mengambil sebiji batu dan membaca ayat-ayat al-Quran yang dia hafal lalu menyapukan batu itu ke kepala Mira .Mira terus melawan dan cuba mencekik Nas tetapi tidak berjaya.Nas mengambil batu itu dan terus meletakkan digigi geraham Mira.Akhirnya,Mira mula sedar teapi badannya amat lemah.Nas mengambil air dan merenjis kemuka Mira...

''Eh ,apa jadi ni?''tiba-tiba seorang perempuan tua bertanya kepada Nas.
''Nenek buat pe malam-malam kat hutan ni.Tolong kawan saya nek.Dia kena rasuk tadi.''
''Itu lah sape suruh datang ke hutan ni malam-malam kan  dah kena ganggu.Mari nenek tunjukkan jalan keluar''.
''Terima kaseh ,nek.''Nas tiada pilihan lain selain memapah Mira .Nas hanya mengikuti nenek itu.
''Nek,nampak tak kawan saya sorang perempuan dan sorang lelaki.Kami terpisah tadi''.
Nenek itu tidak menjawab pertanyaan Nas.Nas mendiamkan diri sahaja sambil memandang Mira yang separuh sedar itu.Setelah Nas melihat suatu cahaya terang jalan keluar,dia ingin mengucapkan terima kaseh kepada nenek itu..Belum sempat pun lagi Nenek itu telah pun hilang dari pandangan.

''Terima kaseh ,Ya Allah.''Nas melihat warung Pak Mat masih buka lagi dan meminta tolong darinya.

Akhirnya,Mira telah sembuh dan Nas meneruskan kajian  sainsnya.Mereka telah menikah setahun yang lalu kerana kealiman pada Nas.Amat menyedihkan Ajim dan Anita tidak ditemui.Kini ,telah 3 tahun berlalu.Kejadian 3 tahun lalu telah mengemparkan penduduk disitu.Lebih lagi kehilangan Anita dan Ajim...Semoga segala misteri ini dapat dirungkai dengan segera...

                                                  TAMAT

Info sehat ,Patutlah Lapar!

Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh...salam sejahtera dan hye....
Warghh tenang jer pagi ni kan hikhik....Okla korang pernah tak rasa  lapar waktu malam.Ni disebabkan korang mengambil makanan berlemak  tinggi sepanjang hari tu...Pemerhati dari Northwestern University dan Evanston Northwestern Healthcare,Amerika Syarikat menjelaskan pengambilan  makanan berlemak menganggu rutin tubuh.Inilah punca korang berasa lapar pada waktu tengah malam dan cenderung untuk makan snek...

Kredit:google
Nikmati telur secara sihat...
Siapa yang akan menolak hidangan telur?Ia sedap dan sihat.Namun begitu,pengambilan kuning telur harus dikurangkan.Satu tip untuk menikmati hidangan telur  hancur adalah dengan menggunakan  2 biji putih  telur dan 1 biji kuning telur...Putih telur tiada kandungan kolesterol ,manakala kuning telur tiada kandungan kolesterol.Mengurangkan sebiji kuning telur dapat mengurangkan  sehingga 59 cal kalori.Cubalah :D


Makan Salad untuk kurus
Puas  sudah berdiet tetapi masih gagal menurunkan berat badan? Cara terbaik adalah  dengan mengamalkan salad.Menurut American Journal of Clinical Nutrition ,berat badan seseorang itu boleh turun sehingga 33 peratus  lebih banyak jika  mengambil makanan rendah kalori  seperti sayur dan buah-buahan .Cara diet ini lebih berkesan daripada diet yang fokus kepada pengurangan jumlah  lemak dalam makanan.



kredit:google
Buah-buahan ganti gula
Untuk membantu menurunkan berat badan tanpa memberi mudarat pada tubuh .ambillah buah-buahan .Ia dapat  mengantikan gula dan memberi tenaga  secara semulajadi kepada tubuh .Tambahan lagi,tubuh memberi respon positif  terhadap kemasukan gula natural daripada buah-buahan.Makanlah nenas ,epal,lemon atau pic  untuk membantu menurunkan berat badan.


kredit:google

Kurangkan Garam
Sebuah kajian yang dijalankan oleh Consensus Action on Salt and Health di Britain,jumlah garam  dalam sepotong  piza adalah 12.3 gram! Jumlahnya dua kali melebihi kadar pengambilan  yang dibolehkan  untuk orang dewasa.Bayangkan pula jika kanak-kanak  yang mengambilnya?Oh,tidak! segeralah kurangkan pengambilan makanan segera :)



Sihat dengan makanan laut
kredit:google
Ikan dan udang adalah antara makanan terbaik untuk membantu tubuh mengahadam protein,lemak  tidak tepu dan omega-3.Sebelum memasak makanna laut  ini,pastikan ia datang dari sumber yang bersih.Ketika memilih udang atau ikan di pasar,belilah yang berada di atas timbunan ais  dan bukannya dalam ais yang telah cair.Jika mata ikan sudah merah ,ia bermakna ikan tersebut sudah tidak segar lagi.Bijaklah membuat pilihan!....


kredit:google
Snek Terbaik
Ada sejenis snek yang boleh diamalkan  untuk kekal sehat.Pilihlah snek  mentega kacang kerana ia merupakan cara yang efektif untuk mengawal rasa lapar  tanpa menambah  berat badan kerana ia memberi rasa kenyang lebih lama berbanding snek yang lain.






Sihat dan Langsing cara Jepun
kredit:google
Tahukah anda masyarakat Jepun mempunyai peratusan paling rendah bagi penghidap obesiti berbanding  negara-negara lain ?Sebuah buku  kesihatan berjudul ''Japanese Women  Don't Get Old Fat'',mendedahkan rahsia mengapa mereka boleh hidup sehat.Sudah menjadi amalan mereka untuk makan sepotong ikan,sayur rebus dan semangkuk nasi  sebagai hidangan berat mereka..Sepotong
buah diambil untuk pencuci mulut,Paling tidak mereka akan berasa kenyang dengan hanya mengambil shushi.Mereka juga makan dalam kuantiti sedikit.Sebab itulah  mereka langsing dan sihat!...

Okela bye..semoga bermanfaat ^_^

Cara nak buat perkataan ikut cursor.

Assalammualikum...salam sejahtera dan hye.... :)
Alahai ,,,aku tak boleh nak tidur lah...so aku nak share skit tentang  cara nak buat perkataan ikut cursor... Korang boleh klik ke link ni....Abang ni memang sempoii...Kalau dah siap jangan lupa bagitahu ea hhahah...okela bye :)

Cara nak lupakan someone???ermm

Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh,,,salam sejahtera...dan hye :) Tadi tengok inbox ada kawan tanya :




Actually aku memang tak pakar bab cinta cintun ni...tapi support jerlah...Hari ni hari dia nantah nanti esuk lusa aku pulak yang kena..*Janganlah mintaknya...Oke soalan dia Nak lupakan seseorng ...dan orang tu pun dah meninggal dunia...parah jugak ni...Tak pe-2 ...aku cuba....maaf kalau ni tak dapat membantu....

1.Cuba jadikan ni suatu kenangan dan bukannya satu penyeksaan...
-Yes,,aku faham bukan mudah nak lalui semua ni...tapi kita harus mencuba...harus move on...Jangan siakan hidup yang kita ada ni...Teruskan berjuang...Yakin bolehhhhh...

2.Cuba memperbanyakkan membaca ayat al-Quran,solat sunat supaya hati menjadi tenang :)
-Allah tu pasti akan menolong setiap hamba-Nya... yang penting kita ni...jangan sombong untuk berdoa...Berdoalah dengan hati bersungguh..pada masa yang sama kita juga perlu belajar untuk bertenang... Insyaallah...

3.Elakkan daripada bersendirian..
-Jangan duduk sensorang,sebab hati akan mudah untuk ingat pada dia  tu...Cuba  sentiasa  berdamping dengan kawan atau keluarga...Cuba positifkan hari-hari...Jangan lupa sentiasa berselawat  dan berzikir :)

4.Selepas penderitaan pasti ada kebahagiaan.
-Kenapa aku kata macam tu???yelah kita mesti dah belajar dari pengalaman ... :)
Bukan mudah untuk mematangkan diri ni..lebih lagi dengan suatu bentuk ujian yang amat nyata..ALLAH takkan menguji hambanya melebihi kemampuan hamba-Nya itu....jangan risaulah..



Aku pun bukan pandai sangat bab ni...yang penting jaga hubungan sesama manusia dan kepada Allah s.w.t. Yang hidup pasti akan menemui ajal jua...Allahuakhbar...

Okela bye....Assalammualikum :D

Monday, 24 November 2014

Kenapa awak suka saya??

Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh...salam sejahtera dan hye..
Oke aku nak tanyalah satu soalan ...soalannya memang  paling koman sekali bagi sesiapa yang suka kat seseorang atau jatuh cinta....

                                         Kenapa Awak suka saya??

Alahaiii...soalan simple jer..tapi  mampu ker kau jawab *opssss maaf bukan ''kau'' korang '' hekhek
Contohla korang  suka dia adakah disebabkan wajah dia  semata-mata  atau disebabkan hati dia....
Kalau muka Hensem/cantik sekalipun tapi perangai Mashaallah....tak da guna jugak lastly korang jugak yang frustt... tapi mungkin boleh bagi masa untuk berubah...tapi selama mana ...korang pernah rasa x belum ada apa ikatan halal pun lagi diorang dah mula buat perangai ,boleh ker bahagia dengan orang macam tu??
Lebih baik muka tak hensem/kacak pun tapi hati dia baik...ikut perintah Allah...tapi zaman sekarang pun kena hati-hati jugak ... banyak yang munafik...apa yang penting kita kalau nak cari yang terbaik kenalah jadi yang terbaik jugakk...

Persoalannya kenapa awak suka saya?? dah kalau suka kat seseorang perlu ker dengan sebab...erm...Doakan semoga orang yang kita suka tu bahagia..Jual mahal sikitt.jangan merendahkan martabat kamu wahai kaum wanita dengan lelaki yang belum pasti menjadi milik kamu...apa yang penting adalah teruskan perjuanganmu dan capai cita-cita mu...Jodoh tu kalau Allah dah tentukan takkan kemana ...Aminnn..
Dapatkan cinta Allah dulu baru cinta manusia... :D Sabarlah dengan sikap orang sekeliling kamu yang sering ingin melihat penderitaan kamu ...La Tahzan Innalaha Maana :))))

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik kan dan mestilah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik....Insyaallah  :)


Okela bye... :D

stress

Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh...salam sejahtera dan hye... :D

Hermmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm,
stress...sabar dy sabar...............

Tutorial :Cara nak letak Blogskin.

Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh...salam  sejahtera dan hye...Kali ni aku nak buat tutorial tentang cara nak buat background blogskin..

1.Mulanya klik blogskin.



2.Pilih mana-mana background yang korang  minat dan klik
...Tekan preview  dulu untuk korang tengok samada berkenan atau tak...

3.Kalau dah pilih tekan Blogger Main untuk mendapatkan code tersebut.

Copy paste kan semua code tersebut...

4.Pergi ke  Revert to classic template   dan masukkan code tadi.
Jangan lupa sebelum tu  tukar yang mana patut...


5.Save dan preview untuk lihat hasilnya...



Selamat mencuba ,Kalau ada yang tak faham silakan bertanya hehe dan bye ^_^

Cara nak buat anak panah comel

Assalammualikum dan salam sejahtera.First tutorial aku...  Cara nak buat anak panah yang cantik-cantik...

1.Klik  Totallyfreecursor
2.Pilih  mana yang korang suka dan dapatkan kod..
3.Klik pada gadget dan add di HTML/Javascript.
4.Copy dan paste kode tadi di ruangan add gadget tu.
5.Preview  dan save tengok jadi ker tak....


Okelah tu jer senang kan ...selamat mencuba ^_^

Masalah?

Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh....salam sejahtera  dan  hye .apa khabar u ollss??
Hehe, Masalah? Masalah sapa yang tak pernah ada masalah...semua pernah mengalaminya walau sekecil zarah sekalipun...Kalau dapat masalah tu jangan  tension sangat nanti jadi stress...cuba  memperbanyakkan beristighfar...dan mulakan dengan senyuman...sebab nya bahaya jugak kalau hadapi masalah lepastu stress2x nanti habis satu badan migraine hehe...Sabar jer lah yerk...Masalah tu kan akan lebih mematangkan kita..Apa yang penting adalah banyakkan bersabar ...jangan mudah melenting ketika ada masalah...bukan semua masalah tu akan memusnahkan  kita...tetapi ia akan lebih menampakkan kemampuan kita...Kita harus berani  menghadapi masalah tersebut... Mulakan senyuman dan niat ...Perkara itu cepat berlalu...heeee
byee~

Rawatan dan langkah pencegahan Lutut berbunyi

Assalammualikum dan salam sejahtera...ini antara cara rawatan tulang rawan rosak...Sambungan entry  tentang Lutut berbuyi. kalau belum baca klik sini..


Cara Rawatan Tulang rawan ni antaranya...

Tanpa pembedahan:

 1.Fisioterapi
-Latihan untuk menguatkan otot berkaitan atau menyokong sendi membantu mengurangkan tekanan pada sendi dan kesakitan
  
  2.Ubat-ubatan
-Ubat steroid anti radang aspirin atau ibuprofen boleh membantu mengurangkan bengkak dan sakit.

  3.Penggunaan alat bantuan.
-Antaranya ialah leg brace


  4.Perubahan gaya hidup
-Mengurangkan aktiviti membabitkan sendi yang terjejas.


Rawatan dengan Pembedahan:
-Pembedahan ini mengikut peringkat masalah korang...Antara popular ialah  microfracture iaitu teknik menggalakkan pertumbuhan rawan baru...Ia adalah teknik paling umum menggunakan arthroscopic....Kawasan rawan itu akan ditebuk supaya ia berdarah /Walaupun ia mampu menghasikan rawan baru tapi ia takkan tahan lama dan tak memiliki ketahanan seperti yang asal.Teknik terbaru iaitu articular cartilage scafold with stem cell.Ia melibatkan  pembentukan tisu rawan menggunakan scaffold hyalofast dan disuntik stem cell pesakit....Tisu tersebut akan diletakkan pada bahagian rawan yang telah  rosak menggunakan teknik arthroscopic .Tisu tersebut akan menghasilkan rawan yang baru..


Apa pun jumpa doktor dulu yerkk :))
Langkah pencegahan:
1.Menjaga berat badan
2.Senaman ringan
3.Sesuaikan umur dengan senaman.
4.Elakkan luka di sendi


Oke itu jer dari aku...bye semoga bermanfaat ^-^







Awas!!!Lutut berbunyi....

Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh,salam sejahtera... dan hye??? :)))))

Korang pernah tak alami lutut ''berbunyi''.Contoh time korang buat sesuatu pergerakan tetiba lutut berbunyi...Sebenarnya itu adalah salah satu tanda korang mengalami  masalah tulang rawan rosak.

Antara Simptom kerosakan rawan ialah:
 Sakit pada sendi
 Sendi bengkak
 Lutut berkunci (lock knee) iaitu sendi lutut tidak boleh diluruskan
Lutut juga mungkin berbunyi ketika bergerak terutama jika rawan di belakang kepala lutut rosak.


Fungsi rawan ini adalah untuk memastikan tulang  bergeseran tanpa  rasa sakit walaupun ketebalannya hanya beberapa milimeter saja...Rawan artikular berfungsi untuk meminimumkan tekanan apabila korang bergerak..Ia jugak sebagai penyerap kejutan.

Kenapa tulang rawan rosak???kenapa??kenapa??? heheh meh biar aku jawab... ia adalah disebabkan  osteoarthritis dan selalunya kena pada orang yang berusia.Kalau golongan muda tulang rawan rosak barangkali sebab sukan .Kecederaan rawan ni jugak boleh kena pada golongan kanak-kanak tau...Mungkin disebabkan jangkitan kuman pada sendi misalnya septic arthritis.Selain kanak-kanak ,septi arthritis ni boleh dialami oleh pesakit tibi,HIV,diabetes,gout dan rheumatoid arthritis (RA).


Rawan adalah tisu kuat yang fleksibel sifatnya dan ade kat seluruh tubuh .Pesakit selalunya kena pada lutut  dan menganggu pergerakan seharian korang...

h
✉ Rawan maniskus -penyerap kejutan antara bahagian atas tulang paha (femur) dan tulang dibawah kaki ialah (tibia).
✉ Rawan artikular-Berwarna putih bersinar yang menutup hujung kebanyakan tulang.


Siapa yang berisiko???

Atlet sukan yang banyak menggunakan  pergerakan sendi
Individu mengalami obesiti
Individu yang mempunyai masalah lemah otot paha sejak kecil.
Individu yang sudah berusia
Individu yang sering mengangkat barang-barang berat.

Klik disini --->> RAWATAN-RAWATANNYA

Okla bye... :)


                                                         (◕^^◕)(◕^^◕)(◕^^◕)
l

Jangan salahkan Jam,OK??

Assalammualikum ....salam sejahtera...heheh  sapa suka bangun lewat tu?? tak elok tau...

Bangun tidur seawal 5 atau 6 pagi sebelum subuh lebih bagus..Fikiran kita akan menjadi lebih segar dan tubuh menjadi sehat.Jika bangun lewat mestilah korang akan tergesa-gesa dan mungkin jugak sehingga tertinggal solat subuhhhh ....Tindakan ini juga tak elok kerana akan membahayakan jantung...Tetapkan dalam minda dan berdoa serta kuncilah jam...Kalau terlewat jugak jangan salahkan jam...tapi salahkan diri sendiri ...sapa suruh tidur mati hehehe jangan salahkan jam, ya?? :D

Okela bye :D

20 perkara jangan

Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh dan salam sejahtera...Hye apa khabar ni second entry aku untuk hari ni....
Just nak bagi perkongsian sedikit.... :)
''Jangan''

1.Jangan sengaja lewatkan solat.
2.Jangan masuk tandas tanpa memakai alas  selipar.
3.Jangan makan dan minum dalam bekas kaca yang  pecah atau sumbing.
4.Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak  berbasuh.
5.Jangan tidur selepas solat subuh.
6.Jangan makan tanpa membaca Basmallah dan doa makan.
7.Jangan keluar rumah tanpa niat untuk berbuat kebaikan.
8.Jangan pakai kasut  yang berlainan pasangan atau pun memakai sebelah jer
9.Jangan biarkan mata liar diperjalanan.
10.Jangan bergaul bebas ditempat kerja.
11.Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa.
12.Jangan ego meminta maaf kalau kita yang salah
13.Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
14.Jangan lupa  bergantung kepada Allah setiap kerja yang kita lakukan.
15.Jangan bakhil untuk bersedekah.
16.Jangan banyak ketawa.
17.Jangan biasakan berbohong.
18.Jangan suka menganiaya sesama manusia atau haiwan.
19.Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia
20.Jangan mempertikaikan mengapa Islam itu berkata ''Jangan"

Okay...semoga hidup kita lebih diberkati oleh Allah...dan  sekian wasalm :)

korang suka Cerita apa ???

Assalammualikumwarahmatullahiwabarokatuh....salam sejahtera dan hye...apa khabar??Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana kita masih lagi berada di dunia ini.. Kepada anak dara,mak cik2x,remaja2x dah kemas rumah belum ??? kalau belum pergi kemas dulu baru sambung baca entry  ni  muehehehe*

Cerita paling korang suka apa erk??Meh share dengan aku :)
Kalau macam aku...aku suka anime kartun ker yang best...lebih lagi lawan2x
Kalau cerita filem ker apa ker aku suka lawan2x dan x suka adegan yang melampau..orang putih kan biasalah...citer macam tu aku tak layan...
Paling cerita aku anti ...korea dgn hindustan...*kut*
Aku pun tak tahu kenapa hahaha
Okela...aku minat giler kartun tetapi jiwa aku tetap matang*perasan* :
Detective conan,kaito kid,Shin chan,Doraemon,Kluang man,Upin ipin,Bleach,Naruto,Kamen rider,Masked Rider, dan banyak lagi lah....senaraikan pun macam la ada yang nak baca hahahah..okela  korang pulak minat cerita apa??? meh share dengan Cik Dylah :)

Sunday, 23 November 2014

Jet Lag

Assalammualikum ...dan ...salam sejahtera..
Tahu tak apa maksud jet lag???jet lag tu adalah satu keadaan di mana menyebabkan seseorang tu hilang keseimbangan  badan..benda ni berlaku apabila naik kapal terbang...

Antara simptomnya ialah:
Pening kepala 
Insomnia(sukar untuk tidur)
Depresi
Kelesuan atau kelihatan.

Cara nak kurangkan masalah jet lag ni adalah:
Dapatkan tidur yang cukup
Elakkan dari stress seminimal yang mungkin
Minum air putih banyak sebelum naik kapal terbang
Lakukan senaman semasa dalam penerbangan sekurangnya 1 atau 2 jam.


Okela tu jer...bye assalammualikum :)

INSOMNIA

Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh..dan ..salam sejahtera :)
hye,apa khabar?? sehat?? Hehe hari ni aku nak story pasal INSOMNIA..tahu tak ape itu INSOMNIA?? Insomnia ini adalah sejenis penyakit yang sukar untuk tidur...Benda ni boleh berlaku  apabila kelainan emosional,kelainan fisik dan menggunakan ubat-ubatan...
 ✿*゚Antara sebab-sebab berlakunya insomnia ni ialah:
Stress dirumah atau tempat kerja.
Berubahnya pola hidup
Lingkungan yang ramai
Penyakit yang ngeri,sesak nafas atau sering buang air kecil
Pertambahan usia
Cemas dan depresi
Tegang
Pengaruh dari ubat seperti depresi,asma ataupun vertigo
Jet lag

Jangan lupa solat,wudhuk dan baca doa sebelum tidur... Oke itu jer aku nak story dalam entry ni..nanti aku citer lagi.Insya Allah..bye :)


                           
                                                       {。^◕‿◕^。} 

Situasi..pernah???

Assalamualikum dan hai...Korang pernah tak berada dalam situasi macam ni :

1.Tertinggal buku sedangkan semalaman tak tidur sebab nak siapkan kerja tersebut...tapi malangnya korang terlupa nak bawa dan  pada masa yang sama cikgu korang tak percaya yang korang dah siapkan...Kalau yang lebih menyedihkan lagi korang  kena denda lah hehe... pernah???

2.Kawan baik korang suka dengan orang  yang  sama kamu suka[faham x ayat aku hihi]
Mungkin kawan baik kamu tu tak tahu yang suka pada orang yang sama...sebab tak pernah cakap atau cerita pun pada dia...Jadinya,  korang terfikir untuk mengundurkan diri....dan biarkan hati sakit ...Lagipun kan aku rasa...cinta macam tu tak kemana pun...belum tentu lagi orang yang kita suka tu ,,sukakan kita jugak...mungkin  jugak orang tu bukan perangai baik yang seperti disangkakan...Just tutup mata ,tarik nafas dan terus melangkah kehadapan :) ....pernah???

3.Parents selalu salahkan korang.
Contohlah kan...adik korang yang tumpahkan makanan tersebut tapi korang yang kena marah dengan alasan yang tak berapa munasabah [x da adik hhahha]...atau.. akak kamu suka ambil perhatian dari parents korang dan sengaja sakitkan hati korang...dan bila dia sakat korang...korang tak ngadu pun kat parents tetiba dia yang ngadu dan terus salahkan korang...maaf kalau ayat memeningkan hehe*...pernah ???

4.Kawan buat macam tunggul.
Korang dah berkawan lama  dari sekolah rendah dan bila masuk alam sekolah menengah...dia dapat kawan baru korang diabaikan...tapi kalau macam nak mintak tolong jer baru cari korang...kalau tak tu  selalu tinggalkan korang, biarkan korang sendirian... dan tak fikir pun perasaan korang...dia terus dengan ego dia...ermm dengan kawan  macam tu..korang jangan risaulah... Kalau dia buat macam tu korang boleh jer dapatkan kawan yang lebih baik ataupun jangan terus jadi kambing hitam dia...renggangkan sikit hubungan dengan dia..sebabnya dengan orang macam tu jangan risau...What  she/he do,, she/he will get back..Itu sebabnya hargailah sebuah persahabatan...jangan jadi kacang lupakan kulit...Tak salah kut rasanya  cari kawan ramai-ramai ni kan...asalkan pandai pilih...pernah???


5.Gaya korang kena hina...
Contoh...korang suka pakai baju kurung ,pakai stokin ,tudung labuh...Alhamdulillah sesangat...aku sokong ...lantak lah diorang nak gelarkan korang apa sekalipun ''mak cik ker,kolot ker'' dan banyak lagi''  Janji korang tutup aurat ...Mulut orang ni mana boleh tutup ...jangan ikir apa yang diorang nak cakap pasal korang...apa yang penting apa yang kamu gayakan menepati syariah dan kamu selesa...Zaman sekarang ni banyak sangat pakai tudung tapi baju Mashaallah...bukannya nak mengutuk tapi hakikat...bukannya dah cukup baik tetapi cuba menasihat....Insha allah perkara yang baik ...Allah tahu hati masing-masing...niat tu penting :) Kan manis menutup aurat.. ^_^ pernah??


Sebenarnya banyak lagi aku nak katakan tapi takut ada yang dah muntah baca...Ermm pernah???

''Aku merenungkan segala jenis  amal yang  baik,namun  tak mendapatkan yang lebih baik daripada nasihat yang baik''.[Umar bin Al-Khattab]

Okela bye Assalammualikum.... :)

Tempat best

Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh...korang paling jauh dan best bercuti/bersiar/jalan/kat mana???meh la share hehe..Kalau macam aku tak da pun ...selalu duk rumah jer...hik hok...hahah...Petang yang indah...hati pun tak da lah berasa gusar...melihat awan yang tak berapa panas mungkin disebabkan beberapa kawasan yang sedang banjir sekarang ni...Agak-agak kalau korang perlu memilih antara melupakan dan terus berharap....mana yang akan korang pilih??? heheh sekadar bertanya.... Kalau melupakan mampukah hati dan ingatan berbuat demikian...andai terus berharap adakah pengharapan itu tidak akan menjadi suatu ujian...ia hanyalah akan meninggalkan cabaran yang terluka dihati...hehe okelah...semoga percutian pada musim sekolah dirancang dengan sebaik mungkin....Anywhere pagi tadi akak selamat melahirkan bayi perempuannya...Alhamdulillah...Semoga menjadi anak solehah  ....erm..penat duduk rumah ...nak cakap dengan dindinglah...herm..bye assalammualikum.... Salam Jihad Fi Sabilillah  ^_^

FITNAH

Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh...
Mengapa  FITNAH sekarang ni makin berleluasa...Ya Allah...Besarnya dosa fitnah itu.Lebih besar dari dosa membunuh... 
Mencemarkan maruah seseorang tu dan merendahkan martabat seseorang dengan benda tak betul.....Moga kita jauh dan terhindar dari FITNAH akhir zaman...Aminn...Mashaallah..
bye :)

Nasihat

Assalammualikum..
korang pernah tak rasa sakit hati dengan someone...macam pada kawan ker...Lama dah pendam...geram sungguh...Kalau berkawan tu cubalah apabila berkata tak berdusta...apabila  berjanji ia tepati...Jangan tahu berjanji tapi tak lakukan...lainlah kalau ada hal kecemasan...Ishh.. lama dah sabar..bukan sekali dua... dah banyak kali...Kata belakang tentang orang tu...tapi kau dekat jugak kan...dapat kawan baru lupakan kawan lama...baguslah tu...buat lagi...tengok tahun depan sape yang makan hati...ermmm maaf terkasar bahasa...bye... :)))) Jadilah sahabat yang jujur dan  hargai ....jangan lupa yang kita selalu berada dibawah apabila terlalu banyak atasan  meninggi diri...................

Game

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ada yang rindu Dy tak?huhu..almakalumlah dah sebulan lebih tak update blog. Dy tengah final se...