Pages

Friday, 7 August 2020

Pengalaman Seram :Pekerjaan Security Vs Makhluk Halus PART I

Assalamualaikum wb, hari ini aku akan menceritakan sebuah pengalaman 'manissssss' haha yang pernah aku lalui.

Iklan jap ha :Aku menghabiskan masa hampir satu jam,dapatkan balik account blog ni .😂Kenapa kalian tak beritahu,dah ubah semua setting  hukhukhuk😢


               Selepas STPM, seperti ada sesetengah yang tahu,dulu aku pernah bekerja di sebuah Hospital sebagai Security Guard. Seperti yang kita tahu , Hospital terdapat banyak darah, bilik mayat dan ramai juga yang tewas meninggal dunia dengan pelbagai penyakit. Belum lagi yang sememangnya bukan hanya sakit fizikal luaran  sahaja dan hanya boleh dikesan dengan mata batin. Aku ada jaga beberapa post (jaga kawasan) . 2 post perempuan dan 4 post lelaki. It mean , ada 6 post kesemua yang pernah aku merasai kehadirannya keh keh .

Jadi waktu malam,Hospital aku kerja ni,dia agak sunyi sikit.Ada orang meriah sikit kat ruang kecemasan je.tu pon kalau dah masuk 1-5 pagi,dalam 2 atau 3 orang je yang ada pesakit datang,kadang tak da langsung.


CERITA 1:

Masa ni hari  pertama aku kerja kat sini tau.(ni kerja pertama aku selepas STPM).Hari pertama tu aku kena jaga di post Labour Room/wad bersalin *tak ingat nombor dah hehe.masa ni kekok lagi  dengan rasa awkward sorang-sorang ,dengan ramai pekerja lelakinya .Huhu pekerja perempuan hanya 2 orang setiap shift sahaja ya hehe. Aku paling termuda kat situ  hikhiks.Nasib masa first day ,keje shift waktu siang masa tu. Kalau malam tak tahulah lagi hehe.Tapi kau jangan ingat aku tak kena ganggu pulak..hmm tapi tak seteruk  yang lain la kot *rasa sama je ngeh2*

Masa aku duduk kat post aku tu,ada nurse tu borak dengan aku.Dia tanya macam-macam .Dari berkenalan ke seakan menakutkan aku huhu.Then,dia masuk balik ke dalam bilik LR.Aku jaga luar pintu tau ,pintu utama LR.

Tak lama tu,aku dengar bunyi kat bilik LR tu. Bunyi suara  orang borak-borak, tapi tak berapa jelas apa yang dibualkannya.Selalunya kalau orang kat dalam,jarang dengar suara kat luar.Melainkan suara menjerit atau menangis.Tiba-tiba,akak nurse tu buka pintu luas2 ,Bukan pintu pesakit selalu masuk tu,Tapi pintu kecil berhadapan  dengan kaunter aku duduk ,Menghadap aku je pintu tu.

Dia duduk depan pintu tu.Aku tak tanya pon apa-apa kat dia.Aku rasa faham dah tengok muka akak nurse tu pon rasa macam sesuatu sangat.muka dia takut pucat.huhu.Tapi,aku pelik dia duduk ramai-ramai dalam tu takkan  takut jugak kan.Akak tu buat keje lagi kat pintu tu .tulis apa ntah ada la tu kerja dia hehe.

Tiba terlintas lak hati aku nak tanya ; 

                               ''Kak nurse,kawan akak ada pesakit ke kat  dalam tu?''

Dia geleng-geleng jer,buat muka pelik sambil takut sikit dia pandang aku huhu.Jahat nau aku pergi tanya lagi...adoiii ahahaha.Aku tak tahulah aku positif atau lurus masa tu ahahaha.

Pukul 2 petang tu ( tak silap),ada akak nurse sorang lagi masuk kerja dalam LR. Aku pelik sebab  ingatkan dia yang kat dalam akak tu borak . Rupanya bukan suara  akak  yang baru datang tu atau suara  akak yang ada dengan aku tu. So,faham-faham jela hehe

Jadi aku dah faham dah kenapa  akak tu takut  sangat sampai duduk tarik kerusi kat pintu, dengan aku tanya kawan dia kat dalam  dia buat muka cuak .macam lawak pon ada,positif sangat aku masa tu ngeh3.


-PART I TAMAT-


SAMBUNGAN PART II

No comments:

Post a Comment

Villa Nabila

Sumber gambar Berita Harian: Foto Mohamad Shahril Badril Saali. Villa Nabila merupakan sebuah vila mewah yang terletak di Johor Bahru, Malay...