Pages

Tuesday, 7 March 2017

MummyAyu's Giveaway

Assalamualikum wb
Salam sejahtera..
Para bloggers sekalian dijemput untuk join GA ini.Meriahkan lagi GA ini,,Klik Banner dibawah ni yup

Giveaway:Link With Me

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..

Jemput semua para bloggers  untuk join bagi memeriahkan  GA dari blogger sishawa
Klik banner dibawah ini yup 


Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com

Assalamualaikum wb
Salam Sejahtera..


Giveaway Fridge Magnet Padang Besar bermula saat ini dari hari ini, 6 hingga 13 Mac 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.

Kisahnya di SINI.


Siapa nak ole-ole dari Padang Besar? Ada 30 fridge magnet berbentuk selipar pelbagai warna.  Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia Liana ya...

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 13 Mac 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Mac 2017.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Sunday, 5 March 2017

Bila rasa diri tidak diperlukan...

Assalamualaikum wb..Salam sejahtera..
Haii..readers and bloggersss..
Hope,semua sihat-sihat.. 😀

Anyway,what you feel..Kalau rasa diri tidak diperlukan? dipulau?
Hey! wakeup.. tu perkara biasalah kan..
Kena lah pujuk hati,pujuk diri...

Semakin kita membesar,semakin kita faham erti kehidupan.
So,tak payah merajuk..tak payah rasa diri macam tak berguna..

Buat tak tahu dah la..jangan simpan dalam hati.
Apa yang anda dapat?
dapat sakit hati je kan! hee 😆

Setengah orang memang mereka tidak sedar,mereka telah melukakan hati kita, mementingkan diri sendiri dan sebagainya.Cari kita bila memerlukan,tapi buang kita macam najis  bila tidak inginkan apa-ii..Lumrah kot...Namun,apa yang kita perlu tahu adalah.. Allah sentiasa bersama.. dan ibu ayah merupakan aset paaaaaling besar didunia. Mereka lebih faham kita dari orang yang baru kenal kita setahun jagung..aduh lapar la ,rasa nak makan jagung..huhu

-Sesetengah orang merasakan diri kita bodoh dan tidak berguna,padahal mereka tidak sedar mereka sedang mengatakan diri mereka sendiri-

Lirik lagu Aisyah(123 kucintamu)


Assalamualaikum ,hi

Jadi viral kot lagu ni sekarang.. tengok di sini --->Cover Lagu Aisyah

Lirik:

la la la la la la lalaaa
i love u
la la la la la la lalaaa
i miss u
lalaa lalaa
kau jadi milikku


mula mula mula ku happy
tiba tiba dia sakitkan hatiku..
tak apalah terima kasihlah
jadi kekasih ku...

1 2 3 ku cintamu
kau hanya satu menjadi kekasihku
berjanjilah padaku sayangku
kau akan setia..

aishah jangan ragu-ragu dengan cinta ini
jangan kau ragu-ragu ku jadi kekasih mu
percaya padaku ku ,ku akan jadi yang
terbaik untuk cintamu..

aishah aku sayang kamu aku rindu kamu
tidur malam ku sentiasa
ku mimpi kan kamu
kau hanya milikku untuk selamanya
aku sayang aku rindu aku cintamu..

la la la la la la lalaaa
i love u
la la la la la la lalaaa
i miss u
lalaa lalaa
kau jadi milikku

mula mula mula ku happy
tiba tiba dia sakitkan hatiku..
tak apalah... terima kasihlah
jadi kekasih ku...

1 2 3 ku cintamu
kau hanya satu menjadi kekasihku
berjanjilah padaku sayangku
kau akan setia..

aishah jangan ragu-ragu dengan cinta ini
jangan kau ragu-ragu ku jadi kekasih mu
percaya padaku ku,ku akan jadi yang
terbaik untuk cintamu..

aishah aku sayang kamu aku rindu kamu
tidur malam ku sentiasa
ku mimpi kan kamu
kau hanya milikku untuk selamanya
aku sayang aku rindu aku cintamu..

la la la la la la lalaaa
i love u
la la la la la la lalaaa
i miss u
lalaa lalaa
kau jadi milikku


aku sayang aku rindu aku cintamu..

Saturday, 4 March 2017

5 Cara mendapat keberkatan ilmu

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..

Dah lama tak update blog, busy sikit dengan  sem ni..Its okay..

Dy nak kongsikan sedikit tips hasil dari dengar ceramoh..


Cara mendapat keberkatan ilmu:

1.Doa
-Berdoalah.doa senjata orang Islam. Berdoa  untuk ibu bapa,guru-guru,rakan-rakan dan semuanya sekali.
-Minta supaya ibu bapa doakan kita.


2.Jaga ibadah
Jangan sesekali pernah tinggal solat.Solat tiang agama,apabila jatuh sebelah tiang maka jadi sendeng la kamu.Disiplinkan diri supaya solat diawal waktu .


3.Jaga makan ,jaga hati
Pastikan apa yang kita makan itu halal,bersih dan elakkan makan makanan yang tidak baik seperti hati ,limpa ,otak udang dan sebagainya.
Jangan sesekali sakiti hati orang sekeliling kita,pasti tidak akan aman hidup kamu keberkatan apatah lagi.

4.Tegur dan ucapkan  terima kasih kepada guru yang pernah mengajar.
Ucapkan terima kasih kepada mereka.Sekurang-kurangnya bagi lah salam kalau terserampak kat mana-mana .

5.Bertawakal setelah usaha
Bila kamu dah usaha untuk berjaya ,peringkat akhir sekali bertawakallah kepada Allah Yang Maha Esa

Tuesday, 28 February 2017

Kerenah memang pelbagai.

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..

Setiap manusia memang berbeza tingkah lakunya..
Ada yang  cepat marah,
Ada yang cerewet..
Ada yang busuk hati
Dan..ada berbagai yang lagi huhuhu..

So,bagaimana nak sesuaikan dengan keadaan?
Sabar.
Ubat yang paling terbesar adalah dengan bersabar..
Tidak kisahlah sama ada penerima atau penghantar ..huhu

Bab ni memang dy agak failed juga..Sebab dy ikut mood dan ikut kepala sendiri.
Kalau rasa nak buat sesuatu  tu..dy akan buat..kalau dy tak nak dy ikut mood juga huhu..
kalau dah terpaksa buat juga.. peningkan ayat dy? hehe

Kadang orang rasa diri dia bagus dan pandang rendah terhadap kelemahan orang lain,padahal dia tak sedar  ''rasa diri bagus tu juga merupakan kelemahannya'' .

Cuba terima orang lain yang cuba menyemai kasih antara persahabatan dari kekasih yang menabur kejahilan.

Apa yang dy nak simpulkan,

Kelakuan boleh dikawal oleh diri sendiri,kalau rasa diri tu kaku untuk berbuat baik .Sekurangnya janganlah berhati busuk tapi jangan lupa orang yang baik hanya kaku untuk melakukan hal yang busuk.




Sunday, 26 February 2017

Giveaway Topup Percuma by Cik Candy

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..

Firstly, dy ucapkan thank you kepada  blogger  Cik Candy yang sudi invite dy join GA ini di Cbox . Lambat join disebabkan hal-ii tertentu 😀.
So,dy nak jemput semua para blogger yang ada di Malaysia ni untuk join dan meriahkan  GA ni..syaratnya cukup mudah.. 
Klik banner dibawah  untuk maklumat lanjut dan jangan lupa untuk join..

Saturday, 25 February 2017

Elakkan diri dari dirogol jin.

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..

Sesiapa yang selalu sangat kena tindih semasa tidur tu hati-ii lah ye.. Mungkin sampai satu tahap  bukan setakat kena tindih tetapi lebih pada tu..faham kan? Kalau korang pernah dengar cerita mengandung tanpa suami (bukan anak luar nikah) , mengandung 11 bulan tup-ii hilang baby dalam perut dan sebagainya.Mungkin ada yang mengatakan .. tu semua mengarut.. mitos dan bla bla ..
But,dy yakin.. tiada yang mustahil..


Ini beberapa cara yang dy nak kongsikan

Cara Elakkan diri dari dirogol jin/syaitan:

1.Sebelum tidur baca surah 3 Qul , dan tiup pada tapak tangan lalu sapukan .Baca doa tidur.
Tambahan: Baca ayat kursi, basmallah 21,doa haikal (7doa tu).Pakai seluar/kain menutup semua kaki ..


2.Berpuasa.
Ketahuilah bila kita berpuasa,syaitan/jin tidak suka berdamping dengan kita. Puasa juga dapat menahan dari nafsu yang jahat.

3.Rukyah.
Ada sesiapa berani rukyah diri sendiri? nak tahu cara mengesan jin dalam badan kita? boleh pm di ig:cikdylah. Namun,sebaiknya korang pergi berjumpa dengan ustaz2/ahli pakar perubatan Islam. Jangan bagi jin/syaitan menguasai/bersarang dalam badan.


4.Jangan tidur diruang tamu.
Ini dy tak berapa pasti sama ada betul atau tidak.. tapi apa yang dy tahu.
Syaitan/jin ni suka  berjalan diatas tengah palang(atas syiling/kayu di atap) .

5.Jangan Mandi  tanpa berpakaian.
Pakailah kain basahan semasa mandi bagi mengelakkan jin/syaitan terpikat dengan anda.

Kalau tak faham boleh bertanya, mungkin penyampaian dy yang memeningkan anda huhu..

Apa yang dy nak cakap ni mungkin isu sensitif tetapi tahu tak?

Disebabkan perkara ni, kemungkinan sesiapa yang dirogol oleh jin/syaitan akan kehilangan 'maruah'nya tanpa sedar atau tidak sedar sama ada lelaki atau perempuan.

wallahualam.

Sunday, 19 February 2017

Dy student stpm?

Assalamualaikum wb,Salam sejahtera..

Hi,semua..sihat dop???Hari tu dy ada perasan ada orang tanya dy ni student stpm ke ?dekat cbox.Dy tak sempat nak jawab ,so dy jawab dekat entry ni je lah ya. 😄



Selepas SPM,dy tekad nak kerja .Masa tu keputusan tak keluar lagi. Dy kerja dekat sebuah  kedai pakaian .So,kenapa dy berhenti kerja ?ada suatu kejadian  yang takkan dy lupa sampai bila-ii. Nasib dy tak kena tangkap polis tau huhu :')

So,for the question,Yes,i'm student STPM . Dy tolak semua tawaran walaupun dulu minat juga medic ni tapi lepas tengok yurannya..Mashaallah,dy masih muda .. baru je nak belajar..tak dapat kerja lagi hutang dah menunggu.Betullah kata my beloved teacher..

''Belajar untuk dapatkan kerja,kerja untuk bayar hutang''

Namun,nak buat macam mana.. ada yang berkemampuan,ada yang sebaliknya..So,dy masuklah STPM ni dan what you need know,dari dulu sampai sekarang sikit pun dy tak pernah pandang rendah dekat form 6 ni.Cuma takut dy ni jenis slow..takut tak boleh bawak..huhu

Lagipun,abang idola dy pun masuk STPM,kalau ada rezeki nak jugak merasa pergi belajar dengan abang idola dekat UPSI(degree).Boleh balik sesama nanti.. Ceh, berangan lebih.. huhu
Alamak,sebelum korang terngumpat dy.. Abang idola dy tu abang kandung dy tau,bukannya crush ke crunch ke,coconut ke bagai okay..

Dy masa SEM 1 memang jenis kat sekolah belajar,kat rumah buat 3 kerja.. apa dy buat? shhhh rahsia hehe...Penting,tak susahkan korang..huhu.Alhamdulillah,hari khamis hari tu keluar keputusan SEM 1 semua lulus walaupun pointer pada dy  memang dah anggap gagal.So,nak repeatlah nanti.. kerja aku dari SPM hingga STPM merepeat je kan?hahaha.. Meh baca disini--> pengalaman spmu 

Aish, over pulak dy menjawab.Padahal boleh je jawab ya atau tidak..Namun,kerajinan terlebih had  kali ni hukhuk.. Sori ya sis Sera..

Akhir kata, Yes dy merupakan pelajar STPM ..doakan dy and my candidate supaya semua berjaya yup  😊


about dy 

Nak tanya pape lagi,boleh tinggalkan komen anda..huhu




Kiamat Sudah Dekat masih relevan

Assalamualikum wb
Salam sejahtera.

Ingat lagi tak beberapa tahun dahulu, dy tak ingat umur dy berapa time tu.Cerita kiamat sudah dekat memang menjadi kegemaran  malah sampai sekarang pun masih layan lagi.Lebih lagi emak dy,sungguh minat dengan cerita tu.
google

    Dulu mak tak tahu boleh tengok dekat internet, tahun lepas dy cakap kat mak,baru mak tahu. .mak suka   tengok cerita tu,dy buka kan kalau dy tak busy.Oppss terlebih cerita pula huhu..

Apa yang boleh dikatakan tentang filem ini.

     
Fendi merupakan anak orang kaya yang sudah lama menetap di luar negara.Apabila ,Fendi pulang menjadi guitaris (artis)  band nya . Suatu kejadian  yang tidak disangka ,Saprol(seorang budak lelaki) telah menemukannya dan telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Sarah anak kepada Haji Romli.. Sememangnya, Fendi tidak tahu tentang agama termasuklah keluarganya iaitu ayah,emak dan adiknya. Haji Romli, memberikan 3 syarat kepada Fendi jika ingin berkahwin dengan Sarah.Namun,Haji Romli mempunyai pilihan untuk Sarah  iaitu Farid, belajar di Cairo,Mesir.Hal ini,membuatkan Fendi semakin bersemangat untuk menunaikan  syarat tersebut. Satu persatu syarat dah tertunai tetapi syarat ketiga sangat sukar untuk dia temukan jawapan . Dapatkah Fendi menunaikan syarat ketiga Haji Romli? Fendi atau Farid yang akan berkahwin dengan Sarah? Mari tengok di You tube  Kiamat Sudah Dekat 

sumber:google:stafaband HG

Suka tengok masa Fendi tepi pantai tu,ayat berbunga.Ketika Fendi sudah berputus asa.




Filem ini,memang ada lawak,cinta(tak sangat ) namun,perubahan yang dihadapi oleh seorang yang tidak tahu beragama lebih baik dari seorang yang tahu agama.Buktinya,Farid ada kekasih tapi Fendi tidak ada walaupun dia tidak tahu agama (Ikhtilat + Couple =haram) . Selain  itu,apa yang aku nampak Farid ni berbangga dengan kelebihan dia dan mudah ingakari janji.Fendi ni memang kadang nampak lurusnya,tapi kelurusannya membuatkan filem ini unik.



Pada Akhir cerita ini,apa yang aku dapat simpulkan. Belajar agama kerana Allah,bukan untuk mendapatkan hati manusia. Itulah apa yang cuba Haji Romli lakukan.Banyak pengajaran yang boleh kita contohi.Yang mana baik ,kita ambil.Mana yang sebaliknya dijadikan peringatan.

Korang pun mesti pernah tengokkan?hehe




Idea Hadiah Hari Guru

 Hari Guru bukan sekadar memberi hadiah mahal. Apa yang penting adalah keikhlasan dan penghargaan kepada insan yang mendidik jiwa dan akal ...