Pages

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Saturday, 4 March 2017

5 Cara mendapat keberkatan ilmu

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..

Dah lama tak update blog, busy sikit dengan  sem ni..Its okay..

Dy nak kongsikan sedikit tips hasil dari dengar ceramoh..


Cara mendapat keberkatan ilmu:

1.Doa
-Berdoalah.doa senjata orang Islam. Berdoa  untuk ibu bapa,guru-guru,rakan-rakan dan semuanya sekali.
-Minta supaya ibu bapa doakan kita.


2.Jaga ibadah
Jangan sesekali pernah tinggal solat.Solat tiang agama,apabila jatuh sebelah tiang maka jadi sendeng la kamu.Disiplinkan diri supaya solat diawal waktu .


3.Jaga makan ,jaga hati
Pastikan apa yang kita makan itu halal,bersih dan elakkan makan makanan yang tidak baik seperti hati ,limpa ,otak udang dan sebagainya.
Jangan sesekali sakiti hati orang sekeliling kita,pasti tidak akan aman hidup kamu keberkatan apatah lagi.

4.Tegur dan ucapkan  terima kasih kepada guru yang pernah mengajar.
Ucapkan terima kasih kepada mereka.Sekurang-kurangnya bagi lah salam kalau terserampak kat mana-mana .

5.Bertawakal setelah usaha
Bila kamu dah usaha untuk berjaya ,peringkat akhir sekali bertawakallah kepada Allah Yang Maha Esa

Saturday, 25 February 2017

Elakkan diri dari dirogol jin.

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..

Sesiapa yang selalu sangat kena tindih semasa tidur tu hati-ii lah ye.. Mungkin sampai satu tahap  bukan setakat kena tindih tetapi lebih pada tu..faham kan? Kalau korang pernah dengar cerita mengandung tanpa suami (bukan anak luar nikah) , mengandung 11 bulan tup-ii hilang baby dalam perut dan sebagainya.Mungkin ada yang mengatakan .. tu semua mengarut.. mitos dan bla bla ..
But,dy yakin.. tiada yang mustahil..


Ini beberapa cara yang dy nak kongsikan

Cara Elakkan diri dari dirogol jin/syaitan:

1.Sebelum tidur baca surah 3 Qul , dan tiup pada tapak tangan lalu sapukan .Baca doa tidur.
Tambahan: Baca ayat kursi, basmallah 21,doa haikal (7doa tu).Pakai seluar/kain menutup semua kaki ..


2.Berpuasa.
Ketahuilah bila kita berpuasa,syaitan/jin tidak suka berdamping dengan kita. Puasa juga dapat menahan dari nafsu yang jahat.

3.Rukyah.
Ada sesiapa berani rukyah diri sendiri? nak tahu cara mengesan jin dalam badan kita? boleh pm di ig:cikdylah. Namun,sebaiknya korang pergi berjumpa dengan ustaz2/ahli pakar perubatan Islam. Jangan bagi jin/syaitan menguasai/bersarang dalam badan.


4.Jangan tidur diruang tamu.
Ini dy tak berapa pasti sama ada betul atau tidak.. tapi apa yang dy tahu.
Syaitan/jin ni suka  berjalan diatas tengah palang(atas syiling/kayu di atap) .

5.Jangan Mandi  tanpa berpakaian.
Pakailah kain basahan semasa mandi bagi mengelakkan jin/syaitan terpikat dengan anda.

Kalau tak faham boleh bertanya, mungkin penyampaian dy yang memeningkan anda huhu..

Apa yang dy nak cakap ni mungkin isu sensitif tetapi tahu tak?

Disebabkan perkara ni, kemungkinan sesiapa yang dirogol oleh jin/syaitan akan kehilangan 'maruah'nya tanpa sedar atau tidak sedar sama ada lelaki atau perempuan.

wallahualam.

Friday, 17 February 2017

Tips Mengajak Ibu,ayah,keluarga yang keras kepala untuk bersolat.


Assalamualaikum wb
Salam sejahtera.

Terima kasih telah mengklik entry ini.

Bila dalam keluarga kita ,ada yang tak reti mengaji tapi tak nak belajar..apa nak buat?
''Kawan Dy ada cerita yang ayahnya tidak pandai mengaji tetapi tidak mahu belajar. Ada juga dia dan ibunya ajak supaya belajar tetapi dia enggan kerana takut maruah dia jatuh.''

Wahai para lelaki sekalian.Tidak kasihan dengan anakmu yang sangat menginginkan perubahan yang lebih baik dari kamu?
Maaf sebab ketika itu,dy buntu nak bagi jawapan apa.Apa yang dy nasihatkan hanyalah menyuruh dia untuk berdoa dan berdoa .Jangan berputus asa.

Dy ada kumpulkan perkara yang difikirkan sesuai dilakukan untuk mengajak keluarga yang tidak pandai  mengaji  tetapi tidak mahu belajar terutamanya  solat.


1.Berdoa.
Tiada apa yang boleh membatasi dengan doa.Jika Allah kehendaki pasti tertunai.Jika Allah kata sebaliknya wallahualam.Teruskan berdoa supaya mereka berubah.Dalam pada masa yang sama jadi motivasi terhadap kita supaya istiqamah.

2.Nasihatkan.
Ibu atau bapa yang malas untuk solat nasihatkan supaya mereka solat.Luangkan masa bersama mereka untuk bercerita tentang hal-ii keagamaan.Kalau free tu cuba sekali sekala, buka video ceramah azab api neraka untuk orang yang tak solat.Walaupun mereka sibuk buat kerja lain,pasti secara tidak langsung mereka akan terdengar dan tersentuh walau untuk beberapa saat.


3.Menjadi contoh.
Anak seharusnya pandai memainkan peranan dalam mengambil hati ibu bapa dalam mengajak ke arah kebaikan.Anak boleh mengajak ibu bapa solat jemaah bersama-sama.Pasti ada ibu bapa yang memberikan alasan seperti penat,sibuk,uzur 24 jam dan sebagainya.Jangan sesekali putus asa!Sebagai anak, pasti kamu ingin bersama ibu bapa kamu berjaya diakhirat bukan? . Solatlah...

4.Bersembang.
Rapatkan diri dengan mereka.Ada anak yang tidak begitu mesra dengan ibu bapa.Mungkin disebabkan ibu bapa yang sibuk atau anak yang sibuk dengan pelajaran.Apabila kamu rapat dengan mereka,pasti lebih mudah untuk kamu sembangkan tentang hal yang lebih mendalam.Gunakan kata-kata kiasan yang tidak menyinggung perasaan mereka.Kita perlu hormati mereka juga walau bagaimanapun sikap mereka.

5.Bersabar.
Dalam hal ini, banyakkanlah bersabar  jangan putus-ii  untuk usaha. Ego yang pecah pasti akan lentur juga suatu saat nanti.


Kesimpulannya, sesiapa yang mempunyai keluarga yang liat untuk solat dan belajar mengaji banyakkan berdoa dan usaha .Semoga Allah makbulkan apa yang hajati untuk berjaya didunia dan akhirat.

Jika ada tambahan tips lain bolehlah komen dibawah ini 🌼

Monday, 6 February 2017

Kalimat Tammah-Penjelasan

Assalamualaikum wb.

Ketika  Rasulullah s.a.w.  sedang  dalam perjalanan  ke Israa',  sebelum sampai  ke tempat yang ditujui  tercium  olehnya bau  yang harum  , bau Masitah  penyisir anak  Firaun .Di situ  Nabi s.a.w.  melihat Afrit  yang mengikuti   dari belakang  dengan ubur api  pembakar kebenaran   hendak  membinasakan   Rasulullah  s.a.w.  Malaikat   Jibrail mengajarkan   kalimat sakti  (Kalimat Tammah) untuk menolk  dan menghancurkan   Ifrit tersebut .Kalimat  itu dibaca  oleh Rasulullah s.a.w.  maka Ifrit tersungkur   jatuh di atas tanah   terbakar menjadi abu   oleh api obornya  sendiri  .Maka  dengan  ini kalimat   tersebut  dapat dipergunakan untuk mengusir  Ifrit dan  syaitan   yang hendak  melemahkan keimanan kita   dan untuk menghindarkan  diri dari kejahatan   manusia  yang mengikuti nafsu  syaitannya   dan dari segala   kejahatan apa saja   yang ada didunia ini.


Keterangan:

1.Kalimat yang sempurna:Kitab  Al-Quran yang berisi kalimat-kalimat  sakti tatacara pergaulan  ,ibadat ,anjuran ,peringatan ,keimanan,sejarah   berhikmat dan sebagainya.

2. Kejahatan yang turun   dari langit  :Bala ,wabak, udara  buruk , taufan ,petir ,riihul ahmar ,kuman-kuman ,penyakit  yang berterbangan  di udara dan sebagainya.

3.Kejahatan yang naik ke langit : Catatan  amal buruk  yang membawa  naik oleh Malaikat -malaikat  ke langit , ruh orang-orang jahat, iblis yang mencuri  berita  di langit  dan sebagainya.

4.Kejahatan  yang  terjadi  di muka bumi: Gangguan syaitan, jin dan manusia , binatang buas,kezaliman ,hasut,fitnah,buruk sangka,niat jahat,peperangan dan sebagainya.

5.Kejahatan  yang terkeluar  dari bumi: Gempa bumi,gunung berapi, gas beracun ,binatang-binatang   yang keluar  dari bumi , berbisa dan sebagainya.

Thursday, 2 February 2017

Ayat Kursi

 
Assalamualaikum wb

Ayat Kursi diturunkan  pada suatu malam setelah hijrah .Menurut riwayat ,ketika ayat Kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu  malaikat sebagai pengantarnya,kerana  kebesaran  dan kemuliaannya.Syaitan  dan iblis   menjadi gempar  kerana adanya suatu alamat yang  menjadi perintang  dalam perjuangannya .Rasulullah  s.a.w. segera memerintahkan  kepada   menulis Al-Quran  iaitu  Zaid bin Tsabit r.a. agar segera  menulisnya  dan menyebarkannya  .

     Ada   terdapat sembilan puluh lima buah hadis  yang menjelaskan fadilat ayat Kursi, kerana di dalamnya  terdapat  perkataan Kursi , ertinya  tempat duduk yang megah  lagi yang mempunyai martabat.

     Dan bukan  yang dimaksud  dengan Kursi   ini tempat  duduk Allah s.w.t. ,tetapi  adalah Kursi  itu adalah syiar  atas kebesaran  Allah s.w.t. .

    Allah s.w.t. jadikan  Kursi meliputi  tujuh lapis langit dan bumi ,kebesaran  tujuh lapis langit dan bumi jika digandingkan dengan  kebesaran Kursi adalah seumpama  serumpun pohon ditengah padang  pasir  yang luas .Disamping kiri dan kanan Kursi yang megah  itu dijadikan  pula beribu-ribu Kursi  yang kecil untuk menambah  keindhan  dan kemegahannya , duduk  pada tiap-tiap Kursi itu Malaikat  yang menulis  pahala orang yang membaca ayat Kursi itu.

Tuesday, 31 January 2017

Mengapa kita perlu berdoa?

Assalamualaikum wb


Mengapa kita perlu berdoa?
Berdoa ertinya bermohon dan Allah s.w.t. menggalakkan kita sentiasa berdoa kepadaNYA .Tetapi bagi orang yang sombong dan bongkak jarang sekali hendak berdoa .Dia akan berdoa ketika kesempitan ,lupa dia hendak berdoa apatah agi bersyukur kepada Allah s.w.t. .

Orang yang mahu berdoa ertinya orang yang mahu menjalankan perintah Allah s.w.t. ,kerana amalan berdoa itu sebagai satu usaha manusia dalam bentuk yang tidak nampak oleh mata yang zahir.Sebaliknya usaha-usaha yang dikerjakan tanpa berdoa kepada Allah s.w.t. dianggap sia-sia saja, sementara berdoa saja tanpa usaha ,merupakan roh tanpa badan .

Sesungguhnya doa mempunyai kekuatan dan keajaiban tersendiri , dan pada saat-saat tertentu doa berperanan lebih jauh dari amalan nyata....

Khasiat surah Al-Falaq dan surah An-Naas

Assalamualaikum wb.

Khasiatnya:

1.Aisyah r.a. menerangkan: Bahawa Rasulullah s.a.w.  pada setiap malam  apabila   hendak  tidur, beliau membaca  surah Al-Ikhlas,surah Al-Falaq  dan surah An-Naas.Ditiupkan  pada  kedua  tapak tangan kemudian  disapukan ke seluruh tubuh  dan  kepala.

2. Sayyidina Ali r.a.  menerangkan :Pernah Rasulullah  s.a.w. digigit    kala,kemudian  beliau mengambil air garam .Dibacakan  surah Al-Falaq   dan surah An-Naas  lalu disapukan  pada anggota yang digigit  kala tadi.

3.Uqbab bin Amir menerangkan :ketika saya sesat di jalan dalam suatu perjalanan bersama  dengan Rasulullah s.a.w. beliau membaca surah Al-Falaq dan An-Naas dan akupun disuruh beliau juga membacanya.

4.Barangsiapa  terkena penyakit  kerana perbuatan syaitan  atau manusia ,hendaklah  membaca Al-Falaq dan An-Naas  sebanyak 41 kali .Tiga , lima hari ,atau tujuh  hari berturut-turut .

5. Siapa takut  akan godaan  syaitan  atau manusia  atau takut  dalam kegelapan ,malam ,atau takut  kekejaman Raja ,bacalah surah Al-Falaq  dan surah An-Naas  sebanyak 100 kali.

6. Uqbab menerangkan ,Rasulullah  s.a.w.  berkata kepada daku :Mahukah kuajarkan kepadamu dua buah  surah tidak  terdapat  bandingannya  dalam  Zabur,Taurat dan Injil?'' Saya menjawab :''Baiklah  ya Rasulullah .'' Kemudian  Rasulullah  s.a.w.  membaca  surah Al-Falaq dan surah An-Naas.

sumber:blog lama Dy

Idea Hadiah Hari Guru

 Hari Guru bukan sekadar memberi hadiah mahal. Apa yang penting adalah keikhlasan dan penghargaan kepada insan yang mendidik jiwa dan akal ...