Pages

Saturday, 27 December 2014

Basic untuk Power point

Assalammualikum...petang ni  nak buat tutorial sikitlah...Tutorial simple jer....
Basic untuk buat power point...mungkin ada budak-budak sekolah rendah yang baru nak belajar...kalau ada kekurangan sori k...


Design banyak di situ...korang boleh pilih....kalau nak buat sendiri pun boleh jugak ...
Animation tu untuk pergerakan slide korang..


.Table tu untuk buat jadual...
Contoh kalau korang nak buat background atau letak gambar pun boleh letak kat picture..



Aku terangkan sikit jer..sebab korang boleh baca sendiri...ada apa-apa pertanyaan silalah bertanya :)
Bye ^_^

Wednesday, 24 December 2014

Tutorial nak tulis blog

Assalammualikum...hollaaa
Sehat ker?? Aku selsema time-time hujan ni...tak selesa...
BTW Selamat menunaikan solat maghrib yer kepada readers yang Islam :)
#Prayforpalestin
#PrayforFlood
#PrayforIslam

Tips nak tulis blog tapi aku main hentam jer...:
-Cuba korang  buat isu terkini tapi terbuktilah kesasihannya...tapi jangan wat gosip ...dosa-dosa...
-Tentang diri korang,,,tapi jangan terlalu sifat terbuka...bahaya jugak...
-Pelajaran...
-Tutorial
-Fakta-fakta yang bernas
-Motivasi
-Cerita
-Novel/cerpen/drama
-Banyak lagiiii.
Kalau nak tulis blog cuba tulis pagi-pagi sebab masih banyak idea  yang freshh...

Korang wat pe??Hari ni tak tahu nak buat pe...so aku nak buat tutorial paling simple...seseimpllllleeee   gilerrwwwsss....
Tutorial nak  update blog...


Gambar Buruk


Ok,,simple jer kan..
1.Fikirkanlah tajuk yang korang nak buat tu... dan taip kat title tu...
2.Tulislah sampai kering otak  korang haha
3. Save  tanpa publish korang nak draft....simpan dulu
4.Publish-untuk siarkan kat readers...


Kalau tak faham tanyalah...senang sangat kan...saja jer...hahahah 
Selamat mencuba ^_^
bye assalammualikum :)





Tuesday, 25 November 2014

Cerita pendek:Hilangnya perpisahan ini.

Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh..Herm memandangkan sekejap lagi aku kena pergi jugak..Kena la sediakan plastik...Aku nak buat story  separuh rekaan dan separuh betul sikit kat entry kali ni kay...hahah mestilah cerita hantu/pembunuh..aku kan minat citer gitu...Okey  just reading...perhatian:aku tak menggunakan bahasa melayu yang betul...

''Anita,Mira, Ajim...petang nanti jangan lupa seperti yang dijanjikan ok?''kata Nas kepada sahabat karibnya.
''Kami tak lupa pun,cuma kau tu jer la. Jangan bawak barang macam nak pergi setahun lak.'' sindir Ajim .
''Hahaha''.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seperti yang telah dijanjikan mereka pun pergi ke tempat yang ingin dituju.Sebenarnya  ini untuk kajian sains mereka.Mereka terpaksa mengkaji tentang hidupan yang jarang ditemui sekarang ini.Mereka terpaksa berjalan kaki masuk ke dalam hutan berdekatan kampung mereka kira-kira 25 minit baru mereka sampai.Dalam perjalanan Si Nas terlihat kawasan perkuburan cina lalu dia  bertanya  ''Mira ,kat sini memang dah lama ker ada perkuburan cina tu?''

''Apa lah yang kau merepek ni,Mana la ada,Orang cina pun tak da kat kawasan ni ..macam mana  pulak jirat ada..ishh'' kata Mira pula.

''Oh ye ka,tak pelah''Nas terus berdiam diri dan berpaling kebelakang lalu kawasan jirat  itu sudah tiada lagi.. Nas berkata dalam hati''Perasaan aku jer kut,erm''

''Kenapa kau tanya Nas?''Tanya Mira pula.
''Saja jer.hehe''

Anita dan Ajim sudah lama jauh berjalan kehadapan sehinggakan mereka berdua tertinggal dibelakang.
''Weii,mana diorang ni .''tanya Mira.
''Ada la kut kat depan tu''
''Nantah kan kita dah sesat..tidakkkkkkkkkkkkk!''
''Apa pulak nak sesatnya,ni kan kampung kau.Takkan jalan ni pun tak hafal''.herdik Nas.
''Mana lah pernah aku masuk dalam hutan ni la..Aduhai hari dah la nak makin gelap ni''tangan Mira mula berasa menggeletar.
''Eh,kau ok tak ni.?''
''Tak tahulah.''
''Tak pe,kita duduk bawah pohon tu dulu.Kat sana tu ada sungai .Pergi lah ambik air sembahyang.''Kata Nas.
''Kau jerlah sembahyang.''Kata Mira pula.
Nas terus pergi mengambil wudhuk dan solat .Sesudah dia solat dia melihat Mira sedang menekup mukanya ke lutut sambil menangis .Nas menegur dengan memanggil nama Mira beberapa kali tetapi tidak pun dia menyahut.Nas berasa hairan dan cuba menghampiri Mira.
''Mira...Mira...kau kenapa nangis?''
Tidak semena-mena Mira terus memeluk Nas.Nas menolak bahu Mira lalu berkata .''Astaghirullahalazim,kau kenapa ni?''
Muka Mira pucat dan seakan mula ditumbuhi kesan parut,matanya lebam,biji matanya merah menyala   dan  mulutnya penuh dengan darah...Barulah Nas faham bahawa Mira telah dirasuk.
Mira mula ketawa dan mengilai..Nas pada mulanya tergamam terus mengambil sebiji batu dan membaca ayat-ayat al-Quran yang dia hafal lalu menyapukan batu itu ke kepala Mira .Mira terus melawan dan cuba mencekik Nas tetapi tidak berjaya.Nas mengambil batu itu dan terus meletakkan digigi geraham Mira.Akhirnya,Mira mula sedar teapi badannya amat lemah.Nas mengambil air dan merenjis kemuka Mira...

''Eh ,apa jadi ni?''tiba-tiba seorang perempuan tua bertanya kepada Nas.
''Nenek buat pe malam-malam kat hutan ni.Tolong kawan saya nek.Dia kena rasuk tadi.''
''Itu lah sape suruh datang ke hutan ni malam-malam kan  dah kena ganggu.Mari nenek tunjukkan jalan keluar''.
''Terima kaseh ,nek.''Nas tiada pilihan lain selain memapah Mira .Nas hanya mengikuti nenek itu.
''Nek,nampak tak kawan saya sorang perempuan dan sorang lelaki.Kami terpisah tadi''.
Nenek itu tidak menjawab pertanyaan Nas.Nas mendiamkan diri sahaja sambil memandang Mira yang separuh sedar itu.Setelah Nas melihat suatu cahaya terang jalan keluar,dia ingin mengucapkan terima kaseh kepada nenek itu..Belum sempat pun lagi Nenek itu telah pun hilang dari pandangan.

''Terima kaseh ,Ya Allah.''Nas melihat warung Pak Mat masih buka lagi dan meminta tolong darinya.

Akhirnya,Mira telah sembuh dan Nas meneruskan kajian  sainsnya.Mereka telah menikah setahun yang lalu kerana kealiman pada Nas.Amat menyedihkan Ajim dan Anita tidak ditemui.Kini ,telah 3 tahun berlalu.Kejadian 3 tahun lalu telah mengemparkan penduduk disitu.Lebih lagi kehilangan Anita dan Ajim...Semoga segala misteri ini dapat dirungkai dengan segera...

                                                  TAMAT

Info sehat ,Patutlah Lapar!

Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh...salam sejahtera dan hye....
Warghh tenang jer pagi ni kan hikhik....Okla korang pernah tak rasa  lapar waktu malam.Ni disebabkan korang mengambil makanan berlemak  tinggi sepanjang hari tu...Pemerhati dari Northwestern University dan Evanston Northwestern Healthcare,Amerika Syarikat menjelaskan pengambilan  makanan berlemak menganggu rutin tubuh.Inilah punca korang berasa lapar pada waktu tengah malam dan cenderung untuk makan snek...

Kredit:google
Nikmati telur secara sihat...
Siapa yang akan menolak hidangan telur?Ia sedap dan sihat.Namun begitu,pengambilan kuning telur harus dikurangkan.Satu tip untuk menikmati hidangan telur  hancur adalah dengan menggunakan  2 biji putih  telur dan 1 biji kuning telur...Putih telur tiada kandungan kolesterol ,manakala kuning telur tiada kandungan kolesterol.Mengurangkan sebiji kuning telur dapat mengurangkan  sehingga 59 cal kalori.Cubalah :D


Makan Salad untuk kurus
Puas  sudah berdiet tetapi masih gagal menurunkan berat badan? Cara terbaik adalah  dengan mengamalkan salad.Menurut American Journal of Clinical Nutrition ,berat badan seseorang itu boleh turun sehingga 33 peratus  lebih banyak jika  mengambil makanan rendah kalori  seperti sayur dan buah-buahan .Cara diet ini lebih berkesan daripada diet yang fokus kepada pengurangan jumlah  lemak dalam makanan.



kredit:google
Buah-buahan ganti gula
Untuk membantu menurunkan berat badan tanpa memberi mudarat pada tubuh .ambillah buah-buahan .Ia dapat  mengantikan gula dan memberi tenaga  secara semulajadi kepada tubuh .Tambahan lagi,tubuh memberi respon positif  terhadap kemasukan gula natural daripada buah-buahan.Makanlah nenas ,epal,lemon atau pic  untuk membantu menurunkan berat badan.


kredit:google

Kurangkan Garam
Sebuah kajian yang dijalankan oleh Consensus Action on Salt and Health di Britain,jumlah garam  dalam sepotong  piza adalah 12.3 gram! Jumlahnya dua kali melebihi kadar pengambilan  yang dibolehkan  untuk orang dewasa.Bayangkan pula jika kanak-kanak  yang mengambilnya?Oh,tidak! segeralah kurangkan pengambilan makanan segera :)



Sihat dengan makanan laut
kredit:google
Ikan dan udang adalah antara makanan terbaik untuk membantu tubuh mengahadam protein,lemak  tidak tepu dan omega-3.Sebelum memasak makanna laut  ini,pastikan ia datang dari sumber yang bersih.Ketika memilih udang atau ikan di pasar,belilah yang berada di atas timbunan ais  dan bukannya dalam ais yang telah cair.Jika mata ikan sudah merah ,ia bermakna ikan tersebut sudah tidak segar lagi.Bijaklah membuat pilihan!....


kredit:google
Snek Terbaik
Ada sejenis snek yang boleh diamalkan  untuk kekal sehat.Pilihlah snek  mentega kacang kerana ia merupakan cara yang efektif untuk mengawal rasa lapar  tanpa menambah  berat badan kerana ia memberi rasa kenyang lebih lama berbanding snek yang lain.






Sihat dan Langsing cara Jepun
kredit:google
Tahukah anda masyarakat Jepun mempunyai peratusan paling rendah bagi penghidap obesiti berbanding  negara-negara lain ?Sebuah buku  kesihatan berjudul ''Japanese Women  Don't Get Old Fat'',mendedahkan rahsia mengapa mereka boleh hidup sehat.Sudah menjadi amalan mereka untuk makan sepotong ikan,sayur rebus dan semangkuk nasi  sebagai hidangan berat mereka..Sepotong
buah diambil untuk pencuci mulut,Paling tidak mereka akan berasa kenyang dengan hanya mengambil shushi.Mereka juga makan dalam kuantiti sedikit.Sebab itulah  mereka langsing dan sihat!...

Okela bye..semoga bermanfaat ^_^

Cara nak buat perkataan ikut cursor.

Assalammualikum...salam sejahtera dan hye.... :)
Alahai ,,,aku tak boleh nak tidur lah...so aku nak share skit tentang  cara nak buat perkataan ikut cursor... Korang boleh klik ke link ni....Abang ni memang sempoii...Kalau dah siap jangan lupa bagitahu ea hhahah...okela bye :)

Monday, 24 November 2014

Kenapa awak suka saya??

Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh...salam sejahtera dan hye..
Oke aku nak tanyalah satu soalan ...soalannya memang  paling koman sekali bagi sesiapa yang suka kat seseorang atau jatuh cinta....

                                         Kenapa Awak suka saya??

Alahaiii...soalan simple jer..tapi  mampu ker kau jawab *opssss maaf bukan ''kau'' korang '' hekhek
Contohla korang  suka dia adakah disebabkan wajah dia  semata-mata  atau disebabkan hati dia....
Kalau muka Hensem/cantik sekalipun tapi perangai Mashaallah....tak da guna jugak lastly korang jugak yang frustt... tapi mungkin boleh bagi masa untuk berubah...tapi selama mana ...korang pernah rasa x belum ada apa ikatan halal pun lagi diorang dah mula buat perangai ,boleh ker bahagia dengan orang macam tu??
Lebih baik muka tak hensem/kacak pun tapi hati dia baik...ikut perintah Allah...tapi zaman sekarang pun kena hati-hati jugak ... banyak yang munafik...apa yang penting kita kalau nak cari yang terbaik kenalah jadi yang terbaik jugakk...

Persoalannya kenapa awak suka saya?? dah kalau suka kat seseorang perlu ker dengan sebab...erm...Doakan semoga orang yang kita suka tu bahagia..Jual mahal sikitt.jangan merendahkan martabat kamu wahai kaum wanita dengan lelaki yang belum pasti menjadi milik kamu...apa yang penting adalah teruskan perjuanganmu dan capai cita-cita mu...Jodoh tu kalau Allah dah tentukan takkan kemana ...Aminnn..
Dapatkan cinta Allah dulu baru cinta manusia... :D Sabarlah dengan sikap orang sekeliling kamu yang sering ingin melihat penderitaan kamu ...La Tahzan Innalaha Maana :))))

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik kan dan mestilah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik....Insyaallah  :)


Okela bye... :D

Tutorial :Cara nak letak Blogskin.

Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh...salam  sejahtera dan hye...Kali ni aku nak buat tutorial tentang cara nak buat background blogskin..

1.Mulanya klik blogskin.



2.Pilih mana-mana background yang korang  minat dan klik
...Tekan preview  dulu untuk korang tengok samada berkenan atau tak...

3.Kalau dah pilih tekan Blogger Main untuk mendapatkan code tersebut.

Copy paste kan semua code tersebut...

4.Pergi ke  Revert to classic template   dan masukkan code tadi.
Jangan lupa sebelum tu  tukar yang mana patut...


5.Save dan preview untuk lihat hasilnya...



Selamat mencuba ,Kalau ada yang tak faham silakan bertanya hehe dan bye ^_^

Cara nak buat anak panah comel

Assalammualikum dan salam sejahtera.First tutorial aku...  Cara nak buat anak panah yang cantik-cantik...

1.Klik  Totallyfreecursor
2.Pilih  mana yang korang suka dan dapatkan kod..
3.Klik pada gadget dan add di HTML/Javascript.
4.Copy dan paste kode tadi di ruangan add gadget tu.
5.Preview  dan save tengok jadi ker tak....


Okelah tu jer senang kan ...selamat mencuba ^_^

Rawatan dan langkah pencegahan Lutut berbunyi

Assalammualikum dan salam sejahtera...ini antara cara rawatan tulang rawan rosak...Sambungan entry  tentang Lutut berbuyi. kalau belum baca klik sini..


Cara Rawatan Tulang rawan ni antaranya...

Tanpa pembedahan:

 1.Fisioterapi
-Latihan untuk menguatkan otot berkaitan atau menyokong sendi membantu mengurangkan tekanan pada sendi dan kesakitan
  
  2.Ubat-ubatan
-Ubat steroid anti radang aspirin atau ibuprofen boleh membantu mengurangkan bengkak dan sakit.

  3.Penggunaan alat bantuan.
-Antaranya ialah leg brace


  4.Perubahan gaya hidup
-Mengurangkan aktiviti membabitkan sendi yang terjejas.


Rawatan dengan Pembedahan:
-Pembedahan ini mengikut peringkat masalah korang...Antara popular ialah  microfracture iaitu teknik menggalakkan pertumbuhan rawan baru...Ia adalah teknik paling umum menggunakan arthroscopic....Kawasan rawan itu akan ditebuk supaya ia berdarah /Walaupun ia mampu menghasikan rawan baru tapi ia takkan tahan lama dan tak memiliki ketahanan seperti yang asal.Teknik terbaru iaitu articular cartilage scafold with stem cell.Ia melibatkan  pembentukan tisu rawan menggunakan scaffold hyalofast dan disuntik stem cell pesakit....Tisu tersebut akan diletakkan pada bahagian rawan yang telah  rosak menggunakan teknik arthroscopic .Tisu tersebut akan menghasilkan rawan yang baru..


Apa pun jumpa doktor dulu yerkk :))
Langkah pencegahan:
1.Menjaga berat badan
2.Senaman ringan
3.Sesuaikan umur dengan senaman.
4.Elakkan luka di sendi


Oke itu jer dari aku...bye semoga bermanfaat ^-^







Awas!!!Lutut berbunyi....

Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh,salam sejahtera... dan hye??? :)))))

Korang pernah tak alami lutut ''berbunyi''.Contoh time korang buat sesuatu pergerakan tetiba lutut berbunyi...Sebenarnya itu adalah salah satu tanda korang mengalami  masalah tulang rawan rosak.

Antara Simptom kerosakan rawan ialah:
 Sakit pada sendi
 Sendi bengkak
 Lutut berkunci (lock knee) iaitu sendi lutut tidak boleh diluruskan
Lutut juga mungkin berbunyi ketika bergerak terutama jika rawan di belakang kepala lutut rosak.


Fungsi rawan ini adalah untuk memastikan tulang  bergeseran tanpa  rasa sakit walaupun ketebalannya hanya beberapa milimeter saja...Rawan artikular berfungsi untuk meminimumkan tekanan apabila korang bergerak..Ia jugak sebagai penyerap kejutan.

Kenapa tulang rawan rosak???kenapa??kenapa??? heheh meh biar aku jawab... ia adalah disebabkan  osteoarthritis dan selalunya kena pada orang yang berusia.Kalau golongan muda tulang rawan rosak barangkali sebab sukan .Kecederaan rawan ni jugak boleh kena pada golongan kanak-kanak tau...Mungkin disebabkan jangkitan kuman pada sendi misalnya septic arthritis.Selain kanak-kanak ,septi arthritis ni boleh dialami oleh pesakit tibi,HIV,diabetes,gout dan rheumatoid arthritis (RA).


Rawan adalah tisu kuat yang fleksibel sifatnya dan ade kat seluruh tubuh .Pesakit selalunya kena pada lutut  dan menganggu pergerakan seharian korang...

h
✉ Rawan maniskus -penyerap kejutan antara bahagian atas tulang paha (femur) dan tulang dibawah kaki ialah (tibia).
✉ Rawan artikular-Berwarna putih bersinar yang menutup hujung kebanyakan tulang.


Siapa yang berisiko???

Atlet sukan yang banyak menggunakan  pergerakan sendi
Individu mengalami obesiti
Individu yang mempunyai masalah lemah otot paha sejak kecil.
Individu yang sudah berusia
Individu yang sering mengangkat barang-barang berat.

Klik disini --->> RAWATAN-RAWATANNYA

Okla bye... :)


                                                         (◕^^◕)(◕^^◕)(◕^^◕)
l

Jangan salahkan Jam,OK??

Assalammualikum ....salam sejahtera...heheh  sapa suka bangun lewat tu?? tak elok tau...

Bangun tidur seawal 5 atau 6 pagi sebelum subuh lebih bagus..Fikiran kita akan menjadi lebih segar dan tubuh menjadi sehat.Jika bangun lewat mestilah korang akan tergesa-gesa dan mungkin jugak sehingga tertinggal solat subuhhhh ....Tindakan ini juga tak elok kerana akan membahayakan jantung...Tetapkan dalam minda dan berdoa serta kuncilah jam...Kalau terlewat jugak jangan salahkan jam...tapi salahkan diri sendiri ...sapa suruh tidur mati hehehe jangan salahkan jam, ya?? :D

Okela bye :D

Idea Hadiah Hari Guru

 Hari Guru bukan sekadar memberi hadiah mahal. Apa yang penting adalah keikhlasan dan penghargaan kepada insan yang mendidik jiwa dan akal ...