Pages

Monday 24 November 2014

Awas!!!Lutut berbunyi....

Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh,salam sejahtera... dan hye??? :)))))

Korang pernah tak alami lutut ''berbunyi''.Contoh time korang buat sesuatu pergerakan tetiba lutut berbunyi...Sebenarnya itu adalah salah satu tanda korang mengalami  masalah tulang rawan rosak.

Antara Simptom kerosakan rawan ialah:
 Sakit pada sendi
 Sendi bengkak
 Lutut berkunci (lock knee) iaitu sendi lutut tidak boleh diluruskan
Lutut juga mungkin berbunyi ketika bergerak terutama jika rawan di belakang kepala lutut rosak.


Fungsi rawan ini adalah untuk memastikan tulang  bergeseran tanpa  rasa sakit walaupun ketebalannya hanya beberapa milimeter saja...Rawan artikular berfungsi untuk meminimumkan tekanan apabila korang bergerak..Ia jugak sebagai penyerap kejutan.

Kenapa tulang rawan rosak???kenapa??kenapa??? heheh meh biar aku jawab... ia adalah disebabkan  osteoarthritis dan selalunya kena pada orang yang berusia.Kalau golongan muda tulang rawan rosak barangkali sebab sukan .Kecederaan rawan ni jugak boleh kena pada golongan kanak-kanak tau...Mungkin disebabkan jangkitan kuman pada sendi misalnya septic arthritis.Selain kanak-kanak ,septi arthritis ni boleh dialami oleh pesakit tibi,HIV,diabetes,gout dan rheumatoid arthritis (RA).


Rawan adalah tisu kuat yang fleksibel sifatnya dan ade kat seluruh tubuh .Pesakit selalunya kena pada lutut  dan menganggu pergerakan seharian korang...

h
✉ Rawan maniskus -penyerap kejutan antara bahagian atas tulang paha (femur) dan tulang dibawah kaki ialah (tibia).
✉ Rawan artikular-Berwarna putih bersinar yang menutup hujung kebanyakan tulang.


Siapa yang berisiko???

Atlet sukan yang banyak menggunakan  pergerakan sendi
Individu mengalami obesiti
Individu yang mempunyai masalah lemah otot paha sejak kecil.
Individu yang sudah berusia
Individu yang sering mengangkat barang-barang berat.

Klik disini --->> RAWATAN-RAWATANNYA

Okla bye... :)


                                                         (◕^^◕)(◕^^◕)(◕^^◕)
l

No comments:

Post a Comment

Kisah Seram Misteri Apartment

     Di sebuah apartmen kecil di pinggiran kota, Lisa dan Anis tinggal bersama sebagai teman serumah. Mereka telah bersama selama beberapa b...