Pages

Friday, 7 August 2020

Pengalaman Seram :Pekerjaan Security Vs Makhluk Halus PART I

Assalamualaikum wb, hari ini aku akan menceritakan sebuah pengalaman 'manissssss' haha yang pernah aku lalui.

Iklan jap ha :Aku menghabiskan masa hampir satu jam,dapatkan balik account blog ni .😂Kenapa kalian tak beritahu,dah ubah semua setting  hukhukhuk😢


               Selepas STPM, seperti ada sesetengah yang tahu,dulu aku pernah bekerja di sebuah Hospital sebagai Security Guard. Seperti yang kita tahu , Hospital terdapat banyak darah, bilik mayat dan ramai juga yang tewas meninggal dunia dengan pelbagai penyakit. Belum lagi yang sememangnya bukan hanya sakit fizikal luaran  sahaja dan hanya boleh dikesan dengan mata batin. Aku ada jaga beberapa post (jaga kawasan) . 2 post perempuan dan 4 post lelaki. It mean , ada 6 post kesemua yang pernah aku merasai kehadirannya keh keh .

Jadi waktu malam,Hospital aku kerja ni,dia agak sunyi sikit.Ada orang meriah sikit kat ruang kecemasan je.tu pon kalau dah masuk 1-5 pagi,dalam 2 atau 3 orang je yang ada pesakit datang,kadang tak da langsung.


CERITA 1:

Masa ni hari  pertama aku kerja kat sini tau.(ni kerja pertama aku selepas STPM).Hari pertama tu aku kena jaga di post Labour Room/wad bersalin *tak ingat nombor dah hehe.masa ni kekok lagi  dengan rasa awkward sorang-sorang ,dengan ramai pekerja lelakinya .Huhu pekerja perempuan hanya 2 orang setiap shift sahaja ya hehe. Aku paling termuda kat situ  hikhiks.Nasib masa first day ,keje shift waktu siang masa tu. Kalau malam tak tahulah lagi hehe.Tapi kau jangan ingat aku tak kena ganggu pulak..hmm tapi tak seteruk  yang lain la kot *rasa sama je ngeh2*

Masa aku duduk kat post aku tu,ada nurse tu borak dengan aku.Dia tanya macam-macam .Dari berkenalan ke seakan menakutkan aku huhu.Then,dia masuk balik ke dalam bilik LR.Aku jaga luar pintu tau ,pintu utama LR.

Tak lama tu,aku dengar bunyi kat bilik LR tu. Bunyi suara  orang borak-borak, tapi tak berapa jelas apa yang dibualkannya.Selalunya kalau orang kat dalam,jarang dengar suara kat luar.Melainkan suara menjerit atau menangis.Tiba-tiba,akak nurse tu buka pintu luas2 ,Bukan pintu pesakit selalu masuk tu,Tapi pintu kecil berhadapan  dengan kaunter aku duduk ,Menghadap aku je pintu tu.

Dia duduk depan pintu tu.Aku tak tanya pon apa-apa kat dia.Aku rasa faham dah tengok muka akak nurse tu pon rasa macam sesuatu sangat.muka dia takut pucat.huhu.Tapi,aku pelik dia duduk ramai-ramai dalam tu takkan  takut jugak kan.Akak tu buat keje lagi kat pintu tu .tulis apa ntah ada la tu kerja dia hehe.

Tiba terlintas lak hati aku nak tanya ; 

                               ''Kak nurse,kawan akak ada pesakit ke kat  dalam tu?''

Dia geleng-geleng jer,buat muka pelik sambil takut sikit dia pandang aku huhu.Jahat nau aku pergi tanya lagi...adoiii ahahaha.Aku tak tahulah aku positif atau lurus masa tu ahahaha.

Pukul 2 petang tu ( tak silap),ada akak nurse sorang lagi masuk kerja dalam LR. Aku pelik sebab  ingatkan dia yang kat dalam akak tu borak . Rupanya bukan suara  akak  yang baru datang tu atau suara  akak yang ada dengan aku tu. So,faham-faham jela hehe

Jadi aku dah faham dah kenapa  akak tu takut  sangat sampai duduk tarik kerusi kat pintu, dengan aku tanya kawan dia kat dalam  dia buat muka cuak .macam lawak pon ada,positif sangat aku masa tu ngeh3.


-PART I TAMAT-


SAMBUNGAN PART II

Saturday, 23 May 2020

Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy



Jempot join guys.selamat bersegmen.


Berlalu ramadan

Alhamdulillah,setelah 30 hari umat Islam berpuasa  tak terasa esok sudah  bulan Syawal.
Esok hari raya planning apa?
Jangan lupa mandi sunat hari raya esok okay.
Jangan sedih2 mana yang tak dapat balik kampung tu.Insyaallah lepas berakhirnya covid ni  bolehlah jumpa keluarga,sanak saudara .Doakan kay.

Selamat Hari Raya.Maaf zahir dan batin.
Mana yang nak bagi duit raya tu boleh minta no akaun kay heheheheh *gurau dimalam hari raya*



Akhir kata,
Jaga Jarak.
Stay At Home.
Makan rendang banyak2 k,hihiks.

💓SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI💓

Friday, 22 May 2020

Lirik Lagu Setanggi Syurga .Khai Bahar dan Inteam

Percaya kata janji Mu
kerna ku yakin apa di gengam Mu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang meniPU
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernanung
 kerna awan itu rapuh..


Bahagia buat mereka
yang bertemu cinta yang teragung
yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan  membakar
Oleh putih salju yang berguguran
kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Disana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata Janji Mu
Kerna ku yakin apa di gengam Mu
Keharuman setanggi syurga bukan kilauan sebilah bltai
Kata janji Mu
Seharum setanggi syurga..

Friday, 10 April 2020

Hai.

Assalamualaikum ,hi.
Bagaimana korang duduk rumah tu okay tak?Harap banyak habiskan masa dengan perkara berfaedah ya.Banyakkan berdoa supaya wabak ini segera hilang.Insyaallah Amin..

Friday, 6 March 2020

Khasiat Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas

Assalamualaikum wb.
Okay hari ni Dy nak kongsikan sedikit khasiat Surah Al-Falaq dan Surah An Naas.Moga bermanfaat.😃

Khasiatnya:

1.Aisyah r.a. menerangkan: Bahawa Rasulullah s.a.w.  pada setiap malam  apabila   hendak  tidur, beliau membaca  surah Al-Ikhlas,surah Al-Falaq  dan surah An-Naas.Ditiupkan  pada  kedua  tapak tangan kemudian  disapukan ke seluruh tubuh  dan  kepala.


2. Sayyidina Ali r.a.  menerangkan :Pernah Rasulullah  s.a.w. digigit    kala,kemudian  beliau mengambil air garam .Dibacakan  surah Al-Falaq   dan surah An-Naas  lalu disapukan  pada anggota yang digigit  kala tadi.


3. Uqbab  bin Amir menerangkan :Ketika saya sesat di jalan dalam suatu perjalanan bersama dengan Rasulullah s.a.w . beliau membaca surah Al-Falaq dan An-NAAS dan akupun disuruh beliau juga membacanya.

4.Barangsiapa  terkena penyakit  kerana perbuatan syaitan  atau manusia ,hendaklah  membaca Al-Falaq dan An-Naas  sebanyak 41 kali .Tiga , lima hari ,atau tujuh  hari berturut-turut .

5. Siapa takut  akan godaan  syaitan  atau manusia  atau takut  dalam kegelapan ,malam ,atau takut  kekejaman Raja ,bacalah surah Al-Falaq  dan surah An-Naas  sebanyak 100 kali.


6. Uqbab menerangkan ,Rasulullah  s.a.w.  berkata kepada daku :Mahukah kuajarkan kepadamu dua buah  surah tidak  terdapat  bandingannya  dalam  Zabur,Taurat dan Injil?'' Saya menjawab :''Baiklah  ya Rasulullah .'' Kemudian  Rasulullah  s.a.w.  membaca  surah Al-Falaq dan surah An-Naas.

Saturday, 29 February 2020

Update 2020

Assalamualaikum wb.
Ya Allah,lama tak update blog.Nak kata busy tu  adalah jugak tapi ada juga masa benarnya.hehe
Nak konsisten tu susah.

Alhamdulillah,sekarang dah sem 4.Pelbagai liku-liku dah tempuh dari perlbagai aspek.Betullah orang kata semakin meningkat dewasa,semakin banyak cubaan yang mendatang .Tetapi,perkara itu juga lah yang membuatkan kita terus semangat dan matang.Pelbagai kerenah rakan-rakan sama ada talam dua muka;depan baik,belakang mengata.Sama ada,sahabat baik yang sedia ada yang sangat memahami.Hidup merupakan sebuah perjuangan.Menjadi anak perantau jauh dari keluarga membuatkan apabila dekat lebih bermakna.Tiada apa ingin dihiraukan lagi selain hidup dengan tenang walau pelbagai halangan mendatang.Just positive and move forward.Biarkan apa yang buruk mendatang sekalipun kita mampu tempuhinya.Doakan kami berjaya menempuh sem ini dan dapat markah terbaik okay. 😁

Friday, 22 February 2019

Giveaway Cash Blogger Malaysia

Hello Blogger Malaysia!

Elih dengan kerjasama blogger Cik Akak nak berkongsi sedikit rezeki dalam Giveaway Cash Blogger Malaysia bermula pada 13 Febuari 2019 (Rabu) sehingga berakhir pada 27 Febuari 2019 (Rabu) jam11:59 malam.

Giveaway ini akan berlangsung selama 2 minggu sahaja, bloggers sekalian perlu cepat kalau tak nak terlepas peluang memenangi hadiah bertuah giveaway ini. "Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu"!



Syarat Penyertaan Giveaway & Hadiah Giveaway boleh semak di Blog Elih Japahar atau klik banner diatas.

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh www.elihjapahar.net [ Elih Japahar ] dengan kerjasama www.sweetyzhanieyz83.blogspot.com [ Cik Akak ]

** support giveaway ini ya, thanks!


22/2/2019

Assalamualaikum wb.
Hi, apa khabar semua?
Rasanya boleh lagi ni jika Cik D ucapkan Selamat datang 2019 heee😀



Sesiapa ada tips untuk uruskan bajet  yang amat baik bagi student? hee share2 la..


Terima Kasihhhh

Friday, 28 December 2018

Final Exam Sem 1

Assalamualaikum wb..


Ahad ini(30 disember 2018) bermulalah exam .Moga kalian doakan agar Cik Dylah dapat menjawab exam dengan tenang dan berjaya ok.Doakan untuk rakan seperjuanganCik Dylah sekali..Jasa kalian amatlah dihargai dan hanya Allah saja mampu membalasnya.😃



Moga Hidup Sentiasa Diberkati Allah😀😀😀

Wednesday, 28 November 2018

Kehidupan.

Assalammualaikum wb
Salam sejahtera.
Apa khabar semua?sihat tak semua?

Lama kan dah tak update...huhu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kehidupan sekarang, perlu dibiasakan lebih lagi bila kita perlu melakukan semuanya sendiri..Almaklumlah,kita semakin dewasa,pemikiran juga perlu matang.Takkan nak mengharapkan semuanya pada  emak ayah kita kan? hee..

Suka saya  dengan satu ayat ini

"Orang yang dah biasa HIDUP SUSAH dia akan biasa dengan kehidupan yang SUSAH ''

Kadang kita tak sedar, kita ada segalanya  ,kemewahan,kereta,motor,duit,emas berlian permata , makanan yang lazat tapi  bila kita masuk dalam satu alam yang berbeza dengan kehidupan yang dulu agak-agak korang boleh ke biasakan?Jawapannya dah ada depan mata aku sekarang..

Its okay,buat perlahan-ii okay?😃

Kita kenalah jimat duit kalau duduk di U ni..Banyak benda lebih diperlukan...

Jangan asyik shopping je..Rasanya,sudah memadai dengan baju korang di almari tu..Tak perlu rasanya setiap minggu asal tiada kelas pergi jalan-jalan kat luar...huhu ataupun pergi je jogging kan lebih sihat..😁Ya tahu duit korang...Cakap je,hee ajar berjimat.

Doakan Dy okay supaya dapat belajar dengan tenang  dan dapat bahagiakan mak dan ayah..Doakan juga kawan-ii Dy..😊😊😊

Idea Hadiah Hari Guru

 Hari Guru bukan sekadar memberi hadiah mahal. Apa yang penting adalah keikhlasan dan penghargaan kepada insan yang mendidik jiwa dan akal ...