Assalamualaikum ,Hi!
Dy ada godek-ii kat internet tentang kisah-ii mistik yang pernah berlaku
dulu-ii punya. Dy tertarik dengan satu kisah pemanggil misteri dalam
sebuah stesen radio (THR ) yang dialami DJ Isma Halil Hamzah pada 1990 an. Ada yang pernah dengar
tak kisah ni?? Ada macam-ii versi cerita ni. Dy pon confuse mana satu paling
tepat.Makin banyak buat research makin banyak versi...Huhu.
Kisah yang dialami oleh DJ Isma Halil dan semua pendengar yang dengar ketika itu kerana stesen radio ini membuat siaran secara langsung detik 12 malam . Memutarkan lagu diiringi dengan pemanggil akan bercerita.
Versi Pemanggil Lelaki.
Pemanggil itu membuat panggilan dan disahut oleh DJ Halil,pemanggil itu
bercerita ;Saya sedang memandu pada waktu malam
disatu Lebuhraya Karak Bersama isteri ,anak dan kedua ibu bapanya.Semuanya sedang tidur dan cuma dia
sahaja yang belum tidur .Pemanggil mengatakan dia sangat mengantuk .
Tiba-tiba ada satu lori yang hanya
mempunyai 1 lampu setentang dengan
keretanya .Tapi menghairankan lori tersebut dalam Lorong songsang .Pemanggil
tersebut sangat panik dan takut sehingga
tidak menyedari ada 1 lori lagi muncul dihadapan keretanya sehingga
terbabas ke dalam gaung.
Pemanggil itu mengatakan dia sangat sedih kerana kedua ibu bapanya meninggal
dunia , anaknya juga diikuti isterinya.Akhir sekali , pemanggil tersebut mengatakan dia juga mati ditempat kejadian .Bunyi
hilaian tawa mengakhiri panggilan tersebut. Panggilan tersebut terus terputus
dan DJ tersebut tidak dapat menyambungkan semula.Semua yang mendengar termasuk
DJ tersebut berfikiran ada panggilan nakal yang saja mengusik mereka.
Keesokkan harinya,sebuah artikel akhbar menceritakan sebuah kisah mengenai
berita kemalangan di kawasan yang sama seperti
diceritakan oleh pemanggil radio malam
semalam itu. Mangsa yang mati sama dengan gambaran yang diceritakan iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan ,seorang kanak-ii dan
dua orang warga emas.
Ini amat mengejutkan pendengar live semalam apabila mengetahui berita
tersebut termasuklah DJ Isma Halil.Dia mencari semula rakaman pemanggil
tersebut tetapi apabila diputarkan ia kosong,seperti tiada apa yang berlaku.
Versi Pemanggil Perempuan.
Lebih kurang sahaja dengan kisah diatas cuma pemanggil ingin meminta tolong supaya menyelamatkan mereka.Tetapi, apa yang mengejutkan pemanggil perempuan tersebut ditemui tertusuk sejurus kereta keluarganya masuk didalam gaung.Jadi,siapa yang membuat panggilan misteri tersebut?Tahun 1990 an kot mana canggih sangat. Laluan karak tu ada public phone ke hekhek
Kalau korang tengok kat youtube dah tersebar video panggilan.Tetapi yang
peliknya apa yang Dy research rakaman tu kosong.Mungkin juga dulu tak nak rakaman tu tersebar.Mungkin juga rakaman tu
dilakonkan semula.Huhu, so ada tak yang berada disituasi tersebut semasa
panggilan dj radio tersebut? Atau ada kisah sebenarnya yang paling tepat? Dy
memang nak tahu sangat.huhu
Okay,akhir kata Dy nak ingatkan dimana jua anda berada jangan lupa baca doa dulu sebelum melakukan apa-ii atleast 3 Qul okay.
Heee stay safe guys..Assalammualaikum wb.
Pengalaman Seram Pekerjaan Part II
No comments:
Post a Comment