Friday, 6 March 2020

Khasiat Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas

Assalamualaikum wb.
Okay hari ni Dy nak kongsikan sedikit khasiat Surah Al-Falaq dan Surah An Naas.Moga bermanfaat.😃

Khasiatnya:

1.Aisyah r.a. menerangkan: Bahawa Rasulullah s.a.w.  pada setiap malam  apabila   hendak  tidur, beliau membaca  surah Al-Ikhlas,surah Al-Falaq  dan surah An-Naas.Ditiupkan  pada  kedua  tapak tangan kemudian  disapukan ke seluruh tubuh  dan  kepala.


2. Sayyidina Ali r.a.  menerangkan :Pernah Rasulullah  s.a.w. digigit    kala,kemudian  beliau mengambil air garam .Dibacakan  surah Al-Falaq   dan surah An-Naas  lalu disapukan  pada anggota yang digigit  kala tadi.


3. Uqbab  bin Amir menerangkan :Ketika saya sesat di jalan dalam suatu perjalanan bersama dengan Rasulullah s.a.w . beliau membaca surah Al-Falaq dan An-NAAS dan akupun disuruh beliau juga membacanya.

4.Barangsiapa  terkena penyakit  kerana perbuatan syaitan  atau manusia ,hendaklah  membaca Al-Falaq dan An-Naas  sebanyak 41 kali .Tiga , lima hari ,atau tujuh  hari berturut-turut .

5. Siapa takut  akan godaan  syaitan  atau manusia  atau takut  dalam kegelapan ,malam ,atau takut  kekejaman Raja ,bacalah surah Al-Falaq  dan surah An-Naas  sebanyak 100 kali.


6. Uqbab menerangkan ,Rasulullah  s.a.w.  berkata kepada daku :Mahukah kuajarkan kepadamu dua buah  surah tidak  terdapat  bandingannya  dalam  Zabur,Taurat dan Injil?'' Saya menjawab :''Baiklah  ya Rasulullah .'' Kemudian  Rasulullah  s.a.w.  membaca  surah Al-Falaq dan surah An-Naas.

No comments:

Post a comment

Kenapa rasa lapar?walau dah makan?Baca ni..

 Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh...salam sejahtera dan hye.... Warghh tenang jer pagi ni kan hikhik....Okla korang pernah tak rasa...