Pages

Friday 27 January 2017

Awas! 9 Jenis syaitan..

Assalamualaikum wb..salam sejahtera..

Sumber daripada Aplikasi '' CERITA SERAM''

1.Murrah

Merosakkan dan melalaikan orang  yang suka mendengar muzik sehingga lupa kepada Allah.Mereka  ini tenggelam dalam kemewahan,kemasyhuran dan kegemilangan.

2.Masuud

Duduk di bibir manusia supaya melahirkan fitnah ,gosip,umpatan dan apa sahaja penyakit yang keluar kesan daripada kata-kata.

3.Lakhuus

Ia adalah sejenis syaitan yang adalah merupakan  sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

4.Haffaf

Syaitan yang suka  sangat berkawan dengan kaki botol.Ia juga suka menghampiri orang yang berada di tempat-ii maksiat seperti disko,kelab malam da tempat yang ada minuman keras.

5.Zalituun.

Syaitan jenis ini suka duduk dipasar atau kedai-kedai .Ia juga suka untuk menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-ii yang tidak perlu.

6.A'awan

Jenis syaitan yang suka menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat mereka. Mereka juga akan memastikan pemerintah itu terlena dengan kedudukan/kekayaan hingga mengabaikan kebajikan  rakyat dan tidak mahu langsung mendengar nasihat para ulama.

7.Wathiin

Syaitan jenis ini akan pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya mereka bersangka buruk terhadap Allah tentang segala permasalahan yang mereka hadapi.

8.Walahaan

Syaitan ini suka menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat serta ibadat-ibadat yang lain.

9.Daasim

Syaitan ini duduk di pintu rumah kita.Jika kita tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumah tangga (Suami isteri bercerai-berai,suami bertindak ganas,memukul isteri,isteri hilang pertimbangan menuntut cerai ,anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi)

No comments:

Post a Comment

6 Cara menguruskan tekanan yang boleh dicuba

 Assalamualaikum wb. Hai korang. Hari ni Dy nak kongsikan beberapa tips yang boleh dicuba untuk menguruskan tekanan.       Dalam mengelola t...