Pages

Tuesday 8 September 2020

Kenapa rasa lapar?walau dah makan?Baca ni..

 Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh...salam sejahtera dan hye....

Warghh tenang jer pagi ni kan hikhik....Okla korang pernah tak rasa  lapar waktu malam.Ni disebabkan korang mengambil makanan berlemak  tinggi sepanjang hari tu...Pemerhati dari Northwestern University dan Evanston Northwestern Healthcare,Amerika Syarikat menjelaskan pengambilan  makanan berlemak menganggu rutin tubuh.Inilah punca korang berasa lapar pada waktu tengah malam dan cenderung untuk makan snek...

Kredit:google
Nikmati telur secara sihat...
Siapa yang akan menolak hidangan telur?Ia sedap dan sihat.Namun begitu,pengambilan kuning telur harus dikurangkan.Satu tip untuk menikmati hidangan telur  hancur adalah dengan menggunakan  2 biji putih  telur dan 1 biji kuning telur...Putih telur tiada kandungan kolesterol ,manakala kuning telur tiada kandungan kolesterol.Mengurangkan sebiji kuning telur dapat mengurangkan  sehingga 59 cal kalori.Cubalah :D


Makan Salad untuk kurus
Puas  sudah berdiet tetapi masih gagal menurunkan berat badan? Cara terbaik adalah  dengan mengamalkan salad.Menurut American Journal of Clinical Nutrition ,berat badan seseorang itu boleh turun sehingga 33 peratus  lebih banyak jika  mengambil makanan rendah kalori  seperti sayur dan buah-buahan .Cara diet ini lebih berkesan daripada diet yang fokus kepada pengurangan jumlah  lemak dalam makanan.



kredit:google
Buah-buahan ganti gula
Untuk membantu menurunkan berat badan tanpa memberi mudarat pada tubuh .ambillah buah-buahan .Ia dapat  mengantikan gula dan memberi tenaga  secara semulajadi kepada tubuh .Tambahan lagi,tubuh memberi respon positif  terhadap kemasukan gula natural daripada buah-buahan.Makanlah nenas ,epal,lemon atau pic  untuk membantu menurunkan berat badan.


kredit:google

Kurangkan Garam
Sebuah kajian yang dijalankan oleh Consensus Action on Salt and Health di Britain,jumlah garam  dalam sepotong  piza adalah 12.3 gram! Jumlahnya dua kali melebihi kadar pengambilan  yang dibolehkan  untuk orang dewasa.Bayangkan pula jika kanak-kanak  yang mengambilnya?Oh,tidak! segeralah kurangkan pengambilan makanan segera :)



Sihat dengan makanan laut
kredit:google
Ikan dan udang adalah antara makanan terbaik untuk membantu tubuh mengahadam protein,lemak  tidak tepu dan omega-3.Sebelum memasak makanna laut  ini,pastikan ia datang dari sumber yang bersih.Ketika memilih udang atau ikan di pasar,belilah yang berada di atas timbunan ais  dan bukannya dalam ais yang telah cair.Jika mata ikan sudah merah ,ia bermakna ikan tersebut sudah tidak segar lagi.Bijaklah membuat pilihan!....


kredit:google
Snek Terbaik
Ada sejenis snek yang boleh diamalkan  untuk kekal sehat.Pilihlah snek  mentega kacang kerana ia merupakan cara yang efektif untuk mengawal rasa lapar  tanpa menambah  berat badan kerana ia memberi rasa kenyang lebih lama berbanding snek yang lain.






Sihat dan Langsing cara Jepun
kredit:google
Tahukah anda masyarakat Jepun mempunyai peratusan paling rendah bagi penghidap obesiti berbanding  negara-negara lain ?Sebuah buku  kesihatan berjudul ''Japanese Women  Don't Get Old Fat'',mendedahkan rahsia mengapa mereka boleh hidup sehat.Sudah menjadi amalan mereka untuk makan sepotong ikan,sayur rebus dan semangkuk nasi  sebagai hidangan berat mereka..Sepotong 
buah diambil untuk pencuci mulut,Paling tidak mereka akan berasa kenyang dengan hanya mengambil shushi.Mereka juga makan dalam kuantiti sedikit.Sebab itulah  mereka langsing dan sihat!...

Okela bye..semoga bermanfaat ^_^

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

6 Cara menguruskan tekanan yang boleh dicuba

 Assalamualaikum wb. Hai korang. Hari ni Dy nak kongsikan beberapa tips yang boleh dicuba untuk menguruskan tekanan.       Dalam mengelola t...