Pages

Sunday 6 September 2020

Kisah Benar:Pemanggil Misteri Dialami oleh Pengacara Radio

 

 Assalamualaikum ,Hi!

Dy ada godek-ii kat internet tentang kisah-ii mistik yang pernah berlaku dulu-ii punya. Dy tertarik dengan satu kisah  pemanggil misteri dalam sebuah stesen radio  (THR ) yang dialami DJ Isma Halil Hamzah pada 1990 an. Ada yang pernah dengar tak kisah ni?? Ada macam-ii versi cerita ni. Dy pon confuse mana satu paling tepat.Makin banyak buat research makin banyak versi...Huhu.

Kisah yang dialami oleh DJ Isma Halil  dan semua pendengar yang dengar ketika itu  kerana stesen radio ini membuat siaran secara  langsung detik 12 malam . Memutarkan lagu diiringi  dengan pemanggil akan bercerita.

Versi Pemanggil Lelaki.

Pemanggil itu membuat panggilan dan disahut oleh DJ Halil,pemanggil itu bercerita ;Saya sedang memandu pada waktu malam  disatu Lebuhraya Karak Bersama isteri ,anak dan kedua  ibu bapanya.Semuanya sedang tidur dan cuma dia sahaja yang belum tidur .Pemanggil mengatakan dia sangat mengantuk .

Tiba-tiba ada satu lori yang  hanya mempunyai  1 lampu setentang dengan keretanya .Tapi menghairankan lori tersebut dalam Lorong songsang .Pemanggil tersebut sangat panik dan takut sehingga  tidak menyedari ada 1 lori lagi muncul dihadapan keretanya sehingga terbabas ke dalam gaung.

Pemanggil itu mengatakan dia sangat sedih kerana kedua ibu bapanya meninggal dunia , anaknya juga diikuti isterinya.Akhir sekali , pemanggil tersebut  mengatakan dia juga mati ditempat kejadian .Bunyi hilaian tawa mengakhiri panggilan tersebut. Panggilan tersebut terus terputus dan DJ tersebut tidak dapat menyambungkan semula.Semua yang mendengar termasuk DJ tersebut berfikiran ada panggilan nakal yang saja mengusik mereka.

Keesokkan harinya,sebuah artikel akhbar menceritakan sebuah kisah mengenai berita kemalangan  di kawasan yang sama seperti diceritakan oleh pemanggil radio  malam semalam itu. Mangsa yang mati sama dengan gambaran yang diceritakan  iaitu seorang lelaki  dan seorang perempuan ,seorang kanak-ii dan dua orang warga emas.

Ini amat mengejutkan pendengar live semalam apabila mengetahui berita tersebut termasuklah DJ Isma Halil.Dia mencari semula rakaman pemanggil tersebut tetapi apabila diputarkan ia kosong,seperti tiada apa yang berlaku.


Versi Pemanggil Perempuan.

Lebih kurang sahaja dengan kisah diatas cuma pemanggil ingin meminta tolong  supaya  menyelamatkan mereka.Tetapi, apa yang mengejutkan pemanggil perempuan tersebut ditemui tertusuk sejurus kereta keluarganya masuk didalam gaung.Jadi,siapa yang membuat panggilan misteri tersebut?Tahun 1990 an kot mana canggih sangat. Laluan karak tu ada public phone ke hekhek

Kalau korang tengok kat youtube dah tersebar video panggilan.Tetapi yang peliknya apa yang Dy research rakaman tu kosong.Mungkin juga dulu tak nak  rakaman tu tersebar.Mungkin juga rakaman tu dilakonkan semula.Huhu, so ada tak yang berada disituasi tersebut semasa panggilan dj radio tersebut? Atau ada kisah sebenarnya yang paling tepat? Dy memang nak tahu sangat.huhu

 Al Fatihah untuk semua mangsa kemalangan tersebut

 note:Lepas habis research, baru tahu kisah ni dah viral semula,hahah lambatkan gue..

Okay,akhir kata Dy nak ingatkan dimana jua anda berada jangan lupa baca doa dulu sebelum melakukan apa-ii atleast 3 Qul okay.

Heee stay safe guys..Assalammualaikum wb.

 

 Pengalaman Seram Pekerjaan Security Part I

Pengalaman Seram Pekerjaan Part II

 

No comments:

Post a Comment

6 Cara menguruskan tekanan yang boleh dicuba

 Assalamualaikum wb. Hai korang. Hari ni Dy nak kongsikan beberapa tips yang boleh dicuba untuk menguruskan tekanan.       Dalam mengelola t...