Assalammualikum warahmatullahiwabarokatuh...
Hari ni hari ahad ,so harini last cuti huhu :'( ok never mind...tak lama lagi nak SPM lah...
Today,nak kongsikan Bagaimana Menjaga kesihatan mata..
Amalkan Petua Lama
''Saya suka amalkan petua orang-orang tua.Untuk penjagaan mata,saya sering membalut ais dalam tuala dan menuam mata .Cara ini cukup membantu menyegarkan mata yang letih memandangkan seorang pelajar dan selalu menghadap skrin komputer.'' -Saiful Mansor
Timun untuk Mata Sihat & Cantik
''Timun adalah penyelesaian saya kepada kesihatan dan kecantikkan mata.Ia juga dapat memberi kesan 'sejuk' memandangkan kandungan air dalam timun amat tinggi.Timun juga dapat meredakan mata saya yang kadangkala bengkak dan lesu akibat panas terik'' -Akmar Zainuddin
Lebihkan Sayur & Buah
''Saya cuma lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana saya tahu ia cukup baik untuk mata.Antara sayuran yang menjadi kegemaran ialah lobak merah.Tidur yang cukup juga menjadi faktor penting dalam penjagaan kesihatan mata saya.'' -Nabil Zakaria
Elak Gosok Mata
''Sebagai seorang yang berkaca mata, saya pastikan kaca mata saya sentiasa bersih .Saya akan mencucinya menggunakan air paip dan sabun untuk jangka masa tertentu .Saya juga tidak menggosok mata menggunakan tangan mengelakkan bakteria'' -Fadzil Ahmad
Jarakkan Skrin
''Semenjakkecil bapa saya mendidik untuk tidak menonton televisyen dalam jarak dekat.Kebiasaan tersebut mendorong saya sentiasa mengekalkan jarak yang selesa dan selamat termasuk ketika menggunakan komputer .Selain itu saya elak daripada menggunakan peralatan elektronik termasuk telefon bimbit dalam keadaan suasana gelap kerana mata kita sentiasa cuba untuk fokus pada skrin yang terang dalam persekitaran gelap.Ia menyebabkan mata terpaksa bekerja di luar kapasiti biasa.'' -Amira Farahida Ghazali
Makan Lobak Mentah
''Saya menggunakan kanta mata lekap dalam tempoh yang ditetapkan dan mencuci tangan terlebih dahulu sebelum mengendalikannya .Saya tiada penjagaan khusus untuk mata cuma saya sangat jarang mengenakan solekan pada mata dan gemar makan lobak merah secara mentah selain gemar memandang benda berwarna hijau.'' -Atikah Hanafi
Semoga bermanfaat ^_^
Jangan lupa doakan SPM saya tahun ni dapat cemerlang..Aminnnn.....hehehe :)
Bye..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Villa Nabila
Sumber gambar Berita Harian: Foto Mohamad Shahril Badril Saali. Villa Nabila merupakan sebuah vila mewah yang terletak di Johor Bahru, Malay...
-
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatu.. Selamat sejahtera.. Selamat malam semua 😏 Tahun lepas (2016) Dy ada amik spm ulangan.Dy daft...
-
Assalamualaikum ,Hi! Dy ada godek-ii kat internet tentang kisah-ii mistik yang pernah berlaku dulu-ii punya. Dy tertarik dengan satu ki...
-
Assalamualaikum ,salam sejahtera.. hari ni dy akan buat 4 artikel untuk cabaran 25 Hari blogging .Terlalu sibuk sampai tak sempat nak buka...
-
Assalamualikum wb Salam sejahtera Sindrom ini merupakan gangguan vasospatik iaitu pembuluh darah terkecil di jari tangan dan kaki mula ...
-
Assalamualikum, Salam sejahtera . Jom join GA ni. Klik banner dibawah ini untuk join yupp😃
No comments:
Post a Comment