Pages

Thursday 22 December 2016

Ayat yang boleh mulakan dan bersembang dengan orang yang berumur(old)

Assalamualikum wb.
Salam sejahtera.

Ada sesetengah orang(termasuk aku kot ntahlah haha)  lebih lagi yang muda segan nak memulakan bicara atau tidak ada ayat untuk mulakan bicara dengan orang yang berumur.

Disini dy nak share kan ayat yang biasa sangat digunakan .

''Apa khabar mak cik/pak cik?''

''Mak cik/pak cik, pergi mana tadi? dah lama sampai ?''

''Jemputlah minum air bujang dengan biskut mayat ni yang tak seberapa ni'' sambil buat senyum penyapu.

So now change to tips

Antara tips yang boleh dy bagi:

🔀Salam yang mana boleh salam je.Silap-ii mak cik tu taichi kau  berani salam laki dia yang bukan mahram korang tu.
🔀Cakap tu bersopan,jangan ''lu gua''...'' lu gua'',macam borak dengan member korang .Guna bahasa yang sopan dan baik ok .Kalau boleh senyum dan maniskan muka korang yang memang dah comel tu .
Tak boleh maniskan/senyum muka ke?Nah  dy bagi tips sikit:
🔁Cuba senyum dekat cermin.Kalau boleh buat senyum biasa-ii jer.Jangan senyum menggoda bahaya beb!
🔁Fikir yang kau perlu senyum!
🔁Cuba senyum walau susah.
🔃Makan gula 5 kotak besar(jgn ikut kencing manih nanti hahaha) kejam!

Cakap je sakit gigi ..tak tahu tak boleh nak senyum..huhu kejam tak?

Tetapi..kalau tiba-ii mak cik/pak cik tu  sembang  anak kepada lelaki belah nenek kawan ayah kepada ibu angkat merangkap sebelah sepupu nenek mak cik sebelah jiran yang belakang rumah bapak mertua dia baru meninggal dunia.Kau jangan tersenyum lagi.Buat muka biasa dah la kalau tak boleh buat muka sedih.Kekadang ada jenis orang yang tidak boleh buat reaksi muka bukan bermakna dia tidak ada perasaan ok.

So,reaksi tu akan berubah dengan sendiri.

Berceloteh panjang satu ilmu pun korang tak masuk ? huhu sorry la bro2 dan sis2 sekalian.

Okay, supaya penyembangan antara korang dengan mak cik/pak cik korang tu tak bosan.
Cerita lah isu semasa yang terkini ke,best ke.Tapi,jangan loya buruk sangat te takut mak cik/pak cik tu lebih loya buruk lagi pada hang! hahaha

Contohnya:

''Mak cik,ada  tak dengar kes merompak  sebelah rumah mak cik semalam.Geram je saya tengok.Rasa nak pukul-ii je perompak tu.''

Contoh mak cik tu pun jawab ''Aik  mak cik tak de pulak dengar   sedangkan sebelah rumah mak cik je ni.''

''Memanglah perompak masuk mak cik tapi masuk dalam TV.Hahaha gurau je mak cik, Jangan marah eah.''

''Ye ke dalam TV setahu mak cik rumah  jiran mak cik tak de TV.''

Amik kau. Mulalah cerita hantu mak cik tersebut.

Korang jangan loya buruk, kenakan pulak. Menyampah pulak orang tu nanti.Lainlah kalau kau dah kenal kamcing.Tengok juga.Ada mak cik/pak cik jenis rock2 punya. Jenis jiwa muda. berkawan je tanpa peringkat umur.So,hak koranglah tapi batas tu tetap ada tau.


So,apa yang penting:
➤Jaga adab
➤Tak tahu nak mulakan bicara dengan apa?Tidak mengapa.belajar dan mencuba.
➤Hormat orang yang lebih tua.

Okay,thank you for reading.Maaf jika terdapat kesalahan dan tidak membantu anda.Jika ada sebarang tambahan  atau nak kongsi apa-apa bolehlah komen dibawah ya.

Assalamualikum.😊

Jom baca ni jugak : 5 Idea Hebat Untuk Sesiapa Yang Nak Up-kan 'Self Defense Skill' Mereka Masuk 2017 Ini

No comments:

Post a Comment

6 Cara menguruskan tekanan yang boleh dicuba

 Assalamualaikum wb. Hai korang. Hari ni Dy nak kongsikan beberapa tips yang boleh dicuba untuk menguruskan tekanan.       Dalam mengelola t...