Assalamualikum...Hasil ini,dy 100% c/p.. sumber dibawah sekali.
WAHAI PEREMPUAN, NAK TAHU BEBERAPA RAHSIA LELAKI TAK?
.
.
Sepanjang 25 tahun saya menjadi seorang lelaki dan hampir 20 tahun bergaul dengan lelaki (sejak umur 5 tahun), serta setelah saya menjelajah lebih dari 200 sekolah dan IPT seluruh Malaysia di bawah platform Tarbiah Sentap, saya 'jumpa' beberapa RAHSIA yang agak BAHAYA dari lelaki khususnya pelajar sekolah dan universiti. Bahkan yang dah bekerja serta yang dah kahwin pun ada.
Sebelum tu, saya nak beritahu, pemerhatian saya ni sebenarnya dah ditulis lama oleh ulama' silam dalam kitab turath serta sebahagian sarjana Islam atau Barat dalam buku2 mereka terutama yang berkaitan dengan psikologi lelaki-perempuan.
Cuma disebabkan tak ramai yang boleh baca dan nak baca, so saya tulis dalam bentuk mudah sama ada di status FB ataupun di buku saya khususnya buku Aku Bukan Malaikat. Tapi saya fokuskan tentang lelaki abad 21 di Malaysia (actually berlaku di negara dan bangsa lain juga).
Oh ya, mungkin ada yang kata,
"Alaaa, bukan semua lelaki macam tu.."
Memang bukan semua, tetapi hampir 99% jugak yang macam tu. Bukan saya nak berfikiran negatif, tetapi saya ni LELAKI. Dan hari2 bergaul dengan lelaki. Saya berkawan daripada yang soleh sampai boleh jalan atas air (lepas tu jatuh), hinggalah yang berperangai macam yakjud makjud. So, kalau kau (lelaki) tak ada ciri2 kat bawah ni, maksudnya kau ni termasuk dalam golongan 1% la kot. Kot la..
Dan juga apa saya nak tulis ni mungkin pada orang lain REMEH, tetapi sebab remeh ni la, ramai budak perempuan DITIPU oleh lelaki lalu ramai perempuan yang hancur rosak. Tetapi kalau kau rasa remeh, okay je. #takeitorleaveit. okay?
.
.
1. Perempuan, korang pernah tak kena 'kacau' dengan lelaki yang suka pada kau, tetapi kau tak suka pun dengan dia? Malah siap hari2 mesej, calling walaupun kau tak balas, atau tak angkat call dia. Walaupun kau dah bagitahu yang kau tak suka dia, dia tetap nak kacau kau juga. Kan? So macam mana nak buat?
Senang je. Nak tahu?
Iaitu, BLOCK terus number dia, block whatapps/telegram/FB/twitter/instagram dan segala komunikasi media sosial. Kalau dia kacau lagi, block je lagi. Sampai bila? Sampai lebam. Sampai dia bosan.
Eh, dia tak kecil hati ke?
Haa.. inilah masalah perempuan. CEPAT SERBA SALAH. Kau nak tahu tak, lelaki ni bukan macam perempuan. Kalau kau block dia, paling tidak pun dia akan kutuk belakang sehari atau sekali je. Lepas tu senyap terus.
Tetapi kalau perempuan, jika kau block number dia, dia akan ;
a) Kutuk dan ngumpat belakang.
b) Bagitahu kawannya yang bernama B dan mengumpat bersama.
c) Yang B pula akan bagitahu C, D, E, F untuk mengumpat bersama.
d) C akan bagitau G,H,I, manakala D pula akan bagitahu J,K,L, dan seterusnya. Macam MLM pulak, berantai-rantai sampai meninggal.
So, chill je. Mereka tak terasa hati pun. Dalam hati mereka takde taman bunga pun, tapi ada gym. So kalau dia tak dapat kau, dia akan cari perempuan lain. Simple.
2. Kalau kau PRIVATE mesej (samada sms, whatapps, telegram, FB, etc), TAK PAYAH GUNA EMOJI :) ;) :3 dan seumpamanya. Sebab apa?
Sebab lelaki ni, kalau kau mesej dia secara peribadi (atas urusan2 tertentu), lepas tu kau bagi dia emoji yang mengada2 macam kenyit mata ( ;) ), lidah dajjal ( jelir lidah sambil pejam 1 mata), dan apa2 emoji yang COMEL, lelaki akan rasa LAIN. Dia akan rasa LAIN. Lain yang macam mana?
Saya susah nak gambarkan. Tetapi bahasa mudahnya, dia akan SUKA dan KUAT PERASAN. Lelaki akan bajet perasan yang kau suka kat dia, walaupun dia tak luahkan dengan kata-kata. Dia akan diam je, tapi dalam benak hati dia, dia rasa "something".
Apatah lagi kalau lelaki tu dah lama suka pada kau dalam diam. Kalau kau mesej dia, lepas tu bagi emoji bagai, dia bagai terawangan seperti berjalan atas kumbahan najis tetapi tak bau apa2. Wangi sokmo.
Mesti kau pelik, "Ye ke? Tapi aku tak rasa apa2 pun.."
Memang kau tak rasa apa-apa, sebab kau perempuan. Perempuan ni susah nak perasan. Tetapi lelaki ni KUAT PERASAN. Bajet macam dia tu hensem, ramai perempuan admired dia, pujaan ramai perempuan, bla3..
Padahal muka macam petai, perangai macam gst, tak sedar diri. Haha, gebang lebih, macam la aku ni hensem sangat. kah3.
Tetapi nasihat saya pada kau perempuan, kalau nak mesej private kepada lelaki, BE FORMAL je. Hatta dalam group sekalipun. Tak payah nak emoji bagai. Tak luak pun kalau kau tak guna emoji tu. Kalau 'tak tahan' nak guna sangat, guna emoji thumbs up ke, bintang ke, atau apa2 la.
Kalau sesama perempuan, kau nak guna emoji tahi ke, apa ke, sukahati hang la.
3. Mata lelaki ni ada "SCANNER". Macam mana ek nak cakap. Macam ni la. Aku terus terang tanpa selindung.
Kalau kau perempuan yang suka pakai baju ketat2, walaupun pakai tudung, tapi pakai baju nampak bentuk badan lagi2 kawasan yang "hot spot", lelaki akan scanning seluruh badan kau, lenggok jalan kau, dan akan MEMBAYANGKAN yang kau sedang BETELANJANG.
Serius ah?
Ya. Dulu aku banyak kali lepak dengan lelaki yang kepala masuk air, lumpur, susu dan segala macam. Dan setiap kali mereka ni nampak perempuan yang pakai ketat, mereka akan kata,
"Wow woow.. tengok awek tu. Hot siot. Cuba kau bayangkan....."
dan segala macam dialog wujud yang bersifat 18sx. Itu belum lagi kalau mereka ambik gambar korang senyap2, atau ambil gambar kau di FB, lepas tu save dalam laptop dan tengok gambar kau di bilik mereka dalam gelap.
Serius, saya tak bohong. Sebab tu Allah bagi PERINGATAN SERIUS dalam surah An Nur ayat 30 dan 31. Ayat tu pasal apa? Buka google, dan baca.
So dengan kata mudah, lelaki ni :
Matanya power 'scanning' sampai ada XRAY.
Dan otaknya power 'imiginasi' macam ada graphic card ATI 2-4GB.
So, mulai hari ni, mulalah BERKIRA-KIRA untuk pakai apa kalau keluar rumah. Atau berfikir dulu nak upload atau tak gambar di media sosial terutama gambar yang ajet2 comel camera 360 atau hot and spicy.
Tapi kalau kau ni tak kisah apa lelaki buat pada gambar kau, suka hati la.
4. Perempuan, kalau ada lelaki (tak kisah sesiapa pun) tiba-tiba mesej kau waktu tengah malam, terutama lebih pukul 12 malam, JANGAN BALAS.
Sebenarnya, dia mesej tu ada TUJUAN yang level yakjud makjud. Lagi-lagi kalau dia mesej,
"awak, saya rindu awak.."
"awak, awak sorang je ke tu?"
"awak, awak tengah baring2 ke?"
dan sebagainya. JANGAN BALAS. Kalau nak mesej penting, mesej esoknya saja. Apa jadi kalau kau balas juga?
Kalau kau balas, mereka akan perangkap kau untuk masuk perbualan yang LUCAH. Mula2 dia akan ajak membayangkan dia baring sebelah kau la, apa la. Sampailah tahap akhirnya kau dengan dia mesej lucah.
Sebab tu Islam sangat mementingkan IKHTILAT (apa tu ikhtilat? Macam coklat cadbury black forest ke? Nah, baca kat sini : http://www.tarbiahsentap.com/2013/08/kekeliruan-dalam-ikhtilat.html )
So perempuan, kalau nak mesej lelaki, mesej SEBELUM PUKUL 11. Itupun kau mesej perkara PENTING je. Yang tak penting, tak payah layan.
Lelaki ni, kalau kau layan walaupun hanya reply "k" sekalipun, dia tetap akan suka. Atau kalau kau marah dia sekalipun, dia tetap akan suka. Sebab apa?
Sebab kau LAYAN.
Sebab tu awal2 saya cakap, BLOCK kalau kau kena kacau. Jangan layan. Kalau layan, lelaki lagi suka. Walaupun kau layan dengan "kasar".
.
.
Kesimpulan.
.
.
Sebenarnya banyak lagi RAHSIA saya nak tulis. Tetapi, cukuplah ni je. Banyak2 pun, bukan kau paham sangat. Oh ya, saya tulis ni bukan sebab saya ni feminis. Aku tolak feminis. Hahaha.
Saya tulis ni sebab saya kesian kat korang je. Kesian ramai kena tipu dengan lelaki. Itu belum lagi saya cerita lelaki yang acah2 soleh, pakai serban sebesar bakul durian, rida' kat bahu warna warni, jubah putih berkilau, tetapi dalam hatinya macam SERIGALA yakjud makjud.
Haha. Itu lain kali kot. So tujuan saya tulis ni untuk bagi kesedaran kepada lelaki tentang TALBIS RIJAL (Tipu daya lelaki). Haha. Sebab tu dalam buku saya yang bertajuk "Aku Bukan Malaikat", saya ada tulisan bab teguran tentang Niqabis.
Nak baca ke? nah baca sini :
(http://www.tarbiahsentap.com/2014/12/niqabis-yang-tertipu.html )
Mungkin ada yang kata,
"Kenapa tulis pasal lelaki je? Apsal tak tulis pasal perempuan juga?"
Saya jawab pada kau,
"Kau tulis la sendiri." Hehe. Aku ada banyak benda lain nak buat.
Kalau kau rasa post ni seperti "offensive", feel free untuk buang dan block saya. Seperti saya sebut pada awal2 tu, take it, or leave it. Kepada lelaki, nak marah dan benci aku lalu nak unfriend or block aku? Please do so, and sila meninggal. Haha. Jahat gila.
Saya tulis sebab saya kesian kat korang je. Kalau rasa nak share, share lah ya. Dan kalau nak copy paste ke blog, dipersilakan. Tetapi, inform la saya dulu dan kredit kepada saya. Bukan bajet retis, tetapi saya ada sebab tersendiri.
Moga manfaat. Sekain.
Shukery Azizan
Shah Alam.
27 Oktober 2016.
#ShukeryAzizan
#AkuBukanMalaikat
p/s : ketik like dan share
Fb: shukery azizan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Villa Nabila
Sumber gambar Berita Harian: Foto Mohamad Shahril Badril Saali. Villa Nabila merupakan sebuah vila mewah yang terletak di Johor Bahru, Malay...
-
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatu.. Selamat sejahtera.. Selamat malam semua 😏 Tahun lepas (2016) Dy ada amik spm ulangan.Dy daft...
-
Assalamualaikum ,salam sejahtera.. hari ni dy akan buat 4 artikel untuk cabaran 25 Hari blogging .Terlalu sibuk sampai tak sempat nak buka...
-
Assalamualikum, Salam sejahtera . Jom join GA ni. Klik banner dibawah ini untuk join yupp😃
-
Assalamualikum wb Salam sejahtera Sindrom ini merupakan gangguan vasospatik iaitu pembuluh darah terkecil di jari tangan dan kaki mula ...
-
Assalamualaikum ,Hi! Dy ada godek-ii kat internet tentang kisah-ii mistik yang pernah berlaku dulu-ii punya. Dy tertarik dengan satu ki...
No comments:
Post a Comment