Pages

Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Sunday, 28 May 2017

Review Filem Hitler-The Rise of Evil

Assalamualaikum dan hi semua.Selamat berpuasa..

Hari ni Dy,akan cuba mereview filem Hitler ,Jika terdapat kekurangan harap dimaafkan..huhu  😊





                  Kisah ini bermula pada tahun 1899  di Linz ,Austria .Waktu itu  Hittler masih kecil lagi.Ayah Hittler bernama(nanti dy cari balik) .Ayahnya suka menyiksa Hittler.Selepas kematian ayahnya,kehidupan Hittler  menjadi bertambah teruk.Tidak lama pada itu pula, ibunya pula meninggal dunia.Hittler  diambang kemiskinan dan akhirnya  menjadi gelandangan.Yahudi masa tu kalau tak silap  yang kuasai ekonomi dinegara tersebut.Hittler mengganggap  Yahudi mementingkan diri sendiri.



                 Pada tahun 1914,29 Oct (if i right) , Hittler menyertai tentera dan berperang dalam  perang dunia pertama.Hittler dapat merasai keperitan saat peperangan. Namun,Hittler mendapat penghargaan dari ketuanya atas kesungguhannya.

Hittler sangan petah berbicara dan sering berpidato.Hittler bersifat nasionalisme(cinta akan negaranya)
Untuk pengetahuan,Hittler berfahaman Nazi.Hittler membenci orang yang berfahaman  komunis,Yahudi dan yang bertentangan dengan Nazi.
Seperti yang diketahui,Hitler merupakan  seorang  Pemimpin Jerman selepas memenangi banyak kursi di parlimen.

Pada saat akhir,Hittler ingin mengembangkan pengaruhnya keluar negaranya.



AMARAN
Filem tersebut terdapat adegan yang tidak sepatutnya dilihat ,Jadinya 18 tahun kebawah sila elakkan untuk menonton.Selain itu,elakkan juga kepada   orang yang mudah terpengaruh dengan sikap pemikiran ,agama yang berlainan .Berumur  18 tahun keatas , ada adegan yang tak elok tu ,silakan skip cepat-ii yup. Ingat ,Allah memerhati.

Untuk lebih mendalam ,Boleh tonton di You tube- Hittler-The Rise Of Evil 

Note: Jika ada kesalahan dari penulisan dy,sila nyatakan kepada dy agar pembetulan dapat dilakukan..huhu ..sekian terima kasih.

Sunday, 19 February 2017

Kiamat Sudah Dekat masih relevan

Assalamualikum wb
Salam sejahtera.

Ingat lagi tak beberapa tahun dahulu, dy tak ingat umur dy berapa time tu.Cerita kiamat sudah dekat memang menjadi kegemaran  malah sampai sekarang pun masih layan lagi.Lebih lagi emak dy,sungguh minat dengan cerita tu.
google

    Dulu mak tak tahu boleh tengok dekat internet, tahun lepas dy cakap kat mak,baru mak tahu. .mak suka   tengok cerita tu,dy buka kan kalau dy tak busy.Oppss terlebih cerita pula huhu..

Apa yang boleh dikatakan tentang filem ini.

     
Fendi merupakan anak orang kaya yang sudah lama menetap di luar negara.Apabila ,Fendi pulang menjadi guitaris (artis)  band nya . Suatu kejadian  yang tidak disangka ,Saprol(seorang budak lelaki) telah menemukannya dan telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Sarah anak kepada Haji Romli.. Sememangnya, Fendi tidak tahu tentang agama termasuklah keluarganya iaitu ayah,emak dan adiknya. Haji Romli, memberikan 3 syarat kepada Fendi jika ingin berkahwin dengan Sarah.Namun,Haji Romli mempunyai pilihan untuk Sarah  iaitu Farid, belajar di Cairo,Mesir.Hal ini,membuatkan Fendi semakin bersemangat untuk menunaikan  syarat tersebut. Satu persatu syarat dah tertunai tetapi syarat ketiga sangat sukar untuk dia temukan jawapan . Dapatkah Fendi menunaikan syarat ketiga Haji Romli? Fendi atau Farid yang akan berkahwin dengan Sarah? Mari tengok di You tube  Kiamat Sudah Dekat 

sumber:google:stafaband HG

Suka tengok masa Fendi tepi pantai tu,ayat berbunga.Ketika Fendi sudah berputus asa.




Filem ini,memang ada lawak,cinta(tak sangat ) namun,perubahan yang dihadapi oleh seorang yang tidak tahu beragama lebih baik dari seorang yang tahu agama.Buktinya,Farid ada kekasih tapi Fendi tidak ada walaupun dia tidak tahu agama (Ikhtilat + Couple =haram) . Selain  itu,apa yang aku nampak Farid ni berbangga dengan kelebihan dia dan mudah ingakari janji.Fendi ni memang kadang nampak lurusnya,tapi kelurusannya membuatkan filem ini unik.



Pada Akhir cerita ini,apa yang aku dapat simpulkan. Belajar agama kerana Allah,bukan untuk mendapatkan hati manusia. Itulah apa yang cuba Haji Romli lakukan.Banyak pengajaran yang boleh kita contohi.Yang mana baik ,kita ambil.Mana yang sebaliknya dijadikan peringatan.

Korang pun mesti pernah tengokkan?hehe




Friday, 3 February 2017

Bedak Asas Pixy menjadi pilihan.

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..
Selamat malam semua..

Dy rasa tertarik nak buat entry  tentang suatu produk ni iaitu    bedak asas  yang berjenama Pixy. Sebenarnya,Akak Dy yang syorkan Dy menggunakan produk makeup ni tau. Baru beberapa hari Dy guna memang baguslah dan Dy bagi 4 setengah per 5 bintang huhu .Tak boleh bagi markah overdosed huhu. .


Apa yang bestnya tentang Pixy bagi Dy?


          Bila first time dy pakai,time tu akak Dy suruh cuba nak tengok okay ke tak. Dy tengok muka Dy rasa licin je,memang rata tak dalah tompok-ii/bercapuk-capuk  kat muka tu.Lebih-ii lagi, Dy memang tak suka pakai foundation .So,bila first time gunakan produk ni Dy tengok jeragat kat pipi is a GONE! Haha tapi hanyalah untuk sementara jer..hukhukhuk...Tapi okaylah untuk orang yang malas nak guna foundation macam Dy ni hee.. Kalau korang guna foundation plus pixy ni ..Perghh lagi dapat hasil yang menakjubkan.Selain tu,bedak asas pixy ni kita tak perlu  memakan masa yang lama.. 2/3 minit je dah settle tepek ke muka....


Feedback Akak Dy : ''Bila kau guna nanti, jangan lupa basuh muka dulu dengan pencuci muka.Then,Basahkan span tu dulu.baru sapukan  bedak complex ni.Aku tengok kawan akulah dulu pakai mula-ii dulu.Aku tengok dia guna cantik je dan rata  kat muka ''


Penerangan tentang Pixy UV WHITENING TWO CAKE Perfect Fit Tropical Biege (Dy amik dekat kotak  produk ni)

Formula bedak yang menyatu sempurna untuk menutu ketidaksempurnaan kulit disamping memberikan riasan yang licin  dan tahan lama .Diperkaya dengan Minyak Squalane untuk mencegah kekeringan.

Formula 2-Way Whitening merupakan kombinasi Bedak Pemutihan Semula Jasi,derivatif Vitamin C dan Tabir Suria untuk menjadikan kulit lebih cerah sambil melindunginya daripada sinaran matahari.


CARA penggunaan"
Sapu rata dengan span kering untuk rapian semula jadi atau span basah untuk hasil yang lebih sekata dan tahan lama.
Dy syorkan guna span basah.

Perhatian:
Jauhi pendedahan berlebihan kepada sinaran matahari meskipun anda memakai tabir suria.
Hindarkan produk dan sinaran matahari.

Okay,itu jerlah yang Dy nak kongsikan.

Kesimpulannya ,bedak asas  Pixy ni mudah,cepat ,ringkas dan menghasilkan  hasil yang menakjubkan!

Jika nak cuba produk ni bolehlah dapatkan/beli di kedai-kedai  yang berhampiran anda.. huhu




Idea Hadiah Hari Guru

 Hari Guru bukan sekadar memberi hadiah mahal. Apa yang penting adalah keikhlasan dan penghargaan kepada insan yang mendidik jiwa dan akal ...