Sunday, 12 February 2017

Kenapa asal status 'janda' je...

Assalamualaikum wb.
Salam sejahtera.

Usia muda tidak menjadi penghalang untuk seseorang menjadi ''janda''. Ada yang ditinggalkan suami dan ada juga bercerai mati.

Pelik tak dengan tajuk entry dy atas tu??
Okay, sebelum tu..dy  tak  pernah nikah dan kahwin lagi ..bukan janda ok.  Ada seorang perempuan ni..kenalan rapatlah juga. Gelarkan akak je lah ea. tua setahun dari dy. ...tapi jodoh tak panjang ,tahun lepas mereka bercerai... kalau sesiapa yang ada like page kisah rumah tangga ada kes laki dera isteri tu akak la mangsanya..Okay tu lantaklah..

''Akak menyesal,dulu berhenti matrik semata-mata nak kahwin dengan si S tu tapi kesudahannya...''
Lebih kuranglah ayatnya tu... macam-ii lagi dia cerita.
.
Akak ada cerita dekat dy,dalam 8 bulan setengah dia menjanda,macam-macam rintangan yang ditempuhinya. Lebih lagi mulut-mulut jiran dan masyarakat.Mulanya,  akak kerja sebagai pekerja kantin di dot dot setelah bercerai.. Ada mak cik ni tuduh akak cuba nak goda laki mak cik tu.. Sampaikan akak diberhentikan kerja .Tak sampai seminggu kerja dah berhenti...

Kemudian, akak  dapat kerja sebagai cleaner di hospital dot dot.. Ada seorang doktor ni jatuh hati pada akak.Mulanya,akak tak nak dan awal-ii lagi dah beritahu yang akak janda.Lebih lagi akak kerja cleaner je disitu. Dalam seminggu mereka makin rapat. Padahal baru seminggu. Doktor tu ajak akak kahwen. Akak takut juga sebenarnya,trauma yang lepas pun tak hilang lagi. So, akak kata  lebih baik kawan biasa je dulu. Tapi doktor tu beriya-iya nak kan akak sampai nak bawa akak pergi jumpa minta restu kat mak ayah doktor tu.

Akak kata nak bawa abang akak sekali,sebab akak tak berani nak pergi sorang-ii dengan doktor tu. Abang akak tengah cuti sem.Terkejut juga lah abang akak tu, ya lah..takkan tak serik kan? lagi pula doktor tu serius ke? hahhh..macam-ii disoalnya.Kebaikan akak jugak kan..

So,mereka pergilah berkenalan dengan mak ayah doktor tu. Masa mereka borak-ii, mak doktor tu tanya,tak kisah ke hidup bermadu? perghh tercengang akak. Abang akak apa lagi .Tarik tangan akak ajak balik. Sejak tu,abang dah bagi amaran kat akak, jangan mudah percaya kat orang.Setiap hari akak cuba mengelak dari doktor tu  walaupun beribu kali minta maaf. Pernah sekali tu, isteri doktor tu serang akak kat tempat kerja. habis basah kena simbah dengan air kotor dan jadi bahan makian nya. Tapi serius lah akak cakap,isteri doktor tu cantik,bergaya,muslimah...Dah kalau dapat tahu laki ada perempuan lain memanglah marahkan?sikit pun akak tak dendam. Last-ii akak berhenti lagi kerja.

Sekarang ni, akak tolong nenek akak pergi berniaga.


Mungkinlah,bukan semua yang hadapi perkara sama. Kepada semua yang membaca, bukan semua janda yang gilakan lagi orang, suka goda orang dan perkara negatif yang  korang fikir.Mungkin sesetengah je yang macam tu. Mereka ada perasaan, perlu buat sesuatu untuk teruskan kehidupan.Status bukan meletakkan perangai seorang.. Tak kisahlah dah kahwen atau belum, janda atau duda.. semuanya bukan terletak kepada STATUS seseorang.

-Jika entry ini ada menyinggung perasaan mana-ii pihak,diharapkan ribuan kemaafaan-

10 comments:

  1. Ni semua sebab mentaliti masyarakat kita (bukan semua). Drama Melayu pun selalu bawak watak janda ni sebagai watak yang tak baik. Apa yang salah tah dengan pangkat janda tu. Semua manusia tu sama je, tak kiralah pangkat apapun. Yg membezakan adalah takwa kita kepada Allah.
    Panjang pulak bebel. Geram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp betul tu @ana fatihah.. moga mereka bertabah..
      berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul :)

      Delete
  2. Mentaliti manusia.. janda pun manusia juga.. bukan mereka minta jadi janda.. peliklah.. orang tu kerja nak cari nafkah bukannya mengacau orang.. tak suka lah mentaliti manusia macam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak?? hmm bilalah mentaliti nak ubahhhhh

      Delete
  3. Ya Allah.. sedihnya baca.. balik2 perempuan jugak jadi mangsa.. hurmmm.. mohon akak tu tabah ye.. Allah sentiasa akan bantu orang2 yang teraniaya.. Bahagia sedang menanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn..mudahannn kak.. Insyaallah :)

      Delete
  4. itulah manusia ni, terpengaruh dengan media massa sekarang ni yang selalu sinonim kan bila janda maka dia jahat, gatal, suka goda laki orang. padahal, dunia apa yang ditunjuk kat media massa macam tv tu tak sama langsung dengan dunia betul. lagipun mereka belom rasa, tida pernah ada di tempat janda, so mulut mula lancang berkata tanpa bukti, tanpa usul periksa. especially melayu. mentaliti melayu ni tak dapat di ubah lagi dah. selalu tak suka melihat orang senang, selalu dengki. hadehh.

    fie sendiri pernah alami tapi dari segi lain lah. yelah fie kawen muda juga di usia 20 tahun, mula lah mulut makcik-makcik yang sgt "caring" tu bising kenapa fie kawen muda, dha taknak belajar ke. padahal fie kawen tu kawen jelah, belajar tetap continue. haaihh.
    pastu dah kawen, dah lebih setahun tak preggy, again dilempar lagi dengan mulut-mulut bising yg caring tu awat tak pregnant lagi and ada jugak yg tuduh suami fie mandul! nau'uzubillah! T_T

    now dah preggy, orang pertikai awat perut fie kecik je walau dah nak amsuk 5 bulan. habis depa nak besar mana perut ni? hahahahaaa. kalakar lah dorang nihhh.

    kang baby ni lahir kang, ape pulak lah modal yang macik-macik caring ni nak bisingkan. hadehh. ape yg fie mampu buat hanyalah persetankan je dorang. mujurlah insan-insan yang rapat ade buat fie kuat, specially suami.

    haa kan dah terluah sini hahahaaa. btw, nak cakap satu je, ignore kan ape org piker. dorg tu tahu cakap je, otak pi letak kat lutut. lgsg tak reti nak jaga hati org. wuuwuuu.

    jemput bace new netry di blog fie jom. hihii http://iamfieonafieridz.blogspot.my/2017/02/produk-johnson-johnson-boleh-undang.html

    thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul apa yang sis kaata tu.. mulut manusia mmg pelik..bila tak kahwin ditanya,bila dh kawen pun macam soalan nya.. sis sedang preggy la ni ye? moga semuanya baik2 sis :) dan selamat melahirkan nanti ^_^

      Delete
  5. Lebih baik berpisah daripada menyakitkan...

    ReplyDelete

Lirik Cinta ini mimpi -Akmal Amsyar

Boleh  tonton di you tube-->  Cinta ini Mimpi Kenapa kau buat aku begini Menolakku dgn alasanmu itu Mengapa kau yang menjadi penghala...