Friday, 17 February 2017
Tips Mengajak Ibu,ayah,keluarga yang keras kepala untuk bersolat.
Assalamualaikum wb
Salam sejahtera.
Terima kasih telah mengklik entry ini.
Bila dalam keluarga kita ,ada yang tak reti mengaji tapi tak nak belajar..apa nak buat?
''Kawan Dy ada cerita yang ayahnya tidak pandai mengaji tetapi tidak mahu belajar. Ada juga dia dan ibunya ajak supaya belajar tetapi dia enggan kerana takut maruah dia jatuh.''
Wahai para lelaki sekalian.Tidak kasihan dengan anakmu yang sangat menginginkan perubahan yang lebih baik dari kamu?
Maaf sebab ketika itu,dy buntu nak bagi jawapan apa.Apa yang dy nasihatkan hanyalah menyuruh dia untuk berdoa dan berdoa .Jangan berputus asa.
Dy ada kumpulkan perkara yang difikirkan sesuai dilakukan untuk mengajak keluarga yang tidak pandai mengaji tetapi tidak mahu belajar terutamanya solat.
1.Berdoa.
Tiada apa yang boleh membatasi dengan doa.Jika Allah kehendaki pasti tertunai.Jika Allah kata sebaliknya wallahualam.Teruskan berdoa supaya mereka berubah.Dalam pada masa yang sama jadi motivasi terhadap kita supaya istiqamah.
2.Nasihatkan.
Ibu atau bapa yang malas untuk solat nasihatkan supaya mereka solat.Luangkan masa bersama mereka untuk bercerita tentang hal-ii keagamaan.Kalau free tu cuba sekali sekala, buka video ceramah azab api neraka untuk orang yang tak solat.Walaupun mereka sibuk buat kerja lain,pasti secara tidak langsung mereka akan terdengar dan tersentuh walau untuk beberapa saat.
3.Menjadi contoh.
Anak seharusnya pandai memainkan peranan dalam mengambil hati ibu bapa dalam mengajak ke arah kebaikan.Anak boleh mengajak ibu bapa solat jemaah bersama-sama.Pasti ada ibu bapa yang memberikan alasan seperti penat,sibuk,uzur 24 jam dan sebagainya.Jangan sesekali putus asa!Sebagai anak, pasti kamu ingin bersama ibu bapa kamu berjaya diakhirat bukan? . Solatlah...
4.Bersembang.
Rapatkan diri dengan mereka.Ada anak yang tidak begitu mesra dengan ibu bapa.Mungkin disebabkan ibu bapa yang sibuk atau anak yang sibuk dengan pelajaran.Apabila kamu rapat dengan mereka,pasti lebih mudah untuk kamu sembangkan tentang hal yang lebih mendalam.Gunakan kata-kata kiasan yang tidak menyinggung perasaan mereka.Kita perlu hormati mereka juga walau bagaimanapun sikap mereka.
5.Bersabar.
Dalam hal ini, banyakkanlah bersabar jangan putus-ii untuk usaha. Ego yang pecah pasti akan lentur juga suatu saat nanti.
Kesimpulannya, sesiapa yang mempunyai keluarga yang liat untuk solat dan belajar mengaji banyakkan berdoa dan usaha .Semoga Allah makbulkan apa yang hajati untuk berjaya didunia dan akhirat.
Jika ada tambahan tips lain bolehlah komen dibawah ini 🌼
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Villa Nabila
Sumber gambar Berita Harian: Foto Mohamad Shahril Badril Saali. Villa Nabila merupakan sebuah vila mewah yang terletak di Johor Bahru, Malay...
-
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatu.. Selamat sejahtera.. Selamat malam semua 😏 Tahun lepas (2016) Dy ada amik spm ulangan.Dy daft...
-
Assalamualaikum ,Hi! Dy ada godek-ii kat internet tentang kisah-ii mistik yang pernah berlaku dulu-ii punya. Dy tertarik dengan satu ki...
-
Assalamualaikum ,salam sejahtera.. hari ni dy akan buat 4 artikel untuk cabaran 25 Hari blogging .Terlalu sibuk sampai tak sempat nak buka...
-
Assalamualikum wb Salam sejahtera Sindrom ini merupakan gangguan vasospatik iaitu pembuluh darah terkecil di jari tangan dan kaki mula ...
-
Assalamualikum, Salam sejahtera . Jom join GA ni. Klik banner dibawah ini untuk join yupp😃
Ajak pergi ceramah,baca yasin sama2..
ReplyDeletejemaah walau sekali sekala tu sangat bagus.lama2 menjadi kebiasaan bt mereka.
Terima kasih .betul tu..
DeleteInsyaallah..mudahan sesiapa keluarganya yang sukar solat dapat berubahh
ada ibu bapa bila anak2 ajak dia buat tak tahu. tapi apa kata kalau anak2 yang mulakan langkah terlebih dahulu. solat, baca quran. insyaAllah bila lama-lama parents nampak kita solat n mengaji, diorang pun terdorong utk lakukan sama2. :)
ReplyDeleteyes betul tu @nik ainaa. Thank you for your recommended. Terbaik (y)
Deletemak ayah ni susah sikit. kena jangan keras sangat sebab kita ni anak. doa adalah senjata terbaik
ReplyDeleteye betul tu.Doa adalah senjata yang amat terbaik dan sabar.
Delete