Pages

Showing posts with label My story/Penulisan. Show all posts
Showing posts with label My story/Penulisan. Show all posts

Friday, 7 August 2020

Pengalaman Seram :Pekerjaan Security Vs Makhluk Halus PART I

Assalamualaikum wb, hari ini aku akan menceritakan sebuah pengalaman 'manissssss' haha yang pernah aku lalui.

Iklan jap ha :Aku menghabiskan masa hampir satu jam,dapatkan balik account blog ni .😂Kenapa kalian tak beritahu,dah ubah semua setting  hukhukhuk😢


               Selepas STPM, seperti ada sesetengah yang tahu,dulu aku pernah bekerja di sebuah Hospital sebagai Security Guard. Seperti yang kita tahu , Hospital terdapat banyak darah, bilik mayat dan ramai juga yang tewas meninggal dunia dengan pelbagai penyakit. Belum lagi yang sememangnya bukan hanya sakit fizikal luaran  sahaja dan hanya boleh dikesan dengan mata batin. Aku ada jaga beberapa post (jaga kawasan) . 2 post perempuan dan 4 post lelaki. It mean , ada 6 post kesemua yang pernah aku merasai kehadirannya keh keh .

Jadi waktu malam,Hospital aku kerja ni,dia agak sunyi sikit.Ada orang meriah sikit kat ruang kecemasan je.tu pon kalau dah masuk 1-5 pagi,dalam 2 atau 3 orang je yang ada pesakit datang,kadang tak da langsung.


CERITA 1:

Masa ni hari  pertama aku kerja kat sini tau.(ni kerja pertama aku selepas STPM).Hari pertama tu aku kena jaga di post Labour Room/wad bersalin *tak ingat nombor dah hehe.masa ni kekok lagi  dengan rasa awkward sorang-sorang ,dengan ramai pekerja lelakinya .Huhu pekerja perempuan hanya 2 orang setiap shift sahaja ya hehe. Aku paling termuda kat situ  hikhiks.Nasib masa first day ,keje shift waktu siang masa tu. Kalau malam tak tahulah lagi hehe.Tapi kau jangan ingat aku tak kena ganggu pulak..hmm tapi tak seteruk  yang lain la kot *rasa sama je ngeh2*

Masa aku duduk kat post aku tu,ada nurse tu borak dengan aku.Dia tanya macam-macam .Dari berkenalan ke seakan menakutkan aku huhu.Then,dia masuk balik ke dalam bilik LR.Aku jaga luar pintu tau ,pintu utama LR.

Tak lama tu,aku dengar bunyi kat bilik LR tu. Bunyi suara  orang borak-borak, tapi tak berapa jelas apa yang dibualkannya.Selalunya kalau orang kat dalam,jarang dengar suara kat luar.Melainkan suara menjerit atau menangis.Tiba-tiba,akak nurse tu buka pintu luas2 ,Bukan pintu pesakit selalu masuk tu,Tapi pintu kecil berhadapan  dengan kaunter aku duduk ,Menghadap aku je pintu tu.

Dia duduk depan pintu tu.Aku tak tanya pon apa-apa kat dia.Aku rasa faham dah tengok muka akak nurse tu pon rasa macam sesuatu sangat.muka dia takut pucat.huhu.Tapi,aku pelik dia duduk ramai-ramai dalam tu takkan  takut jugak kan.Akak tu buat keje lagi kat pintu tu .tulis apa ntah ada la tu kerja dia hehe.

Tiba terlintas lak hati aku nak tanya ; 

                               ''Kak nurse,kawan akak ada pesakit ke kat  dalam tu?''

Dia geleng-geleng jer,buat muka pelik sambil takut sikit dia pandang aku huhu.Jahat nau aku pergi tanya lagi...adoiii ahahaha.Aku tak tahulah aku positif atau lurus masa tu ahahaha.

Pukul 2 petang tu ( tak silap),ada akak nurse sorang lagi masuk kerja dalam LR. Aku pelik sebab  ingatkan dia yang kat dalam akak tu borak . Rupanya bukan suara  akak  yang baru datang tu atau suara  akak yang ada dengan aku tu. So,faham-faham jela hehe

Jadi aku dah faham dah kenapa  akak tu takut  sangat sampai duduk tarik kerusi kat pintu, dengan aku tanya kawan dia kat dalam  dia buat muka cuak .macam lawak pon ada,positif sangat aku masa tu ngeh3.


-PART I TAMAT-


SAMBUNGAN PART II

Wednesday, 28 November 2018

Kehidupan.

Assalammualaikum wb
Salam sejahtera.
Apa khabar semua?sihat tak semua?

Lama kan dah tak update...huhu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kehidupan sekarang, perlu dibiasakan lebih lagi bila kita perlu melakukan semuanya sendiri..Almaklumlah,kita semakin dewasa,pemikiran juga perlu matang.Takkan nak mengharapkan semuanya pada  emak ayah kita kan? hee..

Suka saya  dengan satu ayat ini

"Orang yang dah biasa HIDUP SUSAH dia akan biasa dengan kehidupan yang SUSAH ''

Kadang kita tak sedar, kita ada segalanya  ,kemewahan,kereta,motor,duit,emas berlian permata , makanan yang lazat tapi  bila kita masuk dalam satu alam yang berbeza dengan kehidupan yang dulu agak-agak korang boleh ke biasakan?Jawapannya dah ada depan mata aku sekarang..

Its okay,buat perlahan-ii okay?😃

Kita kenalah jimat duit kalau duduk di U ni..Banyak benda lebih diperlukan...

Jangan asyik shopping je..Rasanya,sudah memadai dengan baju korang di almari tu..Tak perlu rasanya setiap minggu asal tiada kelas pergi jalan-jalan kat luar...huhu ataupun pergi je jogging kan lebih sihat..😁Ya tahu duit korang...Cakap je,hee ajar berjimat.

Doakan Dy okay supaya dapat belajar dengan tenang  dan dapat bahagiakan mak dan ayah..Doakan juga kawan-ii Dy..😊😊😊

Sunday, 29 October 2017

Makeup percubaan 1.

Assalamualaikum wb..
Hi ! semua readers and followers sihat?

Semalam,makeupkan  sahabat Dylah.First time makeupkan orang...Nasiblah dia kata cantik.Sahabat Dylah ni dah lah suka aktiviti lasak.Nasib tak kena silat..Kalau tak fuhhh...sedih hidup denn...hehe..Apa pun kena banyak perbaiki lagi.

Produk yang digunakan:
🌺Pencuci muka
🌺Foundation
🌺Concealer
🌺Eyeliner
🌺Blusher
🌺Eyeshadow
🌺Lipstic
🌺Lipice
🌺Makeup remover


Note: Kening tak lukis/tak cukur.

Boleh tinggalkan komen anda dibawah ..





Sunday, 15 October 2017

Rindu tak? hehe

Assalamualaikum wb,hye..



Tak sangka ada juga yang tanya kenapa dah lama tak update blog..hehe,ingatkan tak da siapa sudi baca blog ni...huhu..

Maaflah ye,selalu sangat hilang.Tengah fokus study dan main mobile legend *pm id*

OKAY!

Dalam hidup ni,bukan semua benda yang kita nak akan dapat.Sebenarnya,apa yang kita nak tu dah lama dah dapat.Kita je tak sedar.Jadi,belajarlah bersyukur sebelum  semuanya hilang  dan menjauh.

Kalau kita rasa kita sedang susah,fikir balik.Kenapa kita jadi susah?Mungkin salah kita ?!! Mungkin ego kita?! atau teruskan salahkan manusia lain? Muhasabah diri.

Apabila kita merasakan semua orang yang hampir dengan kita berkawan untuk kepentingan mereka.Fikir semula, adakah kita juga bersikap sedemikian.Jika ya,tinggalkan sikap tersebut.Jika tidak,percayalah kita bukan setakat boleh dapat yang terbaik malahan kita akan dapat perkara yang manis dalam hidup kita.Namun,bukan semua yang bernasib baik.

Fitnah-memfitnah seakan menjadi adat yang tak lengkap dalam hidup kini.Jangan kita mengikut-ikut fitnah terutamanya tanpa kita sedar.Baik kita yang difitnah itu,sekurangnya ada jugalah 'beras'.


sekian,terima kasih...Moga Cik Dylah tak menghilang lagi..hehe

Thank you reading for all followers and readers!😀



Wednesday, 26 July 2017

Tarikh keputusan STPM SEM 2 semakin dekat!

Assalamualaikum wb

 Hahhh..dah makin dekat weyh tarikh result nak keluar..minggu depan je lagi.
Hope,lebih baik dari sem1 lepas.
Nak cerita something tapi lain kali lah,ada kerja nak buat.Padahal main game ada masa ahahahah

Doakan kami sekelas dapat keputusan cemerlang, okay 😄.

-Memang short entry hari ni..huhu-
Bye~

Thursday, 20 July 2017

Game

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Ada yang rindu Dy tak?huhu..almakalumlah dah sebulan lebih tak update blog.
Dy tengah final sem ,tu kelam kabut sikit...hehe lupakan dulu seketika..

Hari ni dy nak cerita tentang Game yang dy suka dan pernah main.Banyak lagi tau,dy senaraikan mana termampu jelah huhu..

1.Dungeon Rampage



2.Counter Strike


3.8Ball pool


4.Mobile Legend


5.Candy crush Saga


6,Pou


Banyak lagi...Korang suka main game apa?

Friday, 2 June 2017

Jangan menduakan jika kita tidak suka diduakan.

Assalamualaikum wb,
Salam sejahtera.

Apa perasaan korang seandainya dikhianati?
Bercinta bertahun- tahun, kahwin dah bertahun-tahun,anak pun dah ramai.Tup..tup..
salah satu antara korang  ada kekasih lain?

Contoh:Datanglah bekas junior masa sekolah dulu  mengenangkan zaman silam ,haha biasalah kan,kadang orang tak sedar pun.Tiba-tiba dah terlayan. Dah layan junior jatuh hati..dah jatuh hati,si suami  jadikan kekasih..dah jadi kekasih sama-sama suka.then, kahwen.Isteri pertama terabai. Barang keperluan dah tak endah.Anak-anak buat tak tahu je . Eh..jangan salah sangka.Bukan semua macam tu.Ada je yang masih prihatin walaupun ada bini baru.Hehe,bukan nak menyokong  tapi kenyataan.Namun, mungkin 1 dalam sejuta!

Okay,back to topic.

Cuba kita duduk disatu ruang,fikir.Apa perasaan kita jika kita diduakan pula.Mestilah marahkan? Tak puas hati? mesti fikir apa kurangnya aku?salah aku apa?

Fikir pula, si isteri dah penat jaga anak-ii,sediakan makan  pakai..bertarung nyawa melahirkan zuriat..

Macam tu juga isteri.Jangan sesekali buat isteri jadi tawar hati.Parah beb.

Kebanyakkan orang ,tak suka ditipu.Jika korang benar-ii dah syok sakan  dengan kekasih tu,daripada buat maksiat .Terus terang dengan si isteri mana tahu mood dia okay time tu.Kalau tak  diizinkan padanlah muka korang..keh3.. Walaupun korang tetap  boleh kahwen tanpa persetujuan isteri,please don't do this.Kenapa?nantilah aku cerita

~Jadi,janganlah menduakan jika kita tak nak diduakan.~


Moga dapat jodoh yang terbaik didunia dan diakhirat.

Sunday, 28 May 2017

Selamat berpuasa dan butang follow

Assalamualaikum,hi semua pembaca..

Disini terlebih dulu Dy nak tanya.Ada lagi tak Dy tak follow back blog korang..Bolehlah tinggalkan dibawah komen (beserta link blog) ni ya.Takut dy ada tersalah pandang...

Orait.Semalam berpuasa macam mana okay tak?
Terawih penuh tak setakat ni? Cukup 2kali.Kalau cukup Alhamdulillah,kalau tak cukup jangan risau. Banyakkan ibadah dirumah ya. Sambil-ii  buat kerja asaignment ,thesis,baca buku dan sebagainya.Bukalah kat you tube ke,mp3 surah ,ayat al-quran.Dengar pun boleh ,dapat pahala.Nak lagi best,baca .

Jaga mata,jaga hati,Jaga  lidah..dan jaga semua jaga.
Okay,sekian asalamualaikum..Selamat berpuasa gaisss 😀

Sunday, 21 May 2017

Dugaan perlu ditempuh.

Assalamualaikum
Salam sejahtera

        Kehidupan ini banyak mengajar kita.Mengajar dalam menempuh dugaan .Tidak kisah sebesar apa pun dugaan tersebut,kita perlu tempuhinya. Selepas masalah itu hilang,Kita pun akan berasa lega. Ibarat hilangnya satu bebanan batu  yang besar diatas kepala.Jadi,jangan takut dengan masalah yang dihadapi sebab masalah itu akan hilang juga .Cuma cara dan  masa saja kita tak tahu.Bila masalah itu hilang,kadang kita tak sedar pun.Tupp..tupp..Hilang begitu saja.Bila datangnya masalah tu..Ya Allah,susah nak cakap. 

Jadinya,sentiasalah ingat pada Nya .

Akhir kata,tidak kisahlah sebesar apa pun masalah tersebut.Hadapilah dengan waras.Otak yang waras menggunakan akal,bukan menggunakan  otak yang hanya berada didalam kepala.

What i say,
What you say.

Friday, 19 May 2017

Minggu Depan Exam!

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera.

                Dy minggu depan dah nak exam , doalahkan kejayaan Dy dan rakan sekelas serta semua pelajar yang ambil exam tersebut.Maaf deh kalau ada yang sakit hati atau mengguris perasaan readers selama ni.Actually,memang tak da niat pun nak tujukan kepada mana-ii pihak.Hope,tak da mana-ii pihak terasa.Dy juga nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadan kepada semua beragama Islam  yang tidak lama lagi akan tiba,Moga lebih baik dari sebelumnya..Insyaallah.

Akhir kata,

      Jika kita telah berusaha ,
Namun,rezeki tidak berpihak pada kita ,redalah.

&

andai sudah rezeki berpihak pada  kita..pasti rezeki kita juga .. Insyaallah.

Thursday, 18 May 2017

Lirik Disini Cinta Disana Rindu (Wany feat Tajul)


Sejak ku dengar merdu suaramu,
Tidak kusangka jiwa terganggu

Apa kurangnya suara manjamu
menyentuh hati
membawa mimpi

Kamu wanita manis sekali
Lirik matamu
Membawa cinta

Kamu lelaki pandai menggoda
hingga hatiku
mulalah rindu

Riang hatiku
hilangkan resah

Disini Cinta Disana cinta
Benarkah..
Disana rindu Disini rindu
Sejiwa..
Disini sayang Disana sayang
Sekata..

orang disana,orang disini 
sama menanggung rasa

Cinta 
tidak dapat diduga,
Cinta 
Hanya dapat dirasa.

Disini Cinta Disana cinta
Benarkah
Disini rindu Disana rindu
Disini sayang Disana sayang
Sekata..



Cinta 
tidak dapat diduga,
Cinta 
Hanya dapat dirasa.
senada dalam cinta

Disini Cinta Disana cinta
Benarkah
Disana rindu Disini rindu
Sejiwa
Disini sayang Disana sayang
Sekata..

orang disana,orang disini 
sama menanggung rasa


Cinta 
tidak dapat diduga,
Cinta 
Hanya dapat dirasa.
senada dalam cinta
Smulekan cinta
Irama Indah
Semoga hilang 
kesunyian

Semoga hilang
Kesunyian.

Boleh layan di You tube --> Lyric Video

Tuesday, 18 April 2017

Lirik Tergantung Sepi-Haqiem Rusli



Layan di You Tube -->Haqiem Rusli Tergantung Sepi

Cukup disini perjalanan kita
Menghukum diri
Mendera hati
ini terhimpit dengan suasana

Berat rasanya sukar diluahkan
bernafas ragu menghembus pilu
perasaan ini
tergantung sepi


Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
mencuba
menyimpulkan mati
Namun,terputus jua

Berat rasanya sukar diluahkan
bernafas ragu menghembus pilu
perasaan ini
tergantung sepi

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
mencuba
menyimpulkan mati
Namun,terputus jua

Diseksa hati yang menagih
Harapan kasih  yang menjauh

Terpisah
dalam kekalutan
jiwa ...
yang digantung sepi

Mencuba..mencuba..menyimpulkan mati

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
mencuba
menyimpulkan mati
Namun,terputus jua

Diseksa hati yang menagih
Harapan kasih  yang menjauh

Terpisah
dalam kekalutan jiwa yang
tergantung sepi

mencuba ,mencuba
menyimpulkan mati


Jiwa yang
             tergantung sepi..

Sunday, 9 April 2017

Banyak hati terguris.

                                  Assalamualaikum wb,salam sejahtera. Hati mudah terguris.Tanpa kita sedar.Kita dah buat orang menangis.Lebih teruk,bila mereka sengaja nak sakitkan hati kita.Itu lebih teruk.


Tapi kita  janganlah simpan dalam hati. Nak ke disebabkan kita,orang tu diseksa diakhirat kelak?
Mereka cuma tidak boleh melihat kita bahagia.Jadi,biarlah mereka menginginkan apa yang mereka mahu lakukan.Kita disini  tetaplah tersenyum dan bertahan.Pasti ada kemanisan yang dirasai.Sehingga kita mendapat merasai Hallawatul iman(kemanisan iman)


Nak  bahagia buat 2 perkara ni:

1.Jaga Allah

2.Jaga hati


Sekian, terima kasih 😀



Sunday, 5 March 2017

Bila rasa diri tidak diperlukan...

Assalamualaikum wb..Salam sejahtera..
Haii..readers and bloggersss..
Hope,semua sihat-sihat.. 😀

Anyway,what you feel..Kalau rasa diri tidak diperlukan? dipulau?
Hey! wakeup.. tu perkara biasalah kan..
Kena lah pujuk hati,pujuk diri...

Semakin kita membesar,semakin kita faham erti kehidupan.
So,tak payah merajuk..tak payah rasa diri macam tak berguna..

Buat tak tahu dah la..jangan simpan dalam hati.
Apa yang anda dapat?
dapat sakit hati je kan! hee 😆

Setengah orang memang mereka tidak sedar,mereka telah melukakan hati kita, mementingkan diri sendiri dan sebagainya.Cari kita bila memerlukan,tapi buang kita macam najis  bila tidak inginkan apa-ii..Lumrah kot...Namun,apa yang kita perlu tahu adalah.. Allah sentiasa bersama.. dan ibu ayah merupakan aset paaaaaling besar didunia. Mereka lebih faham kita dari orang yang baru kenal kita setahun jagung..aduh lapar la ,rasa nak makan jagung..huhu

-Sesetengah orang merasakan diri kita bodoh dan tidak berguna,padahal mereka tidak sedar mereka sedang mengatakan diri mereka sendiri-

Lirik lagu Aisyah(123 kucintamu)


Assalamualaikum ,hi

Jadi viral kot lagu ni sekarang.. tengok di sini --->Cover Lagu Aisyah

Lirik:

la la la la la la lalaaa
i love u
la la la la la la lalaaa
i miss u
lalaa lalaa
kau jadi milikku


mula mula mula ku happy
tiba tiba dia sakitkan hatiku..
tak apalah terima kasihlah
jadi kekasih ku...

1 2 3 ku cintamu
kau hanya satu menjadi kekasihku
berjanjilah padaku sayangku
kau akan setia..

aishah jangan ragu-ragu dengan cinta ini
jangan kau ragu-ragu ku jadi kekasih mu
percaya padaku ku ,ku akan jadi yang
terbaik untuk cintamu..

aishah aku sayang kamu aku rindu kamu
tidur malam ku sentiasa
ku mimpi kan kamu
kau hanya milikku untuk selamanya
aku sayang aku rindu aku cintamu..

la la la la la la lalaaa
i love u
la la la la la la lalaaa
i miss u
lalaa lalaa
kau jadi milikku

mula mula mula ku happy
tiba tiba dia sakitkan hatiku..
tak apalah... terima kasihlah
jadi kekasih ku...

1 2 3 ku cintamu
kau hanya satu menjadi kekasihku
berjanjilah padaku sayangku
kau akan setia..

aishah jangan ragu-ragu dengan cinta ini
jangan kau ragu-ragu ku jadi kekasih mu
percaya padaku ku,ku akan jadi yang
terbaik untuk cintamu..

aishah aku sayang kamu aku rindu kamu
tidur malam ku sentiasa
ku mimpi kan kamu
kau hanya milikku untuk selamanya
aku sayang aku rindu aku cintamu..

la la la la la la lalaaa
i love u
la la la la la la lalaaa
i miss u
lalaa lalaa
kau jadi milikku


aku sayang aku rindu aku cintamu..

Saturday, 4 March 2017

5 Cara mendapat keberkatan ilmu

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..

Dah lama tak update blog, busy sikit dengan  sem ni..Its okay..

Dy nak kongsikan sedikit tips hasil dari dengar ceramoh..


Cara mendapat keberkatan ilmu:

1.Doa
-Berdoalah.doa senjata orang Islam. Berdoa  untuk ibu bapa,guru-guru,rakan-rakan dan semuanya sekali.
-Minta supaya ibu bapa doakan kita.


2.Jaga ibadah
Jangan sesekali pernah tinggal solat.Solat tiang agama,apabila jatuh sebelah tiang maka jadi sendeng la kamu.Disiplinkan diri supaya solat diawal waktu .


3.Jaga makan ,jaga hati
Pastikan apa yang kita makan itu halal,bersih dan elakkan makan makanan yang tidak baik seperti hati ,limpa ,otak udang dan sebagainya.
Jangan sesekali sakiti hati orang sekeliling kita,pasti tidak akan aman hidup kamu keberkatan apatah lagi.

4.Tegur dan ucapkan  terima kasih kepada guru yang pernah mengajar.
Ucapkan terima kasih kepada mereka.Sekurang-kurangnya bagi lah salam kalau terserampak kat mana-mana .

5.Bertawakal setelah usaha
Bila kamu dah usaha untuk berjaya ,peringkat akhir sekali bertawakallah kepada Allah Yang Maha Esa

Tuesday, 28 February 2017

Kerenah memang pelbagai.

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..

Setiap manusia memang berbeza tingkah lakunya..
Ada yang  cepat marah,
Ada yang cerewet..
Ada yang busuk hati
Dan..ada berbagai yang lagi huhuhu..

So,bagaimana nak sesuaikan dengan keadaan?
Sabar.
Ubat yang paling terbesar adalah dengan bersabar..
Tidak kisahlah sama ada penerima atau penghantar ..huhu

Bab ni memang dy agak failed juga..Sebab dy ikut mood dan ikut kepala sendiri.
Kalau rasa nak buat sesuatu  tu..dy akan buat..kalau dy tak nak dy ikut mood juga huhu..
kalau dah terpaksa buat juga.. peningkan ayat dy? hehe

Kadang orang rasa diri dia bagus dan pandang rendah terhadap kelemahan orang lain,padahal dia tak sedar  ''rasa diri bagus tu juga merupakan kelemahannya'' .

Cuba terima orang lain yang cuba menyemai kasih antara persahabatan dari kekasih yang menabur kejahilan.

Apa yang dy nak simpulkan,

Kelakuan boleh dikawal oleh diri sendiri,kalau rasa diri tu kaku untuk berbuat baik .Sekurangnya janganlah berhati busuk tapi jangan lupa orang yang baik hanya kaku untuk melakukan hal yang busuk.




Sunday, 26 February 2017

Giveaway Topup Percuma by Cik Candy

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..

Firstly, dy ucapkan thank you kepada  blogger  Cik Candy yang sudi invite dy join GA ini di Cbox . Lambat join disebabkan hal-ii tertentu 😀.
So,dy nak jemput semua para blogger yang ada di Malaysia ni untuk join dan meriahkan  GA ni..syaratnya cukup mudah.. 
Klik banner dibawah  untuk maklumat lanjut dan jangan lupa untuk join..

Friday, 10 February 2017

Jangan matikan hati dan perasaan.

Assalamualaikum wb.Salam sejahtera.
Rasa lama je tak tulis entry.Padahal baru semalam huhu.

Okay, hari khamis haritu, kawan lama Dy mesej. Dy difahamkan dia baru sahaja sembuh cuma tak sepenuhnya lah. Sebelum ni, dia ada masalah ingatan dan ikut kata family untuk bertunang. So, sekarang hati dia waswas untuk teruskan hubungan tersebut atau terkandas ditengah jalan huhhh... Sebulan sahaja lagi,dia akan bergelar isteri.




Can you imagine?
Pendapat dy lah kan.

First,buat solat istikarah dahulu.Solat istikarah sebaik-sebaik jawapan dan jalan.Jika rasa dia adalah jodoh teruskan tetapi jika rasa sebaliknya jangan sesekali memaksa hati. Namun ,ustazah dy pernah berkata ,kalau buat solat istikarah sekalipun dalam pada masa yang sama kita ingat dekat orang lain kadang itu bukan jawapan dari solat istikarah tetapi mainan hati.

   Contohnya . A (perempuan) simpan hati dah lama dengan B ,tapi pada masa yang sama C hadir dalam hidupnya. Tapi A tak da perasaan dengan C..So,A buat solat istikarah.. last-ii jawapannya, hidup dengan B. So agak-ii jawapan dari solat istikarah? Mungkin ya dan mungkin tidak.Jadinya, berusaha menyeimbangkan sesuatu.

Yes,dy bukanlah orang yang terbaik memberi nasihat atau pendapat.Sedangkan dy sendiri gagal dalam percintaan..puih ayat.. mintak sepak 

Apa yang dy nak tekankan dy disini:
1.Solat istikarah.
2.Dekatkan diri kepada Allah.
3.Muhasabah diri.
4.Jaga ikhtilat.
5. Bahagiakan diri dan mak ayah.
6.Jangan terdesak.
7.Fikir sehabis baik.


Come on,  kita muda lagi,tapi kalau jodoh kau awal ..terima jer lah.Jika kau tak berjodoh tutup cerita teruskan kehidupan. Rasa-rasanya jawapan dy semuanya buatkan dia makin pening kepala nanti..huhu.

Okay,bye.

Monday, 6 February 2017

11 Senarai Tabiat Tidur

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatu
Selamat pagi ..Jam menunjukkan pukul 3:12 am.

Ada lagi ke yang tak tidur huhu?Okay,sebelum dy tidur dy nak bebel dulu disini.

Antara  searai Tabiat tidur :

1.Tidur awal, bangun awal

2.Tidur lambat. bangun awal

3.Tidur awal tetapi bangun lambat

4.Tidur sekejap-ii (asyik terjaga)

5.Tak tidur-ii

6.Siang tidur Malam berjaga

7.Malam berjaga siang tidur

8. Insomnia

9.Terpaksa berjaga

10.Siang malam asyik tidur.

11.Tak menentu.


Alright,Korang yang mana satu?huhu


Idea Hadiah Hari Guru

 Hari Guru bukan sekadar memberi hadiah mahal. Apa yang penting adalah keikhlasan dan penghargaan kepada insan yang mendidik jiwa dan akal ...