Pages

Saturday 24 December 2016

Cerpen:Barang Yang Tertinggal.

Assalamualikum wb.
Selamat Malam semua 😃

Hak milik 100% dari dy.
. maaf jika terlalu banyak kesalahan tatabahasa dan sebagainya.Jemputlah baca.


              Pagi itu bermulalah semester baru buat  Taufiq dan rakan seperjuangannya  setelah 3 bulan bercuti   dihalaman kampung sama ada menziarahi   keluarga ,ibu bapa,bertunang dan ada juga yang pulang untuk  berkahwin. Memang  cukup bersemangat  untuknya memulakan semula pelajarannya dengan  azam yang baru.Rakan-rakannya  masuk ke kelas masing-masing supaya tidak terlambat  kerana tidak mahu mendengar omelan pensyarah mereka. Taufik  dan dua orang rakannya Suffian  dan Saiful yang  mengambil jurusan  seni ingin menjadi pelukis terkenal suatu hari nanti  dengan  menjual karyanya dengan harga yang  mahal sesuai dengan hasil kerja mereka.Ketika  mereka  berjalan  ingin   masuk ke kelasnya  banyak mata-mata memandang  lebih-lebih lagi kearah Taufik. Memang  wajah Taufik yang tampan  menjadi idaman  gadis-gadis   di universiti tersebut tidak kiralah junior ataupun senior .Dia juga agak rimas  dengan sikap gadis  yang meminatinya  ,setiap hari pasti ada  sampulan surat ataupun hadiah buat dirinya.Adakalanya ada  yang tergedik-gedik mengoratnya secara terang-terangan.  Seperti  5 bulan lepas, Taufik melarikan diri dari  tiga orang gadis  yang ingin memberikannya surat .Terpaksalah dia menyorok di tandas selama 3 jam setelah keadaan reda baru dia pulang ke biliknya.

Ketika dia ingin pulang kebiliknya dia ternampak seorang wanita sedang memerhatikannya di bawah pohon.Hatinya berkata barangkali perempuan itu meminatinya juga.Anehnya perempuan itu memegang kapak ditangan kirinya sambil berbicara sendirian.
Dia ingin mendekati perempuan itu tetapi tiba-tiba sahaja perempuan itu menghilangkan diri.


             ''Taufik!!!!!!!!!'' jerit Sufian sambil menepuk  bahu rakannya itu.
              ''Erghhhh ..terkejut aku  .kau nak ape??''tanya Taufik setelah  terhenti dari lamunannya.
              ''Kau tak dengar ker pensyarah panggil kau tu''kata Sufian.
               ''Alamak!!!!!!!! aku tak perasan la'' ungkap Taufik.
Taufik  berjalan kearah  meja pensyarahnya sambil  tersipu malu.Adakah dia akan dimarahi kerana tidak menyahut  panggilan pensyarahnya itu tadi.Biarlah masa menentukan.Kata Taufik dalam hati.

 ''Taufik, ambil borang  fail  kamu ni dan perbaiki semula..''kata pensyarahnya itu.
''Baik Puan''kata  Taufik kepada pensyarahnya itu.Mujurlah dia tidak dimarahi atau disindir. Mungkin mood  pensyarahnya hari ini baik  agaknya.kata Taufik dalam hati.Taufik menuju semua ke tempat duduknya  dan memulakan sesi pembelajarannya.Dia kembali tenang dan mula mengeluarkan nota kecil untuk menulis ucapan yang diajarkan oleh pensyarahnya itu.


 Jam menunjukkan pukul 3.20 pagi tetapi Taufik masih  membuat assignmentnya yang melambak  yang diberikan oleh pensyarahnya . Suffian memanggil   Taufik yang asyik membuat kerjanya sahaja dari tadi  sehinggakan  tidak tidur.Suffian menyuruhnya  tidur kerana esok kelas tiada .Namun,Taufik tidak mengendahkannya.
Ketika leka  menaip sesuatu dilaptopnya,Taufik terasa lain macam .Dia terasa seperti ada yang sedang memerhatinya dari arah belakang.Segera dia menghapuskan perasaannya itu.Berbekalkan lampu belajar dia meneruskan menaip dengan gigih sekali.

‘’Praaakkkkkkkkkkkkk’’
Bunyi sesuatu diluar pintu seakan bunyi  kayu patah.
Taufik memusingkan badannya kebelakang .
‘’Kau rupanya Suffian aku ingat sapa lah tadi.Hahahaaha’’
Suffian hanya mendiamkan diri.Tidak senyum tidak pula berbicara.
Taufik melihat kearah Suffian lain macam betul dia pagi ni.
Taufik menyambung semula kerjanya.Tiba-tiba dia teringat sesuatu.
‘’Eh,bukannya Suffian tengah tidur kat atas katil ke tadi?’’bisik hatinya.
Dia memalingkan semula kearah belakang dan terlihat lagi jelmaan Suffian sedang menundukkan kepalanya.Dia memandang kearah katil pula,sekujur tubuh  mirip Suffian juga kelihatan.
‘’Astaghfirullahalazim...’’
Taufik semakin takut namun dia kuatkan hatinya.
Mulutnya tidak berhenti terkumat-kamit membaca surah yang dihafalnya.
Taufik berasa keliru.Mengapa ada dua kujur tubuh yang sama mirip Suffian.
Dia menutup mukanya dengan tangan.Sedar-sedar je dah subuh.Dia tertidur diatas kerusi sambil mendongak kelangit.

Saiful dari bilik sebelah mengejutkan Taufik yang tidur di kerusi agar bersiap
kesurau untuk solat subuh secara berjemaah.Taufik bangun dan menjerit.

‘’Pergiiiiiii!!!jagan  kacau akuuuuuuu’’
‘’Wei,bangun aku ni Saiful’’Kata Saiful sambil mengoncangkan bahu Taufik.
‘’Hah,kau ke wei’’
‘’Dah cepat siap.’’
Taufik tergamam.
Tanpa berlengah lagi  Taufik  mandi dan bersiap-siap. Mereka pun menuju bersama ke surau  dan solat bersama-sama .Taufik merasakan seperti  hatinya tidak sedap dan akan terjadi  suatu perkara aneh.Dia cepat-cepat membuang prasangka buruknya dan menganggap itu semuanya   kerja syaitan yang ingin menyesatkan umat Nabi Muhammad S.A.W.  .Ketika mereka ingin pulang ke biliknya,  
Taufik mendengar suara  memanggil namanya bersama dengan gelak tawa yang amat menakutkan.

            ''Saiful, kau dengar tak apa yang aku dengar??'' tanya  Taufik  kepada Siful.
             ''Apa bende aku tak dengar apa-apa pon ''sahut Saiful.
             ''hmm tak de pape la.Lupakan jer.''kata Taufik.

Suffian yang  dari tadi  asyik berdiam diri dan tidak berkata sepatah haram pun,tetiba  menanyakan kepada Taufik apa yang didengarnya .Taufik  berbisik  kepada Suffian  lalu  Suffian  ketawa  seakan tidak percaya kata-kata rakannya itu.Tapiiiii...kenapa Sufian..........Dia menghentikan lamunannya. Memang tidak dinafikan ,mungkin itu  perasaan aku sahaja .Bisik hati Taufik.Mereka masuk ke dalam bilik ingin bersarapan lalu  bersiap-siap ke  kelas .Taufik pula menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.


''Hai.''Terdengar satu sapaan  ternginyang di telinga Taufik sementara 
terbau wangian  menusuk hidung Taufik  .Taufik memalingkan muka kearah si penyapa  tersebut lalu terpandang seorang wanita  cantik lengkap berpakaian  berbaju kurung dan bertudung . Setelah  diperhatikan agak lama oleh Taufik, dia baru teringat rupa wanita itu seiras  yang dilihatnya tempoh hari di pohon tersebut.
Taufik memulakan perbicaraannya. 

''Hmm  . Hai, Kamu ni  bukan ker yang saya jumpa  tempoh hari tu.'' tanya Taufik kepada gadis itu.
 ''Tidaklah , saya baru jer  nak start  study kat sini harini. Itu yang saya nak tanya  dekat mana kelas Seni kelas 3.Saya tak tahu sangat tempat ni'' Jawab gadis itu pula.
''Oh, kebetulan  kita kelas yang sama . Jomla saya  tunjukkan.'' Jawab  Taufik  selepas beberapa minit tergamam .
Mereka pon berlalu dari situ. 
Aku tak salah . Aku yakin    yang aku nampak itu mirip seperti dia. Erghhh !. Bisik hati kecil Taufik bersama kotak fikirannya yang  kian kusut.


Malam itu,Taufik sendirian di tepi tingkap.Kawan-kawannya yang lain berseronok pergi ke kampong kecuali Suffian yang sedang  membaca nota kecil di atas katilnya.Hatinya tergerak untuk menceritakan kisah semalam yang dialaminya.

‘’Suffian,aku nak cakap sikit dengan kau ni’’
‘’Hmm apa dia?’’
‘’Semalam ada kejadian pelik ,aku ternampak...’’
‘’Kau nampak apa?’’ potong Suffian.
‘’Aku nampak kau ada dua orang’’
‘’Hah?Aku tak faham.Cuba cerita betul-betul’’tanya Suffian sambil meletakkan nota yang dipegangnya.Dia lebih fokuskan kearah Taufik.
‘’Okay,macam ni.Aku kan leka semalam buat kerja.Time aku busy tu  ada benda pelik terjadi.Aku nampak mirip kau dekat pintu .Kau pulak ada kat atas katil.’’
‘’Ishh..jangan mengarutlah’’
‘’Aku dah agak kau tak percaya.’’
‘’Kalau macam tu jom siasat.Aku betul-betul tak percaya.’’
‘’Okay.fine!’’

Taufik agak geram kerana Suffian tidak mempercayainya.Kalau Saiful ada pasti  dia pun tidak percaya.

Malam itu mereka berdua berjaga.Mana tahu hantu mirip Suffian tu muncul lagi.Namun andaian Taufik meleset.Suffian yang duduk sebelah Taufik menundukkan kepalanya keatas lantai.Taufik terasa seriau semacam.
‘’Suf..suuf..fian’’ Panggil Taufik.
Tiba-tiba Suffian bangun  dan pergi kearah pintu.Dia berhenti dan memandang kearah Taufik.Taufik hanya tergamam.Badannya terasa kaku.Dia cukup keliru.
Suffian berjalan semula keluar dari pintu.Hati Taufik tergerak   untuk mengekori Suffian.

Taufik hanya memerhatikan Suffian dari jauh.Tiba disuatu bilik Suffian berhenti  lalu hilang.
Taufik berasa takut,mahu sahaja dia ingin lari.tapi dia kuatkan hati .Dia sudah berada diluar pintu tersebut,kelihatan tertulis STOR .Dia beranikan diri untuk masuk.
‘’Gelap sungguh’’bisik hatinya.
Dia terbau sesuatu yang amat busuk sekali disebuah kotak.Dia mengambil pemetik api diatas meja yang ada di stor tersebut.Air liur nya sudah beberapa kali ditelannya dengan payah.Dia memberanikan membuka  kotak itu.Dia sungguh terperanjat  terlihat sekujur tubuh manusia yang sudah berulat.Dia ingin keluar dari tempat itu,malangnya pintu itu tidak dapat dibuka.
‘’Nak lari mana tu’’ terdengar suara wanita dibelakangnya.
Dia memandang kearah wanita itu. Tak salah lagi perempuan tu yang dia jumpa di bawah pohon dan menegurnya tu.
‘’Awak,awak buat apa kat sini.’’kata Taufik dengan mengeletar.
‘’Saya tunggu awaklah.’’Perempuan itu tersenyum sinis sambil memegang kapak ditangan kirinya.
‘’Hah,awak ada kunci bilik stor ni ke?’’Taufik dah sedar sesuatu namun dia mendapat suatu taktik.
‘’Kunci tu ada ni, ’Awak  tak sudi ke temankan saya’’kata perempuan tu sambil menunjukkan kunci STOR itu.
 Perempuan  tersebut memandang kearahnya dan ingin mengangkat kapak kearah badannya .Taufik segera mempertahankan dirinya.Mujurlah dia mahir silat kalau tak mahu terbelah usus perutnya.Perempuan tersebut mengacu-acukan kapak tersebut kearahnya.
‘’Apa masalah awak sebenarnya ni.Siapa mayat dalam kotak tu!’’
‘’Awak nak tahu siapa tu?’’tanya perempuan tu dengan ketawanya yang menakutkan.
‘’Bawak mengucap.Ingat Allah .’’kata Taufik sambil menenangkan wanita tersebut.
‘’Itu Suffian,kekasih hati saya.Dia dah janji nak tanggungjawab tapi....dia tidur pulak dalam kotak tu.hmm’’jawab perempuan itu sambil menangis .
Taufik amat terkejut.
‘’Tanggungjawab?maksud awak’’
‘’Dalam perut ni anak dia.Dia tak nak ke tengok baby ni nanti.Kejutlakan dia.’’
‘’Awak pembunuh!awak dah bunuh kawan saya!’’
‘’Apa kau cakap!aku pembunuh?’’
Wanita itu tiba-tiba meradang dan ingin mendekati untuk membunuh Taufik.
Namun wanita itu terhenti .
‘’Kau..kau dengar tak? Suffian panggil aku’’Wanita itu tersenyum dan segera membuka pintu stor tu dan berlari keluar.

Taufik segera keluar dari stor itu dan mencari bantuan.
Mujur pengawal keselamatan ada melewati jalan itu .
Dia menelefon polis.
Sebilangan pelajar lain dan warden  mencari wanita itu.
Polis mengambil mayat didalam kotak itu.

Taufik mendekati mayat Suffian yang sudah hancur itu.Hanya kepalanya sahaja yang lengkap namun ada tompok darah.
Taufik memegang pipi Suffian.
Orang ramai hanya memerhati sahaja.
‘’Kau tidur dengan tenang ya.Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kau .Kaulah kawan ,kaulah abang aku dan kaulah sahabatku.’’menitis air mata Taufik buat kali pertamanya yang selama ini tidak pernah ditayangkan.
Polis juga memaklumkan Suffian sudah 3 bulan meninggal dunia. wanita yang membunuh Suffian itu telah dijumpai mati tergantung dibilik air .
Menurut saksi wanita itu telah membunuh kandungannya menggunakan kapak sebelum dia menggantungkan diri.

 ‘’Sungguh aku tak sangka Taufik,Suffian yang baik tu boleh terjebak dengan perbuatan keji  tu’’kata Saiful sambil menangis.
Taufik hanya mendiamkan diri sahaja.
Dimindanya memang sedang berserabut.Selama 3 bulan ini dia hidup dengan  orang yang tidak wujud namun dia reda.
‘’Semoga bersemadi dengan tenang sahabatku’’bisik hatinya.
Setelah 5 bulan kemudian,semester akhir buat Taufik dan rakannya yang lain.
Dia teringat kembali kejadian yang menyanyat hati buat dirinya dan rakannya yang lain.Dia  melihat atas katil Suffian,kini telah ada penggantinya.

‘’Taufik...ooo..taufik.Tolong aku.Barang aku hilang ni’’ kata Suffian sambil menangis.
‘’Barang?barang apa Suffian?’’
Rupanya Taufik bermimpi,dia teringat kembali akan mimpinya.
Dia berasa tidak sedap hati akan mimpinya.Dia bangun dan pergi semula ke STOR yang memang sunyi dan tiada sesiapa berani pergi ke situ lagi.
Dia menguatkan diri kerana dia tahu ALLAH pasti akan melindunginya.
Dia mencari-cari sesuatu di STOR tersebut tetapi tidak ada apa-apa.Taufik khuatir seandainya pihak polis tidak perasan sesuatu.Malangnya,tiada apa-apa .Dia keluar semula  dari STOR tersebut.

Ketika dia ingin berjalan kebiliknya ,dia terdengar suara bayi menangis di sebuah bilik elektrik.
‘’Ah sudah,anak siapa pulak tu’’bisik hatinya.
Dia membuka pintu tersebut dan mencari suara tangisan  bayi tersebut.Dia terlihat   janin yang sudah berulat di baluti dengan kain batik.

Sekarang baru dia faham .Inilah barang yang tertinggal itu.
Sekian,
~Penulisan yang pertama ,memeningkan,maaf lah ya . ^_^ ~




Note:Penulisan ini tidak mempunyai  sangkut paut terhadap mana-ii individu sama  ada masih hidup atau meninggal dunia.

Baca juga cerita pendek :Hilangnya perpisahan ini

No comments:

Post a Comment

Villa Nabila

Sumber gambar Berita Harian: Foto Mohamad Shahril Badril Saali. Villa Nabila merupakan sebuah vila mewah yang terletak di Johor Bahru, Malay...