Pages

Monday 19 December 2016

Senyum by Cik Dylah

Senyum



Ramai yang tidak tahu senyum  itu pengubat duka, senyum itu membuatkan  seseorang lebih istimewa dan mengubah jiwa yang sedang merana. Ada orang kata senyum itu untuk orang gila.Eh!Eh!Eh! dia yang gila rupanya.Tak pernah senyum. Kata orang gila. Pada masa sama lupa dah terkata pada orang juga.Siapa gila dan siapa senyum tak penting.Apa yang penting,senyumlah.Bukan susah pun nak senyum.Senyum ini ajaib sebenarnya.Nak tahu kenapa? Cuba senyum dekat orang yang tidak kenal (sejantina)  agak-agak dia balas apa?

Memang dia fikir positif  la pada kita. Cuma 1% fikir negatif.Eh !jangan tertipu ayat saya.

Sila pusingkan ayat tersebut semula ya. Huhuhu. Macam-macam kerenah tidak kira orang muda,orang berusia,bahkan kanak-kanak juga. Nak kata gila senyum tu tak la nak  gila mana sangat kan. Melainkan, orang gila pun pandai tersenyum pada kita. Jika kita senyum semua aura positif akan merubah dunia. Percayalah! Terlebih sangat(over) saya ni. Bila  kita senyum  semua masalah akan hilang.

‘’Nak marah?senyum dulu’’

‘’Nak  mengeluh?senyumlah’’

‘’Putus cinta? (siapa suruh bercinta )Senyum’’

‘’Kena marah.Senyum lagi’’

‘’Nak  bunuh diri?(nak jadi  kafir?)senyum jangan tak senyum’’

Percayalah dengan kita tersenyum semua masalah settle.Apabila kita mengimpikan sesuatu dengan perkara yang tidak mungkin boleh kita capai.Kita akan berusaha melihat , merasai, menghidunya,dan sebagainya dari kejauhan.Ibarat seperti menapung tawar.Tidak dapt menapung,cukup melihat.Tidak dapat melihat.Cukup membayang. Kerana kuasa senyum itu ramai tidak tahu mempunyai rahsia luar biasa. Jadi tetaplah tersenyum.Tidak kisahlah senyum sinis,senyum gula  bahkan senyum tawar sekalipun Cuma jangan tersenyum menggoda.Seram juga melihatnya.

Mungkin ada pembaca yang telah terlena dibuai mimpi indah,
Mungkin juga sudah terleka hingga terlupa nak bagi kucing makan,
Mungkin  juga sudah pening kepala kerana tidak mengerti apa yang sedang saya terangkan.

Tetapi..


Cukuplah, kamu memahami Tajuk tersebut iaitu SENYUM.Teruskanlah tersenyum walaupun hidup itu terkadang pahit seperti ubat. Namun kamu harus mengerti,Senyum itu pengubat yang pahit.

-Cik Dylah-

No comments:

Post a Comment

Villa Nabila

Sumber gambar Berita Harian: Foto Mohamad Shahril Badril Saali. Villa Nabila merupakan sebuah vila mewah yang terletak di Johor Bahru, Malay...