Terlebih dahulu terima kasih kepada yang menyokong artikel dy yang lalu,bertajuk Ayat yang boleh digunakan untuk bersembang dengan org berumur (old)
Pagi yang indah lagikan permai ini, dy akan mencuba menulis artikel yang dy memang tak pernah terfikir selama ni iaitu Cara Mengambil Hati BAKAL Bapa dan ibu Mertua. Tahu kenapa dy tulis? nanti-ii lah kita cerita huhuhu
Okay dah ready ?? lets go!
Jika anda seorang wanita:
Cara 1: Pandai memasak! Perkara wajib ni.. memang dah jadi kebiasaannya bakal mak mertua suka bakal menantu yang pandai masak.Barulah anak dia tak kebuluran. Kalau korang nak datang rumah bakal mertua tu,bawalah masakkan dari air tangan korang.
Cara 2:Sopan santun,lemah lembut,hormat orang tua (Nilai Murni) .Perkara yang penting ni. Korang perlu anggap keluarga dia,keluarga kita juga. Baru aman sentosa,keluarga bahagia
Cara 3:Bukan materialistik(mata duitan). Bakal mertua ni hebat.Kadang dia boleh tahu melalui dengan perbuatan,cara,lidah,lisan dan hati korang.So,jaga-ii.Jadilah wanita yang solehah yang hanya bersederhana.
Cara 4:Jangan guna makeup heavy masa jumpa bakal mertua.Okay,kadang rasa tak masuk dek akal kan. Tapi nak tahu kenapa dy kata jangan.Meh dy kupas sedikit.
➤Nampak sangat korang ni suka beli benda-ii tak berfaedah.Bagi sesetengah bakal mertua akan berfikir.Korang akan menghabiskan sebilangan gaji hanya untuk alat solek je. Foundation,dari kaler light hingga dark, minimum hingga max,Concealer semua jenama ada, blushing,brushes ..pergh semua ada.Habis semua jenama yang dijual kat Malaysia ni. Haha tu contoh andaian saja.Namun biasalah perempuan nak nampak cantik je kan, so korang tu muda lagi.Pakai je makeup nipis/biasa .''Baru nampak seri kalau kahwin nanti'' - orang cakaplah.
➤Jangan guna makeup heavy silap-ii bakal mak mertua korang cemburu. Hahhhh ni paling legend. Tengok kat TV banyak kan. Bapak mertua kahwin dengan bakal menantu.Hahah sekali bapak mertua korang terkesima cinta pandang kedua. Fuhh.. Kesian bakal suami kau!lalalala
➤Selain itu,bakal mak mertua korang merupakan bekas jurusolek profesional di dunia. Time tu korang tak lahir lagi.So tak tahu lah..
Cara 5:Sabar.Korang perlu bersabar dengan menghadapi pelbagai kerenah mertua korang. Ada yang jenis cerewet,ada yang siap suruh jawab soalan ujian bertulis,lisan dan sebagainya.Hahaha..penting berdoalah supaya lembut hati mertua korang.
Sedikit Tips nak jumpa bakal mertua:
→Kalau nak bersalaman dengan bakal mak mertua , bakal mertua boleh kenal korang ni macam mana.So, Korang rajin-ii lah kan diri mengemas rumah, basuh pinggan, basuh kain guna tangan, lap tingkap,mop lantai dan sebagainya dari sekarang ya. Barulah masa korang salam tu tangan kasar/kesat.Nampak lah buat kerja rumah. Namun, losyen sekarang ni dah banyak ,jadi bakal mertua diluar sana jangan buruk sangka pula ya.
-Tips ni untuk orang yang memerlukan .Bukan yang pemalas ,membungkang jer kat rumah.Understand? -
No comments:
Post a Comment