Pages

Wednesday 7 December 2016

Giveaway 5 Years Blogging by FAEZAH MDNOR

http://thefzhmdnr.blogspot.my/2016/12/giveaway-5-years-blogging-by-faezah.html





                                                      Self-Positive When I sad

Tahun lepas merupakan perkara yang amat sedih buat aku. 2 Orang yang aku sayang meninggal dalam tahun yang sama .Mula-mula pak cik aku meninggal sebab sakit kanser perut .Memang sedih sangat tengok.Nasib sempat tengok beberapa kali masa pak cik aku sakit.Namun,apa yang aku terkilan masa  pak cik aku meninggal aku kat sekolah. Memang terkejut sesangat bila abang aku yang jemput aku . Ayat yang masih terngiang yang dia  cakap
''Dylah,kena belajar rajin-rajin,dapat markah baik boleh pergi universiti pastu dapat kerja elok'' . Ya Allah...rindu pada dia hanya Allah saja yang tahu. rindu nak makan nasi minyak ,nasi ayam yang pak cik aku buat . Memang sedap ...Aku memang tak sangka dia akan pergi dengan cepat sekali.

.Selepas raya ,beberapa minggu kendian mak cik aku juga meninggal sebab kanser tulang.Mak cik selalu cakap pening kepala dan amalkan makan panadol  sebab tak tahan sakit sangat (jangan amalkan). Bila check dekat doktor dan beberapa doktor pakar di Selayang mengesahkan mak cik aku hidap kanser tulang tahap 4. Sekali lagi membuat kan aku terkilan. Time ni,musim exam , aku hanya dapat tengok malam tu je ,sempat jugalah baca yasin untuk mak cik aku.Tapi,aku kena balik pagi tu dalam jam 4.30 pagi.Aku tak nak pergi sekolah tetapi akak aku tanya kat aku. '' Mana yang lebih penting pelajaran atau nak tengok mak cik kebumikan yang kau tak boleh nak tolong pape''  .Hati aku mestilah nak ikut pergi kebumikan mak cik aku,tetapi apa boleh buat aku terpaksa pergi ke sekolah.

Tahun ni pula,orang yang aku suka dah bertunang dengan orang lain tetapi tak lah sesedih kehilangan mak cik dan pak cik aku yang sangat aku sayang.


Mungkin ini dinamakan takdir kehidupan.Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Kita nampak orang tu  sihat tetapi dengan kuasa Allah sekelip mata je boleh jadi sakit. Jadi,sentiasalah bersyukur dengan kesihatan dan nikmat yang Allah beri.Bila orang yang kita sayang dah menjadi hak orang lain pula ,kita jangan ganggu ,Biarkan dia lalui kehidupan dia dan kita lalui kehidupan kita. Sebab,inilah dinamakan tiada jodoh...Just go on with your life, :)






3 comments:

  1. Al-Fatihah untuk arwah..Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. Best of luck.. datang dari GA yang sama.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn,Insyaallah .. terima kasih.
      Good luck jugak.Yuftah alaikum :)

      Delete
  2. mf lambat reply..tak perasan
    Goodluck ya.. :)

    ReplyDelete

6 Cara menguruskan tekanan yang boleh dicuba

 Assalamualaikum wb. Hai korang. Hari ni Dy nak kongsikan beberapa tips yang boleh dicuba untuk menguruskan tekanan.       Dalam mengelola t...